Wednesday, October 20, 2010
Selamat Datang ke Kuala Lumpur
Cerita kelakar.
(eh..belum tulis dah cakap kelakar, entah-entah tak kelakar langsung pun).
Aku rasa aku agak phobia bila kena drive dekat KL. Err..maksud aku tengah-tengah KL ye, yang merujuk kepada segala jalan Sultan-Sultan, Raja-Raja, Tun-Tun atau nama orang.
(Paham tak? Contoh : Jalan Raja Chulan, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tun Sambanthan) . Ha.
Er, actually takdelah aku ni takde lah teruk sangat, setakat nak ke Mid valley, berjaya Times Square ke..KLCC (tapi gigil) lepas le kot.
Semalam, aku kena pegi Hotel Legend.
Bukan le aku tak pernah pegi situ pun. Banyak kali tapi tak pernah drive sendiri tanpa ada org duduk sebelah tunjuk jalan.
Sebab pegi sorg agak nerves. Tah apa2 kan.
Lagipun aku memang ada masalah phobiadriveinklsambiltengoksingbodsesatpulaktu <---- sejenis penyakit mental. So aku pikir, naik train aja laaaa. park kat stesen UKM. Lepas tuh naik star, ke Cab ke..apa-apa lah. Malam tu aku tak boleh tidur. eh. takdelah over sangat pikir kena drive sampai tak lalu tidur. Bukan. Aku buat preparation utk presentation / slides etc sampai lewat mlm plus nervous. Tah apa penyakit aku ke apa tah, kalau esok tuh ada event apa-apa, aku akan nervous tak boleh tidur sambil terpikir, eh kalau aku tak terbangun/terbangun lewat camana ha? bongok. Eh.ye la..serious takut. Dah lah benda penting, tup2 bangun je dah pukul 10 pagi. ha..tak takot ko? Mau aku terjun ke bawah tang2 tu jugak. ha-ha. Sesi aku pukul 9.00 pagi. serious la..setiap jam aku terjaga. Dah le tidur pukul 1.30 pagi. Lepas bersiap lebih kurang, konon aku nak drive ke stesen komuter UKM. Tapi...tah aku termakan hasutan hosmet aku.. " komuter tuh pack gila tau pagi-pagi. U boleh penyek dalam tu."
(err...btw, badan aku yg tebal cam guni beras ni senang penyek ke?)
So..aku pikir, why not aku pi park kat Stesen Bdr tasik selatan, then naik STAR.
Tapi disebabkan lalok pening, aku dah terlepas simpang lepas Sg besi.
So..aku decide, err..park je la kat Kl Sentral. And..disebabkan aku mana reti jalan, so aku duk follow signbod " KL SENTRAL". Oh tapi u ols. mencabar ye.
Aku nampak signbod ke kiri KL Sentral tapi tup-tup nak belok kiri eh...aku nampak KL sentral sinbod TERUS pulak.
ehhhhhhhhhh. terus tak jadik masuk kiri, ikut sinbod tuh terus .
Dgn aksi akrobatik terus signal ke kanan, masuk main road semula sambil di hon bertalu-talu oleh pemandu-pemandu expert Kuala Lumpur.
Lepas tuh ikut signbod..eh..banyaknya signbod Kl sentral, kalau next signbod suh masuk kiri, aku nampak ada lagi signbod Kl sentral tapi suh terus pulak.
So aku pikir.
Mungkin Kl sentral ni kawasan dia Bujur/bulat cam kuih donat.
Dia bulat tapi ada banyak simpang masuk, so masuk je lah mana2 simpang yg ada signbod Kl sentral, lepas tuh pandai-pandai lah nak ikut tang mana ikut signbod masuk PARKING. ooooo...kan?
Dah tah camana, dah gabra aku termasuk parking kat SOOKA Central.
euwww.
aku tak pernah tau kewujudan mall ni. takpelah.
Ni akibat TAKSUB sgt tengok lambang P sampai tah termasuk parking bangunan lain.
Bangunan ni opposite Air Terminal. Lepas park, lintas masuk KL sentral dan sarapan sebab awal lagiiii.
Lepas tuh, amik cab ke Hotel Legend. Eh, bagi org yang biasa jalan KL, apa yang aku buat ni mmg le korang rasa kelakar ke apa ke kan.
Dah sampai KL pastu park somewhere pastuh naik cab. tah apa ke bongok tah. Aku rasa vongok gila, tapi lantak le.
Aku takut sangkut jam tengah KL dan tak tau camana nak sampai ke hotel tuh. Padahal dah banyak kali nampak senbod PWTC tadi kan masa nak ke KL sentral. takpe. Ha-ha. lama gak duk dalam cab sebab jammed la. Sampai hotel pukul 8.20 pg.
start 8.30pg.
eh. aku masuk bilik seminar , mamai-mamai baru nak duduk, tetiba: " U present 1st. 1st presenter tersangkut dalam jem, sampai lambat". eh boleh?
oi..aku ni gigih ok dari rumah 6. 40 pagi ye. aaaaa.
oh..presenter lain taraf2 professor, Dr-Dr gitu. so tak apa datang lambat, orang akan tunggu. gitu ke?
Aku tak tunggu sampai habis event , pukul 12.00, terus amik cab.
Sampai Sooka central, pening sebab lapar. masa refreshment kat hotel tadi tak nak pulak aku makan. dah lah mkn free. busy bercakap pot pet aja lah kan.
Lunch. Nasi dagang . Erk. Nasi dagang sekarang bila dikomersialkan di tengah bandaraya KL dalam kedai yang cantik adalah sangat over harganya. RM16.00. Mungkin timun dan karot tu ditanam secara organik, kot? Telur pulak diberanakan dalam reban ayam organik bersalut emas dan daging pulak adalah daging sirloin dari lembu yang paling tergojes di Australia ke..kan? Campur air, RM22.00. erk. Gila over.
Then bayar parking. Aww..dekat RM30.00 . ohhhh. Aku lupa yang parking di Kuala Lumpur adalah mahal. Melampaunya aku rasa.
Bila aku kuar dari Kl sentral, aku tgk signbod...errr...aku rasa aku salah tgk ke hapa..
Tiba-tiba aku dah termasuk hala-hala Jalan Tun Perak le..Jalan Pudu la. tetiba eh..aku dah kat area masjid India? eh..Jalan Pinang, Then termasuk ke Jalan Parlimen, then tah ke mana-mana kan? And lawak tak..tetiba aku dah kat depan Hotel Legend..err...apakah?? hapa ke bengong aku ni..aku ronda KL sebab AKU TAK NAMPAK SIGNBOD SEREMBAN.
SO aku terpusing sampai ke segala ceruk Kl...sampai ke kotaraya la..petaling street la.. and tah ke mana-mana tah. gonjol.
oh..plis...
signbod seremban plisss...
akhirnya setelah tawaf pusat bandar Kole Lumpur, aku nampak ke senbod seremban.
so follow je lah sampai ke sg besi.
dah.
tak kelakar pun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
48 comments:
tak la berapa kelakar... lebih pada kesian, hehee
i rasa kelakar. sbb i pun macam tu dulu. tapi tidak lagi bila henpon i ada gps. open house/ kenduri kendara/ outstation ceruk mana pun i sanggup pegi hahaha.
you should get a gps or a phone with gps dear.
-your silent reader ;)-
Kalau kaki ronda tu pasang ler sebuah GPS kat dalam keta. confirm dah x sesat lepas ni :)
~ salam kenal cat's.
oowhh kelakar..kekeke..penat bayar parking sooka 30 hengget, makan nasing dagan 16hengget, tup2 drive balik sesat bole plak smpi Legend. agaknya kalu betul drive sendiri nak ke Legend, mesti sesat smpi Sooka kan?kekeke..catz..catz..
salam perkenalan
@ beautyklique.blogspot.com
sabo je lah aku. kalo aku ada kat sebelah tu, rs nya aku dah jotos dah. dusy dusy dusy!
adohai...sian seh....
p/s : kita yg anka jati kl pon bole tersasul2...byk benor jln baru yg bersimpang siur...
kelakar gak bunyinya :)
...atau adakah ini alasan Catz untuk meronda-ronda KL selepas penat berpot-pet di hotel Legend :)
catz...samalah kita...hehehehhe.....selalu tu kalau masuk KL...dah tentu jadi mem besar kat sebelah atau ada co-pilot...kalau tak...mak rela u naik LRT ...hehehehe
catz..next time pakai gps taw :D
tak kelakar sangat. cuma kesian dan bengong sikit.. Pengajaran: kalau nak masuk KL, you really have to plan, plan and plan... =)
catz, kita ada penyakit yang sama...
klaka citer ni...
yes pakai GPS ... set awal2 dari parking lot kat umah..lawak siot lah..boleh tersesat drive sampai hotel legend , dah elokkan kalau drive ke sana parking pun free kat legend ha ha ha ...however saya pun sama masalah mental macam catz bila masuk kl cari building ke apa ke...
mek...ko kena beli GPS lain kali.
kesian plak aku tgk ko ni....
luas berjalan banyak pengalaman...
apa apa pon tahniah ko berjaya gak pusing pusing ka bandar kl... kalau aku dah kering peluh heheheh try lagi next time....
apa apa pon tahniah ko berjaya gak pusing pusing ka bandar kl... kalau aku dah kering peluh heheheh try lagi next time....
apa apa pon tahniah ko berjaya gak pusing pusing ka bandar kl... kalau aku dah kering peluh heheheh try lagi next time....
apa apa pon tahniah ko berjaya gak pusing pusing ka bandar kl... kalau aku dah kering peluh heheheh try lagi next time....
kat mana nak cari nasi dagang yg best kat KL ni eh Catz?
parking kat kl sentral memang mahal.....takpe la..kadang2 dgn sesat tu lah kita belajar kan catz?
~your silent reader too!~
Catz,
Sumpah klaka, but it's not so funny bila kita sendirik terkena.
Nak pegi sogo punya pasal, dah la drive ikut signboard, terlepas simpang, pastu skema yang amat, tak reti nak U-turn secara haram. Sudahnya, u-turn di Midveli, pusing balik ke Sogo, tak ke jauh dari sogo ke midveli??
Memang klaka pada orang yang expert jalan kat keyel nun..
hi anonymous,
yes..i agree with u..kena beli GPS..erk..tgh kumpui duhetsss..
buh dalam tabung..
:)
kog,
erk..
gps plis...
ihiksss..
hi wachak,
welcome to catzscafe.
salam kenal too.
happy reading yea.
yes..i shud get gps.
:)
thanks
UjieUllfia,
hai..
welcome to my blog.
salam kenal.
:).
thanks for reading my blog.
yea..mg sesat terpusing2...ahahhaa.
gila lah saya ni..KL pun tak pass..
ihiks.
salam kenal yea.
Ayunasia,
ko nak jotos?
hwaaaa..mmg patut pung..hahhaha.
aku ni jln kat pt raja pung leh sesats..hahhaha.
keji tak..
err..gps..plis.
Faizah jaafar,
hai..
kesian haku kan..
hhahaha..ngeng betui aku nih kan..
hhahaha...
zarina,
hai..
how are yewww??
:).
mmg kelako kan..
hik.
DrSam,
bukan alasan.huwaaaaa.
sesat-sesat dan sesat..
:).
tapi best gak..jalan-jalan.
ha-ha.
Mama Miraki,
kan..
naik LRT lagiii senang kan.
hiks.
inah,
hi..
how are u?
jadi ke balik malaysia hari tu?
yea..i shud get gps.
:)
hi azanov,
welcome to catzscafe.
thanks for reading.
ihiks.
yesza..i nih mmg bengong kan.
hahhaa..
salam kenal.
miow
serisinisana,
hi..
happy reading,
err..panyakit kita sama kan..hiks..ada ubat tak?
hahhaha
Yatissa Roslan,
mmg lawak tah hapa2kan aku nih..
ihik.
ok lah..saya akan menabung utk veli gps iteww.
:)
Leez,
aku duk menabung lah ni..ahahah
Anonymous,
yea..
agreee..
luas sgt le pandangan.
kdg sesat ni bagus gak kan.
:)
noors_kasih,
hahhaa..tengkiu.
berjaya ronda KL ikut kaki je..hihiihihi
Cahaya,
i mkn kat kelantan delights.
sedap gak..
tapi sedap lagi kat gerai k mah.
:)
Anynomous,
yes...bila kita sesat,kita belajar banyak benda kan..
:)
Honey dear,
mmg kelakar kan.
kalau dah tak reti tuh, redah je kan..
janji samp[ai...hahahha.,
takpe..bila sesat kita belajar banyak perkara.
:)
catz, ubatnya ialah saya tak drive lagi... suh en suami je yg hantar..
mahal gila nasi dagang tu.. kalau kat kelantan, ko boleh makan sampai 4 hari 4 malam dengan harga mcm tu... errrr over laa pulak...
catz,
Sesat-sesat pun masih di Malaysia.
Kalau sesat, alih-alih sampai Ho Chin Minh tak ke haru?
kan dulu aku dah cakap, beli gps,beli gps, (ko cakap org yg ada gps ni macam kerek je!)
kalau campo yg ko sesat2 tu campur makan2 mahal akibat tersesat tu kalau dah 4,5x dah dapat 1 bijik jipies!!!! adeyai kawan aku ni -nasrul
eh kenapa you buang entry "pelik" di atas... takut ada yang offended ker.. hehehe..
anyway, life is much2 easier using my wife's GPS garmin from hp.(u kena beli hp baru, using hp is better, portable). lg satu, dari garmin senang cari tempat spesific etc fuel, makan places dll. soo convenient. u cant imagine until u use it.. =P
Wohhaa catzz oii..tuh la jalan2 yg menjadi tempat permainan ku!!...
lawak la kak catz.. :))
Post a Comment