treeeettt!!!
Dolah : buat apa?
aku: tengok bola
treeettt...!!
Dolah: Bola kampung ..tak payah lah tengok
aku: Malaysia lawan Jepun
Dolah: Bola kampung, buang masa tengok..!!!!kehkehkehkeh.!!
(kelaka sangat ke gamaknya?? and you expect me to laugh like evil??? )
aku: so?? kenapa??? boleh kau explain bola kampung tu apa?? and yang tak kampung tu apa?? and yes Malaysia kalah 4-0 dengan jepun, so what? gembira?kau tepuk tangan terlompat-lompat macam monyet?????
[if lah aku sampai hati nak taip macam tu dan tekan butang SEND].
Ok, sebenarnya aku terus OFF handphone aku. Malas lah nak layan orang yang kononnya urban sangat tu.Padahal shallow minded.
ok, aku bukan nak sensitif tak tentu pasal.
Becoz this is not the first time dia cakap macam tu. Masa aku ckp aku tengah tengok bola Malaysia lawan Indonesia final sukan SEA pun dia ckp macam tu jugak. Dah lebih 5 kali aku rasa lah.
Ok, bagi aku, kalau orang cakap sekali, aku anggap gurau atau reaksi tidak berminat, tapi kalau banyak kali, tu dah menghina.
Aku memang tak faham spesis orang macam ni.
Kalau kau tak minat bola, or kau cuma minat tengok EPL ke...world cup ke...euro2012 ke hapa ke..tak perlu lah kau merendah-rendahkan pasukan negara kau sendiri????? Kau tak perlulah insult orang yang tengok dan memberi sokongan pada negara dengan melabelkan orang tu kampung ke apa.
kau reti ke main bola??? kalau ko tak main, can u support malaysian players yang bermain untuk negara. and can u please dont insult me by saying buang masa tengok bola kampung. Why are you so judgmental and become sour grape? ?? kau dulu nak main bola pasukan Manchaster United kena reject ke?? ke sebab kau tak minat dan tak pernah main bola so kalau orang tgk bola kau rasa annoying...??? so sebagai balasan kau buat orang rasa annoying jugak????? everytime aku ckp aku tengok bola kau akan cakap macam tu as if that hina sangat lah pasukan Malaysia ni.
and sebagai orang yang agak patriotik, aku rasa kau patut pack kain baju kau pindah negara lain sana haaa..
ko pilih lah negara mana kau nak migrate..venezuela ke..US ke...england ke.tapi pindah kat bandar ok??? jangan ko pikir US, UK tu xde kawasan kampung.ha..ko pindahlah kat mana2 lah yg kau rasa tak kampung.
Satu pesanan aku, sebelum kau migrate, tolonglah baca surat khabar, perkembangan Malaysia ni. Amik tau sikit perkembangan dalam negara ni. Dan tahu kah kau bahawa perkembangan bola sepak di Negara kita amat memberangsangkan dalam 2 tahun ni. Ok, tak payahlah kau nak bandingkan pasukan Malaysia dengan pasukan Brazil ke..German ke..Manchaster united ke..Liverpool ke....
Oh lupa pulak..kau mestilah kata pasukan oramputeh je yang best ye tak?????
oh ya,,entah2 je jejak kaki kat airpot terus tukar nama dari Dolah Ramli ke Danzel Roberto.
Aku percaya , spesis macam ni lah jugak yang bila dia tengok orang pi panggung wayang tengok cerita Ombak Rindu dia akan cakap " tak payah lah pi tengok..buang masa, cerita melayu ni aku memang tak tengok laaaa...tak kelas langsung..kecuali arahan Yasmin @hmad je yang aku tengok.Orang-orang yang tengok cerita melayu tuh, sebenarnya memang tak akan faham bila menonton cerita arahan Y@smin Ahmad ni..cerita ada mesej. cerita Melayu yang lain aku memang aku tak tengok la..orang yang rendah IQ je pi masuk panggung wayang tgk cerita melayu.
ok..fine. I dont have problem if u dont want to watch Malay movie. ok..no problemo.Dan aku jugak, bukanlah orang yang selalu tengok cerita Melayu di panggung wayang.
tapi tak perlu lah kau nak hina-hina orang lain, as if that orang yang pi tengok wayang tu rendah akal or takde IQ langsung. Kalau tengok cerita oramputeh tuh tinggi sangat lah IQ nya ya.
Eh..aku tak tau pula bahawa menonton filem tempatan orang melayu yang sebangsa dengan kau menjatuhkan mertabat kita sebagai manusia melayu.kalau ko tak nak tengok, that is your choice, so tak perlu lah kau hina pilihan orang lain yang nak menyokong industri filem tempatan. ke kau dulu nak mintak jadik hero telemovie tapi David teoh reject kau. so kau forever jadik sour grape bila org tgk cerita Melayu????
serious aku tak faham. Orang seperti ini, apa2 yang berkait dengan Malaysia atau Melayu akan dinggap semuanya low class, sehingga lupa bahawa dirinya adalah Melayu, rakyat Malaysia yang ibu bapanya juga Melayu.
Dan orang macam ni, bila kita kecil hati, dia akan cakap," oh i memang macam ni". and expect orang akan terima segala kata-kata berbau hinaaan kau tu dan melabel orang yang kecil hati sebagai sensitif tak bertempat.
Bila seorang rakan memperli-perli pekerjaan saya banyak kali, seolah-olah lekeh sangat saya ini, saya anggap dia tidak menghormati saya sebagai rakannya. I'm tired to take it as a joke.Ok, mungkin pada mata anda pekerjaan saya tidak gah seperti pekerjaan anda, rakan anda yang lain, tidak gah seperti pekerjaan kakak, abang atau ibu bapa anda, tapi perlu ke merendah-rendahkan dan mempersenda pekerjaan oraang lain?
oh kau bergurau?
Tidak kelakar dan saya tidak rasa seperti mahu ketawa.
9 comments:
Haaa amikkk!
I suka jawapan menyeluruh U dalam entri ini!
Penghinaan bukan sesuatu untuk diketawakan.
I setuju 100% ngan pandangan U catz...moga mamat dollah tu cepat sedar diri..
kak karl, JB
Salam sabar sabar sabar,
Gaya2 cakap tu adalah bersamaan dengan anak perempuan akak yg photographer kat Lendu sedang belajar tu. I like u lah catz. Baguz. Luahan telus, ada jati diri melayu n very Malaysian. Berbanggalah wahai anak2 Malaysia. Yang tak sedar diri tu elok2 la bertaubat, dah tercampak kat negara orang baru tau betapa sedapnya roti canai kat negeri sendiri, betapa bestnya RTM dan TV3 berbanding dengan TV orang puteh.
Tahniah, sesekali menulis begitu ada sedikit kelainan.Teruskan menulis dari hatimu catz.
Salam..
that was well said Catz..saya suka entri ni.sbb sy pun nyampah ngn org cam dollah tp biasanya sy tak reti nak cakap camna ngn org camni yg biasanya nak menang je..
well said...
kawan kamu tu adalah contoh terbaik manusia berpemikiran setinggan.
mereka tu sama je wavelength nya...dia tunggu tua baru sedo diri...kot sedo laa..haha
amekkk kauuu..
siapalah si dollah tu..
aku selalu respect dengan kerja kau
aku rasa kerja aku tak best...
aku memang tak akan tengok wayang citer melayu tapi aku layan kalau tayang kat tv..
bukan semua citer melayu tak best... ada yang best... citer melayu yang nabil berlakon mcm LU FIKIRLAH SENDIRI bagi aku best... walaupun orang kata tak best... padat dengan nasihat dan pengajaran
i pun rasa tgk cite melayu kt wyng membazir... baik tunggu musim raya je, nanti berulang2 lah sampai x larat nk tgk. tp i x kisah klu org nk layan. taste masing2 kn. tp ckp bola kampung tu adalah terlalu poyo...
cik gold suka cara pemikiran u, sebab cik gold pon macam u...:P
bajet hebat ja org cam ni...bukan tau pa pon.hehe
agree!
Post a Comment