Friday, June 3, 2011

Restoran Hover, Kota Bharu

Ok next kita ke Restoran Hover.

Restoran Hover ni antara restoran yang popular di Kota Bharu. Catz tak tau tentang restoran ni pun mulanya.
Tapi a friend duk sms, bg tau hidangan NASI PAKU di restoran ini.
Hah?
Nasi paku?????? apakahhhh....


Restoran terletak di Jalan Dato Pati, berhadapan dengan BSN.

Kawasan ni agak sibuk jugak. Time lunch memang pack. Keistimewaan restoran ini adalah ia menghidangkan Nasi Padang,.ada yang sebut Nasi Sumatera?

Bila kita masuk dia akan tanya nak mkn hidang ke? aku pi sorang -sorang dan dah pukul 3 so tak banyak dah lauk. Kecewa gila bila katanya ayam goreng yang femes di restoran ni dah habis. uhhh.....

Yang famous katanya adalah kerutub daging, ayam goreng, masak lemak. oh..yang special? dihidangkan telur penyu. (errr...derang bela penyu kewww). Tapi catz x reti makan telur penyu, so tak makan.

daging

gulai lemak ikan

paru goreng


and finally, aku dah nak habis makan masi, ada ayam goreng panas-panas baru masak! yey..derang siap bagi sepinggan kau. aku makan seketul dah le kan. sedap!!


ni sambal kot, try sikit, macam sambal nasi berlauk agaknya.


oh..pasal paku tuh kan... derang guna paku untuk bungkus makanan. err..macam ni...derang bungkus nasi dalam kertas, dan semat dengan paku instead dari guna getah utk ikat.
ko jgn pikir nasi digaul dengan paku pulak...hiks...
paham tak?
hiksss...
kesimpulan sedap, harga reasonable..
selamat JJCM!

1963-A, Jalan Dato Pati, Kota Bharu
19630 Kelantan
Tel09-748 1439
Business Hours12pm-3.30pm


6 comments:

NenekPenne said...

kau lagi terrror dari aku..
tapi ayam goreng dia tu mcm ayam goreng kat restoran Hassan (USJ taipan) jer...

dulu aruah bapak aku suka makan nasi padang..ada nama kedai tu Othman Larin Nasi Padang, sedapppp!!!...la ni aku tak tahu kedai tu wujud lagi atau tidak...

nanti balik KB, aku nak carilah kedai ni..

good informasi .. 2 thumbs up

wsyaz said...

kak catz.sy 1st time komen sini even hari2 usha blog akak:)

tgk makanan2 ni sume boleh buat perut hyperacidity hehe boleh bagi inspirasi nak mkn ape nnt blik msia.tapi skang mana nak cekau,seksa betul tengokk

anyway blog akak mmg best!hehe tu je nak ckp.hidop kak catz!!hehehee

cik kodok said...

Actually lauk2 ni by 10am dah siap dah. Kalau kami tgk jam agak2 dah 1pm.. lupakan lah nak gi.. ramai org for sure!
Lauk ayam 1 pinggan tu actually default ye.. dia mmg akan bg bnyak 1pinggan walau kita nak mkn 1ketul je.. let say tak habis.. dia akan letak blk kat bekas utk org lain pulak.
My fav. menu all the time: otak gulai & telur ikan goreng :D
(tp tak tahu lah kat kl otak2 lembu ni dorg buat apa.. tak penah nampak pun!)

Pg2 ada jual sate kat sinih,
kalau rasa2 nak mkn sate tp 9.30pg baru gi.. lupa kan lah jugak.. kompim habis hehe.

Kedai osman larin tu dah tak ada.

LadyNur -<-<@ said...

catz.. mcm mana rupa bungkusan ittu..

Anonymous said...

Dahulu Osman Laring - Nasi Sumatera Hj Ismail - Rest Hover - terkini Rest A Hassan (KL n Sel) merupakan resipi turun temurun kami.. TQ

Marzuki Mohd said...

Memang nasi sumatera..sedap..sy pernah makan.