Monday, August 8, 2011

Jom masak : soto

soto


actually, mata dah kuyu. dari tadi duk nak packing tapi malas ya robbiiiiiiiiiiiii. besok pagi nak bermarathon awal pagi ke airport. ya ampunnnnnnnnn. gila malassss.

tritt..! tritttt...!..triittt!...

" can u please prepare report site ABCXYZ?..urgent..." ---------> client aku sms memalam buta.

oiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. dah malam ok. sabooooooooooooooooooooo0000 je. udah-udah le. besok aja laaa..

but instead of buat report, graph, plot segala mak nenek bagai yang dia nak sekarang tu, aku updet blog tulis resepi masak soto.kihhhhhhhhhh. biaq pi sat, tower ko nak kena dismantle ke, tower ko nak terbalik ke...nak kena roboh ke, sat naaa....mak nak masak dulu.

Bahan-bahan:

ayam - 1/2 ekor
2 peket nasi impit -rebus hingga jadi ketupat/nasi impit.
bawang merah -5 ulas
bawang putih -4 ulas
halia-2 inci
serai -2 batang
lengkuas - 1/2 cm
bawang goreng

bahan hiasan/penyedap rasa

bawang goreng
bihun -goreng
kacang tanah-goreng
ayam goreng- hiris nipis/koyak
tauge - celur 15 saat
daun bawang/daun sup


sambal kicap:
cili api
kicap manis
bawang putih


Cara menyediakan:

tumbuk bawang merah, halia, bawang putih,lengkuas . tumis hingga naik bau. masukkan ayam dan tambah air yang banyak. masukkan serai yang telah di ketuk. Biar mendidih perlahan.
Keluarkan ayam dan toskan. goreng ayam tersebut dan hiris kecil/koyakkna menjadi cebisan kecil.
Tambah garam pada air rebusan tadi. masukkan hirisan daun bawang dan daun sup. biar sup mereneh.

cara menghidang:

bubuh nasi impit dlm mangkuk, tambah mihun yg digoreng sedikit, tambahkan kacang tanah, tauge, daun bawang, hirisan ayam, bawang goreng, sambal kicap. siramkan sup dan hidang.

selamat memasak.

1 comment:

Lya Colours said...

ala si client ni pon tak agak2 ye malam2 pon nak cari gak.
eh dulu kita pernah buat soto, tapi pakai rempah yg dah siap tuh. tapi tak kick sgt la sbb rempah dia mcm kuat gila rasa. so tak best.

tapi resepi awak ni mcm best je sbb sume bahan sendiri2. bleh copy paste ni. hihihi