Sunday, December 20, 2009
AADKmu (part 3)
Sedar tak sedar dah hampir dua minggu aku kerja dengan Sabri di butik Datin. Mula-mula, dia nak aku kerja 2-3 hari je, tapi berlarutan jadi dua minggu. Baik hati Datin ni. Dia tau aku ni keje macam kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dia cakap sementara banyak kerja ni, apa salahnya aku kerja je dengan dia dulu. Dia tak kisahpun kalau aku nak cari kerja lain.
Mungkin Tuhan sengaja temukan aku dengan wanita baik hati ni. Actually aku kenal dia sebelum aku diberhentikan kerja lagi. Aku kenal melalui anaknya, Monalisa yang bekerja sebagai agent insurans. Dia jumpa aku, sembang-sembang dan akhirnya aku beli insurans dengan dia. Masa dia hantar polisi insurans tu, kebetulan emak dia, iaitu Datin Munirah pun ada. Kami pegi minum sembang-sembang dan jadi kawan pula. Pernah terserempak Monalisa dan Sabri dua kali selepas itu. Dari situlah, Sabri kenal aku.Sebab tu Sabri tak kisah bila Datin kata aku nak tolong dia kat butik.
Entahlah, seumur hidup aku, tak terfikir yang aku akan kerja di butik. Aku memang tak minat. Masuk butik pun jarang. Aku tempah baju kat Tukang jahit,Nyonya Ah Poh yang tinggal dekat dengan rumah aku. Kalau tak pun di kedai jahit Kak Salbiah yang terletak di deretan rumah kedai berhampiran rumah aku. Sepasang baju kurung dia kenakan bayaran RM28.00.
Murah? Boleh lah kan. Sekarang mana nak dapat harga macam tu. Sekarang aku dah pandai sikit tentang operasi butik Datin ni. Hari-hari kena bebel dengan Sabri-na ni , akhirnya banyak benda aku belajar. Pasal harga, pasal stok, pasal kehendak pelanggan, fesyen apa yang tengah 'in', padanan aksesori , kasut dan macam-macam lagi. Sabrina kata, Datin beri potongan 10-30% untuk item terpilih jika kakitangan nak beli. Oh...bagi potongan 30% pun now ni aku tak mampu nak beli ok. Pernah hari tu, aku ada tengok satu blouse cantik gila. Itu stok dari Jakarta katanya. Aku sesambil kuarkan stok, cek harga dan susun stok, aku gatal lah try 3-4 baju. Tengah duk berangan dalam fitting room, aku dengar suara datin. Hah? alamak. Kantoi karang.
Memula aku nak kuar je dari fitting room dan berdiri cam patung dengan baju baru tu. Tapi..isk..sure lah kantoi, mana ada patung manequin rendah, chubby dan berjerawat mukanya. Aku dengar datin panggil nama aku.." Kiah..kiah..! panggil sabri turun kejap..".
Aku jawab dari dalam fitting room, " kejap datin, ".
Aku dah hilang akal sebab aku dengar tapak kasut tinggi datin menghampiri fitting room.
Oh..matiklah aku. Kenapa Datin tak suruh je kak Faridah panggil . Kak faridah ni pembantu jualan di butik ni. Dialah yang akan layan pelanggan di butik ni.
Hah..tiba-tiba aku ternampak satu beg plastik tergantung di sudut bilik kecil ni. Yes..jubah dari Mekah yang datin bagi kat aku 4 hari lalu. Aku lupa nak bawa balik. Zupp...aku sarung jubah, sarung tudung dan keluar dari fitting room.
Datin terkejut. " Eh kenapa you ni Kiah? dengan jubah bagai?"
"Err..takde datin, saja cuba, hari tu tak sempat nak try." cepat-cepat aku naik ke bilik sabri. dan panggil dia turun. Muka sabri macam nampak hantu bila tengok aku pakai jubah hitam labuh menyapu lantai. "Datin panggil turun,.." aku tercungap-cungap dan pusing turun semula. Datin sedang duduk di sofa sambil mengeluarkan beberapa barang dari kotak kecil. Aku berjengket-jengket ke fitting room dan cepat-cepat salin baju. Huh..selamat.
Aku kembali ke bilik stok dan meneruskan kerja sementara Sabri, Kak Faridah dan datin duduk berbincang pasal butik. Lama jugak datin di butik. Aku kena habiskan kerja cepat sebab petang ni aku nak pegi kampus sekejap. Sabri muncul di pintu, " Kiah, kami nak pegi makan. Ko nak ikut tak?"
"Tak nak lah, kerja banyak lagi ni, nak clearkan dua kotak ni dulu" Aku jawab perlahan.
"Nak kirim?" Sabri membalas.
"Tak payah lah, kenyang lagi", aku jawab acuh tak acuh.
Sebenarnya aku malas nak join. Seganlah. Kalau makan dengan mereka, sure makan free. Tapi dah selalu, aku malu walauuuuuuuupon dalam hati mahu. Hehehheee..sapa tak nak makan percuma. Makan bukan di warung tepi jalan. Seronok bukan?
Tapi hari ni aku bawak bekal sebenarnya. Malam tadi aku buat piza dan masih ada separuh. Aku bubuh dalam bekas plastik dan bawa ke butik. Minum? aku dah bawa air ribena, ada dlm peti sejuk di pantry. Lepas mereka keluar, aku ke pantry, keluarkan makanan dan air. Aku panaskan piza. Kak faridah muncul dengan polisterin di tangan. "jom makan sekali"Aku senyum dan mempelawa makanan aku.
Aku dengan kak farida tak begitu mesra. Entah kenapa, sejak dari aku kerja sini, dia macam pandang aku semacam. Yelah, aku memang tak bergaya macam dia. Tapi aku tak kisah sangat, so aku kurangkan bercakap, buat kerja aku je. "Masak sendiri ke?" Aku jawab " ya..buat sendiri".
Kak faridah cubit sedikit pizza dalam bekas plastik aku, menyuap ke mulut. " Eh boleh tahan, nak sikit lagi". Aku hulurkan sepotong dan Kak Faridah makan sampai habis. Dia pelawa aku makan bihun gorengnya. Aku ambil sedikit, sajalah nak ambil hati. Entah, hari ni tiba-tiba Kak Faridah ramah pula dengan aku. Rupanya dia seorang ibu tunggal anak dua. Macam-macam lah dia cerita. Dah lima tahun dia kerja dengan datin.
Kak Faridah makan cepat dan berlalu ke depan, mana tau ada pelanggan. Selalunya dia jaga butik berdua dalam satu shift, tapi seorang lagi pembantu jualan, Effa cuti kecemasan dua hari.
Selain mereka ada dua lagi kakitangan iaitu Hana dan Fendi. Mereka bekerja secara bergilir shift. Pekerja di bahagian rekaan dan jahitan ada sepuluh orang, tapi yang aku kenal dua orang saja, Auntie Melly dan Kak Zainab. Auntie Melly sebagai tukang gunting kain, kak Zainab pula kerjanya jahit manik dan labuci. Meraka semua bekerja di tingkat atas, jadi aku jarang jumpa mereka. Tapi sedar tak sedar, tiba-tiba aku dah macam suka kerja di sini.
Habis kerja pukul 5, aku bergegas berkemas nak balik.
tiba-tiba..
bersambung..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
22 comments:
Cerita catz macam cerita drama korea lak. Lepas tu kan catz. Catz jumpa anak datin tu...Lepas tuuu. he he he. Macam cerita korea laaa.
catz, blh dpt diskaun tak kat butik tuh? :)
catz, walaupun ko tak bergaya tapi ko engineer yer...ingat tu....
eeh mcm cerita novel laaa pulak... cepatlah sambung!!!!!!
selalunya mak janda memang bergaya... ehem ehem..mcm nenet laa jugak...ha ha ha....
macam baca cerpenlah...cepatlah sambung...... :)
macam best jer keje sini
ku nak join keje la
haha
baru kak faridah taww pizza ko tuh sedap..
ni kisah benar ke
eh eh... lama tak datang.. tiba tiba rasa macam sesat pulak. LOL. nak kena scroll and baca semua nih.. best best!!
laaa...padanla kak...punya la sy carik entry sandakan akak...
konpius lah alku baca ni...novel ke real ke...kau bermimpi....
aper kaitan AADK tu ngan gambo pizza tuh..igt kot td ader resepi pizza..punya la scroll smpai bawah...
butik baju ke butik pizza?
dh tk de keje ke sis sampai wat citer ne..:P
bile nk ajak lepak umah sis ne
Catz.. kalakar la ko pakai jubah gitu.. kisah ko nih cam kisah hmate life masa final yr..gigih nih..keje part time sambil belajar.. tp mmbr aku tuh keje kat kedai emas tapi..
Ahh catz..cam la aku rajin melaram.. paki croc tuh jer plg best..kan..
Catz..jom lepak..
betul ker rekaan neh?
kak gerau,
ooo..kalaau ada datin, dia anak lelaki ensem gitu lah..
heheheeee..
datin ni tak tau lah..belum tanya..kekekeke.
INTAN,
diskaun? ada..now kan tgh Y.E.S
hehheheeeee
nenettttt...
hahahhaha....
ko menghayati ye watak dlm cerita merepek aku nih..kehkehkeh
mak dara,
nak sambung..satsss...
hi hans,
welcome to my blog,.
:)
xdelah best..biasa2 je...hehhee..
yg best sellalu le datin tuh belanja kiah tuh..hahhaha
axim,
kannnnn...aku kena sorok piza aku sebelum kak faridah makan sumer.
heheh
neezaref..
ko rasa? fiksyen ke non fiksyen?
heheheheeee
Post a Comment