Sunday, December 19, 2010

Oh please..

hari Sabtu merupakan hari tanpa plastik.
so, kalau ke supermarket, sila lah bawa beg shopping atau bayar 20 sen utk beg plastik atau beli beg shopping yang dijual
aku tak sure samada semua supermarket join polisi ini.
Tapi semalam, aku ke supermarket berhampiran apartment.
masa nak beratur, aku hairan sebab normally ramai je yang still nak beg plastik, tak kisah lah bayar pun kan.
aku pun selalu je macam tu.
Tapi aku dengar cashier kata, today totally no plastik!
takkan nak bawa barang pakai tangan kan?
semalam, cashier cakap, PLASTIK memang tak ada. tak jual pun.
Haaaaaaa???

aku sempat berlari ke kereta kerana dalam kereta adalah tote bag yang tak guna dalam kete tu.

then aku beratur dengan sebakul barang.

depan aku seorang chinese lady tengah discan barang-barangnya.
banyak jugak barangnya.
sampai barang dia yang terakhir, satu plastik ubi kentang --------> belum ditimbang.
so cashier kata " ni kena timbang dulu".
That lady muka dia masam je sambil bebel-bebel kata " nanti sekejap, tunggu itu saya punya kawan kasi timbang".
dia pegang plastik kentang samabil panjang-panjangkan leher melilau kot kawan dia ada dekat-dekat situ. cashier suruh dia bayar dulu lah barang lain, sebab takkan nak tungguuu lama.
orang lain pun nak bayar. this lady insist gak suruh tunggu.
Dan this lady macam marah-marah sebab takde plastik. barang dia separuh troli so dia mmg perlukan plastik.
Cashier suruh dia amik kotak yang diletakkan dekat2 dengan cashier (kotak barang yang mungkin mahu dibuang tapi ciberi secara percuma kepada pelanggan sekiranya ada yang perlukan kotak sebab hari sabtu mmg NO PLASTIK.
So aku pun terkulat-kulat duk tunggu bilalah kawan dia ni nak mai.
Aku macam nak tolong dia timbang, tapi muka dia kereks gila oke.
sesambil tu aku ckp dgn cashier, aku pun nak cepat. Dia ni tak nak ke bayar dulu.
kang kentang tu bayar le kemudian kan. jangan le selfish sgt.
Cashier tu cakap.." terpaksa lah tunggu kak..'cce...' memamg macam tu."
Then tak lama datang seorang perempuan.
Perempuan depan aku suruh kawan dia pi timbangkan kentang.
Tapi kaunter timbang sayur dan kaunter juruwang adalah jauh dan lama gila aku tunggu kawan dia bawak balik kentang tadi.
lamaaaa oke!

so aku cakap " eskusme, boleh tak u bayar dulu barang-barang u ni? saya nak cepat. Kawan u tak sampai-sampai pun lagi".

That lady dengan muka masam pandang aku dan cakap " u tak mau tunggu u pegi lah kaunter lain"------> dengan muka kereks.

ewahhhh.

terus my blood go upstairs lah.

aku cakap " hello..kaunter lain pun orang tengah ramai beratur. saya pun tunggu dah lama. u bayar lah dulu, orang lain punn nak bayar".

Perempuan tuh buat muka toye oke. muka kereks.

aku sambung cakap , " saya pun nak cepat..u bayar dulu lah, nanti u bayar lah kentang u tu".

Perempuan tuh tetapppp buat derk.

aku rasa kannnn.,.orang yang beratur belakang aku macam nak tepuk-tepuk tangan nak bravo-bravo aku sebab aku tgk muka masing-masing bengang tapi tanak cakap.

nak je aku cakap.." u ingat kaunter ni untuk u sorang ke??".

Aku pandang muka dia. Terus aku angkat tangan nak tarik rambut dia.dia pandang muka aku, terus aku cekik perempuan tu.

Ha-ha. acah mak enon. berani kau kiah. wakakakaka.

agaknya dia macam nampak aku cam nak telan dia, dia kuarkan beg duit pelan -pelan kuarkan kad kredit dan hulur pada cashier.
haaaa...
sket lagikan ada adegan tarik rambut.

so dia dah habis bayar. Tapi dia duk tunggu jugak kawan dia tadi.so turn aku bayar. tapi kawan dia yang timbang kentang tadi tak muncul-muncul jugak sampailah aku selesai bayar dan masukkan barang dalam tote bag aku yang vouge.hikssss.

aku rasa kan, kawan dia pi timbang kentang tu kat venezuela kot.

note:

1. bagus gak tak jual beg plastik tu kan. baru lah berkesan kempen tu. so aku lepas ni berazam untuk bawak beg shopping setiap kali ke supermarket, tak kiralah hari apa. wah mode aktivis alam sekitar dah masuk badan aku.

2. tolong lah jangan selfish oke. bertimbang rasa semasa di tempat awam. orang lain pun kejar masa.


dah.habis.

16 comments:

purp said...

memang patut dibahasakan. menguji kesabaran betul...

none said...

senario ni ada di mana2 catz...
tapi tabik la kat catz sbb berani cakap kat dia, kalau i, alamatnya redha jelahhh....

marie said...

bravo catz...mmg geramlah kalau org selfish ni..lagi satu perangai yg akak biasa kena, dia beratur kat express lane, tapi dlm troli penuh barang (takde ye kurang dr 10 items je)..dah tu, since dia beratur dgn anak-beranak dia kan..so dia bagi2 lah barang tu kat tiap2 anak dia..sorang bayar utk 10 brg..tapi time nak bagi duit tu, semua mintak kat mak yg satu tu...sabar ajelah org mcm ni...sakit jiwa kita ni tgk pangai cam tu

makdaracute said...

memang patut pun sound minah tu....kerek sangat.....

NenetPenne (NP) said...

good for you sebab telah menyound itu orang yang tak reti bahasa....

ada orang kan, beli barang beratus2 tak kisah tapi bila orang suruh bayar beg plastik harga 20sen, sungguhlah berkira2....

afendi ariff said...

ganaz jugak ko ye...
heh!

ateh bie said...

bravo catz bravo!!!
cayalahhh.....haha..

Cosmedecorte said...

That supermarket should have a save button like in pc installed in their cash machine.
Kat sini not all supermarket lah. Can do that. So your kind of problem wont occur.
The cashier can simple save that Chinese women details and scan your groceries. Then by the time that Chinese friend datang u pun dah siap bayar & simply the cashier can get back to that Chinese lady groceries...

catz said...

purp,

aku bengang sebab nak cepat. and she is just a plain rude.
so muluts mak ringan je lah.

catz said...

serisanasini,

hahaha..sebab semorang bengang, mak wakil je..
hahhaa

catz said...

marie,
org ni cmm2kan peel nya.
kdg tak bertimbangrasa.

catz said...

makdara,
hiks..
yeah..she is not just kereks, but rude.

catz said...

nenet,

biasalah..nak yang free je..nature manusia gitu.tapi now plastik mmg tak jual..so merasalah bubuh ikan daging atas seat.
ahahha

catz said...

afendy,

i mmg kadang-kadang wild.
wakakakka

catz said...

ateh bie,

wah..ko boleh jadik pom-pom gurl mak le..
ahahahah

catz said...

Cosmedecorte,

yeah..i agree with u..
sepatutnya gitu kan.ada button save.
:).
semua ni meneybabkan suasana agak chaos.
hahahah.