Monday, August 22, 2011

sagu permata manis gula melaka bersantan pekat lemak berkerim disukai ramai

wah..panjang nya nama resepi kau kiah??? terkehel mulut nak hafal, padahallll...sagu gula melaka je pooonnnn.
rasanya bahan dia cuma 4-5 benda je, tapi nama bukan main gah lagi...

Bahan-bahan:

sagu ( biji putih kecik-kecik tuh)
gula melaka
santan pekat/ susu cair
garam
daun pandan
air

Cara-cara:

amik secawan sagu, rendam 15 minit.
Panaskan air, masukkan sagu tadi, amount air agak-agak le kan, jangan sagu tuh jadik bubur sudeh. Nak bagi dia kembang dan bertukar jadi jernih.
Bila sagu bertukar jadi jernih, masukkan dalam acuan/ bekas dan sejukkan.
Sesambil tuh, cairkan gula melaka (bubuh daun pandan).
amik santan pekat, buh garam sikitttttt je.

cara makan:

amik sagu yang dah kesejukan tadi, siram santan sket, siram air gula melaka.
ngapppp!
oh sejukkkk je lalu kat tekak tuh. uiiii.
nyammm.....


kelakar pulak. bersusah payah buat, tetapi akhirnya terlupa nak hidang pada tetamu yang dtg berbuka puasa.sentap mak.

5 comments:

AyunasiA said...

org kg ku panggil mende ni, 'mahligai retak intan bertaburan' tau... cer bayangkan.

atty's said...

my feveret ni..sedapnya

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

haihh...bulih la lupa..

Uncle Lee said...

Hello Catz, I have not eaten this dessert for a long time, lebeh dua pulu lima tahun.
I'd forgotten about this till now see your very nice gambar.
Thanks for the memories.
Ada lagi? Ha ha.
Have a nice day, keep a song in your heart.
Lee.

DrSam said...

sesejuk sagu gula melaka ni lalu kat tekak, sejuk lagi hati kalau catz offer makan berbuka :)