Friday, February 24, 2012

snek sihat yang mengatasi masalah mengidam

Last week, aku pegi spa. Dua jam lebih diuli - uli (macam uli-uli aidil fitri??)  aku rasa lapar, lalu merayap di sekitarnya.
Banyak restoran, kedai aiskrim, restoran arab pun ada.
Lunch di swensen dan kemudian ke cold storage beli groceries.

aku lalu dekat rak jual oats, muesli etc.
wah..banyaknya pilihan di sini.
aku memang tak suka oat , jadi aku rasa bila nampak segala mak nenek oats bijirin etc dalam packaging yang cantik, macam suka pulak.
(mudahnya aku terpengaruh kan..)
oats
Melihat bungkusan yang ada gambar buah stoberi , anggur,  dan mak nenek berries  yang elok terdampar atas oat tiba-tiba aku terliur. Gila. Gambar je pun. Boleh pulak aku bayangkan dlm tuh ada buah tuuu..isk..iskkkk....
padahal oat putih yg tak sedap je pun dalam plestik tuh catz oi.
Tapi bagus jugak,. akhirnya aku beli dua pek oat tah hapahapa.
rambang mata. and yes..healthy food are not cheap. Tapi bancuh 3 sudu bubuh pisang dah kenyang.
 Tengok benda ni pun aku terpengaruh.
kan..meliurkan tuuu..gambarnya laaa

cold storage solaris mont kiara
 and aku beli ini jugak yang aku jadik kan snek dekat office. aku tak reti macamana nak sebut tapi sedap. Takdelah dalam tuh air oren tu..dalam tuh cuma ada muesli sajork.

Tapi sedap coz ia adalah campuran raisin, pisang, kelapa, apple dgn kacang hazel. Rasa dia manis-manis dan crunchy. Kalau nak rasa best lagi aku rasa kena beli mangkuk macam dalam gambar tu..kihh. kolestrol free and free trans fatty acid. Yang aku suka sebab  boleh munch-munch kat office dan sekejap je dah rasa kenyang. sesuai untuk org malas macam aku yang tak rajin pegi lunch. oh bukan purposely tak nak pegi lunch kerana lunch adalah masa makan yang penting sekiranya kita mengamalkan diet sihat, tapi bila kunyah benda ni dalam kuantiti sikit pun rasa kenyang dan gembira.campur dalam oat pun sedap.
Dan aku perasan benda ni telah menjadi tool yg sgt berkesan untuk mengatasi rasa mengidam terhadap makanan lain.
kadang pukul 11, aku rasa mcm lunch nak makan nasi beriayni (ye..ni lah dia..hasil blog walking, nampak nasi beriyani, dlm otak terus plan nak makan mana masa lunch), around 11 .45 aku munch benda ni sebab rasa lapar sikit (aku amalkan mkn banyak kali dan snack in between waktu makan) .
Pukul 12.30, rasa keinginan yang membuak-buak terhadap nasi beriayni telah terpadam. dan rasa kenyang je. Banyak kali jugak lah berlaku, ia memadam keinginan dan nafsu makan yang meloncat-loncat.

so aku dah suka benda ni dan bubuh stock.
so sebenarnya, banyak lagi makanan sedap, yang rendah kandungan kalori dan kolestrol free jika dibandingkan makanan dlm entry sebelum ini  yang sgt sedap di kedai mamak salam tuuuu.....bye mamak.

oh. aku memang ada penyakit mengidam sebenarnya.
tekak suka nak makan itu..ini..itu...ini.
so aku beli buku kevin zahri , dan baca mengenai tips utk mengatasi masalah teringin ni.
salah satu tipnya adalah dengan menangguhkan kehendak tersebut.
dan lama-lama ko dah tak teringin dah kiah.
kadang benda ni works on me lahh. contoh...last week aku teringin makan nasi arab. Tapi otak baik ckp, jangan makan..high kalori...otak jahat cakap cepattt pegi...ehhhh..tak payah..telepon aja..delivery kan ado. tapi aku kata..takpe..karang lah..weekend.cheat day konon.
Tapi..eh..dua hari kemudian aku dah tak teringin langsung walau aku lalu lalang depan kedai arab tuh dah lebih 10 kali. and untuk pengetahuan u ols..depan rumah mak ada 3 restoran arab you! azabbbbedah sgt lah.

dan rasanya kena lah hentikan blog walking ke blog makan-makan yang memaparkan gambar yang sgt meliurkan.sebab tengok gambar pun keinginan membuak-buak, siap set kat GPS tuh koordinat tempat makan.

Tapi keinginan aku bukan sebab aku lapar. tapi kehendak tekak. terbayang-bayang rasa kat tekak.

 so..seboleh-bolehnya ditangguhkan..lama2 kita tak teringin katanya..


tapi..aku macam tak boleh nak elak yg ini.

teori kevin tu tak berjaya.

eh..aku kan...kihkih..siap beli beberapa perasa yogurt tau. aku buh dlm freezer, tengok, rasa akan sedap tak kalau separa beku. tetap tak sedapsss u ols.
entahlah..tekak aku susah nak terima yogurt yg pelbagai perasa tuuu...vencik.


 teori itu tak berjaya untuk ini



oh tekak ku..kau kalau mengidam benda yang murah-murah aja boleh tak???
huh.

7 comments:

azieazah said...

Wuaaa teringin tengok yogurt tuh. Tapi Kak Azie sekali pun tak pernah lagi pegi Tutti Fruitti tuh. Belum pernah sekali pun lagi.

Harus nak cuba. I dengar memang mahal lah.

CT said...

Sedap yogurt..berbaloilah dgn harganya..hi3

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

pakai crutches sebulan..semua keinginan terpendam, pikirkan duwets, recovery yg sakit.. aku makan jer apa yg org kasi & masak!..

confirm kurus.. aku x ikot pon advise kevin zahari yg call soh aku diet masa dlm ward.

koser kan sakit2 soh mak aku beli cereal & oat segala.. dah la mahal or ckp kat nurse I nak breakfast oat..

hikss..

CikAnoN said...

hihi. tiba2 terasa nak pergi beli oat! =)
and tutti frutti adalah mmg sgt buat org mengidam kan?huhu~ luckly we can have that in Kuantan.

salam perkenalan. =)

sudipVSsenduk said...

dulu selalu beli produk Musli tu.. tapi bebudak ni buat mcm makan nasi.. bengkrap!

@xiM said...

tutti frutti mahal!!tapi sedap!!yapi mahal!!tapi sedap!!nak lagi!!argghhhhhh

@xiM said...

mahal tutti frutti tu!!sebulan sekali ok kot.huhu