Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Salam,

to all readers,

Selamat menyambut hari Raya Aidil Fitri.
Maaf Zahir dan Batin.

Pesanan emak kucing:

1. jangan main mercun, nanti jari tinggal 3 je.
2.jangan main meriam buluh (eh..ada ke lagi org main meriam?)
3.berhati-hati di Jalan Raya. Parit jawa, Kuala Pilah, Wakaf Che Yeh, Parit Jepon, Kampung Bidan Telekung, Sungai Siput, Taiping, kluang masihhhh tetap di situ tak berganjak pun. so tak yah le drive laju-laju.
4.Makan berpada-pada (er..ni ckp pada diri sendiri ke apa ni?)

selamat menonton pilem-pilem yg ditayangkan sempena raya.

tata.

errrr...dah.

Monday, August 29, 2011

sahur terakhir Ramadhan ini..

4.15 pagi , . 29 Ogos 2011.



esok dah raya?
Ramadhan is leaving us soon.
tiba-tiba rasa sayu.

Thursday, August 25, 2011

6.40

6.40 pm.
am still in office.
still struggling with piles of work.
tak kan habis.
bertambah hari-hari ada le.
ya ampun..
my world now is work-work-work-work.
tak terkawal.
am tired, exhausted.


eh, nak raya dah?

mana nak cari bibik utk kemas rumah?

6.45 pm sudeh.,

buka puasa sat lagi nak makan apa?
maybe maggie asam laksa.
kan.
semerbak bau bilik aku karang.
hari makin gelap.

mungkin balik. terjah mana-mana bazar ramadan.
time ni lah cik kak cik abang jual air, kuih karipap lelong jualan derang kan?

air rm2.00 - 3 bungkus
beli nasi ayam maybe rm3.00 je kot? or rm4.00 dapat 2?
karipap- maybe beli rm2.00 dapat free beberapa kuih lain.
oh saya sukaaaa karipap.
saya boleh pegi beli karipap sardin dari 3 kedai yang berlainan or dari semua penjual karipap di bazar.
ye..karipap-karipap cinta gitu.

cinta sama karipap.

hiks.

terbayang nasi arab depan rumah.
ok..
dah tau dah nak makan apa.

:)
kemas.
dah dekat pukul 7.00 malam dah cik kiah oi.

balikkkkkkkk!!!!

Wednesday, August 24, 2011

mak dah kata dah....

Ramadan sudah makin ke penghujung.
sekejappppp je rasa, eh..nak raya dah?
i wish i have 50 hours /day at least.
piles of work need to be cleared, tapi enggak bisa lah kan.
kerja tak habis, makin menimbun lagi ada.
kalaulah aku ada lapan tangan dan kepala aku boleh buat partition kih..apa aku merepek ni kan?
ye la..dua tangan buat keje A, dua tangan buat kerja B dll. otak kiri fikir project proposal, otak kanan fikir dan buat report yang bertimbun-timbun ni. kan. otak depan fikir pasal raya ke.
hewhewhewwwww.

mata aku mengantuk gila ni sebab angkara buka puasa dekat luar.
perut rasa tak sedap, sakit.
if sakit perut isyarat untuk ke jambsss ok lah jugak. ni sakit perut yang tah le apa sebab musababnya kan. tensiiiii je.


aku pun tak tau kenapa, actually plan nak buka puasa apa-apa je lah. Nnados ke. tapi derang tak amik reservation, dia kata " datang je sini.normally orang start masuk restoran pukul 6 petang".
erk..
apa kah??
buka 7.25 , ko nak tercongok dalam restoran 6 petang. bukan boleh minum pun kan.

so we decided to look other restoran di situ.
aaaaaa????? mengapakah buffet di mana-mana.? boleh imagine tak? ada deretan 5 restoran semua buat buffet. keh.
aku ingat restoran yang aku pi ni ala-carte. rupanya bufetttt jugok!
ya ampun. tapi mengenangkan kedai ni sedap foodnya, oklah.bolehlah.
tambahan derang claim "buffet kami paling murah, rm35.00 je"
ok..boleh la.
so lepas membeli belah (skemanya ayat), aku ke restoran, around 6.50 ptg.
takdelah penuh restorannya pun, padahal masa buat reservation tadi kata semua meja penuh, dibaginya mak meja kat ceruk dekat pintu dapur. kesian ok.

so around 7 , aku meround meja buffet..
eh..laaaaaaa? ni je foodnya??
mata dah tengok restoran sebelah-sebelah yang masing-masing menayangkan food masing-masing. eh aku rasa restoran sebelah macam lagi sedappppp je! restoran arab belah kanan pun macam lagi best, lagi best.
aaaaaaaa.....

ok...restoran yang aku pegi ni, kuih-kuihnya puding ada few jenis dan hirisan adalahh kecik-kecik-kecik-kecik gila. kuih dihiris besar saiz jari kelingking aku ni ha. memang comel-comel dan halussssss sangat. mungkin nak elak pembaziran tapi sampai dah tak make sense je aku rasa.
makanan ada beberapa jenis je.ok..actually aku tak kisah lah, kalau sedap.
Tapi....
erghh... mungkin biasa aku pi, masak sikit-sikit, kita order baru dia masak kan? so rasa ok. ni bila masak banyak-banyak ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.

tak sedap.

sos pun rasa masin je.
kerabu glass noodle? takde rasa apa.
kuih-kuih dia pun takde rasa sangat.
sayur? kerabu? beef blackpepper?kungpow chicken?
ohhh....malas nak describe.
makan lah sikit-sikit, sayang tak nak membazir.
Tapi rasanya macam tak padan pun dengan harga RM35.00 /seorang.
aku sependapat dengan kawan aku, yang rasa best nak ulang amik cuma air sirap selasih yang cairrrr.
ok lah kan. dari takde.
tah.

aku pun tak faham, ko restoran yang bagi aku food sedap, seboooookkkk jugak nak buat buffet.
bila buat buffet hancussss.

apakah pada pendapat owner-owner restoran ini, kalu tak buat buffet, restoran dia tak laku?
diarang fikir semorang kemaruk nak makan buffet time buka puasa ke?
coz aku rasa better je kalau dia maintain tak payah buffet bagai coz aku teringin nak makan mee udang dia yang sedap itewwww.

keji je rasa coz bila aku pi amik food, mata aku melilau tengok food restoran sebelah-sebelah yang nampak food nya lagi sedap, harga beza RM10.00.
ergh.

lepas tuh, effect immediate nya adalah aku sakit perut memulas-mulas.
tensi jek.

tu lah aku dah beberapa hari makan masak je kat rumah.
lauk simpe pun sedap, makan rasa seronok je.

tapi biasalah kan. bulan puasa, mata ni memang susah nak jaga.

lalu bazar ramadan tengok air warna biru pun rasa nak, warna hijau pun nak, merah pun nak.

mengada-ngada.





Monday, August 22, 2011

sagu permata manis gula melaka bersantan pekat lemak berkerim disukai ramai

wah..panjang nya nama resepi kau kiah??? terkehel mulut nak hafal, padahallll...sagu gula melaka je pooonnnn.
rasanya bahan dia cuma 4-5 benda je, tapi nama bukan main gah lagi...

Bahan-bahan:

sagu ( biji putih kecik-kecik tuh)
gula melaka
santan pekat/ susu cair
garam
daun pandan
air

Cara-cara:

amik secawan sagu, rendam 15 minit.
Panaskan air, masukkan sagu tadi, amount air agak-agak le kan, jangan sagu tuh jadik bubur sudeh. Nak bagi dia kembang dan bertukar jadi jernih.
Bila sagu bertukar jadi jernih, masukkan dalam acuan/ bekas dan sejukkan.
Sesambil tuh, cairkan gula melaka (bubuh daun pandan).
amik santan pekat, buh garam sikitttttt je.

cara makan:

amik sagu yang dah kesejukan tadi, siram santan sket, siram air gula melaka.
ngapppp!
oh sejukkkk je lalu kat tekak tuh. uiiii.
nyammm.....


kelakar pulak. bersusah payah buat, tetapi akhirnya terlupa nak hidang pada tetamu yang dtg berbuka puasa.sentap mak.

Friday, August 19, 2011

episod bersahur dan berbuka dengan kucing


di sebuah kedai makan di Johor:


waktu berbuka puasa:

yuhu..yuhu..nampak kita tak??

nak..

seronok makan sama-sama


sahur, 4.30pg di sebuah kedai mamak:

mioww..miowww!!!!

seronok makan sama-sama jugak. eh..kau puasa ke nok besok yang beriya sahur dgn aku ni???

episod sahur dan berbuka dengan air berwarna biru

sahur 1

bangun pukul 4.30 pg, ke dapur dan goreng bihun . lapar sebab buka puasa dengan kuih je. dan tertidur lepas isyak. bangun pukul 4 pagi, perut krok-krek-krok-krek. 4.45 sahur dengan air mangga.

buka puasa

nasi goreng dan jus nenas. masak nasik goreng lebihan kelmarin.


berbuka 18 Ramadhan

Makanan semalam, aku recycle. mee sup daging dan kuih karipap. aku keluar dari ofis hampir pukul 7. sampai rumah just nice panaskan sup dan hidang kuih dan air beli di stall tepi jalan tadi.
oh ya, hari ni minum air warna biru. all this while , am wondering how it taste. biruuuuuu sangat. di tulis blue lemon. aku tuang dalam bekas dan tetiba aku nampak air nih macam cecair pencuci lantai..hik-hik. serioussss...berdebar nak minum.



bila air berwarna biru

biru sangatttt! rasanya? hem....ok..lebih kurang je rasa dengan air warna hijau yang semalam tu..rasa lemon? ada kot sikit. rasa biasa je. rasa minuman. :)
ok, hilang dah rasa nak minum air biru ni. aku minum 3 gelas kecik ni dan lebihnya terus ke sinki. itulah kan, bila puasa nampak semua benda sedap. nampak semua benda terliur.


3.00 a.m
preparing for a big presentation tomorrow.
wish me luck.

Thursday, August 18, 2011

Ramadhan 17

Hari ni Selangor cuti. Cuti Hari Nuzul Al Quran. wah sure orang KL akan cakap.." wah..berduyun orang Selangor ke KL shopping kan....ni yang buat jalan jammmed je ni"..ihiks.
Ye, kawan saya yang bekerja di KL itew, memang berkata begitu. Dia kata menyampah gila.

Tapi memang betul pun. sewaktu melewati Federal Highway, menuju ke Univ m@laya, depan RTM hingga ke midvalley Jammed!!! lama gila tak gerak, dan ketika itu adalah pukul 11.45 pagi.
Ye lah..orang-orang selangor dah bangun, berduyun nak shopping katanyaa..ihiks.
Sampai di UM pukul 12.30. Meeting till 3.00 ptg. ye hari ni cuti, tapi mak tetappppp pegi menoreh nok.

Lepas meeting, pi ke Bangsar, ke Bangsar Village dan ke salon.
pukul 3 jalan sesak...apakahhh???

oh, saya sangat tertarik hati dengan hiasan shopping mall ni. guna burung kertas (err..apa nama benda ni? origami ke?), dijadikan hiasan dinding dan digantung ..cantik!

cantik kan??

MPH Bangsar Village

pandangan dari atas, pukul 4.20 ptg..jalan jam dah..pergh.

Mujur juga keluar dari area bangsar, trafik lancar..sampai rumah 5.50 ptg. singgah bazar ramadan depan rumah beli kuih dan air warna warni.

masak mee sup daging simple

eh, meriah nya meja makan i, walau makan sorang-sorang kan...mee sup, buah mangga+belimbing, karipap perisa sardin (takde rasa sardin, walauuuuuu yang jual kata karipap sardin. sadissss...err..ada ek perisa sardin??? ala-ala perisa anggur gitu?

mee sup

resepi mee sup mudah.

Bahan-bahan:
daging
bawang merah
bawang putih
halia
daun sup
daun bawang
kayu manis
garam

aksesori:
tauge
bawang goreng

Cara-cara:

Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.
Tumis hingga naik bau..masukkan daging.
Masukkan serai yang telah diketuk.
kacau-kacau, tambah le air sesuka rasa hati ikut banyak mana daging.
agak-agak je, sebab aku takde letak sukatan. ni resepi baling-baling , campak-campak. (bak kata chef 123 tu, ko lempar je senah dalam periuk..kih)
Masak le hingga daging empuk.
Sesambil tuh hiris-hiris bawang, goreng hingga kecoklatan dan masukkan kayu manis, .
Masukkan tumisan ke dalam periuk.
Masukkan hirisan daun sup, daun bawang.
celur tauge, celur mee kuning.
Hidang mee dengan bubuh mee dalam pinggan, bubuh tauge, daun sup, siram sup daging.
hidang..err..makan.(tunggu waktu berbuka dulu ...)

ehhh..opsss...sambal kicap jangan lupa.

bahan-bahan : cili api + bawang putih = tumbuk..buk!buk!bukkkk! buk!
then campur kicap manis ( i suka kicap manis).
dah siap, bubuh masa makan mee sup tu..
oh nangis..sedap.
bukan sedap sgt..tapi aku nak menangis sebab kepedasan..kih.

cepat je kan ramadhan tahun ni. sekejap gila aku rasa dah lebih setengah bulan kita puasa. cepatttt sengat masa berlalu kan. tak sedar, asyik lah berkumandang lagu raya di radio.
sayu je rasa.

eh, tak lah, saya tak menangis. mata pun tak masuk habuk.
cuma mengah kekenyangan hari ini. Alhamdulilah..

Monday, August 15, 2011

can we use kambing?


we were drafting a project proposal. R& D gitu kaedahnya.
and it was rejected! grrrr..panels said "too engineering" katanya as we will develop a system, design and fabricate hardware which can be used in future research.
"system macam ni any engineer can do..bla..bla.."
ewah..senangnya kau cakap kan? cakap dengan air liur mestilah senang ye tak?
dont u know that to develop the system, we need to do a research as well.
this is not something like kuih karipap which bersepah je resepinya dalam internet kan???
if tak jadik cam rupa karipap sgt, maybe u can transform jadik kuih gulung ke.. kuih bungkus ke kan, end up goreng masuk kuali boleh je dijadikan juadah berbuka puasa.

so we re-write the proposal and put 'science substance' which require us to test the system on benda hidup. apakah benda hidup yang sgt sinonim dengan research, lab experiment??

ye adik-adik....cik siti berbulu putih mulus-mulus itewwww...


aaaa..pitam.

and the best part is aku le manusianya yang akan buat testing aka experiment tuh karang.
no way!

i cant imagine handling maybe 50 tikus putih ini.

pitam.


and i've asked my boss, dengan sapa nak berurusan hal tikus ni. can we hire person to handle the tikus???????

he mentioned a name , LA makmal tikus tuh. but it sounds that we have to handle tikus tu senirik. oh..ngeri kau.
so. aku tanya..

" Dr, boleh tak guna binatang yang tak ngeri?"

he replied " apa?"

aku: errrr.....kambing ke..

which is menunjukan kebongokan aku kan..mana ada org buat experiment guna kambing nok.

ni bukan kajian utk melihat baka kambing.

this is something to do with radiation , ok..low energy, which require us to use tikus putih iteww utk melihat biological change ke apa..expose tikus tuh...
so kambing mmg tak masuk dalam senarai.

mana muat kau nak sumbat kambing tu duk tengah-tengah coil kan...

and another problem when dealing with benda bernyawa adalah susah la nak cuti karang.
sapa nak jaga diet tikus nih karangggg...nak bagi minum? err..
macam kawan aku siap bagi nick name kat tikus2 experiment dia...euwwww. tak sanggup mak...
siap buh dalam check list:
comot -hidup sihat
comet- pergerakan perlahan
nobita- aktif berlari di waktu pagi...

eiiii...dah jadik macam mak tikus pulak.

then kena bagi makan lagi..if ko cuti, tah makan ke tak ke..tah2 2-3 hari dah kojol ke..kena ulang testing bagai..kowserrrrrrr.
tak kuasa ai nak kena jadik mak tikus.
ok..ok.

tu semua alasan aku je tak nak deal dgn tikus ngeri ni.

tgk tikus melintas - lintas pun ngeri, macam nampak harimau, boleh ke aku nak ngadap menatang ni hari-hari. bukan takat nak expose je..nak kena study pulak belek-belek tikus tuh, ada tak perubahan macam bulu dia gugur ke...jangka hayat..sure nak kena marking2 tikus tuh and kena pegangggggggggggggg....aarghhh,,,.......NGERRIIIIiiii...
mungkin aku yg akan mengalami biological change nanti, trauma sampai tak nak dtg keje kanngg.

so end up..kita guna biji benih lada je lah kiah kan...pokok kobis ke...tauge ke....
benda yang paling malas nak buat adalah siram, ukur perubahan daun , batang etc.
tapi tak ngeri, so oke je..
kang kot lada tu membesar extravaganza bila kena electromagnetic, boleh gak aku buat sambal belacan.
kan.


oh ngeri...

Ujian Allah itu pelbagai..

Meluangkan hari ahad sendirian.
mengemas rumah dan pokok bunga yang berselerak.
Entah dari mana datang rumput, lalang yang tumbuh subur menumpang di pasu yang sama.
Aku cabut dan cantas kerana kelihatan semakin semak, ku kutip daunan kering dan ku buang pokok mati yang barangkali kurang air lantaran aku kerap bekerja di luar daerah sejak lewat 1 Ramadhan.
Aku cuci balkoni untuk membuang debu dan butiran tanah yang tumpah dari pasu, mungkin ditiup angin kuat.
1 jam..ahh..sedap mata memandang semula.
Aku sambung mengemas pinggan mangkuk periuk dan dapur yang agak tidak teratur lantaran

semalam aku masak juadah berbuka dan sahur untuk teman-teman yang datang berbuka dan singgah bersahur.
Lewat petang aku masih mengemas lantai, bilik air. wah macam seronok main air di bulan puasa.hikss.
jam menunjukkan pukul 6 petang.

masih berbaki sejam lebih untuk menyiapkan juadah berbuka.
Tak tau nak sediakan juadah apa.
aku mandi dan baring tgk TV.
Teringat tengahri tadi menonton junior masterchef australia. dalam kelas masaknya ada ditunjukan cara untuk buat chicken schnitzel dan vietnam pho.

aku cakap kat kawan aku...elehhhh senangggg je resepi dia ajar ni.

kawan aku kata: ko tgk la..ni masterchef budak-budak..mestilah resepi senang-senang. Takkan nak ajar masak rendang pulak...mau terkehel tangan budak-budak tu kacau rendang dalam kuali. ha-ha.

Fikir jugak..eh..buat pho pun ok...chicken schnitzel pun ok kan.

tapi bahan kena beli lah kiah.
aiyo dah 6.15 ptg baru nak pi supermarket?
baik lah beli je makanan bazar ramadhan kan kiah?
apa nak buka puasa vassss vasssss sgt ber schnitzel bagai kan?
nak menambat selera katanya?
baiklah aku menambat diri aku dekat sofa atau katil ni je..kruihh...kruoihhh...



ding dong ding dong...

6.45 ptg.

dang!


eh..ada buah cempedak lah kat dapur. bawa dari johor dua hari lepas. mak bagi.
boleh goreng kan.

haha.jauh gila kan lari kiah..dari chicken schnitzel ke cempedak goreng.
pukul 7 ptg aku bancuh tepung sambil panaskan minyak.
aku kupas cempedak, amik isi dan bubuh dalam mangkuk.
siap bancuh tepung...amik cempedak nak celup dalam tepung...

ehhhhhhhhhhhhhhh..
Ehhhhhhhhhhhhh...apesal ni?

Minyak aku tak panas, ala suam-suam je....and api dapur pun mati...

aku check...alaaaaaa...gas habisssssssss...gas habisssssssssssssssss...
jam dah 7.15 ptg..

nak call dominos, dah lewat dah pun. plus, macam mentekedarah je order piza, spend 30-40 ringgit makan sorang. membazir.Bulan puasa ni setan semua kena ikat. so takyah le kata setan hasut suh makan banyak-banyak ke..membazir ke.

make it short, Bila Azan berkumandang, buka puasa dengan air sejuk je. dengan dua ulas cempedak. rumah aku takde kurma. so nak buat statement " i buka puasa dengan air kosong dan buah kurma, ikut sunnah nabi" tak boleh pulak.

pukul 10 malam, aku ke kedai, cari gas.

kedai pertama : gas habis -->kedai runcit dekat-dekat rumah
kedai kedua : gas we dont have, empty ---> kedai arab bawah rumah
kedai ketiga : sudah tutup.

so pasrah je lah.

ujian Allah ini pelbagai kan.

Semalam saya berbuka puasa dengan memasak, makanan yang banyak, bersahur dengan teman-teman, bergelak ketawa mengadap rezeki yang melimpah ruah.
Hari ini, nak masak pun tak boleh.tinggal sendirian. minum air sejuk. rasa sayu hati pula.

eh, tak nangis pun.
mata masuk habuk je.

Monday, August 8, 2011

Bubur pulut hitam

bubur pulut hitam


Bulan puasa ni sedap kan makan benda manis-manis dan sejuk-sejuk.
ha..jom masak bubur. lepas masak buh bubur dlm fridge..aumm...yummeh.

Bahan-bahan:

Pulut hitam
santan
gula
air





Cara masak:

rendam beras pulut hitam lebih kurang 2 jam.
rebus pulut dengan air yang banyak.
bila pulut dah kembang, masukkan santan dan gula.
kacau sebati. biar mereneh dgn api kecil.
ok..dah boleh makan!

Jom masak : soto

soto


actually, mata dah kuyu. dari tadi duk nak packing tapi malas ya robbiiiiiiiiiiiii. besok pagi nak bermarathon awal pagi ke airport. ya ampunnnnnnnnn. gila malassss.

tritt..! tritttt...!..triittt!...

" can u please prepare report site ABCXYZ?..urgent..." ---------> client aku sms memalam buta.

oiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. dah malam ok. sabooooooooooooooooooooo0000 je. udah-udah le. besok aja laaa..

but instead of buat report, graph, plot segala mak nenek bagai yang dia nak sekarang tu, aku updet blog tulis resepi masak soto.kihhhhhhhhhh. biaq pi sat, tower ko nak kena dismantle ke, tower ko nak terbalik ke...nak kena roboh ke, sat naaa....mak nak masak dulu.

Bahan-bahan:

ayam - 1/2 ekor
2 peket nasi impit -rebus hingga jadi ketupat/nasi impit.
bawang merah -5 ulas
bawang putih -4 ulas
halia-2 inci
serai -2 batang
lengkuas - 1/2 cm
bawang goreng

bahan hiasan/penyedap rasa

bawang goreng
bihun -goreng
kacang tanah-goreng
ayam goreng- hiris nipis/koyak
tauge - celur 15 saat
daun bawang/daun sup


sambal kicap:
cili api
kicap manis
bawang putih


Cara menyediakan:

tumbuk bawang merah, halia, bawang putih,lengkuas . tumis hingga naik bau. masukkan ayam dan tambah air yang banyak. masukkan serai yang telah di ketuk. Biar mendidih perlahan.
Keluarkan ayam dan toskan. goreng ayam tersebut dan hiris kecil/koyakkna menjadi cebisan kecil.
Tambah garam pada air rebusan tadi. masukkan hirisan daun bawang dan daun sup. biar sup mereneh.

cara menghidang:

bubuh nasi impit dlm mangkuk, tambah mihun yg digoreng sedikit, tambahkan kacang tanah, tauge, daun bawang, hirisan ayam, bawang goreng, sambal kicap. siramkan sup dan hidang.

selamat memasak.

Friday, August 5, 2011

Puding Di Raja : Istimewa dari Bandar diRaja Pekan Pahang kini di Kuala Lumpur

Royal Pudding

Bulan puasa ni catz rasa ramai yang suka makan benda manis-manis seperti puding, kuih manis berkuah macam badak berendam etc kan?
ok...now am writing on Puding DiRaja, hidangan istimewa dari Bandar DiRaja , Pekan, Pahang.
Sekarang boleh di dapati di Kuala Lumpur! di mana? di That Little Gerai, Au5, Lembah Keramat.

sila lawati laman web mereka di : http://www.myroyalpudding.blogspot.com
atau di facebook mereka : royal pudding
nak tempah/beli: boleh hubungi Yan (019-9865010)


anda juga boleh dptkan pudding ini di Bazaar Ramadan Wangsa Melawati ,Gerai 51

Ok, segala maklumat ada di sini


puding ni diperbuat dari gabungan beberapa item, iaitu Pisang, kismis, jala mas, ceri, kacang, prune . sedap!! sebab catz sukaaaaa pisang.

puding ni dihidangkan dengan kuah / sos pudding..yummeh.

nyum-nyum-nyumm... sedapppp u ols. sesuai dihidangkan sbg pencuci mulut lagi-lagi di bulan Puasa ni, i boleh makan 2 mangkuk sekaligus (wah tamakkkkk kan...). Tapi sangat sedap dan mengenyangkan. rasa dia unik jugak coz gabungan beberapa bahan tu kan. yummeh...
If nak makan, boleh lah ke That Little Gerai (TLG).
If nak order untuk function / nak bawak ke masjid ke/ nak bawak ke rumah kenalan sbg buah tangan sempena majlis buka puasa ni pun boleh. Mak rasa kalau bawak ni ke majlis buka puasa potluck sure kawan2 u ols kagum 2 tahun. ye la..konon u ols buat laaaa..hehehe
Telefon je no kat atas tu.
Apa? resepi??? tak yah le. kalau semua org pandai masak, camno orang nak meniaga.
kihkihkih. telepon aja no di atas. kang nak buat open house raya ha...boleh lah order.
istimewa didatangkan khas dari Pekan, Pahang Darul Makmur.


selamat berbuka puasa.

Thursday, August 4, 2011

menjamu mata

Pernah tak u ols duduk rumah dan tgk TV di kala bulan Ramadhan?
Oh, memang menjamu mata u ols.
semalam meeting aku ptg, so lepas prepare slides presentation utk meeting aku tgk TV.
Sekejap program buat biskut raya.
sekejap sajian bulan ramadhan
sekejap bersama chef one two three..
kang sat lagi program buat juadah berbukan puasa dan siap ada resepi untuk bersahur yang aku rasa amatlah merepek. ok..bukan lah merepek apa..
oklah, katanya menu utk menambat selera utk sahur??????
tapi kau rajin ke kiah , bangun tidur pukul 4.30 pagi dengan mata separuh terbukak , siap kuarkan ayam, nak grill ayam/panggang ke apa tah. lepas tuh siap belah roti, buat sos cendawan segala. then siap sapu mayonis lah, buh cheese segala lah..
mak oi....

alangkan semalam, order room service food yang siap berketuk bilik, org hotel siap usung hidangan buh atas meja yang cuma selangkah kucing je dari katil pun aku siap tidur semula (bangun bukak pintu lepas tuh lompat atas katil semula boleyy?) and last-last bangun ehhhhhh...dah pukul 6 lebih...nak sahur hapa kemenda?????? bongok. so boleh tgk je lah kan menjamu mata sebelum aku call org house keeping dtg kemas and angkut benda tu kuar dari bilik...
(mungkin aku patut suh org yg hantar tuh bubuh tray food tu atas katil atas kat bantal aku kot..hahahahah) or maybe suap kan sekali.wakakakaaaaa.

ni rancangan masak kat TV tadi siap suh grill ayam, hiris nipis , sediakan salad bagai.kata sajian sihat ramadhan. alangkan nak menyediakan pun aku rasa aku ada potensi tertidur depan oven (tidur kat lantai la..bukan berdiri)sambil peluk senduk.berbantalkan lesung. kih-kih.

baiklah masak nasik sebelum tidur. masak sardin siap2. Pagi tinggal panaskan aja.ngappp masuk mulut.


oh yer berbalik kepada rancangan masak tadi (jauhnya aku menyimpang)..
aku tgk rancangan masak 'sajian ramadhan bersama chef wan '
aku mmg suka jugak tengok cooking program.
dia jemput chef sabri sekali join.
chef one masak imam bayildi ke apa nama masakan.
masakan appetizer berasaskan terung katanya. resepi asal dari turki kot.
secara ringkasnya adalah terung sumbat u ols.


resepi ni bahan asas terung, campsicum, bawang then tomato.
mula-mula belah terung, sesambil tuh tumis bawang besar.
then goreng terung dlm minyak zaitun.
sumatkan bawang ke dlm terung yg dah diangkat tadi...
then masak semula dlm tomato yg dihiris halus.macam berkuahlah...

mak oi...cef sabri pulak masak udang goreng 3 rasa
hidangan terung tuh nampak sedapnyaaaaa!!!


oh di negara turki terung ni merupakan makanan yang femes. oh chef one kata tadi, anak dara kat turki kalau nak kawin kena belajar sekurang-kurangnya 50 hidangan dibuat dari terung.
mak oiii!
ok kalau aku senaraikan hidangan terung kita;
1. terung sambal
2.terung sayur
3.masak dalca buh terung
4.terung goreng mcm tempura
5.sambal terung ala sambal kat wong solo
6.terung steam (ada ke org masak cenggini?)
7.terung grill
9.pajeri terung
10.terung rebus (utk ulam), cicah sambal belacan --> ni consider masakan terung ke? aci tak?
11.
errrrr..

nasib kau tak duk turki senah..hahhaa..kalau takkkkkk....kweng-kweng-kweng...kenalah masuk sekolah memasak terung. kih.

mmg menjamu mata sungguh lah..lepas satu..satu rancangan masak..hahaha
rasa ? bayang-bayangkan aja lah..kih.

Tuesday, August 2, 2011

Selamat menyambut Ramadhan

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KEPADA SEMUA READERS YANG BERAGAMA ISLAM.



1st sahur ramadan tahun ini. Telur mata kucing dan sambal sardin. 4.30 pagi bangun masak. sebenarnya macam malas, tapi duk terfikir, i'll be away from dapur for a week maybe, berpuasa di perantauan (oh exaggerate sangat!), so dari aku duk teringin lauk rasmi sahur aku ni, baik le aku masak.keh.

Traveling on fasting month is challenging ..hhehehe.siksa sedikit walaupun buaknlah naik unta ataupun naik basikal.



peramugari seksi dan cantik berkebaya menghidangkan makanan kepada penumpang. flight 3.15 ptg di mana hidung adalah sgt sensitif kepada bau makanan...goshhh. semerbak bau chicken noodle dan nasi goreng beef satay. omg! ni lah siksaan nya actually.kih..peramugari duk lalu-lalu bawak jus (oh seksa you..!) lepas tuh duk lalu-lalu bawak food..then semerbaknya bau makanan ke segenap kapal.
try le mengalihkan perhatian terhadap siksaan deria bau, tgk keluar tingkap, tgk awan, tapi kan..tgk segerombolan awan pun macam rupa air batu, siap imagine, "waa..kalau aku parut awan tuh tuh-tah jadi macam ais kacang, bubuh sirap, susu pekat manis, slurrppp" ---> imaginasi org puasa yang sgt merepek-repek.sedikit sewel.

Tetiba peramugari seksi berkebaya dtg, " Cik, u nak makan ke nak bungkus makanan you?"
aku jawab " eh..boleh makan ke? ok i makan" . hahahha. panggggg..
" Bungkus" ---> jawapan sebenar.

sampai kuching dah lewat petang, check-in hotel, jalan-jalan di waterfront.

Tebing sungai Sarawak (1 Ramadhan)
waterfront tatkala matahari hampir terbenam, cantik kan??

balik bilik, aku makan inflight food tadi. oh..ni lah makanan yg menyeksa deria bau aku tadi. dah sejuk, so takdelah sedap mana.makan separuh.
lepas solat maghrib, aku bersiap keluar ..yea...misi mencari laksa sarawak yang sedap!

laksa sarawak

aku order air nenas dan laksa sarawak. oh nyamannnnnn!
walau menunggu laksa adalah satu kesabaran. Restoran ni penuh dgn mat saleh, so lamaaa aku tunggu nak dpt makan. tapi berbaloi.

khatulistiwa restoran

Lewat malam keluar dgn client , minum-minum..

dan inilah sahur 2nd ramadhan dan seterusnya lah kot. room service menu pukul 4.15 pagi.

meeting tengahari di Matang, balik lepak lobby..oh...bestnya kalau dapat minum air oren (oiii...ko apehal catz???)

ni raptai raya. sehari sebelum puasa , makan lemang dan rendang di sebuah rumah sedara kawan aku yg berasal dari negeri sembilan. Mogang puasa ke apa nama tradisi ni. sedap u.

ok..
sekian update awal ramadan dari perantauan . kih.

OH, PETANG NI NAK PEGI BAZAR RAMADAN MANA EH?