Sebenonya kan....aku malas nak nulis/taip. Tapi benda ni bergerak-gerak dalam kepala lah ..
so aku taip ajala lah ek.
kisah tak puas hati@ lebih mudah kata, aku nak ngumpat pak gad.
entah leh kenapa, semenjak dua tiga menjak ni kan asyik dapat job dekat kondo-kondo aja.
ala-ala urgent kena terjah-terjah gitu.
so biasalah kan , kalau nak masuk kondo ni mestilah kena ngadap sekuriti dulu gitu.
kondo 1:
Pak guad kerekssssss tak bagi kete aku masuk walauuuu pun management kondo dah allowed aku masuk. Ada lot kosong tapi dia cakap dah penuh. Aku cakap aku datang kerja oke..kerja halau nyamuk. Dia tetap tak bagi aku masuk. Ek eleh. Lepas tu suruh aku park kat luar dan aku kena menapak jauh sampai berpeluh ketiak. Grrrrr.
Client aku pun tak boleh nak cakap apa la pasal dia pun menurut perintah. If not aku rasa lenkali dia pun susah nak masuk. Wah..muka pak gad adalah sgt gembira dan berpuas hati tgk aku muncung cam itik. eiiii..grrrrrrrrrrrrrrrr....
kondo 2:
Staff aku ngadu..derang pi ke Kondo XXX utk buat keje. aku tak ikut.
Aku cakap..apa bendanya?
derang ckp, pak guard tak bagi masuk ..nla..bla...management hantar wakil..bla..bla.
staff aku nak masuk hantar equipment kejap pun pak guard tak bagi masuk, padahal dah ada work order bagai. Maybe dia ingat budak-budak ni ada tangan lapan setiap seorang kot. Or sebenarnya dia tak faham ke hapa tah. Tak ada budi bicara langsung.. ngek.
so aku tiba-tiba dalam mode ustazah cakap kat staff aku:
Takpe lah..tu memang keje derang. Dah tu bidang keje dia, u ols redha je lah. Jangan cekik pak guard tu pulak ye. aku tak nak jamin korang kalau korang masuk lokap. Kita kena faham kerja orang, so redha dan berlapang hati je lah ye. sekali lg i remind u ols, jgn cekik pak guard tuh ok.'
kisah 3:
kisah aku. semalam.
aku balik kerja, singgah apartment aku sebab nak install water heater. dah janji dengan kontraktor yg dihire oleh kedai letrik. Aku kena install semalam jugak. So si Beckham (mak aih, nama tak nak kalah oke tokey kedai letrik nih) telah buat appointment dgn kontraktor dia ptg tuh jugak (if not i ugut tak jadi beli ..kuikuikui). yang available cuma pukul 7 ptg. aku cakap malam sgt tuhh. so dia try gak pukul 6. Tah gitu gini kan, aku smapai dekat-dekat pukul 6.30ptg. Kontraktor itu dah call-call aku, cakap yang derang dah sampai depan gate.
sampai depan gate, aku ajak lah derang masuk dalam.
Pak Guard (india) : Tak boleh masuk, sekarang suda pukul berapa???
Aku: aaaaaa??? tak boleh?????? whyyy??????
Pak Guard: Tada boleh. Ini peraturan. sekarang sudah 6.20 ptg. tak boleh kerja.
Aku: eh...derang dah sampai, dan i takde masa lain.
Pak Guard: Tak boleh..balik..balik...!
Aku: ehhhhhh.... pakcik, saya tak boleh dtg hari lain. Derang nak install water heater je.
Pak Guard: saya kata tak boleh, tak boleh laaaa..u tara faham kaaa???
Aku: Pakcik, saya kerja, Saya bukan duduk sini. Saya bukan duduk daerah ni. saya duduk jauh.
Pak Guard: U mana duduk? U datang besok la. or datang Isnin la.
Aku: eh tak boleh.saya kena pasang hari ni jugak. Saya kerja. Mana boleh suka-suka keluar. saya duduk jauh.
Pak Guard: itu saya tatau. (MUKA KEREKS).
Aku: Saya kena pasang hari ni jugak! <------mesti dia pun ckp aku kerek jugak.
so berlaku lah peristiwa tikam menikam.opssss..bertikam lidah ya adik-adik.
Aku dah bengang.
takkan lah aku nak suruh derang balik. Tak logik la. Lagipun aku dah explain, aku bukan nak tebuk dinding ke..nak paku-paku ke, nak robohkan dinding ke hapa sampai satu blok bergegar.
wiring dah ada siap dah aku buat time renovate dulu. So mana ada nak hack dinding utk buat wiring ke hapa. Just nak install je. kejap je.Lagipun takkan lah aku nak suh derang balik pulak. derang dah siap keluarkan tools, tangga bagai. Dan derang dah lama duk menebeng tgk aku dgn Pak guard tuh gaduh. Dan aku mana ada masa lain dah.Hari tuh je boleh.
Pak Guard tuh bertegas tak kasik oke.
Hooooo...mak nak amuk dah time tuh. Berlaku lah sedikit kecoh di post pengawal tu. Drama oke.
Tiba-tiba.....
muncul seorang Pak guard lain.eh....Abang Guard la. sebab muda.
Dia cakap kat pak guard kerek tuh " biar i settle.."
Abang Guard: Macam ni lah..u call management dulu, kalau derang bagi, proceed lah.
So mak pung call le management, and aku ckp le kan situasi di post pengawal.
dia cakap..masuklah, boleh je buat keje. Cuma kena siap before 7.
seee? boleh je kan.
Time tuh Pak Guard kereks tuh dah takde..mana tah.Bengang kot.
so....Kontraktor tuh masuk, installed. tak sampai around 20-25 minit gitu dah siap. kejap je.
dan aku denagr derang drill sekali je. tuh pun kejap je. aku siap hidang air oren dgn goreng pisang untuk derang bertiga yang kerja tuh.
so kesimpulannya aku dah tergaduh dgn pak Guard tuh pulak.
errr...alamak.
Takut le pulak.
eh..panjangnya aku taip.
Sunday, October 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
goreng pisang ke atau pisang goreng
catz..pak guard ni ada koser besar tu..hehhehe kat tempat mama ni pulak..hari tu terbalik kot pulak..ada mamat ni nak masuk..sekali guard ni mintak pengenalan diri ler..nak tulis gi rumah mana, jalan berapa..sekali pak guard tu pulak yang kena penumbuk sebiji...hahahha nyaya gak tu.....
ijad,
pisang goreng.
:)
Mama,
errr..aku belum sampai tahap nak tumbuk..
tapi ada sket rasa mau cekik..
hikssss..
:)
ahaha..my bro gaduh dgn guard kat my apartment.. huhuhu.. siap x nak masuk.. tunggu kat guard... adeiih lllaaa....
moh akk jd ustazah..lenkali sekeh je kpala pak gad tu...pastu jalan...hahaha
Post a Comment