selain restoran nasi kandar, ada je restoran masakan Melayu di Pulau Pinang nih..
Hari-hari makan nasi kandar pun jemu, plus dah tak larat oke..hari-hari kari..
Habis kerja tengahari di Air Itam, petang ada kerja di area Bayan lepas...so kita ke bayan baru untuk lunch.
Jom cari nasi campur masakan melayu..ikan bakar...jom!
Menghampiri masjid Bayan Baru, terjumpa kedai ni..tengok deretan kereta yang berhenti wah..best kot?
Banana's Cafe , Beraneka jenis Masakan katanya..Terletak di Jalan Mayang pasir 2 , Bayan Baru.
Seberang jalan je dengan masjid Bayan baru dan tak jauh dgn sunshine mall.
Deretan lauk pauk..masakan kampung. Ada sup, masak lemak, gulai cili api, kerabu, ulam-ulaman. sambal belacan , ikan bakar, ikan goreng, gulai ayam, daging masak kicap, beberapa jenis sambal, sayur dan pelbagai masakan kampung.
terdapat pelbagai jenis ikan bakar yang dibakar secara live di situ..ada pari, ikan kembung, ikan keli dan pelbagai jenis ikan lain. amik sendiri, buh dalam pinggan dan boleh amik air asam, limau sbg cicah.nyamm!
sapa kata di Penang asyik makan nasi kandar je kan..ada je kedai masakan melayu, cuma kena cari lah kan.
3 comments:
salam catz.. woww bestnya mkn2 kat penang noo.. nanti balik kg boleh la p survey tmpt2 mkn tu. :)
Assalammualaikum catz. wlaupun dok png tp xslalu ronda2 cari mkn area2 blh bayan lepas & kaw skitarnya. Itu hari tngok rcngan warung kita baru tahu wujudnya Banana Cafe ni so search jumpa blog catz. tks for the info catz insyaAllah akan terjah juga demi selera tekak yg ske mkn ikan bakaq..
Assalammualaikum. Wlaupun chekiah dok png tp blm smpt smpai ke tmpt mkn yg 1 ni. Itu hari tngok rncngan "Warung Kita" baru tahu ada tempat mkn ikan bakaq ni. InsyaAllah chekiah akn terjah juga ke Banana Cafe ni sbb ske mkn ikan bakaq. tksh catz 4 the info yer!
Post a Comment