Tuesday, July 12, 2011

Nasi dalcha : Tasha Dal Kandar

kena beratur lagi...

Kat penang ni banyak betui kedai yang nak makan kena beratur. kannn??
Kalau sampai beratur panjang pun orang sanggup, maknanya sedap dan famous lah kan...

Ok, hari ini kita akan berjalan-jalan dan makan nasi dalcha, or some people say nasi darcha..??

Di Penang, selain nasi kandar, kita boleh menikmati nasi dalca yang terkenal katanya.

Seorang teman telah membawa saya dan boss-boss saya ke gerai ini..haa..merasa lah beratur mcm nak beli tiket bas balik raya kan.

Ni antara gerai nasi dalca terfamous di Penang katanya.

TASHA DAL KANDAR

Dulu beroperasi berhampiran Airport di Bayan Lepas, tapi la ni dah pindah di Sg Ara. Opss..bukan tepi sungai oke..ko jangan carik sungai pulak. Kang tak jumpa gerai ni, terjun dalam sungai pulak..kih.

Sat kang catz update bubuh map dan alamat.




konsep nak makan kena beratur, derang senduk kan.
Lepas tuh berjalan ke cashier , dia kira harga nasi + lauk dan tanya..minum apa? kita jawab teh o ais. Lepas tuh dia jerit kat pembuat air.." teh o ais satu!" dan kita berjalan ke meja, if cukup tangan boleh amik air sekali or mintak dia hantar air ke meja. gitu ha..kronologi pemakanan di gerai ini.

Killer menu adalah nasi dalcha dan ayam goreng. Ayam goreng tuh dia goreng panas-panas.. tuh yang extra sedap tu kan...

dalcha


BlockquoteNasi dalcha : nasi warna kuning macam nasi minyak dan dalca yang mengandungi sayur. Selain tuh ada bendi, acar timun, ada juga lauk lain seperti daging dll. Yang biasa org order nasi dalca ayam goreng.

masa order dia tanya, " nasi biasa?" -------> maksudnya nasi ikut sukatan dia, if tak nak biasa, nak makan banyak, cakap nak nasi lebih.

Oh ya, masa order dia tanya nak kuah campur tak? coz dia ada beberapa jenis kari yang dicampurkan dengan kuah dalca tu..tu yang spesel kot. Pi tempat lain, sure rasa lain kan.

oh ya, dia akan lambak kan kuah atas nasi actually, but u know me..ehemmm..i kenot eat nasi yang bercampur kuah banjir..so mintak "KUAH ASING"... hehe..tuh yang wujud semangkuk dalcha tuh.. ihiks.


so inilah rupa sebenar nasi dalcha itu.
(ye..i tak mkn kuah banjir, kuah ala-ala manja je)

Review:

Rasa: sedap!!!
harga : reasonable
ok..tu je.

p/s: agak-agak kalau aku bukak gerai " MEE BANDUNG CATZ BERATUR" --> ada tak orang nak beratur makan kedai aku? err, maksud i makan mee bandung kedai i, jgn le makan kedainya,ya.


dah le kiah..toksah ko nak berangan. kih.

5 comments:

NenekPenne said...

sib baik aku tak posa hari ni, kalau tak, menggagau nak cari kat mana nasi ni?? mujur jugak tak preggy kalau tak meleleh air liur anak aku nanti...

minami133 said...

salam cik catz.. suke baca blog nih.. byk info pasal makanan.. mmg kalo sy blk msia, saya suke jalan2 cari makan. nih kat mana pulak nasi dalcha? bole la kami pi jugak nanti..

afendi ariff said...

ko bukak kedai takde kerusi meja baru org beratur sambil makan catz....heh!

noorss_noor said...

adeyyy sedap nyer, tengok pic pon dah terliur......

Anonymous said...

Boleh tau kat maner Kedai nie? Tadi Ada ckp nak bg lokasi.