Monday, August 16, 2010

Macamana saya nak balik rumahhhh???????

6 Ramadhan.

Stress.
Office matters.
and masalah jalan raya.

Perjalanan 1 jam yang menjadi entah berapa jam.
Keluar office pukul 5.10 minit.
Drive ke arah balik rumah.
Singgah bazar Ramadhan.
Beli air tebu.
Beli sup daging.
Beli mee sup.
Beli nasi ayam.
Beli karipap sardin.
Beli lompat tikam.

Zasssss...

Drive sambil nyanyi kuat-kuat.

"Embunnnnn pun tak kan mampuuuuuuu...menyubur sekuntummmmmm..bunga yang layuuuuu..pada musim luruhhhhhhhhhhhh..yang dulunya mekarrrr..di sinar suriaaaaaa..bila sudah keringggggg..pastiiii akan gugurrrrrrrrrrrrrr"..

er..tiba-tiba..

ada kemalangan. MPV putih dengan lori.

Trafic jadi slow. Tapi masuh bergerak.

Takpe...kita jalan slow-slow.

Dan...

Jalan lancar semula.

dah 6.40 petang.

Lalu sekumpulan motor besar...
oh..machoooonyaaa motor.
zoommmmmmmmmmmmm...
broooommmmmmm..
zrengggggggggg.....
vroooooommm....
wengggggggggggg.....

eh.eksen nya. Taulah yang awak boleh memotong kami dengan laju....kami jalan macam kura-kura je.
haha-haha.bestnya naik motor.

Tiba-tiba.
stuck.
semua stop.
tak bergerak.
ahhhhh???? apesal ahhh?
OMG....
kena buka pose dalam kereta ke? STATIK 10 minit.

satu-satu kenderaan di depan pusing balik.

Dahlah nak pusing azab, banyak kereta dari arah bertentangan, lori besar-besar pulak tu.
aku malas lah. nak pusing ke mana pusing pun???? ni jelah jalan sebatang kan nak balik rumah.
MANA ADA JALAN LAIN??????

SO TUNGGU....DAN TUNGGU.

makin lama..makin banyak kereta pusing.
erk..........
aku turunkan cermin tingkap.

Buat isyarat tanya kereta yg jln slow dr arah bertentangan.
Sorang jawab dengan jerit.." ada eksiden!!!"

ok.
sat2 lagi polis sampai clear kot jalan ek?

tapi..nan adooo!!

statik jugak.

dah pukul 7.00 ptg.



aku turunkan cermin sekali lagi. Seorang pemandu kereta satria berenti sebelah aku (dia dr arah bertentangan)..aku tanya.

aku: ada apa?
satria: eksiden..pusing...u pusing...!
aku: aaaa???? pusing???
satria: eksiden lori dgn (apa tah aku x dgr)..tiang lampu jatuh..halang jalan. jalan putus. takleh lalu!
aku: nak pusing mana?????
satria: pusing kat sini laaa!!
aku: ye saya tau saya kena pusing kat sini! Tapi kalau saya pusing...camana saya nak balik rumahhhhh???????!
satria: pusing..u ikut jalan dalam.

Hah????

jalan dalam manaaaaa????

ada jalan dalammmm ke?????????????? nak masuk jalan dalam ikut manaaaa????
kereta tu dah jalan dah.

so mak terpaksa pusing..dan errr..mana aku nak balik ni.
aku call papa..tapi dia pun tak faham aku kat mana..dan nak ikut mana...ha-ha.
so aku pun konon2 ikut kete depan..tapi derang laju..tup2..eh...dah hilang.

aku hentam je..masuk kiri..jumpa jalan dekat transmission line...kira meraban-raban je ni.

aku teringat drebar kompeni yang duduk dekat pekan sama dgn aku. aku call..dia ckp:

" terus je..bla.bla..bla....bla....bla...tembus dekat Jenjarum..sijangkang...bla..bla....kiri..kanan...
wak tengah nak bersiap nak buka puasa ni...."

sadis oke.

aku pun tak paham dia cakap apa sebenarnya..yang aku nampak kebun kelapa sawitttt je depan aku.

aku perasan ada 3 kereta follow aku dari belakang. Lady driver.

haaaaaaaaaaaaaaaa..aku rasa derang pun tak tau jalan..and nak follow aku.

nasib korang le...kalau aku sesat sampai venezuela..korang pun join sekali buka puasa kat sana eh.



aku drive je terus ikut kaki. Ikut je jalan. tak yah le nak belok masuk semak ke apa. lama dah aku drive, tak nampak main road ke apa.still ladang kelapa sawit..kejap jalan sempit..kejap jalan besar.

aku ternampak sorang lelaki naik motor dgn anak kecik, berenti kat simpang.

aku turunkan cermin..berenti...dan ckp...

" er..bang...tumpang lalu.." eh...apa jadah lah kan. Nak cakap tumpang tanya terckp tumpang lalu. bongok je..ka ka ka.
abang tu terpinga,

"eh...tumpang tanya..jalan ni tembus mana??"

" Boleh tembus ke Pekan Boston (bukan nama sebenar) ..tapi sana sini jemm"

aaa..tak membantu.

so aku drive ikut kaki.
kereta belakang still follow aku.
Hari dah makin senja.
Kot tak jumpa jalan keluar..bersila ajalah bawah pokok sawit makan juadah buka puasa tu kan.
Lepas tu call 911. haaaa..



Dah nampak macam ada sinar bila jalan makin besar...tapi....masuk balik ladang sawit. Takde kereta lalu,. senja. sunyi.,
agak seram kan?

lepas tu pikir ..tgk cermin belakang lepas tu ada orang duduk kat seat belakang. muka buruk, sengih-sengih.

Tapiii..aku pikir..ala..buat apa nak takut hantu ke apa..kan bulan puasa, hantu setan semua kena ikat....(eh ye ke??).

so takde kot hantu merayau-rayau kot.
Lega..(sedapkan hati sendiri).

aku jalan terus..tah mana-mana. aku assume..mesti akan jumpa main road. Lama gak nihhhh..tawakal je.Kereta yang follow aku dah tinggal satu je. perempuan bertudung. lega.
Yang lain tah masuk simpang mana tataw.

Tiba-tiba lalu..satu kwsn ada rumah.
sebijik.jauh-jauh.
nampak banner " selamat dtg ke perkampungan orang asli...bla..bla...bersama membangunkan orang asli..bla..bla.."

ah?

biar benar...sampai ke kg org asli aku???
tu mesti banner belen-belen masa ada lawatan wakil rakyat ke apa tah.ke ke ke.
aku drive terus.

Jumpa macam kilang/rumah kedai cina. kilang kecik. " Wan Koon Enterprise". sebijik je.
err..nak jumpa main road dah kot????????
Mana ada orang buat kilang dalam hutan kan?
Lepas tuh jumpa signbod..

"JANLAN SIN CHOON" ----> jalan ke???????
aku terus je.

Lama nya kan aku nak sampai rumah.
main road pun belum nampak u ols.
Ok..setelah melalui pelbagai ladang....
akhirnyaaaaa....
aku nampak simpang 3. so..kiri? kanan?
aku amik kiri. kereta belakang aku ke kanan.

lega.....nampak ada rumah..kereta 2-3 bijik lalu lalang.nampak kilang sebijik.
dan ladang SIME DARBY yang tak semak.

dan nampak batu jalan " BOSTON 11km". <----- bukan nama sebenar.

so aku follow je jalan tuh..
dan tembus...dekat2 jalan nak ke Bukit Tinggi KLang.Gila jauh.
So aku ikut sign bod.
sampai le ke rumah dekat pukul 8 malam.



kembali ke pangkal jalan

Lega. selamat sampai rumah. letih gila.

sekian.

now menaip ni pun letih.

Sunday, August 15, 2010

yang sedap..

Yang sedap di bazar Ramadan?



untuk saya yang tak sempat masak. sedih. sampai rumah paling cepat pun pukul 7.00ptg.
sempat buat air je..

sup tulang di bazar Ramadan dekat Pekan DEngkil. 3 ketul besar-besar dan sedap. Daging banyak. RM4.00. best.


kuih yang aku hari-hari beli

Nasi beriyani beli di Restoran Anje, seksyen 15, Bandar Baru Bangi.
Ayam kampung goreng terbaik.
dalca/kuah yang best.

selamat berbuka puasa ols.

Jalan-jalan cari makan Penang (15/8/2010)

1. Restoran Mutiara - Kg Pelet, BUkit Mertajam (siap ada bela kambing, arnab, burung unta..ada kebun limau) - menu tadi: kengsom ikan siakap, beriani kambing, arnab masak apa lupa... burung unta etc. kira menu restoran ni lain dari yang lain.
Suasana macam resort.
siap boleh makan buah-buahan : durian.
:)

2. Restoran Ayu mee udang - Teluk Kumbar -20 minit dr airport Bayan Lepas. (menu spesel: mee udang besar-besar udangnya dan sedap, serta nasi goreng udang.

3. Nasi kandar Beratur - jln masjid kapitan Keling, tak jauh dr komtar ---> utk org yg sanggup beratur tgh malam..lauk 13 jenis. buka pukul 10 mlm, tutup pagi.

4.Hotel Vistana , jln bukit gambir ----> dulu suka duk sini sbb nak ke Kayu Nasik Kandar jalan kaki je. dekat dgn kompleks Bukit jambul. Dalam JJCM tadi kata pasembur nya antara yg terbaik di Penang (org yg di interview cakap), Harga tak mahal sgt katanya???


list utk terjah JJCM next trip ke Penang.

Penang is always about food!

Friday, August 13, 2010

Cerita Hujung Minggu 1: Night RUN 2010

Tengah masak nasi untuk sahur, update/bubuh gambo dulu tunggu nasik masak.


Aktiviti 3 minggu lalu, hujung minggu.
Menyertai acara larian malam, anjuran majalah SHAPE, Men's Health Magazine di Putrajaya.,

beberapa hari, sebelum acara, dapat parcel..eh..apa ni???? oh..baju??? baju apa ni? macamana nak pakai? puas aku text si nenet..errr..camana mak nak pakai baju ni nok?????
Tulis saiz tak agak2 masa isi borang....perasan saiz M..sekaliii??? aku try pakai kan kat teddy bear aku..ehhhh..elok je muat..err btw, catz oi....badan ko sama besar ke dgn teddy bear tu? sila sedar diri ye...
so..bila pakai? ala2 buah nangka yang disalut baju kebaya ketat...and terbonjol-bonjol...hik-hik.
and gila aku nak pakai mcm tu je?

er..dah nama pun majalah kesihatan..SHAPE pulak tuh..saiz M adalah kecik dan adakah mereka fikir yg join ni semua ada shape?
ha-ha.
terus rasa nak lempang pipi sendiri.

aku: LIBL, kenapa dpt baju je? goodies nya mana? bukan dia pos sekali ke?
LIBL: goodies lepas run baru dia bagi. kalau dia pos alamatnya yg datang lari 20 org je.
aku: ha-ha-ha.


Booth sponsor

Ok..hari berlangsung...kena ada sana pukul 6 petang. Aku dah fikir, sure jam tahap gaban dan susah park. aku sampai dekat pukul 7 dan ehhh..banyak parking dan senang, plus kena jalan sikit lah. Dan orang adalah super ramaiiiii.
And mostly..boleh kata 85% adalah Che.

net: eh...napa ramai che ah?
aku: ye lah.time2 gini, orang lain pegi masjid. kita je yang terheges nak run-run maghrib-maghrib ni..



meriah gila time nih..siap ada clown bagai...dan jalan-jalan ke gerai jualan dan booth sponsor.
Dapatlah rasa-rasa mcm2 benda secara percuma. Rasa sikit-sikit..sampai kenyang.hik.

Reebok sponsor baju

Kitarang pegi booth reebok, tengok kasut sukan cantik. tapi dia takde pun derang nak bagi rasa pakai sorang sepasang dan bawak balik. kecewa.ha-ha.

Dapat pegang-pegang pun gembira. Fancy dan lawa-lawa. dan..errr..mahal. Siap sales person dia sorang cakap, er..this one is walking shoes..very comfy. sesuai if u nak berjalan ke pasar ke..pi jalan ke supermarket beli groceries ke.
puffttttt..errrrrr mahalnya bakal kasut pasar aku ni???..selama ni aku pi pasar pakai selipar jepun je.

kami amik-amik gambar sebelum berpeluh ketiak lari. errr..lari ke????

LIBL : ko pakai pesen apa ni catz? berapa lapis baju kau ni?
aku: pesen nangka muslimah.hik.

Run bermula di depan PerbAdanan Putraj@ya


oh..ada acara lambung-lambung sebelum mula lari. Gila kurus kan. Kalau aku? err..takyah sambung laaa..

Ni tempat mula FUN RUN..lari suka-suka=5km

Ni lari betul-betul, ada few kategori..lari-lari for hadiah and cash!

Laluan

lautan manusia

super ramai

dah nak start...berkumpul depan start point

Serius runner lari dulu...kami lari 8.20 malam.

laluan adalah dari depan putrajaya holdings tu sampai le PICC. hah..mcm dekat lah. Tapi dah kalau jarak 5km..pastuh lari adalah 500meter je..yg lebihnya jalan sambil bergosip, ia adalah lama dan mcm jauh.

er..cuba siang-siang buta, sanggup tak nak lari atas jambatan bagai ni? kirim salam le kan. tapi malam-malam best..nampak pemandangan dan bangunan yg cantik waktu malam.


sijil penyertaan

we at Finish point

eh..kiatarang lari dari mula ikut laluan betul smapai habis. takde nak ngelat ikut celah bangunan dan pusing balik sbb nak amik goodies. Siap ikut betul2 route takmo ngelat tuh..konon tak nak rasa berdosa/bersalah?? ye nenet??


Lepas lari..amik goodies, amik air free, buah dll.
And lepak makan kejap kat stall kat situ.Borak-borak...


yong tau foo

Thursday, August 12, 2010

Selamat menyambut Ramadhan

Langit pagi, 12.08.2010, 7.00 pagi.

Salam..

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan.

How's ur 1st day semalam?

mine? biasa-biasa.

Berangan nak balik awal. Dah terbayang, nak singgah kedai, beli bahan nak masak mee goreng dan buat tahu sumbat.

4.35 ptg..

Boss besar ketuk pintu dan terpacul..

BB: " eh...dah siap dah...bla..bla..gambar..bla..bla...equipment..esok"

aku: "nak sekarang ke?"

BB: "sekarang..sekarang..i kena submit esok pagi..esok last."

terpaksalah balik lambat.

5.40 ptg keluar ofis.

Jem! everywhere. tak kira la ofis ko tengah bandar ke, dalam hutan ke, tepi sungai ke...dalam laut ke. Jem luar biasa.

Perjalanan balik rumah yang sepatutnya 1 jam dan jadi berjam-jam.
sadis.

Nak singgah kedai beli bahan mee? sampai ..parking takde. Nak park pinggir-pinggir pun dah kena HON! so tak jadi keluar kereta. Memandu terus.


Terbang imej bayangan aku masak mee goreng dan tahu sumbat petang ni...pufhhhhh.

Setelah melalui perjalanan panjang, hampir sampai ke sebuah bandar kecil, so wut else? Bazar Ramadhan lah kan? Jam pun dan tunjuk pukul 7.05 minit.
(masa ni feeling-feeling apa tau..oh kakak/abang bazar Ramadhan mungkin akan beri aku extra air ke..beli 1 free 1 ke..sebab dah nak waktu buka, org sure dah tak ramai, and mereka tengah berkemas...).

TAPI. tak u ols!

Orang super ramai. Nak beli makanan pun some gerai org kerumun/beratur which aku tgk muka abang yg buat murtabak pun dan nervous kot.ha-ha. ye lah..semua muka tgk dia dgn muka lapar ,tgk dia menebar tepung, buh inti..etc..
yang tgk muka mcm tak sabar like.."Ehhh..meh sini lah aku tolong masak!".

Kedai ayam percik? licin. duk tgh bakar lagi.

Gerai lain..biasa-biasa.
Nasib le kan. entah ok entah tak.
aku beli mee goreng dan kuih...nak cepat..tunjuk..beli..bayar.
beli air tebu.

sampai rumah dah 7.30 malam.
buh food dalam bekas, berbuka.
Oh..mee adalah rasanya mcm mee yg dibubuh kicap je. Karipap, bila gigit..awhh?? inti bawang???? bawang perisa sardin kot? sbb mcm ada rasa sardin sikit-sikit.Tapi syukur, dapat makan.

Ni lah kan masalah org berniaga time bulan Ramadhan.
Kdg tak make sense langsung benda yang dijual tu.
Menjual makanan yg kdg tak masuk akal kualitinya. Tak segan ke eh?
saya bukan komplen. Cuma pelik.,
Memanglah kalau fikirkan..beli je kat bazar, senang kan. Bukan nak makan ramai pun.
malah kdg lebih murah, tak penat nak masak, boleh beribadat di malam hari.
Kita pun yg membeli ni membantu ekonomi para peniaga kan.
Kalau semorang masak, sapa yang nak beli kat bazar tu?
Tapi tolonglah peka dengan kualiti makanan yang dijual. Kadang orang terpaksa beli sebab dah lah nak pi bazar ni parking susah, nak redah-redah jem...takkan nak balik lenggang kangkung je kan?

eh..dah.



sahur? 5.00 pagi.


aku simple je. nasik, telur goreng. air masak.

Tapi malam tadi sempat masak sambal tumis sotong kering. Makan dgn telur goreng dan nasi suam masa sahur ke 2 pagi tadi.
Gambar takde..mata separuh tertutup time makan.
hiks.

Selamat menjalani Ibadat puasa.