Thursday, August 4, 2011

menjamu mata

Pernah tak u ols duduk rumah dan tgk TV di kala bulan Ramadhan?
Oh, memang menjamu mata u ols.
semalam meeting aku ptg, so lepas prepare slides presentation utk meeting aku tgk TV.
Sekejap program buat biskut raya.
sekejap sajian bulan ramadhan
sekejap bersama chef one two three..
kang sat lagi program buat juadah berbukan puasa dan siap ada resepi untuk bersahur yang aku rasa amatlah merepek. ok..bukan lah merepek apa..
oklah, katanya menu utk menambat selera utk sahur??????
tapi kau rajin ke kiah , bangun tidur pukul 4.30 pagi dengan mata separuh terbukak , siap kuarkan ayam, nak grill ayam/panggang ke apa tah. lepas tuh siap belah roti, buat sos cendawan segala. then siap sapu mayonis lah, buh cheese segala lah..
mak oi....

alangkan semalam, order room service food yang siap berketuk bilik, org hotel siap usung hidangan buh atas meja yang cuma selangkah kucing je dari katil pun aku siap tidur semula (bangun bukak pintu lepas tuh lompat atas katil semula boleyy?) and last-last bangun ehhhhhh...dah pukul 6 lebih...nak sahur hapa kemenda?????? bongok. so boleh tgk je lah kan menjamu mata sebelum aku call org house keeping dtg kemas and angkut benda tu kuar dari bilik...
(mungkin aku patut suh org yg hantar tuh bubuh tray food tu atas katil atas kat bantal aku kot..hahahahah) or maybe suap kan sekali.wakakakaaaaa.

ni rancangan masak kat TV tadi siap suh grill ayam, hiris nipis , sediakan salad bagai.kata sajian sihat ramadhan. alangkan nak menyediakan pun aku rasa aku ada potensi tertidur depan oven (tidur kat lantai la..bukan berdiri)sambil peluk senduk.berbantalkan lesung. kih-kih.

baiklah masak nasik sebelum tidur. masak sardin siap2. Pagi tinggal panaskan aja.ngappp masuk mulut.


oh yer berbalik kepada rancangan masak tadi (jauhnya aku menyimpang)..
aku tgk rancangan masak 'sajian ramadhan bersama chef wan '
aku mmg suka jugak tengok cooking program.
dia jemput chef sabri sekali join.
chef one masak imam bayildi ke apa nama masakan.
masakan appetizer berasaskan terung katanya. resepi asal dari turki kot.
secara ringkasnya adalah terung sumbat u ols.


resepi ni bahan asas terung, campsicum, bawang then tomato.
mula-mula belah terung, sesambil tuh tumis bawang besar.
then goreng terung dlm minyak zaitun.
sumatkan bawang ke dlm terung yg dah diangkat tadi...
then masak semula dlm tomato yg dihiris halus.macam berkuahlah...

mak oi...cef sabri pulak masak udang goreng 3 rasa
hidangan terung tuh nampak sedapnyaaaaa!!!


oh di negara turki terung ni merupakan makanan yang femes. oh chef one kata tadi, anak dara kat turki kalau nak kawin kena belajar sekurang-kurangnya 50 hidangan dibuat dari terung.
mak oiii!
ok kalau aku senaraikan hidangan terung kita;
1. terung sambal
2.terung sayur
3.masak dalca buh terung
4.terung goreng mcm tempura
5.sambal terung ala sambal kat wong solo
6.terung steam (ada ke org masak cenggini?)
7.terung grill
9.pajeri terung
10.terung rebus (utk ulam), cicah sambal belacan --> ni consider masakan terung ke? aci tak?
11.
errrrr..

nasib kau tak duk turki senah..hahhaa..kalau takkkkkk....kweng-kweng-kweng...kenalah masuk sekolah memasak terung. kih.

mmg menjamu mata sungguh lah..lepas satu..satu rancangan masak..hahaha
rasa ? bayang-bayangkan aja lah..kih.

6 comments:

ck slmh said...

aku pun suke gak tgk show masak2 memasak dlm bln Remdhan ni.
lagik 'feel' wa ckp lu.
haha..
best ape.
kalu bole 1 hari tu cite masak-memasak je pon xpe.
huhu..
selamat berpuase catz!

Lya Colours said...

saya tak makan terung. nasib baik duduk kat malaysia ku ter chenta. hihihi

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

nanti blk kpg aku bawak terung bnyk2..blh la ko masak semua tuh.. muahahaha...

sis intan said...

telan air liur je la hehe :)

Hajah Zainab bt Abdullah said...

kebetulan mama pun tengok siaran ni...terus tergoda ---> buat terung sambal! nak buat mcm chef wan tak cukup bahan...

DBI said...

lawo gelang jade..