Thursday, December 17, 2009

Ada apa dengan kucingmu?



Hujan lebat betul hari ni...
sampai depan pintu, aku campak kasut oren aku kat tepi pintu..
zoommm masuk rumah, ON TV..
hoh..nak tengok the biggest looser asia.
Tangan aku ambik beg plastik yang aku letak tepi pintu.
Beli burger King Kong kat Alamanda tadi.
Wah..dramanya TBLA ni..ada yang tetiba tarik diri, ada yang masuk hospital.
Aku cepat-cepat masuk bilik air, cuci tangan, cuci muka.
Amik burger, nak ngappp...eh....
tadi tgk kat gambor kedai burger tu, banyaknya sayur, bawang, cheese dia sampai terjulur-julur.
Tapi burger aku ni kenapa cuma cam daging kecik dgn cheese yg penyek melekat. tadek pun sayur? Huh keji.
Pandai sungguh nak tarik pelanggan. terpedaya aku.
Baru ngap suku burger sambil mata aku melekat kat TV. Tgk peserta TBLA tuh duk wat cardio exercise kat gym. Perghh..kena bakar 800 kalori dlm satu sesi.
wow..kalau aku..mau separuh kojol. Selalunya...dlm 2 jam lebih kat gym, aku boleh buat dalam 350-400 je. Tu time tgh fit lah, sebab selalu pegi. Tu pun dah buat aku kembang hidung mcm nak rak, siap tayang-tayang kat PT kat gym tu.
Kalau now ni..err..baru aku sedar, dah dekat 4 bulan aku tak pegi gym.
So now ni, tah2 nak burn 100 pun tah-tah kena standby ambulan sebelah kot.
eh..terus macam tak jadik nak habiskan burger kat tangan. Macam tak berapa lalu pulak.
tetiba mcm nak pegi joging. ceh.Konon tetiba insaf. menyesal jugaklah tak pi audition the biggest looser asia tuh.
Eh, rugi tak habiskan burger. malam ni je. so tamat gak lah riwayat burger tu. eh mahal ok. sebijik burger dekat RM8.00. kan mahal tu.
Kalau beli burger dengan abang burger depan rumah, dapat 4 bijik tau.
Sambil tgk TV, aku belek-belek kertas yang bertimbun atas katil.
Huh..banyak lagi paper aku tak marking. Ada 2 ikat belum usik langsung.
Yang dah siap ada 3 ikat, aku buh dekat dengan rak baju.
Aku kena siapkan dalam masa 3 hari. Tak siap karang mau aku kena bebel dengan Dr Suleman. Apa nak buat, mencari sesuap rezeki. Tak siap takde lah payment.
Aku duk berkira-kira, ada ke tak job lagi lepas ni.
Kalau tak, mungkin terpaksa membanting tulang keje parkson.
Atau maybe terima pelawaan Datin Munirah, keje part time dengan dia.
Jaga butik atau keje part time dekat kopitiam family dia.
Hem...butik? hah...agak azab bunyiknya. Aku mana reti sangat pasal fashion, pasal baju kasut ni.
Kasut oren tu pun aku beli kat Petaling Street, RM15.90 time sale. Harga asal RM21.90.
Keje butik kena lah berketerampilan lawa ye tak. iskkk...kena invest bali baju cantik le kot.
Oh tidak..aku takde budget lah, baik aku kerja kat parkson, ada uniform.
Kalau kerja kopitiam, kurang-kurang nak tunggu gaji dapat makan free. Kalau keje shift pagi, dptlah lunch free kan. kalau keje petang, dapat gak makan malam free kot. Hiks. jimat.
Time lain tu aku ikat perut lah. Dengan bahasa lainya - DIET badan dan poket.
Hidup di KL macam ni lah. macam-macam dalam otak ni.
Sejak kena berenti keje, terpaksa aku buat macam-macam nak hidup.
Nak bayar rumah dan bil. nak bayar Yuran study part time lagi.
Kalau lah duit tu boleh ditanam macam tanam pokok tauge kan best.
hari ni aku rendam kacang hijau, toskan, letak atas daun, esoknya dah tumbuh pucuk-pucuk duit. Esoknya lagi kuar duit RM50.00 , RM100.00 bergayutan melambai-lambai tunggu kena petik.
Ewah senangnya.
Rasa tak caya aje, dah dekat 4 bulan aku takde kerja tetap. kompeni tempat aku keje tutup operasinya kat Malaysia.
Carik keje dah, entah lah. Dulu masa keje best-best, aku selalu berangan nak keje jadik sales girl lah, keje kat kedai makan lah, nak jadi nelayan lah, now macam nak jadi kenyataan. Lepas tu nak merungut pulak apa hal kan. Ha..tu lah..orang kata, jangan suka sgt berangan, tak syukur dengan apa yang ada. Now pandai-pandai lah aku nak hidup.

trittt..tritttt!!!

Telepon cokia aku berbunyik. Tengok nombor, eh nombor emak.
aku: hello..Asalammualaikum.
emak: Walaikumsalam. Hello...Kiah..mak ni... (suara cemas semacam)
aku: ye...mak sihat ke? napa suara cam cemas je?
emak: beyonce...beyonce meninggal.
aku: hah?? ye ke??eh? bila???? aku jawab acuh tak acuh je.. (macamlah aku minat beyonce tu, lagu dia sepatah haram aku tak tau. wah mak aku ni follow entertainment channel kat TV kot).
emak: tadi..petang...balik dari surau, mak tengok dia terbaring dekat pintu..mulut berdarah.
aku: errrrrrrrr...... ( sejak bila beyonce duduk dengan mak aku ha?? apesal aku tak tau ni? aku dengan beyonce sedara ke? sedara sebelah mana ni? Bukan dia nak dtg malaysia tapi tak jadik ke? kompius pulak.

emak: emak dah suruh abah kebumikan dekat bawah pokok bunga kat tepi rumah.

hemm.....laaaa..ni tak lain dan tak bukan mesti lah salah sekor kucing mak ni.
Mak aku ni..macammlah aku hafal segala nama kucing dia.
Dekat 20 ekor oke.
Tiap kali aku balik, ada je kucing baru, aktif betul beranak lah depa ni.
Apa lah mak aku bagi makan kat derang ni.

nak aja aku ckp tadi..takpelah mak beyonce mati, dah banyak sgt kucing mak, kurang sket nak bagi makan. Kucing mak tu semua kuat makan. Tapi harus lah mak aku cili mulut aku karang, dengan ayat selingan "ko tu lagi kuat makan dari kucing-kucing mak, tapi mak bela gak ko sampai ko beso dan tau carik kerja'
hiks.pedih telinga aku karang.

Dulu pernah...masa tu akademi fantasia musim ke-3. Ala..yang ada mawi tu kan.
Kebetulan si Errra Fazzira beranak sulung. 5 ekor sekali keluar. mak aku bagi nama student AF musim ke -3. Sapa ek..sat aku re-fresh ingatan aku sats. Oh, Mawi, Felix, Marsha, dan sapa lagi tah. Tapi tah le, ada yang umur tak panjang. Mak aku nangis-nangis telepon aku. Mak aku kata " Mawi mati...mawi mati"..time tuh tgh umumkan mawi tuh jadik juara AF. Eh elok je aku tgk mawi tuh tgh duk angkat-angkat trofi atas pentas pakai baju ala-ala baju konvo.
Aku kompius gak. E
lok je mawi jadik juara, Kucing mawi mak mati le pulak.Suspen je.
isk...Ni beyonce ni kucing versi yang mana pun aku lupa.

Lepas borak-borak dengan mak, aku cepat-cepat mandi. Penat lah.
Aku nak sambung tanda kertas jawapan student Dr Suleman.
Besok pagi-pagi aku kena ada kat Dewan Felda, ada event. Pelancaran produk baru kedai kawan Datin Munirah. Periuk dan kuali yang diimport dari Jepun khabarnya. Ada sesi demo, dan mini karnival. Aku jadik photographer tak bertauliah..tak kisah lah, walau ciput je payment, lepas gak untuk isi petrol kete aku untuk 2 minggu. Hidup harus diteruskan.

bersambung..



7 comments:

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

Haiooyhhh.. Catz.. Compeni aperkah itu??.. No worries..ada bnk lagi keje out there.. lg pun u r experience worker kan..kasi active itu jobstreet..

Jom gi GYM jom..berazam gi GYM spnjang wknd nih...

Ahaks..smpoi la your mom..

afendi ariff said...

kata menteri2 kaki songlap:

kami menyarankan rakyat supaya mengubah cara hidup seiiring dgn peningkatan harga petrol....

jd ko pun kena la berubah sket....mkn tu control2 la sama...jgn asyik mkn begel pun yg 8 hengget sebijik....

melencong2 tu pun krg2 la jgk...pegi jungle tracking pun tak pyh naik flight kan?

tp psl gym tu....errrrrrr....mcm tak berkesan je aku nmpk...heh!

NenekPenne said...

alahai catz, ciannya ko.. tak perlah catz..kerja pelan2 nanti lama2 dapatlah kerja tetap tu....

Anak Jawa said...

betul tu fendi. sokong 100%
cuma mkn lemping pisang jer, kan jimattttttttttt???? hehehehe

makcik rokiah said...

glemer yu nama kucing tu... nak sain....... kekeke

geraugebang said...

ha ha ha. Gelak sorang kak gerau. Iya laa dah aku sorang tertonggok kat kompeter ni. kelako kelako. Kak gerau kelako kan mak catz. macam mak n abah kak gerau. Kalau pasal kucing ngalahkan apa. Kecoh.

makdaracute said...

ciannya catz...moga cepat dapat kerja baru....emmm...salam takziah atas kematian si beyonce.. :)