Thursday, December 24, 2009

Jalan-jalan jakarta

Masih jakarta..

Jalan-jalan...

MONAS
aku pernah cerita pasal monas ni dlm entry dulu..kunjungan ke jakarta terdahulu..kiranya kalau ke Jakarta, haruslah ke sini..aku jalan-jalan je. Tak masuk. Malas dan panas.

hiks.

me and MONAS


Selain itu, kalau ke Jakarta, tempat yang biasa dikunjungi adalah 'TAMAN MINI INDONESIA INDAH (Beautiful Indonesia Miniature Park). Terletak di Timur Jakarta.


Apa yang ada dalam ni?
Tempat rekreasi..ada cable car, anjungan, rumah-rumah dari seluruh Indonesia.
Contohnya rumah di Kalimantan, Rumah di Jawa Timur, Barat, rumah Aceh, dll.
Terdapat juga Istana Anak-anak..macam mini castle lah utk budak-budak. Ada taman Burung, Taman Bunga, Taman Herba dan macam-macam lagi.
Dan da;lam ni ada 14 museum!
antaranya museum telekomunikasi, museum olahraga, museum serangga, museum Indonesia, museum keprajuritan dan lain-lain.
Besar sgt kawasan dlm ni.
Kereta boleh masuk. Aku sampai sini around pukul 10 pagi, tapi panas terik oke. Aku turun sekali je..ha-ha..jalan2 sket dan selebihnya duk jalan dalam kereta je.

antara rumah dlm taman ni. aku lupa ni bhgn mana indonesia.Ada lagi gambar tapi aku malas nak edit.
sempat pergi ke LUBANG BUAYA. Terletak di Kecamatan Cipayung, Jakarta Timur.
Kena bayar tiket dan kita diberi buku mengenai taman pancasila ini.
Di tempat inilah di mana 7 general diculik, diseksa dan dibunuh oleh komunis lalu disumbat ke dalam lubang.berlaku pada september 1965.(dipanggil gerakan korban 30 september)
Disinilah tempatnya. aku ada amik gambar lubangnya, tapi tak sampai hati lah nak letak gambarnya.
baca
sini untuk keterangan lebih lanjut.



Ditunjukkan bagai mana mereka diseksa..


Masa aku datang sini, terdapat beberapa kumpulan pelajar sekolah tgh melawat dan belajar sejarah di sini.

Lihat kanak-kanak ni ..kosentret oke belajar sejarah on site tuh.


Kalau aku belajo sejarah camni kan dulu..bleh lah dapat A1 kot sejarah aku. Aku dulu paling malas belajar subjek sejarah. if belajar oncite camni best lah ye tak. aku dulu malas gila nak buat nota sejarah. Cikgu yang ngajar pun ikut betul2 skrip dlm buku, pastuh suruh salin sebijik2 dlm buku tulis. Lagi lah aku malas. apa motif tah..haha...masa spm aku tak habis baca buku..jawab ikut sukati aku je...dapat A2. hiks.

Bila aku dah dewasa ni baru aku tau kepentingan sejarah dan rajin nak study sejarah semula. Dulu hafal sebab nak lulus periksa. Now dah patriotik sket jiwa..

Ini adalah tugu/ monumen pancasila 7 org general yang dibunuh itu.

kenderaan yang digunakan

Di sini terdapat juga museum pengkhianatan parti komunis indonesia.
Banyak sgt sejarahnya. aku masuk, baca dan amik gambar sket-sket.

Sunday, December 20, 2009

AADKmu (part 3)


Sedar tak sedar dah hampir dua minggu aku kerja dengan Sabri di butik Datin. Mula-mula, dia nak aku kerja 2-3 hari je, tapi berlarutan jadi dua minggu. Baik hati Datin ni. Dia tau aku ni keje macam kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dia cakap sementara banyak kerja ni, apa salahnya aku kerja je dengan dia dulu. Dia tak kisahpun kalau aku nak cari kerja lain.
Mungkin Tuhan sengaja temukan aku dengan wanita baik hati ni. Actually aku kenal dia sebelum aku diberhentikan kerja lagi. Aku kenal melalui anaknya, Monalisa yang bekerja sebagai agent insurans. Dia jumpa aku, sembang-sembang dan akhirnya aku beli insurans dengan dia. Masa dia hantar polisi insurans tu, kebetulan emak dia, iaitu Datin Munirah pun ada. Kami pegi minum sembang-sembang dan jadi kawan pula. Pernah terserempak Monalisa dan Sabri dua kali selepas itu. Dari situlah, Sabri kenal aku.Sebab tu Sabri tak kisah bila Datin kata aku nak tolong dia kat butik.

Entahlah, seumur hidup aku, tak terfikir yang aku akan kerja di butik. Aku memang tak minat. Masuk butik pun jarang. Aku tempah baju kat Tukang jahit,Nyonya Ah Poh yang tinggal dekat dengan rumah aku. Kalau tak pun di kedai jahit Kak Salbiah yang terletak di deretan rumah kedai berhampiran rumah aku. Sepasang baju kurung dia kenakan bayaran RM28.00.
Murah? Boleh lah kan. Sekarang mana nak dapat harga macam tu. Sekarang aku dah pandai sikit tentang operasi butik Datin ni. Hari-hari kena bebel dengan Sabri-na ni , akhirnya banyak benda aku belajar. Pasal harga, pasal stok, pasal kehendak pelanggan, fesyen apa yang tengah 'in', padanan aksesori , kasut dan macam-macam lagi. Sabrina kata, Datin beri potongan 10-30% untuk item terpilih jika kakitangan nak beli. Oh...bagi potongan 30% pun now ni aku tak mampu nak beli ok. Pernah hari tu, aku ada tengok satu blouse cantik gila. Itu stok dari Jakarta katanya. Aku sesambil kuarkan stok, cek harga dan susun stok, aku gatal lah try 3-4 baju. Tengah duk berangan dalam fitting room, aku dengar suara datin. Hah? alamak. Kantoi karang.
Memula aku nak kuar je dari fitting room dan berdiri cam patung dengan baju baru tu. Tapi..isk..sure lah kantoi, mana ada patung manequin rendah, chubby dan berjerawat mukanya. Aku dengar datin panggil nama aku.." Kiah..kiah..! panggil sabri turun kejap..".
Aku jawab dari dalam fitting room, " kejap datin, ".
Aku dah hilang akal sebab aku dengar tapak kasut tinggi datin menghampiri fitting room.
Oh..matiklah aku. Kenapa Datin tak suruh je kak Faridah panggil . Kak faridah ni pembantu jualan di butik ni. Dialah yang akan layan pelanggan di butik ni.
Hah..tiba-tiba aku ternampak satu beg plastik tergantung di sudut bilik kecil ni. Yes..jubah dari Mekah yang datin bagi kat aku 4 hari lalu. Aku lupa nak bawa balik. Zupp...aku sarung jubah, sarung tudung dan keluar dari fitting room.
Datin terkejut. " Eh kenapa you ni Kiah? dengan jubah bagai?"
"Err..takde datin, saja cuba, hari tu tak sempat nak try." cepat-cepat aku naik ke bilik sabri. dan panggil dia turun. Muka sabri macam nampak hantu bila tengok aku pakai jubah hitam labuh menyapu lantai. "Datin panggil turun,.." aku tercungap-cungap dan pusing turun semula. Datin sedang duduk di sofa sambil mengeluarkan beberapa barang dari kotak kecil. Aku berjengket-jengket ke fitting room dan cepat-cepat salin baju. Huh..selamat.
Aku kembali ke bilik stok dan meneruskan kerja sementara Sabri, Kak Faridah dan datin duduk berbincang pasal butik. Lama jugak datin di butik. Aku kena habiskan kerja cepat sebab petang ni aku nak pegi kampus sekejap. Sabri muncul di pintu, " Kiah, kami nak pegi makan. Ko nak ikut tak?"
"Tak nak lah, kerja banyak lagi ni, nak clearkan dua kotak ni dulu" Aku jawab perlahan.
"Nak kirim?" Sabri membalas.
"Tak payah lah, kenyang lagi", aku jawab acuh tak acuh.
Sebenarnya aku malas nak join. Seganlah. Kalau makan dengan mereka, sure makan free. Tapi dah selalu, aku malu walauuuuuuuupon dalam hati mahu. Hehehheee..sapa tak nak makan percuma. Makan bukan di warung tepi jalan. Seronok bukan?
Tapi hari ni aku bawak bekal sebenarnya. Malam tadi aku buat piza dan masih ada separuh. Aku bubuh dalam bekas plastik dan bawa ke butik. Minum? aku dah bawa air ribena, ada dlm peti sejuk di pantry. Lepas mereka keluar, aku ke pantry, keluarkan makanan dan air. Aku panaskan piza. Kak faridah muncul dengan polisterin di tangan. "jom makan sekali"Aku senyum dan mempelawa makanan aku.
Aku dengan kak farida tak begitu mesra. Entah kenapa, sejak dari aku kerja sini, dia macam pandang aku semacam. Yelah, aku memang tak bergaya macam dia. Tapi aku tak kisah sangat, so aku kurangkan bercakap, buat kerja aku je. "Masak sendiri ke?" Aku jawab " ya..buat sendiri".
Kak faridah cubit sedikit pizza dalam bekas plastik aku, menyuap ke mulut. " Eh boleh tahan, nak sikit lagi". Aku hulurkan sepotong dan Kak Faridah makan sampai habis. Dia pelawa aku makan bihun gorengnya. Aku ambil sedikit, sajalah nak ambil hati. Entah, hari ni tiba-tiba Kak Faridah ramah pula dengan aku. Rupanya dia seorang ibu tunggal anak dua. Macam-macam lah dia cerita. Dah lima tahun dia kerja dengan datin.
Kak Faridah makan cepat dan berlalu ke depan, mana tau ada pelanggan. Selalunya dia jaga butik berdua dalam satu shift, tapi seorang lagi pembantu jualan, Effa cuti kecemasan dua hari.
Selain mereka ada dua lagi kakitangan iaitu Hana dan Fendi. Mereka bekerja secara bergilir shift. Pekerja di bahagian rekaan dan jahitan ada sepuluh orang, tapi yang aku kenal dua orang saja, Auntie Melly dan Kak Zainab. Auntie Melly sebagai tukang gunting kain, kak Zainab pula kerjanya jahit manik dan labuci. Meraka semua bekerja di tingkat atas, jadi aku jarang jumpa mereka. Tapi sedar tak sedar, tiba-tiba aku dah macam suka kerja di sini.

Habis kerja pukul 5, aku bergegas berkemas nak balik.

tiba-tiba..


bersambung..



Saturday, December 19, 2009

AADKmu (part 2)

AADKmu (ada apa dengan kucingmu)..


Meriah event hari ni. Habis pelancaran produk tadi, ada demo. Wah dijemput chef terkenal jadi demonstrator. Patutlah ramai yang datang. hampir penuh dewan dengan orang dan juga booth jualan. Ada juga jualan amal dan artis jemputan. macam-macam lah yang di masak. menarik jugak le kuali tu, boleh terbalik-terbalikan tutup, terbalikan kuali empat segi. so ko goreng ikan tak payah pakai sudip bagai. nak masak daging pun senang. masuk mentega, ketuk bawang putih, campak masuk daging, tutup, then nak terbalikkan, tak yah bukak, terbalikan je, pegang tangkai kuali tu. Lepas tu masuk hirisan halia, sos lada hitam, daun bawag, kacau, tutup, 2 minit kemudian bukak, dah masak. Senangnya memasak, kata chef tersebut. Pendek kata, tak payah ada periuk pun kat rumah. Canggih jugak kuali tuh, ada tiga lapisan seramik yang berfungsi supaya makanan kita cepat masak kerana suhunya adalah...adalah..hahhaaaa..lupa.
Lepas tu demo periuk tekanan. Wah masak ketupat 20 minit je! Demo dengan ketupat daun tau, bukan ketupat dalam plastik. Chef tu lawak, pandai buat kelakar, sukalah penonton.
Sambil tengok demo, ambil gambar, aku merayap ke meja makanan. Makan free lah. Ada bihun, makaroni goreng, roti jala, kuih-muih, dan beberapa makanan ringan. Aku makan kenyang-kenyang. Sambil tu aku kena ambil gambar, so aku merayap ke segenap ruang. Amik gambar majlis, demo, artis nyanyi , gambar makanan demo, booth, dan candid photo.


Perut pun dah kenyang, kerja dah selesai, aku cabut. Memandu ke kampus dalam keadaan jalan yang sudah mula sesak di awal petang sabtu. Pak Guard muka garang mengangkat tangan bila aku menghampiri pintu pagar utama. Aku angkat tangan kembali dan terus ke fakulti. Masuk makmal, sunyi je. Tapi aku nampak ada dua laptop atas meja. nampak software CDT tengah run perlahan. Melihat beg biru dah hitam , aku tau Farah dan Nazim ada di sekitar kampus. Mungkin pergi minum sambil tunggu program habis simulasi. Aku usik-usik, tengok lukisan mekanikal litar dan transformer yang tengah disimulasi. Wah, ada perkembangan baru. Aku ON PC aku, check e-mail dan baca blog kegemaran aku. Ahhh? Dia tak update blog dah 3 hari. kenapa ek?Mungkin keluar daerah, takde internet kot. kecewa jugaklah. Aku On lapto aku, mula kerja dengan perisian yang aku tengah duk belajar. Susah dan membosankan. Aku ON radio kuat-kuat dan cuba nak tumpukan perhatian. Pintu makmal ditolak dari luar dengan kuat. Farah dan Nazim masuk sambil gelak-gelak besar. " Ha..sampai pun ko. Kita orang ada perkembangan baru ni, masalah hari tu dah selesai, dah boleh run dah CDT tu" Farah bersuara kuat sambil mengunyah pisang goreng yang masih separuh di tangan. Nazim menyuakan plastik kecil yang berisi kuih karipap dan pisang goreng. "Apa ni..makan goreng-goreng, memasukkan minyak ke dalam badan, ko nak suruh aku gemuk lagi macam gorila ke? mentang-mentang korang kurus." aku bersuara, tapi sambut tetap aku sambut plastik tu. Ni mesti pisang goreng beli dekat gerai makcik Enot sebelah kedai Mini market kat selekoh nak ke flat Kerinchi tuh. Mestilah aku nak makan sebijik karipap tu. Inti keledek manis yang dimasak dengan kari. Manis-manis pedas. "Diet konon", Farah menyindir dengan bibir terjuih. Nazim meyampuk, "ala..kalau karipap makcik Enot, makan sepuluh pun tak pe..takde kolesterol"..kami gelak kuat. Aku bancuh air teh O, kitarang sembang-sembang dan 15 minit kemudian kami duduk depan PC buat kerja masing-masing.

Jam menunjukkan pukul 6.30 petang. Nazim dan Farah sedang berkemas mahu pulang. Aku masih tersandar malas di kerusi. Letihlah nak redah jam petang macam ni. Baik aku balik awal malam, selepas jalan agak lengang. Aku keluarkan kamera dan mula memproses gambar event pagi tadi. Aku pilih yang cantik dan edit. Simpan dalam CD. Esok boleh aku pegi jumpa Datin Munirah dan serahkan gambar. Dapat bayaran boleh lah aku bernafas seminggu dua ini. Oh, esok aku kena kerja tengahari. Kemas Butik Pesona Cottour milik Datin Munirah yang terletak di Bangsar. Aku malas sebenarnya. Tapi demi sesuap nasi, or bersuap-suap nasik sebenarnya, aku gagahkan jugak lah terima pelawaan dia. Dua hari di butik Datin, sekurang-kurangnya dapatlah aku rezei untuk meneruskan kehidupan bulan ini. Dapat selesaikan bil yang wajib dah boleh buat aku bernafas lega. Lagipun aku berangan nak beli sehelai dua baju kalau ada rezeki lebih. Datin perlukan seorang pekerja part time dalam tempoh sebulan dua ini. Dia nak buka butik keempatnya di Jalan Ampang, jadi banyak kerja yang perlu dilakukan di cawangan utama ini. Mengurus dan mengemas stok baru dan lama dan juga kerja-kerja akhir koleksi untuk beberapa bulan hadapan. Kerja aku mengemas, periksa stok, melipat baju dan kerja-kerja lain termasuklah menyapu dan mengemas bilik jahitan di tingkat atas. Dua orang pekerja berhenti dua minggu lalu, jadi Datin perlukan pekerja am sementara mendapat kakitangan tetap.

Aku terlewat bangun pagi ini.
Tiba-tiba je aku terkejut melihat cahaya matahari dari celah langsir. Ah? Dah cerah..cepat-cepat aku tengok jam. Oh pukul 8.30 pagi. Aku masih tak biasa dengan keadaan diri aku yang telah kehilangan kerja tetap 8-5 aku. Aku masih terasa yang oh..aku dah lewat nak ke pejabat. Tapi tiba-tiba teringat, oi..ko takde ofis dah lah. Boleh bangun tengahari la. haha. Terus tarik selimut semula. Kejap-kejap lagi lah bangun. Dah lah tengah mimpi best-best tadi. Aku pejamkan mata semula dengan harapan mimpi aku tengah makan paela kat Spain tadi bersambung semula. tapi tak boleh nyenyak tidur dah. Aku paksa diri aku bangun, ke dapur. Bancuh milo kosong, dan bergegas ke bilik air, mandi dan bersiap. Aku tak nak lewat sampai butik. Karang belum start kerja aku dah kena pecat. Aku habiskan milo secawan dan keluar. Aku berjalan ke lift dan menekan butang turun. Seorang lelaki bersama anak kecil tiba di lift dan menyapa aku.
" You already late to your office I guess.." sapa Mahmoud. Aku senyum dan jawab .." oh..yes. i'm late.." malas le nak cakap yang sebenarnya aku ni tak ada ofis lagi dah. Malas lah nak cerita yang ofis aku now ni merata-rata, kejap kat parkson, kejap kat butik, kejap kat dewan hotel, kejap kat tepi jalan. Mahmoud ni berasal dari Iran dan dia adalah pensyarah di sebuah Universiti di Serdang. Sesekali memang aku terserempak dia dan anak isterinya. err..sebenarnya tiga minggu lepas aku hampir terserempak dengan dia kat parkson, aku keje part time sana. Aku menyorok dekat belakang rak barang elektrik ok. karang dia heran apa aku buat kat sini dengan pakai uniform. heheheee..
Dah hampir dua tahun kami berjiran, so yang dia tau aku keje dengan company tooott yang beroperasi 8-5. Malaslah nak explain yang sebenarnya aku takde kerja tetap lagi dah sekarang ni.
dari lift aku berlari ke kereta dan memecut ke Bangsar.

Sampai butik aku disambut Sabrina. Aku pernah dua kali jumpa Sabri-na ni. Actually nama dia Sabri, hiks. " Kiah..datin telefon tadi, cakap you nak datang tolong I hari ni. Jom sarapan dulu." Aku ikut Sabri ke sebuah kafe berhampiran. Sabri ni pengurus merangkap designer butik utama Datin Munirah. Ada 10 pekerja yang membantunya di bahagian rekaan dan jahitan. Selain Sabri, ada dua orang lagi pereka muda di butik tersebut yang sama-sama membantu nya. Selain pakaian rekaan di butik tersebut, Datin Munirah juga membeli pakaian dari Bandung, Jakarta, China, Hong Kong dan beberapa negara lain untuk dipasarkan di beberapa butik miliknya. AKu borak-borak dengan Sabri-na . Dia bercerita tentang tripnya ke Bandung dua minggu lalu. memang dia sering mengikut datin ke luar negara. Bukan lah Sabri ni anak ikan datin. Bukannnn oke, jangan buruk sangka. Dia biasanya pergi mengikut datin atas tujuan bisnes, beli kain, cari stok untuk butik dan melihat rekaan baru. Ala..ni trip orang kaya yang pergi luar negara beli kain mahal dan baju-baju cantik lah. Hiks. Hoo..Sabri belanja sarapan kali ni. Ala..dia pun tau, aku cuma pekerja sambilan datin, mana ada duit nak makan kafe mahal ni.Dan untuk dapat makan free ni, aku relakan sajalah telinga aku dengar Sabrina ni membebel pasal bedak, pasla pencuci muka baru, pasal segala benda yang berkait dengan kecantikan. Dia lagi advance oke dalam hal segala barang mekap ni. Kuredhakan jugak telinga aku mendengar betapa gembiranya Sabri berjumpa dengan cowok ganteng di Jakarta ketika balik dari Bandung. Hensemlah, muka mcm mat saleh lah, gagah perkasa lah dan apa-apa perkataan yang sewaktu dengannya. Dia kata nama cowok tu Anton Widoyo. Dia cakap sampai sekarang duk termimpi-mimpi si Anton. Dan yang bestnya , menurut kata Sabri, Anton akan bercuti ke Malaysia menjelang krismas nanti. mereka akan ke Langkawi dan Cameron Highlands. Sukati ko lah labu, asal ko bahagia dan aku dapat makan free hari ni.Hiks.

Aku mulakan kerja pada pukul 10.30 pagi. sabri arahkan aku cek stok mengikut senarai yang ada. Kemudianmengemas stok. kemudia dia suruh aku tengok stok lama yang bertimbun atas stor. Ada yang kena packing dan lipat semula. Wohh.. penat ok. Kat rumah pun aku jarang lipat kain..errrr hampir tak pernah lah. Sabri datang dengan mata terbeliak .." Nyah! ko tak pernah lipat lain ke? Buruk beno aku melihatnya ." . Aku sengih-sengih. ' Jarang lipat kain le noks. mak tak berapa reti..".
Sabri mengajar aku melipat dengan betul. Huh. Terpaksa aku ikut gaya lemah gemalai lentuk liuk dia menguruskan segala baju-baju ni semua. Bukan lah kali pertama aku kerja part time kat sini. Tapi ni 1st time kena keje melipat ni. Terpaksa lah aku dengar laseran berapi dari mulut sabri-na ni. Again..demi sesuap nasi.
Sedar tak sedar dah hampir pukul 3.30 petang.

bersambung...

Thursday, December 17, 2009

Ada apa dengan kucingmu?



Hujan lebat betul hari ni...
sampai depan pintu, aku campak kasut oren aku kat tepi pintu..
zoommm masuk rumah, ON TV..
hoh..nak tengok the biggest looser asia.
Tangan aku ambik beg plastik yang aku letak tepi pintu.
Beli burger King Kong kat Alamanda tadi.
Wah..dramanya TBLA ni..ada yang tetiba tarik diri, ada yang masuk hospital.
Aku cepat-cepat masuk bilik air, cuci tangan, cuci muka.
Amik burger, nak ngappp...eh....
tadi tgk kat gambor kedai burger tu, banyaknya sayur, bawang, cheese dia sampai terjulur-julur.
Tapi burger aku ni kenapa cuma cam daging kecik dgn cheese yg penyek melekat. tadek pun sayur? Huh keji.
Pandai sungguh nak tarik pelanggan. terpedaya aku.
Baru ngap suku burger sambil mata aku melekat kat TV. Tgk peserta TBLA tuh duk wat cardio exercise kat gym. Perghh..kena bakar 800 kalori dlm satu sesi.
wow..kalau aku..mau separuh kojol. Selalunya...dlm 2 jam lebih kat gym, aku boleh buat dalam 350-400 je. Tu time tgh fit lah, sebab selalu pegi. Tu pun dah buat aku kembang hidung mcm nak rak, siap tayang-tayang kat PT kat gym tu.
Kalau now ni..err..baru aku sedar, dah dekat 4 bulan aku tak pegi gym.
So now ni, tah2 nak burn 100 pun tah-tah kena standby ambulan sebelah kot.
eh..terus macam tak jadik nak habiskan burger kat tangan. Macam tak berapa lalu pulak.
tetiba mcm nak pegi joging. ceh.Konon tetiba insaf. menyesal jugaklah tak pi audition the biggest looser asia tuh.
Eh, rugi tak habiskan burger. malam ni je. so tamat gak lah riwayat burger tu. eh mahal ok. sebijik burger dekat RM8.00. kan mahal tu.
Kalau beli burger dengan abang burger depan rumah, dapat 4 bijik tau.
Sambil tgk TV, aku belek-belek kertas yang bertimbun atas katil.
Huh..banyak lagi paper aku tak marking. Ada 2 ikat belum usik langsung.
Yang dah siap ada 3 ikat, aku buh dekat dengan rak baju.
Aku kena siapkan dalam masa 3 hari. Tak siap karang mau aku kena bebel dengan Dr Suleman. Apa nak buat, mencari sesuap rezeki. Tak siap takde lah payment.
Aku duk berkira-kira, ada ke tak job lagi lepas ni.
Kalau tak, mungkin terpaksa membanting tulang keje parkson.
Atau maybe terima pelawaan Datin Munirah, keje part time dengan dia.
Jaga butik atau keje part time dekat kopitiam family dia.
Hem...butik? hah...agak azab bunyiknya. Aku mana reti sangat pasal fashion, pasal baju kasut ni.
Kasut oren tu pun aku beli kat Petaling Street, RM15.90 time sale. Harga asal RM21.90.
Keje butik kena lah berketerampilan lawa ye tak. iskkk...kena invest bali baju cantik le kot.
Oh tidak..aku takde budget lah, baik aku kerja kat parkson, ada uniform.
Kalau kerja kopitiam, kurang-kurang nak tunggu gaji dapat makan free. Kalau keje shift pagi, dptlah lunch free kan. kalau keje petang, dapat gak makan malam free kot. Hiks. jimat.
Time lain tu aku ikat perut lah. Dengan bahasa lainya - DIET badan dan poket.
Hidup di KL macam ni lah. macam-macam dalam otak ni.
Sejak kena berenti keje, terpaksa aku buat macam-macam nak hidup.
Nak bayar rumah dan bil. nak bayar Yuran study part time lagi.
Kalau lah duit tu boleh ditanam macam tanam pokok tauge kan best.
hari ni aku rendam kacang hijau, toskan, letak atas daun, esoknya dah tumbuh pucuk-pucuk duit. Esoknya lagi kuar duit RM50.00 , RM100.00 bergayutan melambai-lambai tunggu kena petik.
Ewah senangnya.
Rasa tak caya aje, dah dekat 4 bulan aku takde kerja tetap. kompeni tempat aku keje tutup operasinya kat Malaysia.
Carik keje dah, entah lah. Dulu masa keje best-best, aku selalu berangan nak keje jadik sales girl lah, keje kat kedai makan lah, nak jadi nelayan lah, now macam nak jadi kenyataan. Lepas tu nak merungut pulak apa hal kan. Ha..tu lah..orang kata, jangan suka sgt berangan, tak syukur dengan apa yang ada. Now pandai-pandai lah aku nak hidup.

trittt..tritttt!!!

Telepon cokia aku berbunyik. Tengok nombor, eh nombor emak.
aku: hello..Asalammualaikum.
emak: Walaikumsalam. Hello...Kiah..mak ni... (suara cemas semacam)
aku: ye...mak sihat ke? napa suara cam cemas je?
emak: beyonce...beyonce meninggal.
aku: hah?? ye ke??eh? bila???? aku jawab acuh tak acuh je.. (macamlah aku minat beyonce tu, lagu dia sepatah haram aku tak tau. wah mak aku ni follow entertainment channel kat TV kot).
emak: tadi..petang...balik dari surau, mak tengok dia terbaring dekat pintu..mulut berdarah.
aku: errrrrrrrr...... ( sejak bila beyonce duduk dengan mak aku ha?? apesal aku tak tau ni? aku dengan beyonce sedara ke? sedara sebelah mana ni? Bukan dia nak dtg malaysia tapi tak jadik ke? kompius pulak.

emak: emak dah suruh abah kebumikan dekat bawah pokok bunga kat tepi rumah.

hemm.....laaaa..ni tak lain dan tak bukan mesti lah salah sekor kucing mak ni.
Mak aku ni..macammlah aku hafal segala nama kucing dia.
Dekat 20 ekor oke.
Tiap kali aku balik, ada je kucing baru, aktif betul beranak lah depa ni.
Apa lah mak aku bagi makan kat derang ni.

nak aja aku ckp tadi..takpelah mak beyonce mati, dah banyak sgt kucing mak, kurang sket nak bagi makan. Kucing mak tu semua kuat makan. Tapi harus lah mak aku cili mulut aku karang, dengan ayat selingan "ko tu lagi kuat makan dari kucing-kucing mak, tapi mak bela gak ko sampai ko beso dan tau carik kerja'
hiks.pedih telinga aku karang.

Dulu pernah...masa tu akademi fantasia musim ke-3. Ala..yang ada mawi tu kan.
Kebetulan si Errra Fazzira beranak sulung. 5 ekor sekali keluar. mak aku bagi nama student AF musim ke -3. Sapa ek..sat aku re-fresh ingatan aku sats. Oh, Mawi, Felix, Marsha, dan sapa lagi tah. Tapi tah le, ada yang umur tak panjang. Mak aku nangis-nangis telepon aku. Mak aku kata " Mawi mati...mawi mati"..time tuh tgh umumkan mawi tuh jadik juara AF. Eh elok je aku tgk mawi tuh tgh duk angkat-angkat trofi atas pentas pakai baju ala-ala baju konvo.
Aku kompius gak. E
lok je mawi jadik juara, Kucing mawi mak mati le pulak.Suspen je.
isk...Ni beyonce ni kucing versi yang mana pun aku lupa.

Lepas borak-borak dengan mak, aku cepat-cepat mandi. Penat lah.
Aku nak sambung tanda kertas jawapan student Dr Suleman.
Besok pagi-pagi aku kena ada kat Dewan Felda, ada event. Pelancaran produk baru kedai kawan Datin Munirah. Periuk dan kuali yang diimport dari Jepun khabarnya. Ada sesi demo, dan mini karnival. Aku jadik photographer tak bertauliah..tak kisah lah, walau ciput je payment, lepas gak untuk isi petrol kete aku untuk 2 minggu. Hidup harus diteruskan.

bersambung..



Wednesday, December 16, 2009

bondaaa....belanjaaa...mariiii!!

Pasar Tanah Abang



Now ni Malaysia tengah Y.E.S kan?
ternampak iklannya di papan tanda besar dekat highway antara bandara sukaerno hatta dan Kota Jakarta .
Kat Iklan di TV pun ada ....iklan year end sale di Kuala Lumpur
Di jakarta pun sama, now duk tgh Christmas SALE.
Namanya saja ' KOTA BELANJA'..
so boleh shopping di mana-mana, di mall besar dan modern hinggalah ke Pasar Tanah Abang.
Kelapa Gading, Grand Indonesia, Mangga 2, mayestik,dll.
Ni 1st time aku pegi Tanah Abang, sebab kunjungan sebelum ni tak berkesempatan ke sini.
Biasa kan dengar, kalau ke Bandung, selain factory outlets yang banyak itu, orang pasti ke Pasar Baru.Tanah Abang ni lebih kurang mcm Pasar baru lah, cuma kompleknya lebih besar kot..
tak silap aku, lebih 10 lantai (tingkat), dimana boleh shopping segala benda kain baju, telekong, beg, batik, kain ela, kebaya, kasut dan mcm2 tu lah.


Aku baca kat forum di internet, ramai orang Malaysia suka shopping di Tanah Abang. Ini kerana harganya lebih murah dan banyak pilihan, sampai ada yang datang ke Jakarta setahun 3-4 kali untuk shopping di Tanah Abang.
Turun dari cab, sampai depan kompleks ni..
woooooooooooooo...
besarnya tempat ni....
ramainyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa oranggggggggggggggg!!!
sampai ke tangga kompleks ni..orang siap duduk dengan barangan yang berkodi-kodi..
berbungkus2 besar, mungkin peniaga2 yang membeli secara borong.
aku nak masuk...
ahhhhhh????? makkkk....ramainya manusia, dann..banyaknya kedaiiiiiiiiiiiiiiiiii..mana satu nak tuju dulu ni???? kedai pula adalah sangat rapat-rapat....woooooooooo...
aku blank ok...tetiba nak pitam .... sebab eh....aku nak beli apa ni???


ok..i hate shopping baju , beg , kasut ok..
so..duk jalan-jalan...jalan..jalan...hahahhaa..kitarang tak taw nak beli apa..
digamit oleh penjual-penjual yang menyapa ramah.. 'ibuk...belanja buk....'
bila aku start pegang2 barang, penjual akan berckp.."boleh buk?"
or sometimes feel weird when the sales girl said.." ayuhhh bonda....masuk bundaaa..wahai bunda ku..di sini barangnya bagus-bagus..." eh...? sejak bila aku ada anak nih...

nak pi toilet pun ala-ala kesesatan...lorong-lorong antara kedai dgn duyunan manusia, buat aku tak sabar sebab nak jalan laju. Bila tanya, "kamar kecil di mana?"..
jawabnya, "belakang..belakang..kanan" which i felt foreverrrrrr nak sampai belakang tu...sebab
tempat ni besar...then dah sampai belakang, takde pun toiletnya?? tanya orang lagi..ke kanan pulak...etc..huh...azabs.

aku duk pagang baju, eh bajunya cam kurus-kurus je...hehheeee..."ada saiz bukk"
or pi kat bhgn busana muslimah, bajunya adalah besar dan panjang. Tak seswai dengan aku yang katik rendang ni pulak. Penjual kata "buk yang ini cocok buat ibuk,..."
aku ckp.." eh..besar sgtlah..panjang pulak tuh"
jawab penjual " ini busana muslimah buk, harusnya enggak ketat...lolos longgar seperti ini, barulah seperti busana muslimah".
haaaa,,hahahhaa..kan dah kena sebijik aku..kehkehkeh...
kot aku jawab "ketat lah bagus, senang jalan" harus dia baling aku dgn selipar.
so forget about baju lah.....

one thing kat sini, kalau nak murah, ko kena borong beli banyak. Kalau tak still harga biasa, kdg jauh lebih mahal. cth...satu baju 80,000, tapi kalau beli 5 , satu baju 55,000. kan banyak beza tuh...

ada kawan kirim beg, telekung.. so tawar-tawar dapatlah sket..tu jeklah beli selama 3 jam dlm tu. sebab cuma sibuk tgk.belek-belek...pi kedai lain..itu pun aku rasa aku cuma merayap kat 3- 4 floor je kot....dan kompleks ni tempatnya sopingnya dari basement sampai tingkat 8..total lebih sepuluh tingkat. fuhh...sehari pun tak habis kalau nak betul2 explore sini..
ada lantai yg banyak jual bag je...ada yang batik je..kebaya sulam, kasut etc...
"buk...lus bitong, model terbaru..." i was like....errr....wut...lusbitong? apa kahhhh?? (ke telinga aku yg tak berapa betul dengar?)
or..ada yg bersuara " mau yang ini ? ALFI. model terbaru"
tapi segera faham bila diunjukkan beg LV immitation. kawe 1 katanya.. entah..aku pun tak faham. Di jakarta ni, beg branded immitation ada beberapa kualiti. kawe 1, kawe 2. kawe 1 mahal sebab kualiti lebih bagus. harga boleh tahan mahalnya, ada yang melebihi 1.5 juta rupiah oke..around RM480.00, utk beg LV immitation. bagi aku, utk brg immitation, ia adalah mahal.
Tapi tak taulah disebabkan gred kualiti dan banyak permintaan, jadiknya mahal.
Untuk beg imitation yang berkualitas, biasanya orang beli kat Mangga 2.

Kalau haus, lapar, ramai je penjual makanan, kuih, air yang menyorong makanan guna troli . Dan yang bagusnya, di lantai 8 ada food court yang selesa, bersih, banyak pilihan makanan yang halal. fast food, mcm KFC, CFC, A&w pun ada. Aku lepak kat food court makan dan yg bestnya mcm ko mengembara ke seluruh Indonesia kerana makanan adalah dari pelbagai pelusuk Indonesia. Dari nasi langgi, nasi uduk, ayam penyet, siomay, manisan dan minuman.

banyak kedai/gerai halal


tempat makan yang selesa, bersih

nasi uduk

cumi-cumi bakar


ada peristiwa kelako time nak balik..
rasa bongok gila ok sebab carik pintu keluar tak jumpa!!!
tanya org ckp sana...sana..sana..tapi asyikkk jumpa kedai..kedai..kedai...tetiba ada blok F pulak???
bila jumpa pintu keluar, carik jalan nak kuar tak jumpa..pusing sini kedai, sana kedai..sana celah lorong org jual bakso, celah situ kedai.....pening ....terpusing-pusing dlm area kedai..kedai..dan kedai..dan manusia...
dan bila tanya orang..nak jumpa jalan adalah amat jauh, lalu lorong2 yangggg....tah le....rumah orang, pastuh jumpa mcm2 le celah2 kedai ...adehhhh.....
lajuuu je jalan..dengan penat, bawak barang lagi...dan panasss..
sebelum ni..pernah le terlintas..nak try naik BAJAJ.mcm cute je bajaj tuh..
tapi dgn keadaan cam ni oh tidakkkk.,.....tak koser mak....lagipun dgn keadaan macet yang sgttttt dasat ptg2...mau aku tersepit duk dlm tu.
aku nak naik teksi ada aircond full blast...
tersalah tempat tahan teksi..patut lah tadek teksi nak berenti...
ada org tegur, " tahan taksinya di seberang sana"..
so....lariiiiiiiiiiiiiiiiiii ke seberang...ala2 bergadai nyawa lah..kereta/motor laju-laju taim nak lintas tuh..
so bila nampak taksi blue bird, aku terus hayun tangan tahan teksi macam nak terkam je...
masuk je..ahhhhhhhhhhhh..lega noks.
nyaman.
dan supirnya pulak sgt lah teror..tak sampai 30 minit aku dah sampai hotel sebab skill mencilok2 dia sgt dasat. puhhhhhhh...bleh melintang-lintang dlm macet jakarta itu.
sampai hotel, aku di sapa oleh tuti, staff kat club lounge..." wahhhh..banyak belanjaa"..
aku sengih je..
lapar gila.
Tuti suh tgk apa ada kat lounge..ada buah..dan mknn ringan...2 jug aku belasah jus...
huhhhhh...