Hi all,
I was introduced to this TV program few weeks a go by a friend. Program reality TV u ols.
Waktu: Setiap khamis , NTV7: pukul 11 malam.
It is like a dating show program for those who are single, a platform for men and women who do not know each other get to know each other, and find their perfect match (if sama-sama suka la) plus they get dating allowance !
Dalam program ni:
ada 24 perempuan.
1 lelaki
1 pengacara
ada penonton
2 cikgu (psychologist ) - tak sure why derang panggil cikgu, tapi role cikgu ni adalah utk memberi pendapat mengenai apa-apa isu yang dibangkitkan dalam peroses perkenalan/sesi soal jawab semasa program ini berjalan. Ni ala-ala ko berkenalan , u can ask any questions, ada advisor, ada penonton. So proses ni berjalan di khalayak ramai lah.
OK..
so..
24 perempuan akan dibariskan dengan nombor dan ada lampu.
then seorang calon lelaki akan keluar.
so..pengacara akan bagi nama perserta lelaki dan suruh peserta lelaki tengok semua perempuan tuh dan pilih mana dia suka dgn menekan nombor. (perempuan yg 24 org tuh tak tau sapa yg lelaki ni pilih, yang tau cuma penonton, host, cikgu dan kita laaa.ha-ha).
let say lelaki tuh tekan perempuan no 8.
lepas tuh pengacara akan tanya, apa pendapat semua perempuan tuh mengenai lelaki ni (1st appearance lah ni).
Ada perempuan yg 1st tgk je dah tak suka, so dia matikan lampu dia.
so pengacara akan kira berapa lampu yang masih menyala.
let say ada 22 lampu , means 22 pompuan masih suka dia.
so pompuan 2 org tuh out lah kiranya sebab 1st tgk dah tak suka kat laki tu.
hik.
so 22/24.
hik.
then perempuan-perempuan yang lain 22 org tu, boleh start tanya soalan.
Dan yang menariknya kan.. dalam program ni, they are very open, boleh tanya jek apa2 including pasal financial, hal family, personal.
cth..last week, ada perempuan tuh tanya..(tak silap aku perempuan no 15)
"berapa u spend seminggu?"
lelaki tuh jawab "bergantung lah apa keperluan minggu tersebut, kdg sikit, kdg banyak,,penting ke utk saya jawab soalan ini pada u?"
perempaun tuh jawab " penting"
lelaki tanya " kenapa soalan ini sgt penting untuk kamu?"
perempuan tu jawab: " sebab saya seorang yang kedekut, jadi bila nak kawin saya mesti tau perbelanjaan pasangan saya, kerana duit dia duit saya jugak"..
lelaki tanya: " macamana u punya tahap kedekut tu?"
perempuan jawab : " saya sanggup berjalan kaki jauh utk jimat 50sen. if pasangan saya berbelanja lebih2 saya akan jadi sakit hati".
waakakakakak. time ni aku ketawa cam org gila depan TV sorang-sorang.
pengacara cakap: " oh, sebenarnya dia nak mengajar u berjimat cermat". hik.
so kiranya dalam program ni, bukan perempuan je menilai lelaki, tapi lelaki tu akan pun menilai perempuan jugak melalui sesi soal jawab.
program ni very entertaining tau! dan soalan2 yang ditanya adalah very realistik yang normally tah2 kita pun tak berani nak tanya kat bopren, tunang atau pun laki.
Then perempuan lain tanya soalan.
sambil tuh akan ada tayangan video 3 kali bagi setiap lelaki.
mungkin akan ditunjuk, rumah lelaki tu, cara dia pi keje.
ada satu tuh kelakar,video pertama, ditunjuk lelaki pi keje naik basikal, so ramai perempuan matikan lampu.
dah matikan lampu, tak boleh hidupkan balik.
wakakaka.
tapi rupa-rupanya bukan lelaki tu tak mampu, tapi dia rasa tak perlu. lelaki tu keje gaji banyak, dan keje ok.rumah besar dan lawa. eheksss.. ni tayangan video ke 3 kot. waaaa..nyesal oke perempuan yang dah OFF lampu.kehkehkeh.
sambil2 tuh cikgu2 akan beri pendapat.
DAN TAK SEMESTI if LELAKI TERSEBUT HENSEM, perempuan akan pilih dia.
hiks.
Cth: last week.
salah seorg peserta, muka hensem, badan sasa lah.keje pun ok.
bila dia kuar je, dia pilih sorg pompuan tuh. then mula2 je dua pompuan dah matikan lampu.
so pengacara tanya, napa u OFF lampu, padahal baru tgk penampilan je.
pompuan tuh jawab " saya rasa dia ni lelaki yang disukai oleh ramai perempuan, jadi saya rasa tak sesuai dgn saya. Nnati dia ramai peminat ke apatah gitu pompuan tuh cakap.
hik.
then sorang pompuan tanya, dia ni life camana? dia cakap dia jenis yang kuar dengan kawan-kawan after work/time free. dulu dia ada gf, tapi bila dia kuar dgn kawan2..ex gf dia ni akan duk call-call dan sometimes siap cek henpon dia.
so ada sorang peserta perempuan tanya, u kisah ke tak kalau GF u check henpon u?
dia cakap dia tak suka ke menda tah. dan benda ni jadik perdebatan pulak dianatara pengacara dan cikgu.
pengacara tanya cikgu (advisor) perempuan tu : u kisah tak husband u tgk henpon/check2 henpon u?
cikgu pompuan tuh jawab: " kalau saya ada rahsia, saya tak nak lah husband saya check henpon saya, tapi kalau saya tau husband saya ada rahsia, saya lagiiiiiii nak check henpon dia."
wakakakkaka.
then advisor lelaki bagi pendapat:
" sebenarnya, dalam hidup kita, walau suami isteri, mesti ada privacy space. tak semestinya sebab kita ada rahsia. bila kita check henpon BF kita contohnya, kita fikir, oh kita nak tau apa disebalik yang kita tau padahal mmg lelaki tuh dah layan u baik. bila u check henpon dia, ia TIDAK akan merapatkan hubungan kamu pun. malah akan jadi tanggapan lain terhadap kamu. bukan sebab kamu care dia kamu check henpon. ia akan memburukkan lagi keadaan.Ini menunjukkan kita tidak percaya pasangan, jadi harus hormat ruang privasi setiap pasangan"
Normally, people only want to see, wut they want to see, wut they want to know.
betui tak?
so sambil tuh ditunjuk tayangan video ttg life lelaki ni, family, keje dia etc.
akhirnya tinggal 3 perempuan akhir termasuk yang dia pilih. (dia kena pilih 3 perempuan) So bila dah time kena pilih, dia masih boleh ubah fikiran antara 3 tu. tapi dia stick kat pompuan yang dia pilih. Memang cun dan lemah lembut.
so..lelaki pulak yang boleh tanya perempuan2 nih.
lelaki hensem tu tanya: " if saya keluar dengan kawan-kawan saya, coz sometimes kamia kan kuar minum, lepalsembang-sembang, kalau saya tak ajak kamu, adakah kamu kisah?"
perempuan 1 : " saya tak kisah, saya pun keje kdg kena kuar dgn client, minum. jadik saya boleh faham"
perempuan 2: " saya tak kisah"
perempuan 3; " if u tak nak ajak, buat apa cakap"..
hikssss.
so akhirnya didedahkan bahawa perempuan yg dipilih oleh lelaki ini adalah yg no perempuan 3.
so pengacara tanya perempuan tu nak tak dengan lelaki ni?
Perempuan tu jawab " saya rasa lelaki ini jenis yang sgt mementingkan kawan-kawan dia dalam kehidupannya, jadi dia tak sesuai untuk saya".
hahhahahahhaha. tettt. reject.
IF derang ni jadik pi dating, lelaki ni akan diberi allowance dating. sebab dah reject tak dapatlah.
kat akhir tuh, lelaki ni percaya, dia akan jumpa nanti akhirnya perempuan yang memahami dia di luar sana.
so akan diganti dengan lelaki lain pulak.
begitu lah seterusnya.
Tapi soalan-soalan kdg memang realistik dan mencabar dan mereka sgt berterus terang.
selamba gila oke perempuan tuh ckp kat sorang peserta lelaki " saya tak suka mulut awak"----> sebab bibir lelaki tu agak tebal. choiii..
pasal lelaki yang naik basikal tu, pengacara tanya, napa dia tak beli kereta? padahal dia mampu.
peserta lelaki tu jawab: Saya tak perlukan kereta, tapi saya mampu. buat masa ini, saya selesa naik basikal sebab lebih cepat sampai ke destinasi dan belum perlukan kereta lagi/
pengacara kata: bukan kah kereta itu penting?
advisor jawab: sebenarnya kalau kita mampu, kita ada / beli atau tak beli tak jadi persoalan. dia dah yakin dgn diri dia, jadi dia tak perlukan benda lain utk impress orang atau kalau rasa perlu baru beli. Biasanya org yang mampu dia tak kisah sgt dgn apa yang dia pakai, beli kat mana, tapi normally org yang tak berapa mampu akan suka menunjuk-nunjuk utk tonjolkan keyakinan diri dia.
So bagi org yang mampu, normally derang happy dan tak kisah je benda-benda macam ni.pakai baju murah pun tak kisah. Orang yang tak mampu biasanya yang akan beriya-iya beli barang-barang mahal/branded dan menunjuk-nunjuk.
logik jugak apa yang cikgu tu cakap.
kadang-kadang kelakar, penampilan biasa-biasa. so pompuan akan ramai matikan lampu. sekaii tgk tayangan video yang last , rupanya dia ni keje best, ada BMW,rumah besarrrr. hiks.
so kdg2 mmg saja derang buat macam tu utk melihat keikhlasan pompuan tuh terima lelaki tersebut.
Tapi bagi aku, dari rancangan tersebut, banyak benda kita boleh belajar.boleh diaplikasikan dlm hidup seharian. penampilan, watak, etc,tak semestinya cantik menjadi pilihan.
so jangan lupa eh malam ni. ntv7, 11.00 malam.
Thursday, December 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
21 comments:
is it me who introduced it? or not? I don't remember but I've been watching this reality show for quite some times now.. My sister introduced it to me more than a month ago...
Agree.. this show is good... I like it!
mlm ni jugak nk tgk masterchef.. hiks! suda rindu ngan lee... muahahahahaha
malam ni nak tengok laaa...
tapi kalau ada rancangan ni kat mesia, aku nak daftar ...weeeeeeeee
bukan program tv indon ke? mama pernah tgk masa kat indonesia tahun lepas...sangat menarik rancangan begini..
Uncle pun dok tengok jugak dengan aunty....heh3...rupanya kita dok tengok benda yang serupa...LOL!
hahaha.. salam sis, memang lawak but... it really nice.. tapi kekadang kita ni hanya cakap jer tapi dah couple n dah kawen jd lain plak... adoiii... manusia... hmmm..
kena tengok gaya nya nie , mcm besh je
betul cakap hajah zainab tu..kat indon pun ada..idola apa ntah namanya tapi tu pesertanya orang fofular..tak tau la sapa ikut sapa... so impress ngan catz sebab detailnya cerita...hehe
WAH CATZ SUGGEH DETAIL PENERABNGAN ANDA ITU...Tapi nih dah HARI JUMAAT KENA TUNGGU MINGGU DEPAN LER GAMAK NYER NAK TENGOK LER..
saya pun suka tengok rancangan ini!
Mas,
u lahhhhh!
mamajajie,
tgk top chef tak?
i loikeeee.
nenet,
aku nak jadik cikgunya..
wakakakakz
mama,
mmg menarik kan..
tapi nak buat kat malaysia, belum tentu jadik.we are not that open to have this kind of programme
Uncle,
wah auntie ngn uncle pung layan keww?
haahhaa.
best!
scerlettfr,
hi..how are you?
wah dah pakai SLR?
hows bejing?
atty,
tgk tak ?
zarina,
yeah..interesting kan.
:)
Ana Ali,
jgn lupa tgk malam nih..
:)
Sharizat,
hai..salam kenal.
seronokkan tgk rancangan ni.
:)
Salam, boleh dapatkan pertolong pasal brunei nanti saya nak kesanala....terutama hotel atau pun sewa kenderdaan ok tq....
ym/fb : yanaries_fasha
Post a Comment