Saturday, October 9, 2010

Jalan-jalan cari makan : My 1st SATAR

Aku mmg hantu satar.

SO..masa ke Kuantan baru-baru ni.. aku ke mari lagi.. kedai satar kegemaran.




satar tersedap terletak berhampiran MONICA BAY, atau Pantai Teluk Mak Nik, Kuala Kemaman,



oh...sedap...!

Aku datang dengan SAIRA sempena percutian pertamanya selepas balik dari US.
hiks..dia tak pernah makan satar.

so dia agak pelik tengok satar nih. Tapi aku paksa dia makan.hehheheh

Ha...buka...bukan daun tuh...

looks sooo yummy...

MY 1st SATAR: ehmm..."sedap laaa..setapppp!"


nyum-nyummm..

peminat tegar satar.. jemput makan!


Sunday, October 3, 2010

Projek aiskrim

gigih aku buat 3 flavour...nyam!

ting! ting! ting!
eskrem...! mari!mari!


tomorrow, we gonna have aiskrim fiesta.
hahhaha.
aiskrim 1 Malaysia.
7 flavour i think.
mine : bubur kacang, ribena and pandan.
will have more...
milo, asam boi, bandung, oren ke apa tah.

klasik.


kan.

harap-harap laku. sold out.

Jangan kau bergaduh dengan sekuriti guad itew..

Sebenonya kan....aku malas nak nulis/taip. Tapi benda ni bergerak-gerak dalam kepala lah ..
so aku taip ajala lah ek.
kisah tak puas hati@ lebih mudah kata, aku nak ngumpat pak gad.

entah leh kenapa, semenjak dua tiga menjak ni kan asyik dapat job dekat kondo-kondo aja.
ala-ala urgent kena terjah-terjah gitu.
so biasalah kan , kalau nak masuk kondo ni mestilah kena ngadap sekuriti dulu gitu.

kondo 1:

Pak guad kerekssssss tak bagi kete aku masuk walauuuu pun management kondo dah allowed aku masuk. Ada lot kosong tapi dia cakap dah penuh. Aku cakap aku datang kerja oke..kerja halau nyamuk. Dia tetap tak bagi aku masuk. Ek eleh. Lepas tu suruh aku park kat luar dan aku kena menapak jauh sampai berpeluh ketiak. Grrrrr.
Client aku pun tak boleh nak cakap apa la pasal dia pun menurut perintah. If not aku rasa lenkali dia pun susah nak masuk. Wah..muka pak gad adalah sgt gembira dan berpuas hati tgk aku muncung cam itik. eiiii..grrrrrrrrrrrrrrrr....

kondo 2:

Staff aku ngadu..derang pi ke Kondo XXX utk buat keje. aku tak ikut.
Aku cakap..apa bendanya?
derang ckp, pak guard tak bagi masuk ..nla..bla...management hantar wakil..bla..bla.
staff aku nak masuk hantar equipment kejap pun pak guard tak bagi masuk, padahal dah ada work order bagai. Maybe dia ingat budak-budak ni ada tangan lapan setiap seorang kot. Or sebenarnya dia tak faham ke hapa tah. Tak ada budi bicara langsung.. ngek.

so aku tiba-tiba dalam mode ustazah cakap kat staff aku:

Takpe lah..tu memang keje derang. Dah tu bidang keje dia, u ols redha je lah. Jangan cekik pak guard tu pulak ye. aku tak nak jamin korang kalau korang masuk lokap. Kita kena faham kerja orang, so redha dan berlapang hati je lah ye. sekali lg i remind u ols, jgn cekik pak guard tuh ok.'


kisah 3:

kisah aku. semalam.
aku balik kerja, singgah apartment aku sebab nak install water heater. dah janji dengan kontraktor yg dihire oleh kedai letrik. Aku kena install semalam jugak. So si Beckham (mak aih, nama tak nak kalah oke tokey kedai letrik nih) telah buat appointment dgn kontraktor dia ptg tuh jugak (if not i ugut tak jadi beli ..kuikuikui). yang available cuma pukul 7 ptg. aku cakap malam sgt tuhh. so dia try gak pukul 6. Tah gitu gini kan, aku smapai dekat-dekat pukul 6.30ptg. Kontraktor itu dah call-call aku, cakap yang derang dah sampai depan gate.
sampai depan gate, aku ajak lah derang masuk dalam.

Pak Guard (india) : Tak boleh masuk, sekarang suda pukul berapa???
Aku: aaaaaa??? tak boleh?????? whyyy??????
Pak Guard: Tada boleh. Ini peraturan. sekarang sudah 6.20 ptg. tak boleh kerja.
Aku: eh...derang dah sampai, dan i takde masa lain.
Pak Guard: Tak boleh..balik..balik...!
Aku: ehhhhhh.... pakcik, saya tak boleh dtg hari lain. Derang nak install water heater je.
Pak Guard: saya kata tak boleh, tak boleh laaaa..u tara faham kaaa???
Aku: Pakcik, saya kerja, Saya bukan duduk sini. Saya bukan duduk daerah ni. saya duduk jauh.
Pak Guard: U mana duduk? U datang besok la. or datang Isnin la.
Aku: eh tak boleh.saya kena pasang hari ni jugak. Saya kerja. Mana boleh suka-suka keluar. saya duduk jauh.
Pak Guard: itu saya tatau. (MUKA KEREKS).
Aku: Saya kena pasang hari ni jugak! <------mesti dia pun ckp aku kerek jugak.

so berlaku lah peristiwa tikam menikam.opssss..bertikam lidah ya adik-adik.

Aku dah bengang.
takkan lah aku nak suruh derang balik. Tak logik la. Lagipun aku dah explain, aku bukan nak tebuk dinding ke..nak paku-paku ke, nak robohkan dinding ke hapa sampai satu blok bergegar.
wiring dah ada siap dah aku buat time renovate dulu. So mana ada nak hack dinding utk buat wiring ke hapa. Just nak install je. kejap je.Lagipun takkan lah aku nak suh derang balik pulak. derang dah siap keluarkan tools, tangga bagai. Dan derang dah lama duk menebeng tgk aku dgn Pak guard tuh gaduh. Dan aku mana ada masa lain dah.Hari tuh je boleh.

Pak Guard tuh bertegas tak kasik oke.

Hooooo...mak nak amuk dah time tuh. Berlaku lah sedikit kecoh di post pengawal tu. Drama oke.

Tiba-tiba.....

muncul seorang Pak guard lain.eh....Abang Guard la. sebab muda.

Dia cakap kat pak guard kerek tuh " biar i settle.."

Abang Guard: Macam ni lah..u call management dulu, kalau derang bagi, proceed lah.

So mak pung call le management, and aku ckp le kan situasi di post pengawal.
dia cakap..masuklah, boleh je buat keje. Cuma kena siap before 7.
seee? boleh je kan.
Time tuh Pak Guard kereks tuh dah takde..mana tah.Bengang kot.

so....Kontraktor tuh masuk, installed. tak sampai around 20-25 minit gitu dah siap. kejap je.
dan aku denagr derang drill sekali je. tuh pun kejap je. aku siap hidang air oren dgn goreng pisang untuk derang bertiga yang kerja tuh.

so kesimpulannya aku dah tergaduh dgn pak Guard tuh pulak.

errr...alamak.

Takut le pulak.

eh..panjangnya aku taip.

Saturday, October 2, 2010

JJCM: Ana Ikan Bakar Petai..

Hai...
dinner di mana malam tadi?
Ke masih lagi busy dgn rumah terbuka?
weekend ni pun tentu sibuk jemputan rumah terbuka kan...
Ok..
jom..jalan-jalan cari makan. Walau pun ketika ni masih mood raya, tetaplah nak berjalan-jalan kan.....sambil kerja sambil cari makan.

Jom ke kuantan.....!


Ana Ikan bakar petai merupakan antara tempat makan yang famous di Kuantan. Few weeks back aku tgk dalam rancangan warung kita . so bila dah ada di kuantan ni, haruslah try.
Macamana nak ke sini? Tak jauh dari Bandar Kuantan. Just drive naik jambatan menghala ke Tanjung Lumpur. Ada dua kedai Ana Ikan Bakar Petai ni . catz mkn yang menghadap jalan besar Tanjung Lumpur. Satu lagi yang menghadap laut. Tempat yang Catz pegi ni , kira 5 minit je dr bdr kuantan.Tapi kali ni pergi dengan kawan Catz yang tinggal di Kuantan, konvoi ke sini.

Masa sampai tuh kan...mak oiiiiiiiiiii!! penuh dengan manusia! Tapi kawan catz dah warning, kalau nak pi, jgn pi lepas maghrib sebab orang adalah super ramai dan kdg kena tunggu ada meja kosong. so kami decide pegi after 9.

Bertolak dari hotel di Balok 9.30 malam. 15-20 minit dah sampai. Ada meja kosong walaupun orang ramai gila.

Ini lah menu kedai ni. klik untuk besarkan imej.

Dalam kedai ni ada gerai keropok lekor, kerabu mangga.

keropok lekor

kepok ..cicoh

sotong goreng tepung...i bagi A++

tomyam campur

kailan goreng biasa

kerabu mangga

star of the day.. Siakap Bakar Petai..sedap!!


Menu utama dan unik ialah ikan bakar petai. terdapat pelbagai jenis ikan. masa cat sampai dah tinggai siakap dgn pari je. So pilih siakap. Kalau tak nak letak petai pun boleh. bakar biasa.
Boleh juga pilih seafood lain.Sotong besar-besar you. Tapi kawan catz kata, kalau besar sangat tak berapa sedap sebab rasa dah mcm getah nat basikal. so aku amik yang sedang-sedang je.


sebelum..

oh ada satu lagi menu..telur bistik (yang tak bistik sebab cuma telur dadar yg dibubuh dalam kuah..grrrrrr)

selepas

Overall..food kat sini sedap! harga...hemmm...kawan aku belanja. semua sekali RM62.50
Moga murah rezeki dia.
Kang mak datang lagi.

eh..masa aku duk taip entry ni, kebetulan siaran ulangan 'warung kita' yang duk carik makan kat kuantan, termasuk lah kedai nih..best je tgk Farouk makan lonjak..lonjok..ke apa tah..aku panggil siput buluh.

best!

jom jalan-jalan!

Thursday, September 30, 2010

Random...

1. miow.miow.miowww...meowww.

2. Semangat berblogging dah terbang sejak dari bulan puasa lagi. entah kenapa. Tapi sesekali ada jugak entry. momentum tu sendiri je hilang tah ke mana-mana. Mungkin terlalu busy buat benda lain, dan blog terabai. Oh ya, saya ucapkan terima kasih kepada yang masih sudi singgah membaca blog saya. DAN, saya tau,saya adalah tidak sopan kerana tidak membalas komen-komen entry-entry sebelum ini. ok.saya akan reply secara perlahan-lahan.
BTW, terima kasih banyak-banyak kerana masih sudi singgah.

3. Saya dah jarang buat entry jalan-jalan. kenapa? entah. saya dah jarang menulis mengenainya. tah kenapa. CAKAP JE LAH MALAS.



laut biru


senja

sagu gula melaka..


Things that i learn recently:

1. Berjumpa dengan seorang teman lama, 10 tahun tak jumpa. Bila jumpa, kami masih sama. Bercerita kisah lalu di tempat di mana kami ditakdirkan berjumpa. Yeah. tak semua orang hidupnya smooth sailing kan. Rasa kecewa yang tak terbendung membuatkan dia berada di tempat sekarang. Yang lainnya, dia dah ada 3 anak. membesarkan anak sendirian dan berjuang menamatkan PhD nya. aku kagum. Dari raut wajahnya, aku tau dia tabah berjuang untuk keluarga dan anak-anaknya. Di sebalik cerita yang agak sedih, sesekali hilaian tawa kami terburai bercerita kisah lalu hingga mengundang orang meja sebelah macam nak join borak sekali.
Ye..pakcik baju biru dan kawan-kawannya yang duk heran napa kami asyik amik gambar pun join pasang telinga.
ironinya..aku, teman lama itu dan saira punya sejarah yang sama di tempat itu, suatu ketika dahulu.
Ha-ha. Dum-dum! kapal laut.. belayar hingga aku terlepek dek muntah hijau. kenangan belayar atas kapal TLDM yang tak pernah aku lupa.kenangan makan nasi lemak kongsi-kongsi. kenangan berkereta ke utara, ke sawah padi. kenangan 1001 kisah.
Kisah lalu ada yang indah untuk di kenang, ada yang tak indah, tapi tak mudah untuk dilupa.
Teman ku.. suatu hari nanti, aku boleh join untuk kembali ke sana, bila sampai waktu dan tercapai apa yang dicita-citakan. bagi aku mungkin tiada apa, tapi aku faham, untuk mu, ia adalah sesuatu. Dan, kau masih berjuang untuk itu. laut itu sebahagian hidupmu. walau ia pernah mengguris kenangan pahit, kau tetap di situ, meneruskan apa yang telah kau mulakan. Go-go-go!

errrrr....aku ke yang tulis statement kat atas tu. oh jiwangnyaaaaa.


2. Seminggu, aku belajar banyak perkara.
SHARING IS CARING, and the most important is SHARING IS NOT LOSING. Dan tak sangka, ia kenangan indah yang tak mudah dilupa. walau seksa, ia berakhir gembira. Harap ia berhasil untuk semua. u know who u are.