Monday, June 20, 2011

JOm Masak : Mee udang

mee udang



Jom masak.....

Catz research beberapa resepi mee udang Pulau Pinang and nak try masak sendiri.
so weekend baru ni catz cuba masak.
Beberapa resepi catz baca, tengok, edit (utk minimakan bahan-bahan but yet hasilnya nak sedap..hiks).

so ni resepi catz:

Bahan-bahan:

Udang 1/2 kilo- size besar
Bawang besar - 1 labu
bawang merah - 1 biji
bawang putih - 3 ulas
belacan - 1 cm (sikit je)
cili kisar - 3-4 sudu
halia - 1 cm (err..tak perlu ukur dgn pembaris, agak-agak je..hik)
kiub ayam - 1 kiub
sos tomato - 1/2 cup
garam dan gula secukup rasa
air
minyak

Bahan tambahan (utk seimbangkan khasiat kena ada sayur etc)

tauge - celur
sawi - celur
fishball
telur rebus - kupas dan belah 2
cili hijau - hiris nipis


Cara-cara memasak:


udang

1. Bersihkan udang


2. Asingkan kepala udang dan rebus. Catz masukan juga beberapa ekor udang.


3. Kisar udang yang direbus tadi.Tapis dan ambil airnya. air rebusan udang tadi jangan buang sebab kita nak guna masa proses masak kuah nanti ok.


Bahan-bahan tumbuk.

4. Tumbuk bawang dan belacan , serta halia.

5. Buk! buk! buk!...ok tumbuk cik kiah...sampai lumat. (nak kisar pun boleh...)


6. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kering, tumis hingga garing.
7.masukkan air rebusan udang dan bahan rebus yang ditapis tadi.Masukkan kiub ayam.
8.Kacau sebati, masukkan baki udang dan fishball.Masukkan sos tomato, garam dan gula.
9.Rasa kuah ni, rasa kena ada manis-manis pedas sikit.


ok sudah siap!


ok dah boleh hidang..jom makan!

selamat memasak!

9 comments:

Yattisa Roslan said...

owh tak pernah jumpa mee udang tersusun rapi...ada rasa macam mee udang pulau Aman tak?

nur easy said...

tu la.. beratur elok je udang2nya.. nampak cam sedap la pulak

Anonymous said...

hi catz, terliur tgk mee udang u. catz, i kalo nk masak brg2 dapo nk yg baru sokmo hatta termasuk laa chopping board, kotor ckit tukar, pulak tu wane putih. mati laa, masak idak laa sdapp mane pun. asyik tukar barang dapur jer laa..tu laa i maleh amat nak masak! heee

rose
;-)

Foodies said...

makan je keje hang ye...
nah.. ada apdet sikit setelah berkurun lama tak update :D
http://foodies.res-qmedia.com/?p=133

Hann said...

suka lah catz! definitely will try your version nih.

:)

Yayang said...

selalu makan mee udang kat kuala sepetang je.
Kena buat sndri lps ni. Kalau menjadi leh buka kedai. Pastu Catz mai buat review na. Dont worri makan sekawah pun free of caj. Hehe

puanseri said...

comel je udang tu beratur dalam pinggan,,,sedia untuk di ngapppp

NenekPenne said...

oit mek
ada satu gerai mee udang baru bukak kat kuala selangor
ample parking space
tapi aku blum terai lagi..

Anonymous said...

kalau nak lagi sedap gunakan tomato sup (ada dlm tin)