Tuesday, February 9, 2010

Ho Chi Minh City , Vietnam




Trip last week.
Welcome to Ho Chi Minh City, Vietnam.

pandangan Ho Chi Minh dari udara di waktu malam.
lampu-lampu cantik yg menggambarkan betapa padatnya kota ini.

Sampai di lapangan terbang, amik cab ke hotel penginapan di District 1 area.
Oh..actually kita boleh naik cab kat luar, lebih murah. Tapi dah terbeli kupon teksi kat dalam..
lebih mahal dr di luar..rugi sket.
Tapi make sure naik teksi yang reliable saja ok..
yang hijau-putih tuh ok..ada 2-3 brand teksi yg ok seperti, Vinasun, mei Linh.

ok..dah dpt cab. yang bagusnya derang siap tolong angkat bag bagai.


ok...here we go...ke hotel. and masuk je ke jalan raya..awwwww...mak oiii..ni negara ni tadek lorong ke apa jalan raya dia. so bleh je sukatik ko nak bawak kete camana pun. Dengan bilangan motosikal yang sgt banyakkk..macam semut kuar dari lubang oke....segerombolan gitu tanpa putus-putus. Wah..aku tak pernah tgk begitu banyak motosikal atas jalan.
Pergh...kereta pun siap mengalah ok.
Kat Malaysia, moto biasa lalu tepi kan...or cilok2 ke tengah sesekali.
Kat sini, aku rasa kete yang kena mengalah jalan tepi coz bilangan motor yang beribu-ribu lemon menyebabkan jalan sesak dgn motosikal.
Dianggarkan ada 4 juta motosikal di sini. Nasib lah bilangan kereta tidak begitu banyak.
kalau tak mau jammmm manjang keras tak bergerak.

See? motor/kereta duk berhimpit-himpit sesama sendirik. macam takde lorong. so aku rasa lah kan..ko kalau nak uji keteroran ko memandu, haa..pi drive kat vietnam.
hiks. Ha..mat-mat drift sekalian, nak uji skill ko..pi drift kat Ho chi minh city ni. kalau ko tak eksiden, pastu kete ko tak calar, mak bagi hadiah penginapan 4 hari 3 mlm kat dlm chu chi tunnel.makan senirik ya.
hiks.
Oklah..dah berhimpit-himpit tu satu hal, mereka sgt bising. duk bunyik hon tak renti-renti oke.
pinnnnnnnnnnn!!
ponnn!!!
pinnn!!
ponnn!!!!

sambil relax2 drive.
kalau kat tempat kita mau dah bersilat atas jalan kot. Kat sana bunyik kan hon kuat2 tuh benda biasa..seolah..."eh..ko je ada hon! aku pun adaaaa la! jom bertanding, sapa punya bunyik kuat"



Ha..motosikal bukan saja berjalan atas jalan oke..tapi oleh kerana jln sgt sesak, mereka pi lalu atas kaki lima jugak! puhhh...punyala banyak motorsikal. mana yang bleh lalu, mereka redah je!
Tapi mereka bawak tak laju.

Ok..akhirnya selamat lah sampai hotel. Alhamdulilah. Aku malas nak keluar. Macam penat.
So mkn kat hotel je. And tgk TV, zzzzz.....



pemandangan kota Ho Chio Minh dari tingkat 17, club Lounge, Sofitel Plaza Saigon.


Ho Chi Minh City (bahasa Vietnam: Thành phố Hồ Chí Minh) merupakan bandar terbesar di Vietnam. Dulunya ia dikenali sebagai Saigon, namun rakyat tempatan masih menggunakan nama Saigon secara meluas. Sebelum itu, ia dikenali sebagai Prey Nokor yang merupakan pelabuhan kemboja sebelum ia dikuasai Vietnam pada abad ke 17. Dulunya , Saigon juga adalah merupakan ibu kota bagi Cochinchina peranchis dan kemudiannya Vietnam Selatan dari tahun 1954 hingga 1975, semasa Perang Vietnam.(dulu vietnam terbahagi kepada Vietnam utara dan selatan).
Pada tahun 1975, nama Saigon ditukar kepada Ho Chi Minh City.


Pusat Bandar adalah terletak di tebing Sungai Saigon berdekatan dengan Delta Sungai Mekong.
(sapa belajar Geografi, sure pernah dengar tentang Delta Sungai Mekong).
Pusat bandar in i terletak 1,760km di selatan ibu negara Vietnam iaitu Hanoi.
Dengan penduduk seramai 9 juta orang, ia merupakan kawasan metropolitan terpadat di Vietnam.


Bahasa? agak bermasalah juga berjalan di sini, kerana jarang jumpa org boleh berbahasa inggeris. dan, cara sebutan juga susah gak. walaupun ada bawak guide simple words yang hotel beri, sebutan tak sama dgn lidah mak ni.. so nak kemana make sure ada peta.senang sket tau arah.lagipun kat sini tourist attraction di bandar ni tak jauh antara satu sama lain. Boleh jalan kaki.
Exercise ye...

mata wang? Vietnam Dong dan duit USD juga diguna secara meluas di mana-mana.
so better bawa dua matawang tersebut. kalau beli benda kecik2 cthnya di Ben Tanh market, baik guna vietnam Dong, lebih untung.

Ok..pemandangan di mana-mana adalah gerombolan motosikal.
Kadang naik sampai 4 orang oke..very de akrobatik. eh..teringat aku masa kecik2,pernah gak naik motor cam tuh.

Dan nak lintas jalan adalah susah oke. Ala-ala bergadai nyawa oke! petuanya..kalau nak lintas...jangan lari!
petua ni siap ada dlm travel guide yang diprint kat belakang peta .hiks.
ko toleh kiri kanan then lintassssss!!! jalan sambil tgk2 kiri kanan. Tak yah le lambai-lambai ala2 miss world pulak. derang ni kdg kat simpang traffic light walau merah, derang jalan je. Azab oke. So ko jalan je lenggang kangkung walau pun ada motor tgh duk datang, biasanya depa akan elak ko. Takyah le ko terkedik-kedik lari. kalau ko lari, akan menimbulkan kekecohan di situ. so jalan sambil waspada dah ok.
Takde lah jumpa org kena langgar ke apa. Derang bawak motor tak laju lah.
Dan kalau nampak orang lintas, derang kdg berenti dan elak-elak ko.
(aku harap derang tak dtg Malaysia dan terpengaruh dgn adegan mat rempit).
Tapi cuba ko bayangkan kalau kat Malaysia. Sure hospital penuh, sebab setiap pat menit ada je org kena lenyek dgn mat rempit.

Helmet kat sini cute-cute ok..warna warni corak kartun fancy2 pun ado...comel sgt.
aku konon nak beli bawak balik, tapi nak buat camno kan, tadek rezeki.

gerombolan motorsikal ketika hampir senja.

sedondon ye!
cuba korang bayangkan, agak2 dia ada berapa banyak helmet kat rumah?
nak sedondon dgn baju oke!

yellow! yang penting vouge.

miow...miow...!

orang vietnam ni kan warm..kita hala kamera, sure senyumm....lambai-lambai...derang memang suka melambai-lambai..
suwit je mokcik ni..bila hala kamera, dia mcm malu-malu, pastu senyum and lambai aku. Comel je mokcik ni.Jual surat kabo ke apa tah.

salah satu aktiviti ekonomi..aku jumpa org ni tima jalan-jalan balik dari war muzeum. dah meskin oke..so pi muzium je...jalan kaki. aku amik gambar dia suka..lambai dannnn kejar aku suh beli air kelapa dia..heks. Mak ni 'no moni' (money) oke... air kelapa pun tak mampu beli. telan air liur namblas kali je lah...sebab aku dah bawak air. angkut dari hotel time nak jalan-jalan. Duhets mak dah kena kebas kat Ben Tanh market. Dia duk follow suh beli... aku jalan laju dan jerit 'no moni!...no moni'.
ihiks.

Air kelapa di mana-mana..kempunan mak..sobss


malas gila aku...tulis tah hapa-hapa.
bersambung.

28 comments:

AMZ said...

Salam...

hi catz....
saye azrin ur silent reader....
selalunye segan la nk bagi komen....just bacer je....

blog nie mmg best n membuatkn saye berkobar2 nk p jln tmpt org plak....hehehe...

so, lps nie nanti saye nk p vietnam....
jd nk tanye la aper2 tips/tmpt menarik yg boleh pegi terutamanya utk shopping n makan.....

ok..tq...
n salam ukhwah dr saya....

-azrin-
rinz_81@hotmail.com

adie-ishmael said...

teknik penceritaan yang buat aku tersenyum semasa membaca...very the...

Romie Pujaan said...

ahahahahhahahaha

gyler mcm nak menjerit je tengok gamba trafic jam

kalau stuck dlm keadaan yg sempit, arrghh rasa mcm nk menjerit

orangrawa said...

mokcik tu bukan jual paper....dia jual 4 ombor ekor....yang harrrrrreeeeem punya!!

byetzhourha said...

hi catz...
i'm one of ur silent reader..just got back from KK,Sabah and thanks to ur tips, i manage to go to Ranau n kundasang...jimat duit tak yah sewa kereta...anyways keep on blogging and its a pleasure reading ur blog

Leez said...

catz,

nanti bolehlah minta tips yea coz i pun nak gi sana bulan 7 nanti.
Citerlah lagi n letak gambar banyak2 kay....

catz said...

AMZ,

salam.
haiii..welcome to catzscafe.
:)
thanks sudi singgah dan membaca segala catatabn perjalanan saya yang agak merepek jugaklah...hehehe..

tentang tips di vietnam, saya pergi tak banyak tempat sebab kekangan masa dan duit. saya kena pick pocket, so banayk benda tak boleh buat.sobs..
tapi as much as i can, i will put information on travel di HCMC. by the way, u ke HCMC or Hanoi?

tempat makan dan shopping banyak.
tapi if tak biasa travel, bwk je lah basic food mcm megi ke untuk bekalan time sesak2 sementara nak get use dgn persekitaran. saya sellau baut mcm tuh, travel ke mana2. mesti bawak food utk emergency.
shopping pula, saya tak shopping sgt. tapi saya bolehlah bagi guide sket2.

catz said...

adie-ismail,
heheheh..
aku memang suka merepek-repek.
tulis ikut sedap jari menekan keybod.
:).
thanks for reading ya.
keep coming!

catz said...

Romie pujaan,
ko jangan jerit2 ..heheh..ko tekan je hon kuat-kuat.
sana traficnya mg agak chaos...
heheheh..

catz said...

orangrawa,
hi..
aku ke saigon on 29 januari.
2 minggu lepas le kan.
ko balik malaysia kan?
thanks for the info.
aku ingat mokcik comel ni jual surat khabar.
tapi aku bernasib malang le..duit aku kena copet kat Ben Tanh market.
sobsss...nak beli lequaware tak dpt..
sedih gila..sebab aku dah aim dan survey.ingat nak beli last..
sekali kempunan daaaa..

catz said...

byetzourha,

hi..welcome to my blog!
thanks kerana sudi membaca catatan saya.
:)
keep reading ya.
oh..baru balik kundasang-ranau?
mmg pun, kalau sewa teksi or kereta adalah mahal.
dan jln naik pun agak scary.
baik naik public transport.
:).
so nak travel ke mana lagi?
btw,
thanks for reading my merepeks.
:)

catz said...

Leez,
haiii..
actually tak banyak sgt yg saya boleh share sebab saya punya limited budget sbb dah kena copet.
tapi seboleh mungkin saya akan put info pasal HCMC.
dan saya tak soping sgt. so tak berapa ada maklumat.
cuma if u reallt want to feel HCMC, duduk kat area dekat2 Ben tanh market. situ banyakkk sgt hotel yg dekat2 tmpt soping
jalan kaki je.
wah..bawak duhets banyak2 ok..sebab kat sini, barang2nya agak menarik.
:)

kucingorengemok said...

memang sebutnya no moni (baku?) gitu ke? haha comel...

afendi ariff said...

gigih tul ko jln2 walau tak berduit.....camner ko bleh survive ye?

Anonymous said...

air mineral pree dari hotel??
memang di advised 'jangan lari!!'?
cerita papa kedana di rantau tak sampai2 lagi ni...
ceoat le...

Anonymous said...

cop....dah komen rasanya...
ke..lupa tekan publish..
konyoknya...multitasking konon..
catz..delete le yg ni..kalau kita dah komen...kihkihkih...

catz said...

kog,
orang sana sebut money - moni..
cth..aku ckp..eh bentuk badan dia lawa, kurus (tapi tetek mantap), perut leper, lawa... dia ckp, dia kurus sebab 'no moni to eat'..
so sebab tu la aku bleh perasan most of them sebut money as 'moni'.
hihihihiih...
mcm comel jugaklah.

catz said...

affendi arif,
camana aku bleh survived?
oh..hotel dah bayar siap2 sebelum dtg, then rembat drinks and food dari hotel.and luckily aku bawak travel cooker dan sedikit beras dan megi dan paste sambal.and jln2 ke city, hotel antar (free shuttle), pi muzium etc jalan kaki.tak jauh sgt dr hotel.air? mmg mentekedarah amik hotel punya.
tu je.

catz said...

ibusinga,
yer amik air mineral free dari hotel.
mmg di nasihatkan 'jangan lari'.
baca kat trip advisor pun derang ada sebut,.
catz amik travel guide (map+ senarai simple words+travel tips) dr hotel, dan salah satu tipsnya derang tulis 'dont run masa cross road'.
maybe derang dah biasa dan tau how the bikers behave. mula2 mmg takut..lama2 dah biasa..heheheh..

pijankodok said...

salam dulu... hahahaha.. seronoklah baca story jalan-jalan ni... nanti sambung ok... happy blogging, sis...
;>

Sasha Farina said...

kalo saya.. um.. mesti nak terlari punyalah!

joikedaun said...

gua terbace blog u....sorrylah...sbb u kasi space untuk komen...gua komen lah...
gua selalu gak g travel ..
next month nak g ho chi minh....gua punye group ada 7 orang....kitaorang main ambik je tiket airasia,sampai sana baru pikir ape nak buat...
last year dah redah indonesia..
gua jumpe orang vietnam kat sini dia cakap...air mineral kat sana byk dari kumbahan yg di rawat...yeee kee
u kasi tempat terbaik nak stay ...boleh tak....
ok...roger n out

Cikgu Yang said...

Salam!!! Saya baru balik dari Vietnam.. macam susah nak tulis tentangnya, rasa macam tak ada cerita.. mungkin faktor bahasa yang menyekat kemampuan untuk mendapatkan cerita/ilmu tentangnyer!! , tak berapa best ke Vietnam.

azren said...

Asalamualaikum,
ada plan travel ke europe?,spt andalucia,praque,romania,turki,
greece? kalau ada plan tolong kabarkan kat saya. andalucia n mediterranean coast first choice.
terima kasih.

azren.
azrensahil11@yahoo.com

Ahmad said...

Salam.
Catz.
Menarik.
You sampai malam kat sana kan. saya kuatir tentang teksi. perlu tips.
pengalaman menarik yang boleh jadikan panduan.
Saya akan ke sana insya Allah November 2013.
Flight jangka sampai sana malam 8malam. Apa pandangan dari segi teksi. Beli tiket dalam airport ke.. Beli tiket Vinason. Berapa harga anggaran. sebab saya pergi family 6 orang. teksi kena bagi tips ke tak kat pemandu. tambang kira per head ke satu teksi..
terima kasih.
minta komen siket. dan ada apa pesanan lain atau tips.
Tq. ...Ahmad Ali. pancinhome@gmail.com

Ahmad said...

salam. pengalaman menarik yang boleh jadikan panduan.
Saya akan ke sana insya Allah November 2013.
Flight sampai sana malam. Pukul 8malam samapai sana. Apa pandangan dari segi teksi. Beli tiket dalam airport ke.. Beli tiket Vinason. Berapa harga anggaran. 130,000 ding tu sorang ke satu mpv tu. sebab saya pergi family 6 orang. teksi kena bagi tips ke tak..
terima kasih.
minta komen siket. dan ada apa pesanan lain atau tips.

Ahmad said...

salam. pengalaman menarik yang boleh jadikan panduan.
Saya akan ke sana insya Allah November 2013.
Flight sampai sana malam. Pukul 8malam samapai sana. Apa pandangan dari segi teksi. Beli tiket dalam airport ke.. Beli tiket Vinason. Berapa harga anggaran. 130,000 ding tu sorang ke satu mpv tu. sebab saya pergi family 6 orang. teksi kena bagi tips ke tak..
terima kasih.
minta komen siket. dan ada apa pesanan lain atau tips.

Ahmad said...

salam. pengalaman menarik yang boleh jadikan panduan.
Saya akan ke sana insya Allah November 2013.
Flight sampai sana malam. Pukul 8malam samapai sana. Apa pandangan dari segi teksi. Beli tiket dalam airport ke.. Beli tiket Vinason. Berapa harga anggaran. 130,000 ding tu sorang ke satu mpv tu. sebab saya pergi family 6 orang. teksi kena bagi tips ke tak..
terima kasih.
minta komen siket. dan ada apa pesanan lain atau tips.