Tuesday, May 10, 2011

Ayam Penyet : seksyen 4 Bandar Baru Bangi

Ada orang kemaruk makan ayam penyet gamaknya, gara-gara duk teringat-ingat ayam penyet di Pasar baru.kih.
Gigih surf ayam penyet di sekitar jajahan bangi sebab rasanya w0ng s0lo is not an option anymore.lainn..!
oh rupanya ada u ols.
Tij...sila tepuk tangan ya!



ayam penyet, sambal, tempe, tahu, timun, sayur pucuk ubi


ok, kedai/gerai terletak bersebelahan kawasan stesen minyak petronas seksyen 4. ia juga adalah di dalam kawasan asrama kilang. Kilang macam-macam kilang termasuk sony dan sebagainya.
So bila masuk kawasan ini macam dah suasana di indonesia pun ye gak kot. Yang makan/lepak ialah ramai warga Indonesia yang berkerja dalam sektor industri pembuatan di sekitar bangi.
meriah le kan...

macam makan dekat rumah

Ayam penyet ni dia akan masak/goreng bila kita order. so makan panas-panas. siap ada keropok . portion adalah banyak. Sambal pun dia akan buat bila kita order, so ko boleh ckp nak pedas ke, tak nak pedas ke.sambal dia lain sikit, tapi sedap! Dalam set ayam penyet tu ada tempe, tahu, timun, sayur pucuk ubi, sambal. Nasi pulak dia letak bekas lain so ko boleh tambah-tambah nasi.
If nak tambah nasi dan keropok derang tak kenakan bayaran katanya. Dan harga satu set adalah RM6.00 termasuk nasik, keropok semua.kami order 2 set, RM12.00. murah kan!! yesza..murah, portion banyak dan sedap!
masa catz makan sini, tgk ramai orang datang beli bungkus.
oh ya, selain ayam penyet, ikan keli pun ada. nak makan bakso pun ada.macam-macam makanan Indonesia ada. katanya selera nusantara. walau kedai dia agak buruk, tapi makanan sedap!!layan je.

p/s: Tij...jom! makan sini. takpe..gemok boleh kurus..bukan susah pun.kehkeh.

14 comments:

marie said...

kena try ni..nasi tambah free tuh (amat berbahaya pada org yg tgh diet ni..)

NenetPenne (NP) said...

ayam penyet juga boleh didapati di seksyen 9 shah alam, berdekatan dgn mekdonel dan belakang plaza massalam..

memang sedap...

kat ioi mall pun ada gak tapi aku tak suka sebab situ tak ramai pelanggan, bila aku masuk situ, dilayan aku bagai nak rak membuatkan aku rimas....

Tijah said...

kannn? gemok boleh kurus. tapi kalu muka burok caner? hahaha. tungguuu. nanti aku datangggggg...

cikwawi said...

RM6 ajer? murahnya!

@xiM said...

ishhh aku pun nak buat entri ayam penyet jugak.heheee

azanov said...

dah pekena lunch td angkara tergoda terbaca blog Catzs. 1st time makan ayam penyet, n mmg sedap GILER.. nasik portion untuk 3@4 orang tp td makan portion 2 org jer.. hihii..

mula2 duduk mmg trasa bahang krana bwh khemah, tp bila mknn sampai, tak rasa apa dah =P

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

yer lah tak susah... mUahaha...

catz said...

marie,
i tambah nasi 4 kali u..sikit2 lama jadik banyak jugak.mmg bahayaaa..kan.

catz said...

nenet,
now ni banyakkk sgt dah aya penyet. boleh didapati merata2..samada sedap atau tak..samada pedas atau tak..
hehhehe.

catz said...

Tijah,
jom..set appointment ptg. weh..polisi aku ko dah study belum??

catz said...

cikwawi,
memang murah...kan..boleh tambah nasik, keropok..free je..hehhe. tambah ayam kena bayo le..heheh

catz said...

@xim,
ha..sila..sila..pedas ke sambalnya?
kalau hok ayam penyet AP, aku mmg fail.fedassss kena panggil bomba..
:)

catz said...

life,

hehehhe...mmg tak susahhh..kehkehkeh.
takpe..pelan2..usaha tangga jaya.
no worries.,muka u cute sgt dah.
:)

rata itu flat said...

nak tanye, kedai ni tutup ari ape ? bukak dari kul bape ek ?