Thursday, June 16, 2011

Nasi Kandar Beratur


Lokasi: Jalan Masjid Kapitan Keling, Penang.
Masa: 9.40 malam.

Dialog:

kawan aku: Haaaa...tuuu..depa dah beratur dahhhh..
aku: ohhh???
kawan aku: tu..nasik kandaq beratur..depa beratur dahhh..jomm..
aku: err..jommm..

wah..gigih kan???? nak makan kena beratur macam nak beli tiket bas balik raya tahun 1990-an dulu..kih.


Di sini lokasi nya. oh ya.kalau nak ke mari naik CAT bus yang free tuh, turun dekat stesen bus CAT no 15. Tapi oleh kerana kedai nasik kandar ni bukak tengah malam, if bas dah tak lalu, pandai-pandai le balik jalan kaki kan kiah.


sudah dinyatakan bahawa operasi adalah bermula jam 10.00 malam. Tapi ada orang tu degil you, sebelum pukul 10 dah beratur dan nyaris-nyaris tersalah makan nasi kandar beratur...kih-kih. sapaaaa lah tuuuu kan????



beratur ok

Kisahnya: 9.40 mlm dah beratur..wah tengok orang dah start makan...wow.


awalnya kau beratur kan. wah aku pun feeling-feeling hebat jugak la...kagum terhadap diri sendiri yang kononnya dapat makan awal...lah kan.

tiba-tibaaaa!!!!

pap!...lampu mati. ehh..gelappp..dan nampaklah pekerja nasi kandar ni berkemas, bungkus lauk semua, bersih-bersihkan.........

eiiiiiiiiiiiii....kata bukak pukul 10? apesal dah tutuppp??????? haaa...why??

aku: eh..you kata pukul 10 bukak? nih dah beratur ni...haa..lagi 4 org je nak sampai turn nih!
kawan aku: tataw pasai apa...
org ketiga yang turut beratur : Tadi hok orang lain..depa berkemas sebab sat lagi nasik kandar yg original kedai beratur ni nak bukak. so depa kemas, lauk etc semua ganti hok yang beratur punya...

keh-keh.

ko paham tak senah?

aku nyarisssssss je tersalah makan nasi kandar beratur versi lain.

kih. waaa..nyaris kannn..if not sure nyesal beratur..rupanya hok lain.

so dalam 25 minit jugak la tunggu derang berkemas, tukar kerusi payung, tukar lauk, siap basuh lantai segala, basuh tempat letak lauk semua...mak aihhhh.
gila ke tak kan..sanggup pelanggan tunggu derang nak set up kedai kau...
haa...penangan nasi kandar beratur kan katanya...haaa..hebat.

barisan makin lah panjang, walau hujan dah turun rintik-rintik, tetap tak berganjak.

Beratur agak lama ok..sapa yang tahap kesabaran senipis kulit bawang merah tuh, tak payahlah datang sini. kang tiba-tiba ko rasa nak bakar kedai or rasa nak tikam orang depan yang lambat sangat pilih lauk. ye la....lama ok.
Lane 1 je..so pasrah lah kau tunggu orang pilih lauk yang kadangkala susah nak buat keputusan lauk apa dia nak. ha...tak ke rasa nak jotos je orang tu. sebab tu aku rasa hanya orang-orang terpilih je yang nak datang makan kat sini. Maksud aku orang yang tahap kesabaran adalah tahap lapan persepuluh ya. yang sanggup beratur minimum 30 minit.dan maksimum maybe boleh sampai 2 jam beratur kot...
er..boleh bawak khemah sekiranya diperlukan.

aku dengar orang yang beratur belakang aku dia nak pilih lauk utk 25 orang. mak teh, atuk,. pak lang, emak mertua, anak menakan semua datang nak makan. nasiblah dia beratur belakang aku, if not, mahulah aku meroyan di situ menungguu..Maklumlah, cuti sekolah, penang merupakan satu destinasi pilihan yang best utk bercuti kan. Boleh makan macam-macam, banyak-banyak. takpe..gemuk boleh kurus. kan kiah.

wah jauhnya intro aku kan.


finally..my turn...!

nasi dari periuk

pilih lauk. aku amik daging masak hitam dan ayam goreng, bendi, terung. tamak.

wow....eleh catz, ko tak payahlah nak cakap pasal kolesterol ke apa..

ehemm...jemput semua...teh o ais tu sbg pelengkap.

Rasa? ok. Tapi sbg bukan pemakan nnasi kandar yang tegar, aku mmg fail. Bila kuah diletak sekali, mmg otomatik aku tak reti nak makan.ishkkkk....makan separuh je. Penyakit ke apa aku ni? aku mmg tak reti makan nasik yang dilambakkan dengan kuah.

suasana meriah

ye,...beratur..beratur.. "aku dah" --> baca line ni mcm iklan stayfree3 yg sha alyahy@ berlakon tuh..


wah..pengalaman menarik di Pulau Pinang yang saya tak akan lupa. Beratur nak makan nasi.kih.


ok, komen aku.
Penang is about FOOD. so people will do anything to taste/sample any food , tepi jalan, celah lorong, restoran cantik, gerai, lori kecik, tepi gaung, tepi teluk semua orang akan pegi.unik.
So bagi catz, semua ni adalah branding.
Kedai nasi kandar punyalah banyak kan..tapi kenapakah aku sanggup beratur dikedai yang buka tengah malam ni?
ni semua adalah branding lah kan. yang sgt berjaya, plus ia adalah nasi kandar yang dikatakan original. jadi bila mai penang, mestilah orang nak makan di situ, as if that kalau ko tak pegi kedai ni macam ko tak dtg penang.
Something yang unik tentang pulau pinang.
Penang is about food.

3 comments:

NenetPenne (NP) said...

10 mlam pun ada orang nak makan heavy mcm ni? oooohhhh tidakkk...

catz said...

kannnn..nenet kan..camnooo aku nak kurusss..kan?

lina said...

hi salam.... sebabkan teruja tengok nasi kandaq beratoq ni kan aku paksa laki aku bawa aku beratoq gak memalam buta... thks to u nasib baik sedap kalau tak mampus aku kena maki ngan laki aku wakakakkakakaka...anyway i polo u... keep up d good works yaaa take care and have a nice day