Begitu teruja untuk ke Temerloh pada minggu lalu ..
Saya memandu lewat petang ke Temerloh dan sampai di Bandar Temerloh pada pukul 7 malam.
Exit di Temerloh dan menuju ke Bandar Temerloh. Dah lama tak ke sini..jadi sangat excited jugak. Agak jauh dari exit Bandar Temerloh ni...
Semasa melalui jalan ini, bertembung dengan beberapa lori balak yang sarat dengan muatan.
sedikit mengenai sejarah temerloh yang saya ambil dari Portal Rasmi majlis Perbandaran Temerloh.
Latar Belakang Temerloh
Temerloh merupakan sebuah bandar yang maju dan tersusun. Ia terletak di Pahang Tengah dan merupakan pusat pertemuan diantara Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Temerloh juga terkenal dengan jolokkan Bandar Ikan Patin kerana ikan jenis ini banyak terdapat di sini, memandangkan bandar ini berhampiran dengan sungai yang lebih dikenali sebagai Sungai Pahang.
Di sini diceritakan serba sedikit mengenai sejarah Bandar Temerloh. Menurut hikayat melayu dahulukala, Temerloh bukan sahaja tempat yang terakhir bagi Batin Seridun, dimana beliau menguasai kawasan antara Gunung Senyum di sebelah barat dan Bukit Gebuk di sebelah timur. Jesteru itu, nama ini telah dipilih oleh Batin Seridun bagi menamakan salah sebuah daerah di dalam negeri Pahang sejak daerah ini ditubuhkan mulai 1 Julai 1889.
Menurut cerita Batin Seridun, pada suatu hari pada zaman dahulu, anak raja dari Minangkabau iaitu Sujudbilang dan abang-abangnya telah meninggalkan Minangkabau. Mereka berlayar ke Daik dan dari sana meraka ke Pahang. Setelah diperkenankan oleh Bendahara Pahang, mereka menaiki sebuah perahu galah lalu menyusur sepanjang Sungai Pahang. Setelah beberapa lama perahu itu mudik, maka perahu yang membawa rombongan itu telah sampai di tempat yang dikenali sebagai Sentang Mukim Kertau dalam daerah Maran. Mendengarkan ramai orang di darat, maka mereka pun singgah dan naik ke tebing untuk melihat keadaan sekeliling.
Malangnya, kehadiran Sujudbilang dan abang-abangnya tidak diterima oleh penduduk di situ. Sehubung dengan itu, Sujudbilang dan abang-abangnya cuba berbaik-baik dengan orang asli yang berada di sekitar sungai iaitu di kiri dan kanan Sungai Pahang. Dalam pada itu, Sujudbilang berkata kepada abang-abangnya, " Ramah tamah pangkal, modal budi bahawa penambat hati pembuka manis, selera nafsu." Abang-abangnya faham akan maksud Sujudbilang tersebut.
Maka mulai hari itu, di mana ada kampung orang asli pasti mereka akan singgah. Mereka memberi garam dan tembakau kepada orang-orang asli tersebut. Begitulah cara mereka menambat hati orang-orang asli yang ditemui. Sesudahnya mereka sampai di pengkalan Batin Seridun. Apabila mereka tiba di sana, perahu ditambat maka Sujudbilang dan abang-abangnya naik ke darat membawa garam dan tembakau. Jesteru itu, perhubungan Sujudbilang dan Batin Seridun menjadi semakin erat dan kukuh. Ini dapat dijelaskan melalui situasi dimana wujudnya persepakatan antara kedua-duanya iaitu mereka bersama-sama keluar pada awal pagi dan pulang lewat petang dengan membawa balik barang-barang makanan.
Baca Cerita seterusnya di Portal Rasmi Majlis Perbandaran Temerloh.
Ini adalah sebahagian Bandar Temerloh. aha..agak keliru jalan di Bandar Temerloh ni. Kelihatan Temerloh amat pesat membangun. Catz tgk bandar ni mcm terbahagi dua bhgn, kawasan yang baru dan kawasan bandar lama/asal yang masih terpelihara seperti asal.
Dari kedai kain, cafe, restoran. medan selera ,Bandar temerloh begitu hidup di waktu malam.Catz sempat minum di sebuah medan selera yang terletak di kawasan ini
Di Temerloh terdapat beberapa buah hotel. Green Park Hotel, Hotel Jelai, Hotel Seri Malaysia adalah antara hotel yang ada di sini.
catz sempat ronda-ronda memandu .saja nak tgk Temerloh waktu malam. Ho..di temerloh, u ols nak makan ikan patin malam-malam pun ada!
Catz makan di gerai ini yang terletak di medan selera popular bagi penggemar ikan patin
Nyenyak tidur kekenyangan malam tu. Alhamdulilah.
Keesokkan hari, catz sarapan di restoran popular yang terkenal dngan nasi lemak sotong. Restoran Azhar yang terletak berhadapan bangunan TNB Temerloh. Catz rasa menu dia nasi lemak je, tapi orang tak putus datang makan atau bungkus.
Sedap..!
bersambung...
13 comments:
Catz, baper kena makan ikan patin tu? RM30?? Omg. Tapi puas hati x?
best2... saya pun kalau makan patin mesti amik bahagian kepala...lemak2 patin tu memang mabeles la...
kang kalau tak tanya harga tetiba RM100 sepinggan for ikan patin....
sedap nasi lemak azhar..teringat zaman kecik2 dulu..
dari dulu smpi skrg kedai dia sama je..
mula rasa nka melawat temerloh semula
:)
Ikan patin is also my favourite dish
Not bad jugak green park hotel yer
Not bad jugak yer hotel green park
rasa ikan patin kat temerloh best kan. lain rasanya kalau makan ikan patin yang bukan dari sungai pahang.
kawan saya kata makan ikan patin kat sana kene survey harga, kalo x alamt kene takik. betul ke?
nampak cantik lak hometown saya =)
x pernah raser ikan patin nie.....x bleh makan lerrr...kalau ada bau dier...raser nak munnnn...mungkin kena try yg pahang punya baru kickk
bangga jadi orang temerloh...
Ada banyak kedai makan ikan patin tempoyak yg power spt gobang maju dan patin claypot.. pedas pekat panas :)
Post a Comment