Monday, June 25, 2012

Meeting AJK Kampung Banana




Aku nak letak nama Kampung Pisang, tapi macam cliche sangat kan.
So aku letak nama Kampung Banana lah ya.


Aku tak tau kenapa nak tulis pasal peristiwa ni, tapi untuk share dengan kawan sekampung saya kot.
ye, kawan saya tu katanya malas nak datang mesyuarat.
Jadi selain buat lintas langsung, aku buat catatan ni. (kalau ko tak bubuh komen jaga kau ye KUCING GEMOK).


u know who u are . mak warning nih.


Aku duduk kampung Banana ni belum lama sangat, adalah dalam 3 tahun lebih kot.
Al Kisah, aku join le AGM pertama Kg Banana ni  tahun 2009 kot.


Aku duduk sini pun sesekali je. sebab aku kadang-kadang duduk kat kg Tembikai dan Kampung Kobis.
Tapi actually suka je dengan Kampung Banana nih. Sementelahan adalah pelaburan yang bagus kerana tiba-tiba Kg Banana ni femes sebagai penempatan orang Arab, derang siap bukak kedai runcit and kedai makan. International gituh. ye lahh, cashier kat kedai Kg Banana ni pun import dari Myanmar katanya.
Antarabangsa sangat lahh.


Ok..nak dijadikan cerita....  (wah..macam cik Kiah berselendang sangat gaya tulis tuh)..


 Kg Banana nih katanya dah 3 tahun tak buat AGM. idok le diketahui kenapakah begitu.
Aku pun bukan le amik pot sangat. Tak terpikir pun sebelum ni.


Suatu hari....(Bulan April 2012 )..

aku balik dr outstesen..nampak notis..katanya ada mesyuarat penduduk.
Aku pun pegi la...
oh....mesyuarat tergempar katanyaaaaa.....
Oh..ding dong ding dong..yang datang adalah dalam 20 org penduduk kampung.
Aku heran gak..napa yg datang cuma 20 ketui je....bersama kanak-kanak yg ramai (anak derang le kot).
hoo....ni golongan PENDUDUK KG PRIHATIN  (PKP)  katanya.
so dilantik lah AJK kampung Palsu  ..yg heran, xde pun undi ke hapa..main lantik2 sesama depa je. aku tengok je..sebab tak kenal pun.
Yang paling vokal sekali kata,, ok..sapa jadik Pengerusi?  (Padahal mmg dia yg nak punnnnn), so org kata, you aja lah. Terus dia ckp.. " saya bukan gila kuasa, tapi saya nak menegak kan kebenaran, ok..saya jadik pengerusi". Dan seterusnya dia melantik bini nya dan kroninya menjadi AJK KG BANANA pelesu  (AJKBP).

Kemudian, agenda nya ialah meluahkan perasaan tidak puas hati.
PKP kata, the existing AJK kg Banana melakukan penyelewengan... (entah ye tah tak?)
dan acara seterusnya ialah kutukan dan mengadu domba berbaur hasutan.

Kemudian sesi amik kedatangan, kerana katanya nak diminute kan. katanyaaaa Pengerusi dan segala AJK kg Banana menyeleweng duit yuran maintenance.

(kelas tak kg aku? siap bayar duit maintenance everymonth. kg kau ada??)

DANNNNN..rupanya senarai kedatangan akan dijadikan bukti bahawa penduduk kampung telah memperotes dan akan dijadikan kononnya mcm petisyen lahh..dan dijadikan dokumen sokongan bg membuat REPORT POLIS.

eeii..lahhhhhhhhhhhh?????????? 

Aku jumpa few penduduk berbasa basi, dan mereka  kata eh u tak join FB kampung Banana?

oh...ada ek?  (dalam hati tengah pikir sibuk nak pi kedai mamak mkn capati dgn teh o ais)..

setelah bersuraiiii.....aku telah drive ke restoran mamak berhampiran sambil nak men-digest maklumat sambil mengunyah capati bersama kintang dan hirupan teh o ais (eh..sedut lah..sebab guna straw).


so..aku pun join la FB group Kampung Banana.


Seterusnya..

Berlaku macam-macam peristiwa.
Kereta kena pecah di beberapa parking lot.
Yang nampak beriya berkumpul ialah PKP.
aku tak tau apa-apa.Balik dr Masjid aku tanya ..'en pengerusi AJKBP, ada apa ni?"
DIa jeling je kat aku kerana sdg sibuk bercakap dengan AJKBP yang lain.

So...ada yg ckp.." alaaa..ni tektik ni...macam nak pilihanraya..so group ni sabotaj group sana, utk dipilih jadik AJK Kampung Banana".

So macam-macam versi cerita dan sebagainya dan menimbulkan perasaan kurang senang.

AKU tengok gak kadang2 FB Kampung Banana tu...
Yang aku nampak...hanya group-group AJKBP saja yang sibuk meroyan di situ..
antaranya mengutuk2 existing AJK Kg Banana. Menuduh pengerusi AJK Kg Banana songlap duit 50k, mengadu domba dll. Disamping itu mereka juga menjual kerepek, karipap dan sbgnya di FB itu.
Selain itu mereka berkempen macam-macam lah...
Oh ya...kononnya mereka ini prihatin. so mereka sibuk mencanang bahawa ada rumah kena sita sbb tak bayor cukai pintu, dll. prihatin lah sangat?? puiiii.

Setelah itu..pada akhir Jun, iaitu semalam..makan berlangsunglah AGM.  (AGM ni asyik tertangguh kerana juruaudit bertauliah yg dilantik utk mengodit akaun Kampung Banana tak siap lagi) and tah beberapa masalah lain gamaknya. 
lantok le kan.

oh ya..pada 2-3 hari sebelum AGM, AJKBP sibuk berkempen supaya diadakan pre AGM dikalangan penduduk bersama AJKBP. Kononnya utk membincangkan usul. eleh..ke nak kempen supaya undi u ols wahai AJKBP.
koserrrrr......
aku pun kat kerteh time tu....and tidaklah seruan itu mendapat sambutan. siap nak buat meeting  malam sebelum AGM tuh..kehekheeeeeeeeee......aku rasa hampir seluruh kampung tengah sibuk tengok cerekarama Bibah Lori kot.
Idokleh koser nak turunber pre AGM.

23/6/2012.

AGM Kampung Banana. (10.00 pagi)

Agenda..
1.ucapan pengerusi AJK kg Banana
2.Pembentangan Akaun
3.Pembubaran AJK Kg Banana
4.Perlantikan AJK kg Banana yang baru
5.perbincangan usul
6. Jamuan tengahari dan bersurai.

Pada pukul 9pg, masa aku nak pi kedai mamak Salam, aku nampak AJKBP sedang bermesyuarat kat play ground kat area jongkang jongkit. tgh buat strategi supaya AJKBP akan jadik AJK Kg Banana sebenar sebentar lagi kot.

Aku terus pi kedai mamak sarapan.

So..around pukul 10.30pg mesyuarat baru nak start.

Penduduk diasingkan kpd dua bahagian...yg layak mengundi dan tak layak mengudi.
Yang belum melangsaikan yuran maintenance/ada tunggakan TAK LAYAK MENGUNDI dan TAK LAYAK JADI CALON.

So...gitu lah kan.katanya ada dalam akta COB ke menda tah.

Wakil pemaju yang juga adalah jawatankuasa bersama memulakan mesyuarat.
cantik orangnya. Nama dia Ketty Perry (bukan nama sebenar).

Cik Ketty Perry bersuara..

Asalammualaikum...bla..bla..terima kaish tuan puan...kita hari ini...bla..bla..mesyuarat..

Tiba-tiba Pengerusi  AJKBP bangun.

" Cik..saya rasa..kita tak boleh buat mesyuarat ni..mengikut akta...bla..akta...akta....bla..bla...bla...
akta....prong..prang..."

Cik Ketty Perry jawab : " Kita di sini akan bermesyuarat, menjernihkan keadaan...bla..bla...meeting...bentangkan akaun....lantik AJK baru...bla...bla.....menjernihkann.."


Pengerusi AJKBP bangun lagi..

" U..bla...bla....AGM tak boleh...EGM ya....bla..akta...akta...apa-apa pun kita ikut akta...ikut akta..."

Begitulah berbalas-balas cakap tak sudah...

aku yg duduk dekat dgn AJKBP bangun pindah duduk tempat lain.
Menyampah ok.

Kemudian mula lah pihak AJKBP meninggikan suara..cakap jerit-jerit macam org tak civilised langsung. REMPITS lah sangat gayanya.

Penduduk yang lain cool je...diamm...so berlaku perbalahan mulut antara AJKBP yg ala2 rempit tuh dengan AJK Kg Banana yang berada di depan.

ANNOYING!!!!

Cik Ketty Perry kata.." Encik...sapa nama??? encik ni layak ke mengundi? encik rumah unit mana?"

Pengerusi AJKBP .." saya mmg tak layak mengundi   rumah tu isteri saya yang beli...and ada tunggakan maintenance...saya mewakili penduduk...kami tak nak bayar sebab tak percaya dah pada AJK Kg Banana.".

CIk Ketty Perry .."  Nampaknya yg banyak ckp yang tak layak mengundi, kalau ikut sini, yg tak bayar maintenan tak ramai pun..so knp encik kata wakil penduduk??"

Pengerusi AJKBP.." Boleh tunjuk, klaus mana kata, tak bayar maintenance tak leh undi, takleh jadi calon?"  hah????

Cik Ketty Perry pun bukak buku undang2 kerajaan tempatan ke menda tah.....

Kemudian...geng2 AJKBP ala2 rempits bangun sekor2 and ckp jeritt..
ada sorang bangun dan really jerit2 marah....dan buat tuduhan melulu....

memang macam beruk ok!!!


Penduduk lain diam je  and bangun seorang penduduk lelaki:


" Encik, kita di sini nak bermesyuarat...bukan nak bergaduh. Bagilah peluang AJK kg Banana ni mulakan mesyuarat, bentangkan akaun, kemudian bubar AJK kg Banana, dan lantik AJK baru. If encik nak jadik calon pun bolehhhhh...if ada isu, boleh raise nanti.if encik asyik menggangu perjalanan mesyuarat..bila mesyuarat nak mula? asyikkkk ckp pasal akta etc.kita ni nak meeting utk selesaikan masalah bersama, jernihkan keadaan, lantik AJK Baru yg lebih berkaliber..."


Aku memang dah hangin.

aku bangun dan cakap:


" Encik Pengerusi AJK Kampung Banana Pelesu (AJKBP) , boleh tak hormat semua orang dalam dewan ni? Kami mahu  bermesyuarat ok! bukan bergaduh. Encik dan AJKBP yang lain menggangu mesyuarat. Cakap terjerit macam orang tak civilised...u looks like rempitsssss ok!!! tolong respect org lain boleh?  . Orang kat sini tau menilai sapa boleh jadik leader or sapa beruk. u asyik berkempen memburuk2kan AJK kg Banana dalam facebook, then u tubuhkan AJKBP sbg konon2nya prihatin and kata AJK kg Banana songlap duit, mengadu domba dan kata u mewakili penduduk? hellowww..penduduk mana tu? we ols tak bongok ok. hanya group u dan AJKBP saja yg meroyan dalam facebook dan kata perihatin....Encik..kami ni org yg bertamadun...kami tau sapa yg layak jadik leader, sapa yg beruk. so..boleh tak u dan group u diam, dengar mesyuarat dan berckp nanti semasa bentang usul. kami kat sini takdelah bangang dan tak faham  yg u and your group ada benda tak puas hati. Tolong hormat kami dan penduduk lain. Dont waste masa orang."

hoh.. puas hati aku.

So mesyuarat pun berjalan.Memang ada ajalah gangguan dari geng AJKBP tuh. A nnoying sungguuuuuhhhhhh.

AJK kg Banana juga menunjukkan laporan polis tentang pecah amanah seorang kakitangan management dan surat akuan pelaku pecah amanah tersebut.

see....sapa yg songlap duit???

AJKBP terkejut lah...coz selama ni derang asyik tuduh pengerusi AJK Kg Banana yg songlap duit.
haa..kan dah malu.

sampailah masa pembubaran AJK lama.

Then kena lantik Pengerusi sementara untuk menjalankan perlantikan.

Penduduk setuju yang Cik Ketty Perry jadik pengerusi sementara dan cik Salina Gomez jadik pencatat (setiausaha).

Ok..masa nak bincang pasal calon mencalon ni berlaku pertikaman lidah lagi. sebabnya AJKBP demand supaya yg ada tunggakan bil maintenance boleh mengundi dan boleh jadik calon.
"Kami dah ada line up kami yang akan menggantikan AJK Kampung Banana"-----> katanyaaaaa..

setelah perbincangan...yg ada tunggakan bil cuma boleh mengundi, takleh jadik calon.

so mesyuarat nak mula semula..


TIBA-TIBAAAAA...

Geng AJKBP (ajk palsu) bangun..

" Untuk perlantikan, kami nakkk ada pengerusi sementara"


Ehhhhhhhhhhhhhhhhh.....

Beruk sangat kau nii...kan dah lantik tadiiiii...kau tak dengar ke??

Tu laaa..org mesyuarat kat depan, korang duk mesyuarat kat belakang....vanganggg...

and u know wut??

Derang nak sebenarnya Pengerusi AJKBP pelesu yg chair the session...dengan harapan, sbg pengerusi, dptlah kuasa veto supaya calon korang menang, or the pengerusi pelesu itself yg akan jadik Pengerusi baru...

banyakkk cantikkkk muka kauuuu!!!

ko ingat kami ni vangang cam korang ke???


so berlaku macam2lah peristiwa semasa nak pengundian etc..and ditimbulkan geng2 AJKBP rempitssss tuuuhhhhh...

and finally...penduduk dapat mengundi...

and percubaaan untuk membawa calon mereka gagal kerana tak bayar duit maintenance. ngok!

dan ada sorang calon  geng derang dapat undi cuma 4 sajork..yang angkat tangan pun geng rempits tu jugokkkk....so...sebenarnya yg derang cakap kami dah ada line up....kami ni wakil penduduk yg tak puas hati tu apa ke jadahnyaaaa kan????

puiii.,...!!!

sebenarnya u ols je yg tak puas hati,.and ckp..." SEMUA penduduk tak puas hati.."

geng u ols je yg tak puas hati kan.

kami aman-aman sajork.

hellowwwwww...

we ols ni idok le peghak sangat tak reti membezakan orang.

walaupun u ols berkempen cam nak rak kat FB memburuk2kan AJK kampung Banana dan fitnah2 mereka..kami ni diam je malas nak join u ols meroyan kat FB. Coz kami tak nak jadi setaraf dengan kevangangan u ols tuhhhh....

So akhirnya, AJK kampung Banana yang baru dah ditubuhkan.Tidaklah geng rempits itu dapat merampas kuasa.

Encik-encik rempits, u fikir..dengan kelakuan u ols tu ...ckp terjerit2 dlm meeting, kutuk2 org dalam FB kampung Banana, dengan cara pakaian u ols yg dtg meeting selekeh berselipar dan asyik ganggu perjalanan mesyorat like beroks, kami ni nak undi ke??


Nehi...nehiii..!!!!!

namunnnn...pengerusi AJK pelesu tuh tetaplah meroyan lepas meeting....

so..kecewa gila lahhhh ye...kerana...plan u ols tu dah backfire u ols senirik.

bak kata kawan mak..beruk tetaplah beruk..they flocks together...

now...FB tu dah sepi....

idok semeriah sebelumnya....

kan dah malu.

kang nak kuar rumah tutup muka pakai tudung periuk ok.

daa....peace.


err..yg warna tulisan warna oren tu aku cakap dalam hati je. Takut gak kang geng rempits pancitkan tayar kete aku.

Minum petang...

16 comments:

kissz said...

catz... love your shoes!! awesome!

Anonymous said...

kuikukui1stkuikui...
macam ceriter politik...(tebal sungguh tapak kasut warna biru itu,...kuikuikuik)..

Unknown said...

Hi...nice blog u have...anyway...jenguk2 la kot2 free ke laman blog saya di www.mymzcompany.blogspot.com atau taip sahaja 'mymz company'. N jangan malu2 atau segan utk memberi maklumbalas / komen tntag post yang ada dlm blog kami...see u next time...thanxxxx

pijankodok said...

muahahahahaahhahahaa.... padan muka diorg, kak... hehehehehe..

ramli said...

Huish dahsyat jugak tuh.. kes Gila kuasa dah ni..harap kes kampung banana tu tak berjangkit ke kampung2 berhampiran dengannya..

Anonymous said...

Catz...ko mmg..mati mati ingat you cakappp bebetullllll..ampehhhhhhh!!... Tipah tertipu... Baideway kat mana2 je ada politik cam ni, teringin nak pegang jawatan dikatanya org tu tipu orang ni tipu.pfttttttttt

kucingorengemok said...

beb, kasut ko cantik, serius... mana beli? (nak cakap benda lain, tapi tulis lain, hahaha, takut kena saman!) ;)

catz said...

kisskiut,

thanks,.,hehhehe,....

catz said...

anon,

nak lantik ajk kampung pun macam nak pilihanraya umum gamaknyaa..
aku katik je..so kena pakai kasut tinggi..

catz said...

MYMZ,

thanks for reading..

salam kenal.

catz

catz said...

hi kodok,

how are you??
thanks for reading...!

:)

catz said...

ramli,

sesetengah org je yg gila kuasa.
duduk apartment mahal tapi ada golongan cetek dan pendek akal buat tmpt ni macam flat murahan..
:)

thanks for reading.

catz

catz said...

anon,

tu lah..semua benda nak dipolitikkan...
mahukan kuasa...
tapi x sedar diri tak competent pun nak pegang jawatan.
nak tonjolkan diri, burukkan org lain..
well..
we are not stupid...
:)

catz said...

kog,

hampehhh ko.....
oit,.,,kat kg kita ada loyer lahh...
boleh je nak saman menyaman secara percuma kekdahnya..
hehhehe..
kasut tu beli kat alamanda kot..
lupa...dah lama..
hehheeeeee

Anonymous said...

ingatkan ya ya je laa catz leh bangun bercakap ...skali...hampeh...color oren lagi...betoi2 tipah tertipu!

catz...catz...

mcm aku gak...ckp dlm ati je lebeh..

hu3

rose - kd

puan bunga tulip said...

haha... kelas kampong banana... mcm2 la peel orang ni kan... giler koserrr semua....