Thursday, February 25, 2010

a momento..


Memandu seorang diri ke Daerah Segamat.
Melintas kawasan Tangkak.
oh...
bau durian.
durian di kiri dan kanan jalan.
nak beli? nak berenti makan durian tepi jalan? Malas.
Melintasi pekan Tangkak.
Pekan yang dulunya terkenal dengan kedai - kedai kain.
Nak berenti? pun malas.
Melintasi kawasan kelapa sawit di kiri dan kanan jalan.
Melintasi jalan masuk ke Gunung Ledang.
Nostalgia camping kat Gunung Ledang, tidur atas air hujan akibat tidur mati dlm khemah ketika hujan lebat melanda pukul 3.00 pagi.
Nostalgia BBQ nite di Gunung Ledang.

Terus memandu.
Melintasi kampung - kampung sebelum menghampiri daerah segamat.
Pokok kelapa sawit di ladang IOI dan Genting yg merimbun.
Cantik, hijauuuu, sejuk mata memandang.
Harap perjalanan lancar.
tepon aku dah ring-ring je (sebab aku asyik ckp otw je kannnnn..padahal tengah terbaring kat depan tibi kat rumah mak aku).
xxx: " catz, kami baru balik dari site, dah sampai mana?"
catz: on the way.
(mesti derang ingat aku naik sampan kan? asyik otw je..padahal derang dari KL-segamat 2 jam setengah je). Derang tataw yang aku banyak pit stop. Pitstop makan mee bandung di Muar. pitstop tengok anak kucing.



berhenti di bahu jalan.
a momento.
old, but still fresh in mind.


9 comments:

aZizoL said...

balik muor ke catz..bestnye..jeles oke

CAHAYA said...

ah. bestnya mee bandung. ko pandai tak masak mee bandung catz? mesti pandai kan? isk. lapar plak tiba2.

geraugebang said...

ha ha ha...berhenti tengok anak kucing? ha ha ha...tak berhenti makan murtabak singapore ke?

ibusinga said...

ikut jalan lama??
penin wooo...

catz said...

azizol,
bertugas ke segamat,
so sekali lah merangkap balik muar dan batu pahat.
:)

catz said...

cahaya,
mee bandung?
oh senang saja..
cuma now saya adalah malas.
roh memasak sudah kuar dari badan.
nak resepi selak2 blok lama..ada beberapa rasanya.

catz said...

geraugebang,
murtabak s'pore?
oh..takde selera..
:)

catz said...

ibunsinga,

campur-campur,
jalan lama +hiway. sebab banyak beno pit stopnya..hahaha

afendi ariff said...

jln ni akan diupgrade...maybe start thn depan...
& akulah pen'design'nya...
kalu ada eksiden jgn carik aku...
heh!