Wednesday, August 15, 2012

Ketok-ketok-ketok part 4 : Sup daging


Semalam aku MC, so sesambil mengemop lantai, sempat mak menonton rancangan ketuk ketuk Ramadan ahkak Sheila Rusly itew..
Lawak jugok akak itu kan..mulut pot pet pot pet namun tangan tetappp menumis...

So kita pun menumis dan mengetok jugok lah kannn...

Bahan-bahan:

Daging
bawang besar - 1 labu
bawang merah kecik - 5 biji
bawang putih - 5 biijik
tomato - 2 biji
kulit kayu manis - 1 batang
bunga lawang - 2 kuntum
daun sup
daun bawang
bawang goreng
cili api
halia





Jom...

Hiris daging dan rebus dgn air yg banyak, bila mendidih kecilkan api, biar daging tu mereneh dan empuk.
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.
Tumis bahan tumbuk serta kulit kayu manis dan bunga lawang , then masukkan dalam rebusan sup.
Masukkan bawang besar yang di hiris kasar.
Masukkan daun sup dan daun bawang.
Rasakan garam nya.
Masukkan tomato yg dibelah 4 dan bawang goreng.
Biar mereneh dgn api kecil.
ok..dah siap....

Nasi putih, sup daging, telur dadar dan sambal kicap.

Esoknya aku guna sup yang sama untuk menu mee sup pulak.
hhehe..jimat...


mee sup and the gang.

selamat memasak.

2 comments:

Mrs said...

sambal kecap tak boleh lupa yer...

catz said...

Mrs,

mestiiii......wajibbbb