Friday, August 13, 2010

Cerita Hujung Minggu 1: Night RUN 2010

Tengah masak nasi untuk sahur, update/bubuh gambo dulu tunggu nasik masak.


Aktiviti 3 minggu lalu, hujung minggu.
Menyertai acara larian malam, anjuran majalah SHAPE, Men's Health Magazine di Putrajaya.,

beberapa hari, sebelum acara, dapat parcel..eh..apa ni???? oh..baju??? baju apa ni? macamana nak pakai? puas aku text si nenet..errr..camana mak nak pakai baju ni nok?????
Tulis saiz tak agak2 masa isi borang....perasan saiz M..sekaliii??? aku try pakai kan kat teddy bear aku..ehhhh..elok je muat..err btw, catz oi....badan ko sama besar ke dgn teddy bear tu? sila sedar diri ye...
so..bila pakai? ala2 buah nangka yang disalut baju kebaya ketat...and terbonjol-bonjol...hik-hik.
and gila aku nak pakai mcm tu je?

er..dah nama pun majalah kesihatan..SHAPE pulak tuh..saiz M adalah kecik dan adakah mereka fikir yg join ni semua ada shape?
ha-ha.
terus rasa nak lempang pipi sendiri.

aku: LIBL, kenapa dpt baju je? goodies nya mana? bukan dia pos sekali ke?
LIBL: goodies lepas run baru dia bagi. kalau dia pos alamatnya yg datang lari 20 org je.
aku: ha-ha-ha.


Booth sponsor

Ok..hari berlangsung...kena ada sana pukul 6 petang. Aku dah fikir, sure jam tahap gaban dan susah park. aku sampai dekat pukul 7 dan ehhh..banyak parking dan senang, plus kena jalan sikit lah. Dan orang adalah super ramaiiiii.
And mostly..boleh kata 85% adalah Che.

net: eh...napa ramai che ah?
aku: ye lah.time2 gini, orang lain pegi masjid. kita je yang terheges nak run-run maghrib-maghrib ni..



meriah gila time nih..siap ada clown bagai...dan jalan-jalan ke gerai jualan dan booth sponsor.
Dapatlah rasa-rasa mcm2 benda secara percuma. Rasa sikit-sikit..sampai kenyang.hik.

Reebok sponsor baju

Kitarang pegi booth reebok, tengok kasut sukan cantik. tapi dia takde pun derang nak bagi rasa pakai sorang sepasang dan bawak balik. kecewa.ha-ha.

Dapat pegang-pegang pun gembira. Fancy dan lawa-lawa. dan..errr..mahal. Siap sales person dia sorang cakap, er..this one is walking shoes..very comfy. sesuai if u nak berjalan ke pasar ke..pi jalan ke supermarket beli groceries ke.
puffttttt..errrrrr mahalnya bakal kasut pasar aku ni???..selama ni aku pi pasar pakai selipar jepun je.

kami amik-amik gambar sebelum berpeluh ketiak lari. errr..lari ke????

LIBL : ko pakai pesen apa ni catz? berapa lapis baju kau ni?
aku: pesen nangka muslimah.hik.

Run bermula di depan PerbAdanan Putraj@ya


oh..ada acara lambung-lambung sebelum mula lari. Gila kurus kan. Kalau aku? err..takyah sambung laaa..

Ni tempat mula FUN RUN..lari suka-suka=5km

Ni lari betul-betul, ada few kategori..lari-lari for hadiah and cash!

Laluan

lautan manusia

super ramai

dah nak start...berkumpul depan start point

Serius runner lari dulu...kami lari 8.20 malam.

laluan adalah dari depan putrajaya holdings tu sampai le PICC. hah..mcm dekat lah. Tapi dah kalau jarak 5km..pastuh lari adalah 500meter je..yg lebihnya jalan sambil bergosip, ia adalah lama dan mcm jauh.

er..cuba siang-siang buta, sanggup tak nak lari atas jambatan bagai ni? kirim salam le kan. tapi malam-malam best..nampak pemandangan dan bangunan yg cantik waktu malam.


sijil penyertaan

we at Finish point

eh..kiatarang lari dari mula ikut laluan betul smapai habis. takde nak ngelat ikut celah bangunan dan pusing balik sbb nak amik goodies. Siap ikut betul2 route takmo ngelat tuh..konon tak nak rasa berdosa/bersalah?? ye nenet??


Lepas lari..amik goodies, amik air free, buah dll.
And lepak makan kejap kat stall kat situ.Borak-borak...


yong tau foo

6 comments:

afendi ariff said...

finishing dgn yong taufu yg takbley tahan tu...
heh!

Lady of Leisure said...

wah pakai kamera dslr ke amik pic malam2 pun lawa..
:)

NenetPenne (NP) said...

kalau lari ngelat2 nanti gossip tak sempat panjang..pendek laa pulak jadinya... bila pendek, tak puas... dahlah nak jumpa pun susah...ha ha ha..

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

ahakssss.... larii.. larikkk...

Anonymous said...

catz,
nangis aku baca. kelakar sangat.hilang tension....mas yp

HaniFadil said...

catz adalah runner juga.. hebat!