Saturday, December 19, 2009

AADKmu (part 2)

AADKmu (ada apa dengan kucingmu)..


Meriah event hari ni. Habis pelancaran produk tadi, ada demo. Wah dijemput chef terkenal jadi demonstrator. Patutlah ramai yang datang. hampir penuh dewan dengan orang dan juga booth jualan. Ada juga jualan amal dan artis jemputan. macam-macam lah yang di masak. menarik jugak le kuali tu, boleh terbalik-terbalikan tutup, terbalikan kuali empat segi. so ko goreng ikan tak payah pakai sudip bagai. nak masak daging pun senang. masuk mentega, ketuk bawang putih, campak masuk daging, tutup, then nak terbalikkan, tak yah bukak, terbalikan je, pegang tangkai kuali tu. Lepas tu masuk hirisan halia, sos lada hitam, daun bawag, kacau, tutup, 2 minit kemudian bukak, dah masak. Senangnya memasak, kata chef tersebut. Pendek kata, tak payah ada periuk pun kat rumah. Canggih jugak kuali tuh, ada tiga lapisan seramik yang berfungsi supaya makanan kita cepat masak kerana suhunya adalah...adalah..hahhaaaa..lupa.
Lepas tu demo periuk tekanan. Wah masak ketupat 20 minit je! Demo dengan ketupat daun tau, bukan ketupat dalam plastik. Chef tu lawak, pandai buat kelakar, sukalah penonton.
Sambil tengok demo, ambil gambar, aku merayap ke meja makanan. Makan free lah. Ada bihun, makaroni goreng, roti jala, kuih-muih, dan beberapa makanan ringan. Aku makan kenyang-kenyang. Sambil tu aku kena ambil gambar, so aku merayap ke segenap ruang. Amik gambar majlis, demo, artis nyanyi , gambar makanan demo, booth, dan candid photo.


Perut pun dah kenyang, kerja dah selesai, aku cabut. Memandu ke kampus dalam keadaan jalan yang sudah mula sesak di awal petang sabtu. Pak Guard muka garang mengangkat tangan bila aku menghampiri pintu pagar utama. Aku angkat tangan kembali dan terus ke fakulti. Masuk makmal, sunyi je. Tapi aku nampak ada dua laptop atas meja. nampak software CDT tengah run perlahan. Melihat beg biru dah hitam , aku tau Farah dan Nazim ada di sekitar kampus. Mungkin pergi minum sambil tunggu program habis simulasi. Aku usik-usik, tengok lukisan mekanikal litar dan transformer yang tengah disimulasi. Wah, ada perkembangan baru. Aku ON PC aku, check e-mail dan baca blog kegemaran aku. Ahhh? Dia tak update blog dah 3 hari. kenapa ek?Mungkin keluar daerah, takde internet kot. kecewa jugaklah. Aku On lapto aku, mula kerja dengan perisian yang aku tengah duk belajar. Susah dan membosankan. Aku ON radio kuat-kuat dan cuba nak tumpukan perhatian. Pintu makmal ditolak dari luar dengan kuat. Farah dan Nazim masuk sambil gelak-gelak besar. " Ha..sampai pun ko. Kita orang ada perkembangan baru ni, masalah hari tu dah selesai, dah boleh run dah CDT tu" Farah bersuara kuat sambil mengunyah pisang goreng yang masih separuh di tangan. Nazim menyuakan plastik kecil yang berisi kuih karipap dan pisang goreng. "Apa ni..makan goreng-goreng, memasukkan minyak ke dalam badan, ko nak suruh aku gemuk lagi macam gorila ke? mentang-mentang korang kurus." aku bersuara, tapi sambut tetap aku sambut plastik tu. Ni mesti pisang goreng beli dekat gerai makcik Enot sebelah kedai Mini market kat selekoh nak ke flat Kerinchi tuh. Mestilah aku nak makan sebijik karipap tu. Inti keledek manis yang dimasak dengan kari. Manis-manis pedas. "Diet konon", Farah menyindir dengan bibir terjuih. Nazim meyampuk, "ala..kalau karipap makcik Enot, makan sepuluh pun tak pe..takde kolesterol"..kami gelak kuat. Aku bancuh air teh O, kitarang sembang-sembang dan 15 minit kemudian kami duduk depan PC buat kerja masing-masing.

Jam menunjukkan pukul 6.30 petang. Nazim dan Farah sedang berkemas mahu pulang. Aku masih tersandar malas di kerusi. Letihlah nak redah jam petang macam ni. Baik aku balik awal malam, selepas jalan agak lengang. Aku keluarkan kamera dan mula memproses gambar event pagi tadi. Aku pilih yang cantik dan edit. Simpan dalam CD. Esok boleh aku pegi jumpa Datin Munirah dan serahkan gambar. Dapat bayaran boleh lah aku bernafas seminggu dua ini. Oh, esok aku kena kerja tengahari. Kemas Butik Pesona Cottour milik Datin Munirah yang terletak di Bangsar. Aku malas sebenarnya. Tapi demi sesuap nasi, or bersuap-suap nasik sebenarnya, aku gagahkan jugak lah terima pelawaan dia. Dua hari di butik Datin, sekurang-kurangnya dapatlah aku rezei untuk meneruskan kehidupan bulan ini. Dapat selesaikan bil yang wajib dah boleh buat aku bernafas lega. Lagipun aku berangan nak beli sehelai dua baju kalau ada rezeki lebih. Datin perlukan seorang pekerja part time dalam tempoh sebulan dua ini. Dia nak buka butik keempatnya di Jalan Ampang, jadi banyak kerja yang perlu dilakukan di cawangan utama ini. Mengurus dan mengemas stok baru dan lama dan juga kerja-kerja akhir koleksi untuk beberapa bulan hadapan. Kerja aku mengemas, periksa stok, melipat baju dan kerja-kerja lain termasuklah menyapu dan mengemas bilik jahitan di tingkat atas. Dua orang pekerja berhenti dua minggu lalu, jadi Datin perlukan pekerja am sementara mendapat kakitangan tetap.

Aku terlewat bangun pagi ini.
Tiba-tiba je aku terkejut melihat cahaya matahari dari celah langsir. Ah? Dah cerah..cepat-cepat aku tengok jam. Oh pukul 8.30 pagi. Aku masih tak biasa dengan keadaan diri aku yang telah kehilangan kerja tetap 8-5 aku. Aku masih terasa yang oh..aku dah lewat nak ke pejabat. Tapi tiba-tiba teringat, oi..ko takde ofis dah lah. Boleh bangun tengahari la. haha. Terus tarik selimut semula. Kejap-kejap lagi lah bangun. Dah lah tengah mimpi best-best tadi. Aku pejamkan mata semula dengan harapan mimpi aku tengah makan paela kat Spain tadi bersambung semula. tapi tak boleh nyenyak tidur dah. Aku paksa diri aku bangun, ke dapur. Bancuh milo kosong, dan bergegas ke bilik air, mandi dan bersiap. Aku tak nak lewat sampai butik. Karang belum start kerja aku dah kena pecat. Aku habiskan milo secawan dan keluar. Aku berjalan ke lift dan menekan butang turun. Seorang lelaki bersama anak kecil tiba di lift dan menyapa aku.
" You already late to your office I guess.." sapa Mahmoud. Aku senyum dan jawab .." oh..yes. i'm late.." malas le nak cakap yang sebenarnya aku ni tak ada ofis lagi dah. Malas lah nak cerita yang ofis aku now ni merata-rata, kejap kat parkson, kejap kat butik, kejap kat dewan hotel, kejap kat tepi jalan. Mahmoud ni berasal dari Iran dan dia adalah pensyarah di sebuah Universiti di Serdang. Sesekali memang aku terserempak dia dan anak isterinya. err..sebenarnya tiga minggu lepas aku hampir terserempak dengan dia kat parkson, aku keje part time sana. Aku menyorok dekat belakang rak barang elektrik ok. karang dia heran apa aku buat kat sini dengan pakai uniform. heheheee..
Dah hampir dua tahun kami berjiran, so yang dia tau aku keje dengan company tooott yang beroperasi 8-5. Malaslah nak explain yang sebenarnya aku takde kerja tetap lagi dah sekarang ni.
dari lift aku berlari ke kereta dan memecut ke Bangsar.

Sampai butik aku disambut Sabrina. Aku pernah dua kali jumpa Sabri-na ni. Actually nama dia Sabri, hiks. " Kiah..datin telefon tadi, cakap you nak datang tolong I hari ni. Jom sarapan dulu." Aku ikut Sabri ke sebuah kafe berhampiran. Sabri ni pengurus merangkap designer butik utama Datin Munirah. Ada 10 pekerja yang membantunya di bahagian rekaan dan jahitan. Selain Sabri, ada dua orang lagi pereka muda di butik tersebut yang sama-sama membantu nya. Selain pakaian rekaan di butik tersebut, Datin Munirah juga membeli pakaian dari Bandung, Jakarta, China, Hong Kong dan beberapa negara lain untuk dipasarkan di beberapa butik miliknya. AKu borak-borak dengan Sabri-na . Dia bercerita tentang tripnya ke Bandung dua minggu lalu. memang dia sering mengikut datin ke luar negara. Bukan lah Sabri ni anak ikan datin. Bukannnn oke, jangan buruk sangka. Dia biasanya pergi mengikut datin atas tujuan bisnes, beli kain, cari stok untuk butik dan melihat rekaan baru. Ala..ni trip orang kaya yang pergi luar negara beli kain mahal dan baju-baju cantik lah. Hiks. Hoo..Sabri belanja sarapan kali ni. Ala..dia pun tau, aku cuma pekerja sambilan datin, mana ada duit nak makan kafe mahal ni.Dan untuk dapat makan free ni, aku relakan sajalah telinga aku dengar Sabrina ni membebel pasal bedak, pasla pencuci muka baru, pasal segala benda yang berkait dengan kecantikan. Dia lagi advance oke dalam hal segala barang mekap ni. Kuredhakan jugak telinga aku mendengar betapa gembiranya Sabri berjumpa dengan cowok ganteng di Jakarta ketika balik dari Bandung. Hensemlah, muka mcm mat saleh lah, gagah perkasa lah dan apa-apa perkataan yang sewaktu dengannya. Dia kata nama cowok tu Anton Widoyo. Dia cakap sampai sekarang duk termimpi-mimpi si Anton. Dan yang bestnya , menurut kata Sabri, Anton akan bercuti ke Malaysia menjelang krismas nanti. mereka akan ke Langkawi dan Cameron Highlands. Sukati ko lah labu, asal ko bahagia dan aku dapat makan free hari ni.Hiks.

Aku mulakan kerja pada pukul 10.30 pagi. sabri arahkan aku cek stok mengikut senarai yang ada. Kemudianmengemas stok. kemudia dia suruh aku tengok stok lama yang bertimbun atas stor. Ada yang kena packing dan lipat semula. Wohh.. penat ok. Kat rumah pun aku jarang lipat kain..errrr hampir tak pernah lah. Sabri datang dengan mata terbeliak .." Nyah! ko tak pernah lipat lain ke? Buruk beno aku melihatnya ." . Aku sengih-sengih. ' Jarang lipat kain le noks. mak tak berapa reti..".
Sabri mengajar aku melipat dengan betul. Huh. Terpaksa aku ikut gaya lemah gemalai lentuk liuk dia menguruskan segala baju-baju ni semua. Bukan lah kali pertama aku kerja part time kat sini. Tapi ni 1st time kena keje melipat ni. Terpaksa lah aku dengar laseran berapi dari mulut sabri-na ni. Again..demi sesuap nasi.
Sedar tak sedar dah hampir pukul 3.30 petang.

bersambung...

2 comments:

PurPlè said...

best! looking fwd for the next part...

deeja said...

salam...singgah puan umah,mai jejalan umah baru pulakkk