Wednesday, February 29, 2012

Keria women

1.adakah saya berani?
saya pun tidak pasti, sometimes yes, and sometimes not , i think.
saya harus lebih berani  membuat sesuatu yang baru. saya banyak berfikir sejak kebelakangan ini. saya tidak mahu hidup saya mendatar sahaja, lalu saya berfikir untuk menceburkan diri dengan sesuatu yang baru.
Just that it needs my commitment, mungkin bukan sedikit. mungkin memerlukan saya melabur duit, masa dan tenaga. tetapi jika saya tidak berfikir mengenainya sekarang, bila lagi?
Lalu saya berfikir untuk mengorbankan benda yang saya suka buat, sementara.
Keputusan kadang keputusan bukan saja dibuat berdasarkan apa yang kita mahu, tetapi persekitaran juga. 
Saya masih berfikir lagi. Tetapi saya sudah nampak jalannya. and i'm working on it.
who knows ini jalannya.Impian bermula dengan angan-angan. mari berangan. wahhh..

2. kerja impian

semua orang ada kerjaya impian. masa aku kecik, baru umur berapa taun tah, mak aku tanya, dah besar nak jadik apa? aku kata nak sapu sampah.terkesima mak aku kot.kehhh. tapi dah beso pemalassss je. takde pun rajin menyapu. jangankan menyapu, memvacum yang tinggai zreengggg2222 pun malashhh.

korang ingat tak masak sekolah rendah, cikgu tanya nak jadi apa?
aku selalu jawab, 1.cikgu  2. wartawan 3. usahawan  ---------> kah-kah. masa tu aku darjah 2 kot. aku tau ke apa benda wartawan dan usahawan tu???  budak2 lelaki kelas aku takde modal lain. jawabnya.."askar".
ni zaman kanak-kanak awal  80-an. sekarang korang ada dengar orang jawab nak jadi askar?????

sekarang, budak-budak akan ckp..

' saya nak jadi angkasawan'

'saya nak jadi pakar bedah'

'saya nak jadi pakar ekonomi'

oh..hahha..anak lecturer aku ckp.." i want to be  a politician".

mak dia tanya, why??? " becoz i can be a prime minister later, but not in party XXXXXXXX ,  ".

wah?? ternganga mak dengar u ols. and he is only 9 .



bila sekolah menengah, orang tanya nak jadi apa? 
masa tu aku macam dah ada akal sikit la.
nak jadik doktor macam tak la walau subjek bio aku score (cikgu lelaki yg ngajar, comel macam teddy bear). aku takut darah. masa tu kalau org tanya dah boleh pikir. takde lah simply2 nak jawab saya nak jadik miss world ke...ahli politik ke..
aku ikut rombongan sekolah ke sebuah universiti masa form 5. Terus decide nak jadik engineer.
 Oh ya..antara sebab aku nak jadi engineer, sebabnya...
masa aku tunggu result spm. aku kerja kilang jadik operator. bukan operator telepon. operator pengeluaran namanya.
punya lah azab, aku kerja dekat production line. bahagian insert part!!  korang yg tak pernah keje mcm ni sure tak faham.
kalau korang tgk board electronic tuh..err..circuit board tu, kan ada segala mak nenek kapasitor, resistor, LED, IC, yg pelbagai saiz, bentuk dan warna kan? actually part tu ada yg di insert guna mesin, ada yg manual, guna tangan. ha..tu lah keje aku. insert part.


 Dalam production line, board akan di letak atas conveyer belt yang akan berjalan sentiasa. so kami operator yang kena insert manual ni (sorang kadang kena insert sampai 5 part) which is sgt susah kdg. Kalau kena insert IC yang berkaki 24 ke..32 ke...masakkk le kau nak masukkan if tetiba ada kaki bengkok...dah bersusun board tunggu. jadiknya jam.!!!Tu belum cerita kena potong dulu kaki LED, dan salah masuk lubang atas board. lubang kecik, kadang kau tak perasan kaki kapasitor kau terkangkang masuk dlm lubang kaki resistor.


belum lagi pasang part terbalik etc. coz part kecik2 ni ada polarity etc.

proses ni semua dah di tentukan oleh process engineer, so dalam barisan operator tu dia dah tentukan part mana insert dulu, part mana kemudian, dan station mana insert part apa semua dah di tentukan. so work instruction ada kat depan masing-masing.

setiap org insert part berlainan, so  line leader boleh detect sapa punya yg salah. Malah pernah board dah jalan 1000, baru tau salah part sebab line leader tak tukar instruction dan aku  yg suci murni mana aku tau tu  salah part. ko bagi aku insert aja lah.
Ko ingat aku boleh pikir ke TV brand shar@p tuh pakai IC 1234654 ke hapa.



mana aku tau kapasitor tuh patut warna biru tu , bukan hok merah. and atas board tuh ada beratus part. Actually kat hujung line ada checker. Dia akan check setiap part, betul tak insert, betul ke kaki masuk segala. and ada QC jugak. then baru hantar ke tempat soldering. 
Tapi biasa lah..walau ada checker dan QC, dah nama pun mata manusia, kebarangkalian dah terlepas ke tempat solder, baru perasan salah part etc mmg ada.
and guess what??
kami ni yang tukang insert jugakkkkkk yang kena marah.
and ko bayangkan kerja 12 jam (aku amik shift 7 pagi-7 malm..wah keria women sgt kan..kih) . 12 jam mengadap board. keje kdg berdiri, kadang duduk. dan pakai dua tangan non stop. tak ke aku rasa tangan aku dah macam tangan labah-labah masa tu. mana nak raba part, tahan board, insert, etc. 
oh ya...line leader di kilang itu adalah garang-garang nak mamps ye.
mungkin nature of work nya begitu. maklumlah nak jaga operator yang rata-ratanya spm takat pass  je.
so mungkin sebab tu line leader kena garang or else banyak lah TV yang meletop bila sampai tempat testing.
aku agak laaaa...
Line leader line aku antara yang PALING garang gila.  sapa tak kenal kak sara. sebut nama semua tunduk je, aku heran gak sebenarnya.kih-kih. sebab aku dgn k sara ok je. pernah lah kena marah sikit, tapi k sara boleh borak-borak dgn aku. orang lain, nak mintak dia ganti line (line non stop) nak pi solat pun takut. entah, aku ok aja pulak.  orang heran je dgn aku. aku kata, kak sara tu makan nasik, tak makan orang.

Dah nama production line kat kilang sure ada maintenance staff, technician, engineer kan. hehehheeeeeeeg...
and mereka sgt femes. maklumlah lelaki. walau tak hensem pun jadik pojaan kat production line tuh. kalau dia engineer lelaki, saham dia lah yang paling tinggi, lagi-lagi kalau hensem.
aku pun..hahaha..ada lah minat dengan sorang technician. haa..masa tuh nak minat pun technician ya. nak minat engineer tuh jauh lah sekali. Tapi operator sebelah aku ni cun gila. akak ni keje dah lama gak lah. and boy friend dia engineer yang paling hensem kat kilang tu ok. fuhhh...kagum gila aku.kih.
 sesekali technician yg aku minat tuh akan dtg, betulkan conveyer ke.., check work instruction ke..or apalah2..bila dia lalu tentulah mak sukaaaaaaaa.

hahahhaha. ceh.tiiba-tiba betulkan tudung. kahhhhh.
berbulan jugak aku minat dia. Dia mana lah tau aku minat dia. sah2 tak lah kan. 
Dan itu jugaklah yg menyebabkan aku suka OT hari sabtu. semangat jek  kan. kalau boleh ahad tuh tak payah cuti. hahahhaahhaa.

suatu  hari...aku dipinjamkan ke line sebelah, baut kerja yg sama, tapi TV model lain, board lain. entah macamana, board jatuh dan bersepai lah segala part di board nak sekeping. tapi bukan salah aku. conveyer belt yg problem. Kebetulan supervisor lalu. dia tengking aku!   catz!!! u tak nampak  ke?????? kenapa u tak tahan board tu??!!!!!!!!   eh..board tuh jatuh dekat hujung , adalah jaraknya dalam 1 meter dari aku..ko ingat aku ni sotong kurita ke? boleh pulak tangan aku melempai-lempai  sambut board tu yg jaraknya 1 meter? sdg aku busy menginsert part dkt board depan aku.
dan aku kena marah teruk gila...MALU beb! satu department dengar aku kena marah setengah jam.

and baik gila aku masa tu. diam dan tunduk je.

dannn..u ols tau..siapa yang tolong aku? technician yg mak minat tu u ols. dia menyaksikan aku di tengking oleh supervisor pompuan tuh.Dia pandang aku..kesian kot. aku diam je. Tapi aku of course lah malu gila..(padahal mamat tu bukan ada apa2 pun dgn aku..kahkah) . tapi biasalah, sure lah aku termalu yg hamat kena marah depan org yg ko minat.

and actually aku nangis. hahahhahaaaaaaaaaa.

dan yg aku rasa bengang gila..supervisor tuh sekampung dengan aku, satu sekolah rendah dgn aku (dia senior laaa, and seingat aku dia duduk kelas hazabsss..maybe dia keje dah lama, so dpt jadik supervisor)  dan dia naik bas kilang yg sama dengan aku.

perasaan aku masa tu..kalau lah aku boleh baling board tuh ke muka dia or sumbat kapasitor dgn LED satu tray tu ke molots dia. sebab dia malukan aku depan secret admire mak u ols.

berbulu je aku balik tuh satu bas dgn dia. menyampashhhzzzz. Dalam bas muka dia berlagak gila dgn aku. ye lah..aku ni kuli bataks je kat line kau.

so..azam aku.

Jaga kau. kalu malukan aku ya.supervisor berlagak.

suatu hari nanti, aku akan balik sini. tapi bukan jadik operator ke supervisor ke.

aku nak jadi engineer.
electronic or electrical engineer.

ok. sebab tu aku very determine .

kehkehkeh. padahal nak cerita kenapa aku nak jadik engineer je.

tapi menyimpang jauh gila. siap mengumpat supervisor.

merepek je. dah ..


3. keberanian??

aku tak pernah mimpi nak keje atas pelantar minyak. but sapa lah yg tau kan bahawa ianya hampir jadi kenyataan. just that samada aku berani menyahut cabaran itu. boss tanya aku..u ok ke keje dgn lelaki?  
eh...soalan apakah itu? selama ni aku kerja dengan sapa???? lelaki laaaa..ok je.
ok. itu aku tak risau pun.

semalam., aku berbual dgn kawan aku yg baru balik dr off shore.
dia dtg office aku. ya robbiii...sungguh lah berwarna gelap. dia ckp..haaa..besok kau macam ni lah.
 terus aku bayang kan..kalau nak putih balik, mungkin aku kena berendam dalam clorox. aiyooo.. (macam lah aku putih..kaaaaahhhhh).

Tapi banyak nya benda yg kena dilalui. basic safety and emergency response course utk keje atas pelantar kena lepas dulu. aku confuse jugak sebenarnya coz kawan aku suka takut2kan aku. ko nanti masuk helikopter dia pusing 3 kali, masuk dlm air ha..ko selamatkan diri bla..bla..bla...
ok..mak takut ok.
oke..he was telling me the truth la actually. and my job require me to attend safety working at height course as well. hoh. double ketakutan.
and cabaran bekerja di tengah laut langsung berlainan. 200 kali lebih susah walau buat kerja yg sama di atas darat. dengan nak angkut equipemnt, and to ensure the equipment is explosive proof, if not kena buat gas test etc..
and kena bangun 5 pagi u ols (derang ada lah rutin yg kita kena ikut, fail kalu terus kena hantar balik),tu pasal kerja. nak pi ke tengah laut naik chopper tu pun satu hal. aiyooo...

aku tanya kawan aku.

er..apa rasa naik chopper tu???

he said. macam naik bas.

aku : bus? basss?? bus??

he: yes..bus..

aku: bus apa?

he: bus express..bus..ko tak pernah naik bas ke? kan bus akan bergegar2 langgar batu etc

aku: oit!!!!!!!!!!!!   bas tu atas tanah..atas jalan doll!!  dia nak gegar cam nak roboh pun aku tak kisah. nih chopper atas awan beb!!

he: ahahhahahahah...ko takut ek?


aku: err..aku kapal terbang besar langgar awan pun aku dah kecut perut nak nangis...ni pulakk benda kecik tuuu....eiii..kau ni...cuba lah ko buat analogi yg logik sikit.

he: kdg2 naik boat, 6-8 jam baru smapai pelantar.

aku: haaa??? jauhnyaaaa....

he: oi..ko ingat jaraknya macam jeti lumut pegi pulau pangkor ke??? jauh ok!
       and kdg..ko dah naik boat 5 jam..lagi dua jam nak sampai, laut gelora, 
       patah balik...

aku: haaaaaaaa??

he: ko sanggup ke??

aku: errrr...errrr..kerrrrrrrrrr


he: ala..toksah la lembik sgt.bukan ko kena berenang pun.

or..ko cabar aku ??

he: ko jadik wanita org pertama naik atas platform tu dr co ni ok.

aku: err....(btw, what so great nak jadik yg ketama ke, kedua ke..berlambak je org dah keje kat sana,lain la jadik wanita ketama yg 'itu'. boleh shopping banyak-banyak kat negara yg banyak bela kangaru, eh)

takpe.aku kena berbaik2 dgn dia coz he will be in my team jugak for this trial project. 

lama gak kami sembang. entah. aku macam excited.

tapi aku takut.

takut boleh di atasi kan????



4. working on weekend

i have to travel to south this weekend for work. hemmm..apa nak buat.mencarik nambelas suap nasik. oklah.dari aku duduk terbongkang kat rumah baiklah menggunakan kederat yang ada menambah pendapatan.
tapi malasnya nak prepare segala mak nenek benda. slides presentation etc.
and tempat nak pegi ni macam agak asing.
ok..GPS ada. tak pasal kang tetiba sesat smapai kalimantan barat.

Friday, February 24, 2012

snek sihat yang mengatasi masalah mengidam

Last week, aku pegi spa. Dua jam lebih diuli - uli (macam uli-uli aidil fitri??)  aku rasa lapar, lalu merayap di sekitarnya.
Banyak restoran, kedai aiskrim, restoran arab pun ada.
Lunch di swensen dan kemudian ke cold storage beli groceries.

aku lalu dekat rak jual oats, muesli etc.
wah..banyaknya pilihan di sini.
aku memang tak suka oat , jadi aku rasa bila nampak segala mak nenek oats bijirin etc dalam packaging yang cantik, macam suka pulak.
(mudahnya aku terpengaruh kan..)
oats
Melihat bungkusan yang ada gambar buah stoberi , anggur,  dan mak nenek berries  yang elok terdampar atas oat tiba-tiba aku terliur. Gila. Gambar je pun. Boleh pulak aku bayangkan dlm tuh ada buah tuuu..isk..iskkkk....
padahal oat putih yg tak sedap je pun dalam plestik tuh catz oi.
Tapi bagus jugak,. akhirnya aku beli dua pek oat tah hapahapa.
rambang mata. and yes..healthy food are not cheap. Tapi bancuh 3 sudu bubuh pisang dah kenyang.
 Tengok benda ni pun aku terpengaruh.
kan..meliurkan tuuu..gambarnya laaa

cold storage solaris mont kiara
 and aku beli ini jugak yang aku jadik kan snek dekat office. aku tak reti macamana nak sebut tapi sedap. Takdelah dalam tuh air oren tu..dalam tuh cuma ada muesli sajork.

Tapi sedap coz ia adalah campuran raisin, pisang, kelapa, apple dgn kacang hazel. Rasa dia manis-manis dan crunchy. Kalau nak rasa best lagi aku rasa kena beli mangkuk macam dalam gambar tu..kihh. kolestrol free and free trans fatty acid. Yang aku suka sebab  boleh munch-munch kat office dan sekejap je dah rasa kenyang. sesuai untuk org malas macam aku yang tak rajin pegi lunch. oh bukan purposely tak nak pegi lunch kerana lunch adalah masa makan yang penting sekiranya kita mengamalkan diet sihat, tapi bila kunyah benda ni dalam kuantiti sikit pun rasa kenyang dan gembira.campur dalam oat pun sedap.
Dan aku perasan benda ni telah menjadi tool yg sgt berkesan untuk mengatasi rasa mengidam terhadap makanan lain.
kadang pukul 11, aku rasa mcm lunch nak makan nasi beriayni (ye..ni lah dia..hasil blog walking, nampak nasi beriyani, dlm otak terus plan nak makan mana masa lunch), around 11 .45 aku munch benda ni sebab rasa lapar sikit (aku amalkan mkn banyak kali dan snack in between waktu makan) .
Pukul 12.30, rasa keinginan yang membuak-buak terhadap nasi beriayni telah terpadam. dan rasa kenyang je. Banyak kali jugak lah berlaku, ia memadam keinginan dan nafsu makan yang meloncat-loncat.

so aku dah suka benda ni dan bubuh stock.
so sebenarnya, banyak lagi makanan sedap, yang rendah kandungan kalori dan kolestrol free jika dibandingkan makanan dlm entry sebelum ini  yang sgt sedap di kedai mamak salam tuuuu.....bye mamak.

oh. aku memang ada penyakit mengidam sebenarnya.
tekak suka nak makan itu..ini..itu...ini.
so aku beli buku kevin zahri , dan baca mengenai tips utk mengatasi masalah teringin ni.
salah satu tipnya adalah dengan menangguhkan kehendak tersebut.
dan lama-lama ko dah tak teringin dah kiah.
kadang benda ni works on me lahh. contoh...last week aku teringin makan nasi arab. Tapi otak baik ckp, jangan makan..high kalori...otak jahat cakap cepattt pegi...ehhhh..tak payah..telepon aja..delivery kan ado. tapi aku kata..takpe..karang lah..weekend.cheat day konon.
Tapi..eh..dua hari kemudian aku dah tak teringin langsung walau aku lalu lalang depan kedai arab tuh dah lebih 10 kali. and untuk pengetahuan u ols..depan rumah mak ada 3 restoran arab you! azabbbbedah sgt lah.

dan rasanya kena lah hentikan blog walking ke blog makan-makan yang memaparkan gambar yang sgt meliurkan.sebab tengok gambar pun keinginan membuak-buak, siap set kat GPS tuh koordinat tempat makan.

Tapi keinginan aku bukan sebab aku lapar. tapi kehendak tekak. terbayang-bayang rasa kat tekak.

 so..seboleh-bolehnya ditangguhkan..lama2 kita tak teringin katanya..


tapi..aku macam tak boleh nak elak yg ini.

teori kevin tu tak berjaya.

eh..aku kan...kihkih..siap beli beberapa perasa yogurt tau. aku buh dlm freezer, tengok, rasa akan sedap tak kalau separa beku. tetap tak sedapsss u ols.
entahlah..tekak aku susah nak terima yogurt yg pelbagai perasa tuuu...vencik.


 teori itu tak berjaya untuk ini



oh tekak ku..kau kalau mengidam benda yang murah-murah aja boleh tak???
huh.

Carta hati makanan





Najwa Latif ada carta hati.

ai?  yang ada carta makanan.



carta  1 : nasi daun pisang  (eh tiba-tiba sambil taip aku berkeinginan pulak).
nasi separuh : kalori ( more or less 150)
sotong dan lauk lain ,sayur, dan item bergoreng dan berminyak:  kalori  (lebih dari 300)
teh o bergula : kalori lebih kurang 80.
hidangan ini mempunyai kalori mungkin dalam 530 -600 .

oh..mak...

tapi sedap.
kalori yang lebih dari di atas, kerana ayam goreng itu sahaja (bersaiz besar -satu RM6.00) sudah mempunyai lebih dari 200 kalori.
harga termasuk teh o ais adalah 11.80 ..mak oi.
tapi..sedap.
capati bersama kintang

makanan kegemaran saya sekarang ini.  bukan lagi yang di atas dua tu. kerana...selain lebih jimat kalori (abaikan tahu bakar tu..bukan aku punya-kekeh..tak mengaku) ..ia adalah lebih murah. capati dengan extra kintang bersama teh o ais adalah berharga RM3.60.
capati kosong kurang dari 200 kalori.plus kintang tuh maybe jadi 300 dan minuman adalah air kosong (o kalori).
kenyang nya adalah just nice, bukan bloated mcm makanan di atas yg dua tu.

kintang ----------?

pelayan kedai salam said.."  sikit kintang boley?"
aku: ????
"sikit kintang boley?"
oh..kentang.
derang dah tau dah, aku akan minta kentang extraaaaa!



satey willy
hem..sedap..sedap dan sedap.
masakan sendiri. fetucini aglio olio.
sedap.
kalori around 350 kot.



nandos..we are good at punchlines, not punches, katanyaaaa...


carls Jr.. ok.nampak sedap, tapi mengandungi kalori tinggi yang boleh menyumbat jantung kalau makan selalu.
Yang ni dah keluar carta.
 apa aku merepek ni.

Salam Jumaat.

Thursday, February 23, 2012

judgmental


treeeettt!!!

Dolah :   buat apa? 

aku:  tengok bola

treeettt...!!

Dolah: Bola kampung ..tak payah lah tengok

aku: Malaysia lawan Jepun

Dolah: Bola kampung, buang masa tengok..!!!!kehkehkehkeh.!!  

(kelaka sangat ke gamaknya?? and you expect me to laugh like evil??? )

aku: so?? kenapa??? boleh kau explain bola kampung tu apa?? and yang tak kampung tu apa?? and yes Malaysia kalah 4-0 dengan jepun, so what? gembira?kau tepuk tangan terlompat-lompat macam monyet????? 

[if lah aku sampai hati nak taip macam tu dan tekan butang SEND].

Ok, sebenarnya aku terus OFF handphone aku. Malas lah nak layan orang yang kononnya urban sangat tu.Padahal shallow minded.

ok, aku bukan nak sensitif tak tentu pasal.

Becoz this is not the first time dia cakap macam tu. Masa aku ckp aku tengah tengok bola Malaysia lawan Indonesia final sukan SEA pun dia ckp macam tu jugak. Dah lebih 5 kali aku rasa lah.

Ok, bagi aku, kalau orang cakap sekali, aku anggap gurau atau reaksi tidak berminat, tapi kalau banyak kali, tu dah menghina.

Aku memang tak faham spesis orang macam ni.

Kalau kau tak minat bola, or kau cuma minat tengok EPL ke...world cup ke...euro2012 ke  hapa ke..tak perlu lah kau merendah-rendahkan pasukan negara kau sendiri????? Kau tak  perlulah insult orang yang tengok dan memberi sokongan pada negara dengan melabelkan orang tu kampung ke apa.
kau reti ke main bola???  kalau ko tak main, can u support malaysian players yang bermain untuk negara. and can u please dont insult  me by saying buang masa tengok bola kampung. Why are you so judgmental  and become sour grape? ??  kau dulu nak main bola pasukan  Manchaster United kena reject ke??   ke sebab kau tak minat dan tak pernah main bola so kalau orang tgk bola kau rasa annoying...??? so sebagai balasan kau buat orang rasa annoying jugak?????  everytime aku ckp aku tengok bola kau akan cakap macam tu as if that hina sangat lah pasukan Malaysia ni.
and sebagai orang yang agak patriotik, aku rasa kau patut pack kain baju kau pindah negara lain sana haaa..
ko pilih lah negara mana kau nak migrate..venezuela ke..US ke...england ke.tapi pindah kat  bandar ok??? jangan ko pikir US, UK tu xde kawasan kampung.ha..ko pindahlah kat mana2 lah yg kau rasa tak kampung.

Satu pesanan aku, sebelum kau migrate, tolonglah baca surat khabar,  perkembangan Malaysia ni. Amik tau sikit perkembangan dalam negara ni. Dan tahu kah kau bahawa perkembangan bola sepak di Negara kita amat memberangsangkan dalam 2 tahun ni. Ok, tak payahlah kau nak bandingkan pasukan Malaysia dengan pasukan Brazil ke..German ke..Manchaster united ke..Liverpool ke....
Oh lupa pulak..kau mestilah kata pasukan oramputeh je yang best ye tak?????
oh ya,,entah2 je jejak kaki kat airpot terus tukar nama dari Dolah Ramli  ke  Danzel Roberto.



Aku percaya , spesis macam ni lah jugak yang bila dia tengok orang pi panggung wayang tengok cerita Ombak Rindu  dia akan cakap " tak payah lah pi tengok..buang masa, cerita melayu ni aku memang tak tengok laaaa...tak kelas langsung..kecuali arahan Yasmin @hmad  je yang aku tengok.Orang-orang yang tengok cerita melayu tuh, sebenarnya memang tak akan faham bila menonton cerita arahan Y@smin Ahmad ni..cerita ada mesej. cerita Melayu yang lain aku memang aku tak tengok la..orang yang rendah IQ je pi masuk panggung wayang tgk cerita melayu.

ok..fine. I dont have problem if u dont want to watch Malay movie. ok..no problemo.Dan aku jugak, bukanlah orang yang selalu tengok cerita Melayu di panggung wayang.
tapi tak perlu lah kau nak hina-hina orang lain, as if that orang yang pi tengok wayang tu rendah akal or takde IQ langsung. Kalau tengok cerita oramputeh tuh tinggi sangat lah IQ nya ya.
 Eh..aku tak tau pula bahawa menonton filem tempatan orang melayu yang sebangsa dengan kau menjatuhkan mertabat kita sebagai manusia melayu.kalau ko tak nak tengok, that is your choice, so tak perlu lah kau hina pilihan orang lain yang nak menyokong industri filem tempatan. ke kau dulu nak mintak jadik hero telemovie tapi David teoh reject kau. so kau forever jadik sour grape bila org tgk cerita Melayu????


serious aku tak faham. Orang seperti ini, apa2 yang berkait dengan Malaysia atau Melayu akan dinggap semuanya low class, sehingga lupa bahawa dirinya adalah Melayu, rakyat Malaysia yang ibu bapanya juga Melayu.

Dan orang macam ni, bila kita kecil hati, dia akan cakap," oh i memang macam ni". and expect orang akan terima segala kata-kata berbau hinaaan kau tu dan melabel orang yang kecil hati sebagai sensitif tak bertempat.

Bila seorang rakan memperli-perli pekerjaan saya banyak kali, seolah-olah lekeh sangat saya ini, saya anggap dia tidak menghormati saya sebagai rakannya. I'm tired to take it as a joke.Ok, mungkin pada mata anda pekerjaan saya tidak  gah seperti pekerjaan anda, rakan anda yang lain, tidak gah seperti pekerjaan kakak, abang atau ibu bapa anda, tapi perlu ke merendah-rendahkan dan mempersenda pekerjaan oraang lain?

oh kau bergurau?

Tidak kelakar dan saya tidak rasa seperti mahu ketawa.

Wednesday, February 22, 2012

Lamb chop..


Lamb chop


sangat mudah memasaknya. marinate kambing dengan black pepper and garlic..
bakar selama beberapa minit.
beberapa minit kemudian dah boleh makan.hidang bersama sauce black pepper.

lai chi kang sedap

 dan beberapa minit kemudian semua habis...
duduk berlunjur atas lantai...
ok..now saya feeling-feeling harimau yang memakan seekor kambing seorang diri.
nikmatnyaaa..

err..esok binatang apa pulak..tengah fikir nak pergi berburu esok.

wah..tiba-tiba u ols..