Monday, May 16, 2011

Ladang stevia vs Ladang kambing



gambar hiasan semata-mata.



Lately , i'm a bit into perladangan.
eh over gila.
ok..actually i have interest in pokok kehijauan, pokok berdaun cantik dan berbunga gorjes.
But i should say i dont have 'green fingers' sebab kalau bawak balik pokok je sure akan tinggal nyawa-nyawa ikan je dalam masa seminggu, lepas tu daun berguguran, dan lepas tuh..kojol errr..mati.
aku actually confuse, bila bubuh baja, lagiii lah pokok tu mati even though dah betul exactly baja yg dibeli itu.
(lepas tuh boleh aku bercita-cita nak buat ladang pisang??..err..maybe kena buat ladang kelapa sawit kot baru pokok hidup kehijauan dan boleh dituai. agaknya laaa..). or..now getah kan mahal, so rasanya kena tukar cita-cita kepada pengusaha ladang getah. kan?


stevia

ok..kita berladang secara small scale dulu ye senah. i bought this plant last week. pokok apa? STEVIA. 3 bulan dah boleh tuai. err..boleh digunakan.
have you heard about this plant? berdaun manis and can be used to replace normal sugar. This is very good for those who watch their diet and sugar intake.
manis daunnya. masuk je dalam mulut mmg dah rasa manis.tak perlu kunyah pun.
i read about stevia and feel like, hey, why not buat ladang stevia as now people are more concern and lead to healthy life style. murah pulak tu.
Daun stevia ni, boleh dijemur, keringkan (not more than 9 hours) and u can just put into warm water, and drink. manis.
I will blog on stevia later, if aku senyap je maknanya pokok dua pasu tuh pun dan Innalillah lah ya.
hik.

so demi menjaga pokok dua pasu tu, catz pi ke nursery pokok semalam. nak beli tanah organic coz, penjual pokok ni kata, senang je nak hidupkan pokok ni. guna tanah organic, rajin siram put under direct sun. Ia memerlukan cahaya matahari yang banyak katanya.

sesambil, beli pokok aloe vera ini yang sudah boleh dimakan

bagus utk kulit kepala dan pertumbuhan rambut katanya. so as i have hair falls problem, beli yang paling besar so boleh guna utk rawatan rambut dirumah.

pokok ni cantik-cantik kannnn

hijauuuu

sejuk mata ai

besar tempat ni, macam-macam pokok, jenis tanah dia jual


pasu-pasu cantik, harga reasonable.



so now i have ladang. ye..ladang sangat la kan. 3 pasu benda nak kena jaga. hopefully hidup le kan..ahahhaa. berbulu je nyonya nursery tuh. gaya macam nak beli semua pokok. siap dia panggil helper dia bawak kereta sorong. sekali beli aloe vera sepasu dengan tanah satu kampit je.ha-ha.


dah jom balik masak pulak.
ok.i will have lamb for dinner.
ni ala-ala nigela kononnnyaaaaaaaaaaaaa.
sebelum keluar rumah, marinate lamb dulu, then tinggal keluar, pi jemput anak sekolah , minum coffee dekat cafe bagai. tapi aku jemput anak pokok je la.

lamb shoulder, tengok pun dah sedap.

lets cooking!

lamb marinate simple je, buh perahan lemon dan black pepper. and grill!
grill about 4 minutes (2 minutes each side), and into the oven.

grilled potatoes


dinner last nite. grilled lamb and potatoes with salads. the black pepper sauce is yummy!



ok, rasa aku lebih sesuai buat ladang kambing kot le dari buat ladang stevia. tiba-tiba berubah fikiran. mungkin kena bela 2 ekor dulu kot. tengok kambing tu panjang umur ke tak duduk dengan aku. kan.

Saturday, May 14, 2011

my saturday...

Finally, i have a normal saturday.
teringat last weekend, was in indonesia, menjana ekonomi katanyaaa.

after laundry and cleaning..jom..yey...time for movie.


breakfast popcorn + ice lemon tea

adik kaunter: cerita apa?
aku: fast & furious
adik kaunter: berapa orang
aku: satu
adik kaunter: satu? sorang? (muka kerutttt-kerut). tengok sorang-sorang? (sengih-sengihhh)
aku: eh..saya memang datang sorang, tapi dekat dalam tuh tengok ramai-ramai lah. tgk seat separuh kan dah penuh ni.. hahah
adik kaunter: hahaha..akak ni loyar buruk.


fast five

ehem..

ni makan apa ni badan jadi macam ni? veryyyy derrr...m-a-c-h-o


review? best. very entertaining. tak nak cerita sebab rasanya ramai yang belum tgk. so pegi lah menonton doi pawagam berhampiran.
err..lenkali nak pi rompak peti besi ajak le ai sekali....hahahhaa


lunch at penang nyonya, laksa penang

sedap..!

ada bridal show. ooooohhh..lentiknyaa kau ah moi..tak makan ke.....


then shopping few things dan groceries..

cantiknya salmon nih. tergoda aku

i bought salmon, lamb, salads, lemon, vege etc..hemmmmmmmm. what to cook for dinner??

4.00 pm. tea time at starbucks, lepak minum and terliurnya nampak sherpad pie itu. nyamm. time ni baru perasan tix parking aku hilang tah mana. bongok tak. tah kat mana terselit, gave up mencari so sesambil tuh aku selongkar purse dan hand bag.
finally jumpa jugak parking tix terselit dalam purse setelah 5 kali selongkar. ngek.

beli 2 magazine, untuk baca hari ahad sambil masak.

daaaaa.
selamat berhujung minggu!

Thursday, May 12, 2011

Hey! That Little Gerai is going local? check it out..!



Last night i was at Little Gerai with Needa to check their latest menu.

oh ya..check and like their FB. u can get information, map to the gerai, no telepon chef pun ada. Nak order food in advance pun boleh.errr..if nak berkenalan dgn chef pun boleh kot. hahhaa. pandai-pandai je aku kan. ampun chef.
klik sini FB That Little Gerai
Little gerai terletak di AU5 Lembah keramat. Drive ke Giant Taman Permata.
(aku tak reti jalan actually. so aku set kat GPS, Giant Taman Permata sebab gerai nih dekat2 situ. kot lah esok lusa tiba2 Giant ni pindah ke, tah2 aku dah tak reti pegi situ.kih-kih).
If dah jumpa Giant Tmn Permata belah kanan u ols, haa...drive terus ke depan lagi, arah taman perumahan. jumpa bumper 2 kali, ada simpang masuk kanan. Nampak Syed Bistro kira betul lah tu. Kalau tak nampak syed bistro, maknanya u ols dah sesat sampai venezuela.hik-hik.
Lepas syed Bistro, ada gerai-gerai. ha..situ-situ je.

Oh...That Little Gerai is going local? i mean Little Gerai now serves Malaysian fav menu!

That Little gerai

Both Chef Aidy and Ray were very busy

Chef in action. Oh chef takde 4 tangan ye. Dua tangan yg bergerak itu adalah tangan helper dia. hiks.

ok u ols.this is their new menu..apakah rupanya seperti ini? pandangan dari atas adalah seperti lempeng yg dihias dgn cili??

dang!


Bukan lempeng u ols! But this is nasi goreng kampung!

nasi goreng kampung serves with telur kerbau, ehhhhhh..telur mata lembu, ikan bilis, and grilled chicken wings! yummehhhhhhhhhh..
comment :

rupa paras/physical appearance: yes. ia adalah nasi goreng kampung yang sebenarnya dan sepatutnya. Resepi nasi goreng kampung di mana ia menggunakan cili api, belacan, kangkung, ikan bilis, bawang dll.
Rasa : agak pedas bagi saya tapi u can always ask the chef to prepare suit to you preferences.
Mau pedas medium ke, extra pedas ke, pedas-pedas manja ke, u can always ask them. (ok yg ni aku pandai-pandai tambah..hehhehe. )

Bagi catz, antara nasi goreng kampung yang sedap and authentic. ada sayur kangkung, ikan bilis, pedas-pedas, dan sedap!!!

next!

lasagna


lasagna serves with salads

Actually it has been quite a while tidak ke sini. So last night needa and i were craving for laasagna. Erghhhhh. very meaty, yummy and the salads was fresh and goes well with the lasagna. nyammmm! Portion was big so end up aku dengan needa adalah macam ular kekenyangan rasa nak tidur bawah meja.

lamb chop

fish and chips

big ass burger

oh adik-adik sila sebut betul-betul ye bila order. jangan ckp " chef, i want big ass" like we did before and end up we ols ketawa macam nak terbalik meja when chef aidy kerut muka and said "u nak order apa ni ??? big ass i ke apaaaaaaaaaaaaa??????"
wakakaka. Azura Dushku! do u remember that??

grilled dory with mustard cream sauce


another fish and chip


grilled chicken

spaghetti bolognese



chicken chop

catz tak suka chicken chop sangat but i forced myself to try last nite. siap ai sekodeng how chef aidy prepare chicken chop ni.and sedap!!!.. goreng dan grilled.
tak oily, crispy di luar, tender and juicy di dalam and it tastes good! ok..if i craving for chicken chop, i know where to go....


aglio olio ..merembess you!

menu special ..aglio olio with salmon. goshh...nak! actually this menu was prepared during mothers day celebs but they still continuing it as special menu.

see.. derang kerja macam kartun when busy with orders..busy-busy-busy!

As time goes by, i think now little gerai has improved a lot. Food presentation, taste wise, and they promise you to serve the best and the way it should be. they use fresh ingredients, herbs, fresh seafood.tgk paras rupa, taste dan disediakan oleh chef berpengalaman, tak akan dapat harga seperti di Little Gerai kalau di tempat lain. Last night i asked chef aidy, "eiiiiiii..your spagety, lasagna etc are sooo meaty, sauce really creamy,thick and binatang - binatang yang u letak banyak dgn harga yg u offer ni u ols ni untung ke?" ---> busy body je aku kan. keh-keh.
chef aidy said, he only serve the best for his customer. kena masakdari dalam hati gitu. barulah kesedapan memancar-mancar. keh.nilah beza org yg masak dengan passion dan keikhlasan compare dengan org yg masuk food business utk untung semata-mata. agaknya laaa.



after little gerai we went to syed bistro for another teh tarik and gossiping..


it was fun. we met new friends and talk about many things..life, interest, travel, food...
and something happened on the way back to bangi.
i was on the middle lane of MRR2, driving 100km/h, when suddenly i felt something wrong with my eyes. ok..i feel that both eyes were dry and this will lead something wrong with my contact lens i think. yesss! ngeriii.
contact lens aku bergerak dr posisi asal, mcm nak terkeluar.
and was really blurr..tak nampak jalan. i slow down + panic!
mak..tolong!
kereta semua tgh laju..and i was really panic. what should i do? mata dah le pedih macam tak boleh bukak dah...mmg blurry dan tak nampak jalan.
adalah 5 minit mcm tu. macam pasrah je dahh...
but suddenly my contact lense pop out. woo.....gila kauuu...
tiba2 terkeluar and ko ala2 drive mcm dalam gelap.
ok jangan panic kucing. sabar kucing....!
aku raba hand bag and i was lucky cos bawa cermin mata. so terus capai and pakai..
kalau tak harus lah agaknya aku bermalam tepi MRR2 kot. lepas tu nangis. kih.,
oh...yea!
dah clear mata, pecut semula.
and i think needa who follow behind me were panic as well.
apesal kucing ni drive tetiba slow gila, bagi signal ke kiri pastu jalan ke kiri ke kanan.hoyong hayang cam mabuk.
and dia pun slow jugak, follow perlahan. then sampai simpang ke s alam dia pecut bila tgk aku dah ok.
hooooo..
selamat sampai rumah akhirnya.
so..next time kan kucing. sila ingat ye. pakai cermin mata bila memandu di malam hari.
ok dah.!

Tuesday, May 10, 2011

Ayam Penyet : seksyen 4 Bandar Baru Bangi

Ada orang kemaruk makan ayam penyet gamaknya, gara-gara duk teringat-ingat ayam penyet di Pasar baru.kih.
Gigih surf ayam penyet di sekitar jajahan bangi sebab rasanya w0ng s0lo is not an option anymore.lainn..!
oh rupanya ada u ols.
Tij...sila tepuk tangan ya!



ayam penyet, sambal, tempe, tahu, timun, sayur pucuk ubi


ok, kedai/gerai terletak bersebelahan kawasan stesen minyak petronas seksyen 4. ia juga adalah di dalam kawasan asrama kilang. Kilang macam-macam kilang termasuk sony dan sebagainya.
So bila masuk kawasan ini macam dah suasana di indonesia pun ye gak kot. Yang makan/lepak ialah ramai warga Indonesia yang berkerja dalam sektor industri pembuatan di sekitar bangi.
meriah le kan...

macam makan dekat rumah

Ayam penyet ni dia akan masak/goreng bila kita order. so makan panas-panas. siap ada keropok . portion adalah banyak. Sambal pun dia akan buat bila kita order, so ko boleh ckp nak pedas ke, tak nak pedas ke.sambal dia lain sikit, tapi sedap! Dalam set ayam penyet tu ada tempe, tahu, timun, sayur pucuk ubi, sambal. Nasi pulak dia letak bekas lain so ko boleh tambah-tambah nasi.
If nak tambah nasi dan keropok derang tak kenakan bayaran katanya. Dan harga satu set adalah RM6.00 termasuk nasik, keropok semua.kami order 2 set, RM12.00. murah kan!! yesza..murah, portion banyak dan sedap!
masa catz makan sini, tgk ramai orang datang beli bungkus.
oh ya, selain ayam penyet, ikan keli pun ada. nak makan bakso pun ada.macam-macam makanan Indonesia ada. katanya selera nusantara. walau kedai dia agak buruk, tapi makanan sedap!!layan je.

p/s: Tij...jom! makan sini. takpe..gemok boleh kurus..bukan susah pun.kehkeh.

Monday, May 9, 2011

Cara-cara menyelamatkan diri

ayam penyet paling sedap di Pasar Baru



Menaiki kenderaan awam di Kota Belanja Bandung bukanlah susah.
u can choose dari angkotan, beca, taksi.
justeru sekiranya travel seorang diri atau berdua, bisa aja naik teksi jika enggak mahu hire mobil +supir.
Perjalanan yang tidak dirancang, lantas taksi jadi pilihan.
Di Bandung, kalau naik taksi, ada yang tambang mula dia IDR 5000 dan ada yang IDR 6000.
Tapi tambang minima ialah IDR 10000, malah ada yang IDR 20000.
maksudnya if ko naik ke satu tujuan, tambang adalah 8000, ko kena jugak bayar 10000 (minima argo ).
untuk yang p0aling reliable, sila naik BLUE BIRD. ye..BLUE BIRRRRR....
tapi kalau dah terpaksa naik ajalah apa-apa..ada teksi warna merah, biru, biru hijau, silver...

Pengalaman menaiki semua warna teksi di atas. Banyak warna taksi ni sebab dari kompeni lain-lain.

bila dah naik taksi ke sana kemari, macam-macam experience aku alami..dan ok, aku letakkan juga cara untuk selamatkan diri dan duit 50 ribu ko.

1. nak naik taksi , tgk dulu derebar tuh, ok ke tak. takut terkangkang tengah jalan kang macam entry aku sebelum nih.. hiks.

2.tgk dulu taksi apa, tanya dia pakai meter tak? kdg dia tanak pakai meter, dia cakap "borong" so drebar teksi akan letak harga. contohnya, ko ckp nak ke Pasar baru, dia akan cakap 30 ribu. Tapi make sure deal harga sebelum masuk cab, atau sebelum kereta jalan.if rasa tak logik (kena surf dulu google map etc sebelum pergi, kena study location, jarak dr hotel tempat2 yg kita nak pegi) supaya tak kena tipu. eh bukan tipu la..kena ketuk.

3.make sure ada duit kecik. make sure dlm beg duit ada duit seribu-seribu, 5 ribu, 10 ribu, 20 ribu. yea. wang kecil namanya. if not kang tambang 12 ribu kang kena gak bagi 20k sebab drebar taksi akan ckp..enggak ada wang kecil buuu..and selamba je pau duit ko 2ok.

4.aku tah macamana kan...ternaik cab, lupa nak tanya dia pakai meter ke tak and lupa nak tanya harga. dah nak sampai aku bisik kat kawan aku.."eh apesal kita tak tanya pasal meter/harga tambang sebelum naik?" ni akibat tak habis-habis bergosip.
lepas tuh terpinga-pinga berdebar.
sampai depan pasar baru ..aku tanya berapa? drebar taksi cakap " 30 puluh ribuk".
aku was like..aaaaaaaaaaaa..aku baruuuu je masuk taksi kau tak sampai 5 minit, bukan jauh dari hotel aku, apesal sampai 3ok.dah lah teksi ko burukkkk gila. air cond pun ala2 takde.
aku: 20 k aja.
drebar: 30 buk, tambang minima nya 2ok
aku: ehhhh..teksi u minima 10k oke. saya sering ke mari. (nih teksi gemah rima ke nama kompeni)
drebar: ibu berduak. 30k. (ewahhhhhhhhh..ikut kepala pulak.ko bukan bawak angkotan ok)
aku: (hulur 20k). ya udah, 20k aja.. cepat2 kuar dari cab.
nampak mcm aku ni tak sopan tapi masalahnya. dekat gila, gossip baru berapa ayat dah sampai nak bagi 30k? oh..NO!

5. Balik dari pasar baru , dengan tangan penuh barang kiri kanan. Jalan depan pasar baru jam gila, nak dpt cab pun susahh. lepas tuh kalau ada pun nak letak mahal aja. tak nak pakai meter, pakai harga borong dengan alasan Jam gila.
dan derang ni pandai pulak, letak harga 50k setakat nak pi dekat-dekat situh and ckp " ala boleh lah embak..50k aja, belum pun sampai ringgit malasia dua puluh".
wah-wah. tunggu lah aku jadik jutawan ye. now ni jutawan rupiah aja. tu pun dah habis dilaburkan utk menjana ekonomi indonesia dekat jalan Dago dan Riau dan pasar baru.
kami duk kitai-kitai tangan..tahan taksi..ala..semua penuh.
Cuaca dah le panas gila. tukang-tukang beca tu pulak asyik kejar-kejar suh naik beca dia..
bayangkan dari pasar baru ke Toko Tiga dia sanggup mintak 10k je.murah le utk dua orang.
masalahnya kalaulah aku ni ringannn takpe.kesiannnn aku tgk tukang beca tuh kayuh kangggg. berat ok..lebih berat dari 5 kampit beras 10 kilo.

so..akhirnya nampak taksi merah. Taksi merah di Bandung ni actually aku dah ban. drebarnya mmg ramai yg tak berapa tau jalan/tempat. Tapi dah tak larat nak tunggu lagi dah. naik je.
drebar taksi : (sambil berckp di ponsel--->henpon) mau ke mana?
aku: toko tiga. tau enggak?
drebar: jalan apa?
aku: Jenral Ahmad Yani.
Drebar: ye..jalannya panjang..di sebelah mana??
drebar taksi: tau..tau.ya naik!
aku dan kawan aku masuk teksi: pake meter ya?
drebar taksi: enggak. (matikan meter dia) borong aja, macet.
aku: berapa?
drebar: yea 60k udah
aku: aaaaaaaaaaaaaaa???? (ko gila kewww--->dlm hati) ..40 aja.
drebar: enggakk..enggak bisa. 60 ribuk.
aku: (diam) bila dia duk call2 org, tanya..call-call..tanya..call..dan tak berenti ckp dalam telefon.
aku dengan penuh suspen dan curious (kata curiousity kills the cat kannnn)...terus cakap kuat-kuat. " tau enggak ke toko tiga itu?"..kot kang nanti aku pulak yang ter-kill pakcik drebar teksi nih kangg.
drebar:" ye tau..tau...ke Toko Tiga tauuu...bisa..bisa
tapi lepas tuh duk call-call orang lagiiii tak sudah-sudah...tensiiii aku nih...
tak tau cakap je la tak tauuuu....

aku: ehhhhhhhhhhhhhhh.... ni hotel kitaaaaaaaaa!!! (cakap kuat-kuat)..sambil menyiku teman sepertravelan.

aku: "Jom turunnn! tak jadik laaaa nak pegi toko tiga. ni hotel kitaaa.."
teman travel: aaa????? bukan.. ni bukan hotel kitaaa..
aku: jom turun cepat... ------------> aku siku dia kuat-kuat!
pakcik drebar: yang mana hotelnya?? yg kiri atau kanan?
aku: kanan.udah..udah..sini aja...hulur 10 ribu dan cepat-cepat nak keluar....
pakcik: waduhhh..masaaaa 10 ribu...40 ribu!
aku: ehhhhhhhhhhhhh....baru jalan berapa meter dan u enggak tau kan nak ke toko 3..
pakcik: 40ribu!
aku: nah..15 ribu aja!
cepat-cepat lariiii keluar...
kawan aku pun cepat2 kuar..
kami ketawa cam nak tergolek-golek tepi jalan...
kawan aku: ni hotel apa nih??????????????????????? keji je rupaaanya!
aku: memang le bukan nok..ni je cara nak lari dari pakcik telepon tadiikkk..
wakakkaka.
kami tahan teksi lain..and 5 minutes kemudian aku dah sampai toko tiga. bayar 20ribu je dan sampai!


so nak naik taksi dekat sini pandai-pandai le...
kalau tak kena semelih.....