Wednesday, February 29, 2012

Keria women

1.adakah saya berani?
saya pun tidak pasti, sometimes yes, and sometimes not , i think.
saya harus lebih berani  membuat sesuatu yang baru. saya banyak berfikir sejak kebelakangan ini. saya tidak mahu hidup saya mendatar sahaja, lalu saya berfikir untuk menceburkan diri dengan sesuatu yang baru.
Just that it needs my commitment, mungkin bukan sedikit. mungkin memerlukan saya melabur duit, masa dan tenaga. tetapi jika saya tidak berfikir mengenainya sekarang, bila lagi?
Lalu saya berfikir untuk mengorbankan benda yang saya suka buat, sementara.
Keputusan kadang keputusan bukan saja dibuat berdasarkan apa yang kita mahu, tetapi persekitaran juga. 
Saya masih berfikir lagi. Tetapi saya sudah nampak jalannya. and i'm working on it.
who knows ini jalannya.Impian bermula dengan angan-angan. mari berangan. wahhh..

2. kerja impian

semua orang ada kerjaya impian. masa aku kecik, baru umur berapa taun tah, mak aku tanya, dah besar nak jadik apa? aku kata nak sapu sampah.terkesima mak aku kot.kehhh. tapi dah beso pemalassss je. takde pun rajin menyapu. jangankan menyapu, memvacum yang tinggai zreengggg2222 pun malashhh.

korang ingat tak masak sekolah rendah, cikgu tanya nak jadi apa?
aku selalu jawab, 1.cikgu  2. wartawan 3. usahawan  ---------> kah-kah. masa tu aku darjah 2 kot. aku tau ke apa benda wartawan dan usahawan tu???  budak2 lelaki kelas aku takde modal lain. jawabnya.."askar".
ni zaman kanak-kanak awal  80-an. sekarang korang ada dengar orang jawab nak jadi askar?????

sekarang, budak-budak akan ckp..

' saya nak jadi angkasawan'

'saya nak jadi pakar bedah'

'saya nak jadi pakar ekonomi'

oh..hahha..anak lecturer aku ckp.." i want to be  a politician".

mak dia tanya, why??? " becoz i can be a prime minister later, but not in party XXXXXXXX ,  ".

wah?? ternganga mak dengar u ols. and he is only 9 .



bila sekolah menengah, orang tanya nak jadi apa? 
masa tu aku macam dah ada akal sikit la.
nak jadik doktor macam tak la walau subjek bio aku score (cikgu lelaki yg ngajar, comel macam teddy bear). aku takut darah. masa tu kalau org tanya dah boleh pikir. takde lah simply2 nak jawab saya nak jadik miss world ke...ahli politik ke..
aku ikut rombongan sekolah ke sebuah universiti masa form 5. Terus decide nak jadik engineer.
 Oh ya..antara sebab aku nak jadi engineer, sebabnya...
masa aku tunggu result spm. aku kerja kilang jadik operator. bukan operator telepon. operator pengeluaran namanya.
punya lah azab, aku kerja dekat production line. bahagian insert part!!  korang yg tak pernah keje mcm ni sure tak faham.
kalau korang tgk board electronic tuh..err..circuit board tu, kan ada segala mak nenek kapasitor, resistor, LED, IC, yg pelbagai saiz, bentuk dan warna kan? actually part tu ada yg di insert guna mesin, ada yg manual, guna tangan. ha..tu lah keje aku. insert part.


 Dalam production line, board akan di letak atas conveyer belt yang akan berjalan sentiasa. so kami operator yang kena insert manual ni (sorang kadang kena insert sampai 5 part) which is sgt susah kdg. Kalau kena insert IC yang berkaki 24 ke..32 ke...masakkk le kau nak masukkan if tetiba ada kaki bengkok...dah bersusun board tunggu. jadiknya jam.!!!Tu belum cerita kena potong dulu kaki LED, dan salah masuk lubang atas board. lubang kecik, kadang kau tak perasan kaki kapasitor kau terkangkang masuk dlm lubang kaki resistor.


belum lagi pasang part terbalik etc. coz part kecik2 ni ada polarity etc.

proses ni semua dah di tentukan oleh process engineer, so dalam barisan operator tu dia dah tentukan part mana insert dulu, part mana kemudian, dan station mana insert part apa semua dah di tentukan. so work instruction ada kat depan masing-masing.

setiap org insert part berlainan, so  line leader boleh detect sapa punya yg salah. Malah pernah board dah jalan 1000, baru tau salah part sebab line leader tak tukar instruction dan aku  yg suci murni mana aku tau tu  salah part. ko bagi aku insert aja lah.
Ko ingat aku boleh pikir ke TV brand shar@p tuh pakai IC 1234654 ke hapa.



mana aku tau kapasitor tuh patut warna biru tu , bukan hok merah. and atas board tuh ada beratus part. Actually kat hujung line ada checker. Dia akan check setiap part, betul tak insert, betul ke kaki masuk segala. and ada QC jugak. then baru hantar ke tempat soldering. 
Tapi biasa lah..walau ada checker dan QC, dah nama pun mata manusia, kebarangkalian dah terlepas ke tempat solder, baru perasan salah part etc mmg ada.
and guess what??
kami ni yang tukang insert jugakkkkkk yang kena marah.
and ko bayangkan kerja 12 jam (aku amik shift 7 pagi-7 malm..wah keria women sgt kan..kih) . 12 jam mengadap board. keje kdg berdiri, kadang duduk. dan pakai dua tangan non stop. tak ke aku rasa tangan aku dah macam tangan labah-labah masa tu. mana nak raba part, tahan board, insert, etc. 
oh ya...line leader di kilang itu adalah garang-garang nak mamps ye.
mungkin nature of work nya begitu. maklumlah nak jaga operator yang rata-ratanya spm takat pass  je.
so mungkin sebab tu line leader kena garang or else banyak lah TV yang meletop bila sampai tempat testing.
aku agak laaaa...
Line leader line aku antara yang PALING garang gila.  sapa tak kenal kak sara. sebut nama semua tunduk je, aku heran gak sebenarnya.kih-kih. sebab aku dgn k sara ok je. pernah lah kena marah sikit, tapi k sara boleh borak-borak dgn aku. orang lain, nak mintak dia ganti line (line non stop) nak pi solat pun takut. entah, aku ok aja pulak.  orang heran je dgn aku. aku kata, kak sara tu makan nasik, tak makan orang.

Dah nama production line kat kilang sure ada maintenance staff, technician, engineer kan. hehehheeeeeeeg...
and mereka sgt femes. maklumlah lelaki. walau tak hensem pun jadik pojaan kat production line tuh. kalau dia engineer lelaki, saham dia lah yang paling tinggi, lagi-lagi kalau hensem.
aku pun..hahaha..ada lah minat dengan sorang technician. haa..masa tuh nak minat pun technician ya. nak minat engineer tuh jauh lah sekali. Tapi operator sebelah aku ni cun gila. akak ni keje dah lama gak lah. and boy friend dia engineer yang paling hensem kat kilang tu ok. fuhhh...kagum gila aku.kih.
 sesekali technician yg aku minat tuh akan dtg, betulkan conveyer ke.., check work instruction ke..or apalah2..bila dia lalu tentulah mak sukaaaaaaaa.

hahahhaha. ceh.tiiba-tiba betulkan tudung. kahhhhh.
berbulan jugak aku minat dia. Dia mana lah tau aku minat dia. sah2 tak lah kan. 
Dan itu jugaklah yg menyebabkan aku suka OT hari sabtu. semangat jek  kan. kalau boleh ahad tuh tak payah cuti. hahahhaahhaa.

suatu  hari...aku dipinjamkan ke line sebelah, baut kerja yg sama, tapi TV model lain, board lain. entah macamana, board jatuh dan bersepai lah segala part di board nak sekeping. tapi bukan salah aku. conveyer belt yg problem. Kebetulan supervisor lalu. dia tengking aku!   catz!!! u tak nampak  ke?????? kenapa u tak tahan board tu??!!!!!!!!   eh..board tuh jatuh dekat hujung , adalah jaraknya dalam 1 meter dari aku..ko ingat aku ni sotong kurita ke? boleh pulak tangan aku melempai-lempai  sambut board tu yg jaraknya 1 meter? sdg aku busy menginsert part dkt board depan aku.
dan aku kena marah teruk gila...MALU beb! satu department dengar aku kena marah setengah jam.

and baik gila aku masa tu. diam dan tunduk je.

dannn..u ols tau..siapa yang tolong aku? technician yg mak minat tu u ols. dia menyaksikan aku di tengking oleh supervisor pompuan tuh.Dia pandang aku..kesian kot. aku diam je. Tapi aku of course lah malu gila..(padahal mamat tu bukan ada apa2 pun dgn aku..kahkah) . tapi biasalah, sure lah aku termalu yg hamat kena marah depan org yg ko minat.

and actually aku nangis. hahahhahaaaaaaaaaa.

dan yg aku rasa bengang gila..supervisor tuh sekampung dengan aku, satu sekolah rendah dgn aku (dia senior laaa, and seingat aku dia duduk kelas hazabsss..maybe dia keje dah lama, so dpt jadik supervisor)  dan dia naik bas kilang yg sama dengan aku.

perasaan aku masa tu..kalau lah aku boleh baling board tuh ke muka dia or sumbat kapasitor dgn LED satu tray tu ke molots dia. sebab dia malukan aku depan secret admire mak u ols.

berbulu je aku balik tuh satu bas dgn dia. menyampashhhzzzz. Dalam bas muka dia berlagak gila dgn aku. ye lah..aku ni kuli bataks je kat line kau.

so..azam aku.

Jaga kau. kalu malukan aku ya.supervisor berlagak.

suatu hari nanti, aku akan balik sini. tapi bukan jadik operator ke supervisor ke.

aku nak jadi engineer.
electronic or electrical engineer.

ok. sebab tu aku very determine .

kehkehkeh. padahal nak cerita kenapa aku nak jadik engineer je.

tapi menyimpang jauh gila. siap mengumpat supervisor.

merepek je. dah ..


3. keberanian??

aku tak pernah mimpi nak keje atas pelantar minyak. but sapa lah yg tau kan bahawa ianya hampir jadi kenyataan. just that samada aku berani menyahut cabaran itu. boss tanya aku..u ok ke keje dgn lelaki?  
eh...soalan apakah itu? selama ni aku kerja dengan sapa???? lelaki laaaa..ok je.
ok. itu aku tak risau pun.

semalam., aku berbual dgn kawan aku yg baru balik dr off shore.
dia dtg office aku. ya robbiii...sungguh lah berwarna gelap. dia ckp..haaa..besok kau macam ni lah.
 terus aku bayang kan..kalau nak putih balik, mungkin aku kena berendam dalam clorox. aiyooo.. (macam lah aku putih..kaaaaahhhhh).

Tapi banyak nya benda yg kena dilalui. basic safety and emergency response course utk keje atas pelantar kena lepas dulu. aku confuse jugak sebenarnya coz kawan aku suka takut2kan aku. ko nanti masuk helikopter dia pusing 3 kali, masuk dlm air ha..ko selamatkan diri bla..bla..bla...
ok..mak takut ok.
oke..he was telling me the truth la actually. and my job require me to attend safety working at height course as well. hoh. double ketakutan.
and cabaran bekerja di tengah laut langsung berlainan. 200 kali lebih susah walau buat kerja yg sama di atas darat. dengan nak angkut equipemnt, and to ensure the equipment is explosive proof, if not kena buat gas test etc..
and kena bangun 5 pagi u ols (derang ada lah rutin yg kita kena ikut, fail kalu terus kena hantar balik),tu pasal kerja. nak pi ke tengah laut naik chopper tu pun satu hal. aiyooo...

aku tanya kawan aku.

er..apa rasa naik chopper tu???

he said. macam naik bas.

aku : bus? basss?? bus??

he: yes..bus..

aku: bus apa?

he: bus express..bus..ko tak pernah naik bas ke? kan bus akan bergegar2 langgar batu etc

aku: oit!!!!!!!!!!!!   bas tu atas tanah..atas jalan doll!!  dia nak gegar cam nak roboh pun aku tak kisah. nih chopper atas awan beb!!

he: ahahhahahahah...ko takut ek?


aku: err..aku kapal terbang besar langgar awan pun aku dah kecut perut nak nangis...ni pulakk benda kecik tuuu....eiii..kau ni...cuba lah ko buat analogi yg logik sikit.

he: kdg2 naik boat, 6-8 jam baru smapai pelantar.

aku: haaa??? jauhnyaaaa....

he: oi..ko ingat jaraknya macam jeti lumut pegi pulau pangkor ke??? jauh ok!
       and kdg..ko dah naik boat 5 jam..lagi dua jam nak sampai, laut gelora, 
       patah balik...

aku: haaaaaaaa??

he: ko sanggup ke??

aku: errrr...errrr..kerrrrrrrrrr


he: ala..toksah la lembik sgt.bukan ko kena berenang pun.

or..ko cabar aku ??

he: ko jadik wanita org pertama naik atas platform tu dr co ni ok.

aku: err....(btw, what so great nak jadik yg ketama ke, kedua ke..berlambak je org dah keje kat sana,lain la jadik wanita ketama yg 'itu'. boleh shopping banyak-banyak kat negara yg banyak bela kangaru, eh)

takpe.aku kena berbaik2 dgn dia coz he will be in my team jugak for this trial project. 

lama gak kami sembang. entah. aku macam excited.

tapi aku takut.

takut boleh di atasi kan????



4. working on weekend

i have to travel to south this weekend for work. hemmm..apa nak buat.mencarik nambelas suap nasik. oklah.dari aku duduk terbongkang kat rumah baiklah menggunakan kederat yang ada menambah pendapatan.
tapi malasnya nak prepare segala mak nenek benda. slides presentation etc.
and tempat nak pegi ni macam agak asing.
ok..GPS ada. tak pasal kang tetiba sesat smapai kalimantan barat.

Friday, February 24, 2012

snek sihat yang mengatasi masalah mengidam

Last week, aku pegi spa. Dua jam lebih diuli - uli (macam uli-uli aidil fitri??)  aku rasa lapar, lalu merayap di sekitarnya.
Banyak restoran, kedai aiskrim, restoran arab pun ada.
Lunch di swensen dan kemudian ke cold storage beli groceries.

aku lalu dekat rak jual oats, muesli etc.
wah..banyaknya pilihan di sini.
aku memang tak suka oat , jadi aku rasa bila nampak segala mak nenek oats bijirin etc dalam packaging yang cantik, macam suka pulak.
(mudahnya aku terpengaruh kan..)
oats
Melihat bungkusan yang ada gambar buah stoberi , anggur,  dan mak nenek berries  yang elok terdampar atas oat tiba-tiba aku terliur. Gila. Gambar je pun. Boleh pulak aku bayangkan dlm tuh ada buah tuuu..isk..iskkkk....
padahal oat putih yg tak sedap je pun dalam plestik tuh catz oi.
Tapi bagus jugak,. akhirnya aku beli dua pek oat tah hapahapa.
rambang mata. and yes..healthy food are not cheap. Tapi bancuh 3 sudu bubuh pisang dah kenyang.
 Tengok benda ni pun aku terpengaruh.
kan..meliurkan tuuu..gambarnya laaa

cold storage solaris mont kiara
 and aku beli ini jugak yang aku jadik kan snek dekat office. aku tak reti macamana nak sebut tapi sedap. Takdelah dalam tuh air oren tu..dalam tuh cuma ada muesli sajork.

Tapi sedap coz ia adalah campuran raisin, pisang, kelapa, apple dgn kacang hazel. Rasa dia manis-manis dan crunchy. Kalau nak rasa best lagi aku rasa kena beli mangkuk macam dalam gambar tu..kihh. kolestrol free and free trans fatty acid. Yang aku suka sebab  boleh munch-munch kat office dan sekejap je dah rasa kenyang. sesuai untuk org malas macam aku yang tak rajin pegi lunch. oh bukan purposely tak nak pegi lunch kerana lunch adalah masa makan yang penting sekiranya kita mengamalkan diet sihat, tapi bila kunyah benda ni dalam kuantiti sikit pun rasa kenyang dan gembira.campur dalam oat pun sedap.
Dan aku perasan benda ni telah menjadi tool yg sgt berkesan untuk mengatasi rasa mengidam terhadap makanan lain.
kadang pukul 11, aku rasa mcm lunch nak makan nasi beriayni (ye..ni lah dia..hasil blog walking, nampak nasi beriyani, dlm otak terus plan nak makan mana masa lunch), around 11 .45 aku munch benda ni sebab rasa lapar sikit (aku amalkan mkn banyak kali dan snack in between waktu makan) .
Pukul 12.30, rasa keinginan yang membuak-buak terhadap nasi beriayni telah terpadam. dan rasa kenyang je. Banyak kali jugak lah berlaku, ia memadam keinginan dan nafsu makan yang meloncat-loncat.

so aku dah suka benda ni dan bubuh stock.
so sebenarnya, banyak lagi makanan sedap, yang rendah kandungan kalori dan kolestrol free jika dibandingkan makanan dlm entry sebelum ini  yang sgt sedap di kedai mamak salam tuuuu.....bye mamak.

oh. aku memang ada penyakit mengidam sebenarnya.
tekak suka nak makan itu..ini..itu...ini.
so aku beli buku kevin zahri , dan baca mengenai tips utk mengatasi masalah teringin ni.
salah satu tipnya adalah dengan menangguhkan kehendak tersebut.
dan lama-lama ko dah tak teringin dah kiah.
kadang benda ni works on me lahh. contoh...last week aku teringin makan nasi arab. Tapi otak baik ckp, jangan makan..high kalori...otak jahat cakap cepattt pegi...ehhhh..tak payah..telepon aja..delivery kan ado. tapi aku kata..takpe..karang lah..weekend.cheat day konon.
Tapi..eh..dua hari kemudian aku dah tak teringin langsung walau aku lalu lalang depan kedai arab tuh dah lebih 10 kali. and untuk pengetahuan u ols..depan rumah mak ada 3 restoran arab you! azabbbbedah sgt lah.

dan rasanya kena lah hentikan blog walking ke blog makan-makan yang memaparkan gambar yang sgt meliurkan.sebab tengok gambar pun keinginan membuak-buak, siap set kat GPS tuh koordinat tempat makan.

Tapi keinginan aku bukan sebab aku lapar. tapi kehendak tekak. terbayang-bayang rasa kat tekak.

 so..seboleh-bolehnya ditangguhkan..lama2 kita tak teringin katanya..


tapi..aku macam tak boleh nak elak yg ini.

teori kevin tu tak berjaya.

eh..aku kan...kihkih..siap beli beberapa perasa yogurt tau. aku buh dlm freezer, tengok, rasa akan sedap tak kalau separa beku. tetap tak sedapsss u ols.
entahlah..tekak aku susah nak terima yogurt yg pelbagai perasa tuuu...vencik.


 teori itu tak berjaya untuk ini



oh tekak ku..kau kalau mengidam benda yang murah-murah aja boleh tak???
huh.

Carta hati makanan





Najwa Latif ada carta hati.

ai?  yang ada carta makanan.



carta  1 : nasi daun pisang  (eh tiba-tiba sambil taip aku berkeinginan pulak).
nasi separuh : kalori ( more or less 150)
sotong dan lauk lain ,sayur, dan item bergoreng dan berminyak:  kalori  (lebih dari 300)
teh o bergula : kalori lebih kurang 80.
hidangan ini mempunyai kalori mungkin dalam 530 -600 .

oh..mak...

tapi sedap.
kalori yang lebih dari di atas, kerana ayam goreng itu sahaja (bersaiz besar -satu RM6.00) sudah mempunyai lebih dari 200 kalori.
harga termasuk teh o ais adalah 11.80 ..mak oi.
tapi..sedap.
capati bersama kintang

makanan kegemaran saya sekarang ini.  bukan lagi yang di atas dua tu. kerana...selain lebih jimat kalori (abaikan tahu bakar tu..bukan aku punya-kekeh..tak mengaku) ..ia adalah lebih murah. capati dengan extra kintang bersama teh o ais adalah berharga RM3.60.
capati kosong kurang dari 200 kalori.plus kintang tuh maybe jadi 300 dan minuman adalah air kosong (o kalori).
kenyang nya adalah just nice, bukan bloated mcm makanan di atas yg dua tu.

kintang ----------?

pelayan kedai salam said.."  sikit kintang boley?"
aku: ????
"sikit kintang boley?"
oh..kentang.
derang dah tau dah, aku akan minta kentang extraaaaa!



satey willy
hem..sedap..sedap dan sedap.
masakan sendiri. fetucini aglio olio.
sedap.
kalori around 350 kot.



nandos..we are good at punchlines, not punches, katanyaaaa...


carls Jr.. ok.nampak sedap, tapi mengandungi kalori tinggi yang boleh menyumbat jantung kalau makan selalu.
Yang ni dah keluar carta.
 apa aku merepek ni.

Salam Jumaat.

Thursday, February 23, 2012

judgmental


treeeettt!!!

Dolah :   buat apa? 

aku:  tengok bola

treeettt...!!

Dolah: Bola kampung ..tak payah lah tengok

aku: Malaysia lawan Jepun

Dolah: Bola kampung, buang masa tengok..!!!!kehkehkehkeh.!!  

(kelaka sangat ke gamaknya?? and you expect me to laugh like evil??? )

aku: so?? kenapa??? boleh kau explain bola kampung tu apa?? and yang tak kampung tu apa?? and yes Malaysia kalah 4-0 dengan jepun, so what? gembira?kau tepuk tangan terlompat-lompat macam monyet????? 

[if lah aku sampai hati nak taip macam tu dan tekan butang SEND].

Ok, sebenarnya aku terus OFF handphone aku. Malas lah nak layan orang yang kononnya urban sangat tu.Padahal shallow minded.

ok, aku bukan nak sensitif tak tentu pasal.

Becoz this is not the first time dia cakap macam tu. Masa aku ckp aku tengah tengok bola Malaysia lawan Indonesia final sukan SEA pun dia ckp macam tu jugak. Dah lebih 5 kali aku rasa lah.

Ok, bagi aku, kalau orang cakap sekali, aku anggap gurau atau reaksi tidak berminat, tapi kalau banyak kali, tu dah menghina.

Aku memang tak faham spesis orang macam ni.

Kalau kau tak minat bola, or kau cuma minat tengok EPL ke...world cup ke...euro2012 ke  hapa ke..tak perlu lah kau merendah-rendahkan pasukan negara kau sendiri????? Kau tak  perlulah insult orang yang tengok dan memberi sokongan pada negara dengan melabelkan orang tu kampung ke apa.
kau reti ke main bola???  kalau ko tak main, can u support malaysian players yang bermain untuk negara. and can u please dont insult  me by saying buang masa tengok bola kampung. Why are you so judgmental  and become sour grape? ??  kau dulu nak main bola pasukan  Manchaster United kena reject ke??   ke sebab kau tak minat dan tak pernah main bola so kalau orang tgk bola kau rasa annoying...??? so sebagai balasan kau buat orang rasa annoying jugak?????  everytime aku ckp aku tengok bola kau akan cakap macam tu as if that hina sangat lah pasukan Malaysia ni.
and sebagai orang yang agak patriotik, aku rasa kau patut pack kain baju kau pindah negara lain sana haaa..
ko pilih lah negara mana kau nak migrate..venezuela ke..US ke...england ke.tapi pindah kat  bandar ok??? jangan ko pikir US, UK tu xde kawasan kampung.ha..ko pindahlah kat mana2 lah yg kau rasa tak kampung.

Satu pesanan aku, sebelum kau migrate, tolonglah baca surat khabar,  perkembangan Malaysia ni. Amik tau sikit perkembangan dalam negara ni. Dan tahu kah kau bahawa perkembangan bola sepak di Negara kita amat memberangsangkan dalam 2 tahun ni. Ok, tak payahlah kau nak bandingkan pasukan Malaysia dengan pasukan Brazil ke..German ke..Manchaster united ke..Liverpool ke....
Oh lupa pulak..kau mestilah kata pasukan oramputeh je yang best ye tak?????
oh ya,,entah2 je jejak kaki kat airpot terus tukar nama dari Dolah Ramli  ke  Danzel Roberto.



Aku percaya , spesis macam ni lah jugak yang bila dia tengok orang pi panggung wayang tengok cerita Ombak Rindu  dia akan cakap " tak payah lah pi tengok..buang masa, cerita melayu ni aku memang tak tengok laaaa...tak kelas langsung..kecuali arahan Yasmin @hmad  je yang aku tengok.Orang-orang yang tengok cerita melayu tuh, sebenarnya memang tak akan faham bila menonton cerita arahan Y@smin Ahmad ni..cerita ada mesej. cerita Melayu yang lain aku memang aku tak tengok la..orang yang rendah IQ je pi masuk panggung wayang tgk cerita melayu.

ok..fine. I dont have problem if u dont want to watch Malay movie. ok..no problemo.Dan aku jugak, bukanlah orang yang selalu tengok cerita Melayu di panggung wayang.
tapi tak perlu lah kau nak hina-hina orang lain, as if that orang yang pi tengok wayang tu rendah akal or takde IQ langsung. Kalau tengok cerita oramputeh tuh tinggi sangat lah IQ nya ya.
 Eh..aku tak tau pula bahawa menonton filem tempatan orang melayu yang sebangsa dengan kau menjatuhkan mertabat kita sebagai manusia melayu.kalau ko tak nak tengok, that is your choice, so tak perlu lah kau hina pilihan orang lain yang nak menyokong industri filem tempatan. ke kau dulu nak mintak jadik hero telemovie tapi David teoh reject kau. so kau forever jadik sour grape bila org tgk cerita Melayu????


serious aku tak faham. Orang seperti ini, apa2 yang berkait dengan Malaysia atau Melayu akan dinggap semuanya low class, sehingga lupa bahawa dirinya adalah Melayu, rakyat Malaysia yang ibu bapanya juga Melayu.

Dan orang macam ni, bila kita kecil hati, dia akan cakap," oh i memang macam ni". and expect orang akan terima segala kata-kata berbau hinaaan kau tu dan melabel orang yang kecil hati sebagai sensitif tak bertempat.

Bila seorang rakan memperli-perli pekerjaan saya banyak kali, seolah-olah lekeh sangat saya ini, saya anggap dia tidak menghormati saya sebagai rakannya. I'm tired to take it as a joke.Ok, mungkin pada mata anda pekerjaan saya tidak  gah seperti pekerjaan anda, rakan anda yang lain, tidak gah seperti pekerjaan kakak, abang atau ibu bapa anda, tapi perlu ke merendah-rendahkan dan mempersenda pekerjaan oraang lain?

oh kau bergurau?

Tidak kelakar dan saya tidak rasa seperti mahu ketawa.

Wednesday, February 22, 2012

Lamb chop..


Lamb chop


sangat mudah memasaknya. marinate kambing dengan black pepper and garlic..
bakar selama beberapa minit.
beberapa minit kemudian dah boleh makan.hidang bersama sauce black pepper.

lai chi kang sedap

 dan beberapa minit kemudian semua habis...
duduk berlunjur atas lantai...
ok..now saya feeling-feeling harimau yang memakan seekor kambing seorang diri.
nikmatnyaaa..

err..esok binatang apa pulak..tengah fikir nak pergi berburu esok.

wah..tiba-tiba u ols..

Sunday, February 19, 2012

Coffee Planet : Food makes me happy

COFFEE PLANET

 Coffe Planet merupakan rangkaian kafe kopi jenama dari UAE dan ini adalah cawangan pertamanya di Malaysia yang terletak di Shah Alam. Setakat ini ia mempunyai 4 outlet di UAE termasuk satu di Dubai dan terdapat sebuah lagi di Oman (Mustcat).

 Dengan  keluasan sekitar 1500 kaki persegi , outlet di Shah Alam ini rekabentuknya sama seperti di Dubai tetapi diberikan sentuhan rekabentuk tempatan untuk menyerlahkan budaya Malaysia.
 
Coffee Planet menyajikan pelbagai jenis minuman sejuk dan panas seperti  latte, cappuccino, espresso and Americano. Ada smoothies dan minuman sejuk (juice). Range makanan pula adalah terdiri dari  sandwiches, salads, desserts, and juices. Biji kopi yangdigunakan dipanggang dan diproses di Dubai.

pada tahun ini ,dijangka akan muncul 3 lagi outlet coffee planet di Malaysia.

Untuk update dan perkembangan coffee planet, bolehlah ke laman FACEBOOK COFFEE PLANET

selain pastries, mereka juga menyajikan hidangan utama iaitu terdiri dari pasta dan brown rice. check it out!

kaunter
 pilihan pelbagai jenis pastries

suasana yang santai
gambungan  warna yang membangkitkan  ambiance menarik

 my friend's coffee. kawan saya kata kopi di sini sedap, lain sikit..saya cuba sedikit dan mungkin saya setuju kerana saya bukan penggemar kopi. Tapi mmg sedap!

my mango and passion fruit smoothie

fettucini with creamy sauce and grilled chicken
brown rice with beef and yam crackers err..actually ia adalah nasi goreng yang diletak cendawan, beef dan dihidang bersama kacang botol hiris dan kerepek keladi. rasa not bad. nice.
 lets dig.great ambiance, great company and nice food.
ok..this was actually a lunch treat by a friend for my birthday. Thanks alot dear!
semoga cepat sembuh and we can run together.
saya rasa ia akan menjadi pilihan untuk tempat berjumpa kawan melepak, selain dari starbucks.
bagi penggemar coffee, cafe ini menyajikan kopi yang agak berlainan. 
tak rugi mencuba.

 Alamatnya ialah :

                 
Tel: 03-55239512

kemudian kami ke tuti fruti pula yang terletak di sebelahnya..gembira!!!!

Another birthday treat for my birthday. we had dinner ,  western food at my favourite makan place.Thank you!!! The dessert and fruits were awesome! (no more photo as aku segan nak amik gambo, tempat pun tak berapa cerah.)
And this is my lunch for today before another birthday treat at night.
Thanks to papa and friends for birthday wishes, birthday treat, present and cake.
I might gain 2kg this week..but hey..its ok.
Food makes me happy.

Wednesday, February 15, 2012

simple lunch set

 Simple lunch untuk tetamu yang datang berkunjung. Katanya mahu lunch dengan saya dan berbual panjang. saya kata u ols nak makan apa? 
 alaaaa..u masak nasik dengan ikan bilis goreng dah laaa..
ye lah tuuu...! kang aku betul-betul masak macam tu kang menyesal ko datang nok!
so i opted for simple lunch set, errr..ni ala-ala Indonesian dish kot. kih....
plain rice with fried fish and sambal ijo& sambel kicap.
aku cakap , mak di sini tengah takde mood sangat nak masak benda gah-gah, so benda simple aja ok.
yang penting i will put something on the table lah..

er...kalau nak tunggu ada makanan ala mediteranian ke, french food ke, scandanavian ke..tunggu aku selongkar buku resepi yg duk elok duduk kat rak buku tu ye.


 ke hypermarket membeli 3 ekor ikan talapia merah. suruh siang siap-siap. Balik aku basuh dan zrenggggggggggg...cressssssssss...into the kuali 2 ekor. buat sambal hijau dan sambal kicap.


Thanks to my friends yang bawa sup ayam dan buah oren.

nice lunch..sup ayam bersama set nasi ikan goreng miow-miow.

kemudian pencuci mulut adalah buah oren.

nice..!

er..memang tak le aku nak buat dessert pavlova ke cream brulle ke hapa.
1. malas 2.tak reti 3.kita nak save calori intake. 4.aku memang tak reti buat dua menda tu.

Tuesday, February 14, 2012

Sambal ijo@sambal hijau

sambal ijo @sambal hijau

selalu makan di restoran padang? catz pun suka. salah satu kegemaran adalah sambal hijau atau sambal ijo.
sedap makan dengan nasi suam. Tiba -tiba teringin , bukan teringin makan, tapi teringin masak , google resepi.
Jumpa banyak resepi, tapi catz pilih yang ringkas dan actually semuanya lebih kurang sama je.Dan bahan mestilah sama untuk keserupaan rasa.
 set sambal hijau catzscafe


ok...mari kita memasak!


Bahan-bahan:  cili hijau (10- 15 biji)
bawang kecil (4 biji)
bawang putih (1 biji) -optional
limau nipis
cili api (optional, jika nak pedas)
tomato hijau /tomato mentah
garam
minyak

Lada hijau hendaklah dikukus terlebih dahulu.

ok tumbuk cili hijau, bawang merah, bawang putih, tomato yang dihiris nipis,
buk! buk! buk! kalau blender rasa tak akan sama!
catz tambah 2 biji cili yg tidak dikukus, sebab nak kesegaran bau lada hijau tu..catz sukaaa.IF nak pedas bubuh cili api.
so menumbuk kitaaaa...then perahkan jus limau nipis. gaul rata.


Panaskan minyak zaitun (aku guna olive oil , tak kisah le janji minyak utk masak)
tumis bahan tadi. masak agak lama sikit, buh air sikit supaya bahan sebati.
buh garam, dan biarkan semua bahan lembut dan sedap.

ok dah siap.

catz hidang dgn nasi dan ayam rebus. ayam tu catz rebus dgn halia dan bawang putih.
nyamm! dan rasanya sama mcm yang kita makan di restoran nasi padang.
gembira cik kiah .

you are what you eat..!


my homemade chicken burger



i've been talking to my friend early this year. we discussed on food intake : a challenge in leading to a healthy life style. awal tahun, tak kisah lah if people say, why u need to start now..why not last year?
ok..i would say at least we realised something very important in our life...food.
ye makanan itu penting. tak kisah la makan untuk hidup or hidup untuk makan. what i know is food makes me happy. kih


FOOD INTAKE


1. choose what we eat. and my friend said..nokkkk..bukan susah. u are not living in the middle of desert..so tak payah cakap lah that the only thing u have is daging unta or pokok kaktus.
we have soooooo many thing to choose around u. ok..when we step into the hypermarket,  thousands we could choose. and why on earth u choose something bad for your body???  as u can choose all the greens, fruits , ayam hidup,  etc..why beli ayam goreng segera?


aku jawab : sebab SEDAP laaaaa.... makan sayur macam makan rumput.


ok...kawan mak ni yang dah practice healthy life style for years says....i never said that u cant eat chicken ngekkkk!  u can! but in moderate  way..plus eat together with vege....kan sedap tuuuu!!
u can have meat..but u dont have to eat a whole cow when u are hungry. kesian perut engkau ok.


aku jawab:  ye laaaa......ye laaa... (terus terencat aku nak mkn steak depan aku nih).


2. portion : kawan mak kata...i always bring my own lunch pack. u tak perlu masak macam-macam sangat. just a simple home made sandwich will do. resepi dia..spread low fat margerin, put slice of tomato, lettuce, piece of grilled chicken, pepper.

aku: kenyang ke??? u makan cuma dua keping roti sandwich tu...


dia jawab:  semuanya ada dalam kepala u lah. we need to put food into our stomach so that jus gaster tak kuar and ko tak sakit perut. and look, its healthy. why nak makan sampai kenyang?????
if u rasa makan 2 keping tak kenyang..4 keping pun belum tentu kenyang..semua tu otak u yang proses maklumat.


aku:  errr..baik.



3. waktu makan: ok..we are normal human being, makan nak sedappp je kan. and we are living in Malaysia yang syorrgaaa makanan, restoran 24 jam everywhere, so this also a contributor which effects our life style. pukul 12 malam teringin nak pegi kedai mamak. pukul 1.30 habis tgk wayang sure nak singgah kedai tomyam laa..mamak la..padahal dalam panggung dah perabih popcorn satu kotak with coke saiz besar .( ok..put the blame on the cinema owner... :) .)

dah jadi habit ye dok. semua nak sedap je.... and rasanya takde pula peraturan dalam dunia mengatakan mesti makan popcorn masa tgk movie. so semuanya berkisar kepada makan..dan makan.

so my friend said ni semua boleh ubah. and dia suggest:

i. jangan makan bukan pada waktu makan (snacking in between meal ok)

iimakanan cuma sedap kat mulut dan tekak, so apesal nak beri perut kita gemuk berlemak makan banyak-banyak.

iii.balance diet. makanan seimbang dari segi nutrisi,protein etc. if kita dah memang berat, we should eat less carbo sekiranya bercita-cita nak turun berat badan.

iv. if ada cita-cita nak ubah gaya makan/ nak turunkan berat..act NOW! not tomorrow, tulat, lusa, tahun depan.

(eh..macam biasa je kita kan..contoh...hari ni hari rabu. weekend karang nak balik kampung. kita akan cakap..Isnin karang lah start diet. wakakakaka...and takdenya Isnin tu start). so kawan mak kata..ko tak usah le berdrama sangat. nak kalu, start esok pagi or u will never start till tahun depan.)

4. bergaul dengan orang yang mempunyai pemikiran positif. penting jugak ni..coz ia salah satu faktor kejayaan. untungnya aku ada kawan macam ni kan. dia duk membebel kat aku pasal food intake. and sometimes kejam gila, whenever we were eating out, well i love to have nice food (read: makanan sedap yg high kalori), dia dengan kejamnya akan cuma order salad daun-daun, low calori food yg sometimes looks like rumput . penat je pi kuar makan, takat nak makan salad ni buang karen je.sobsss.or bila mkn kat kedai mamak, i would love to have nasi daun pisang with fried chicken (ayam goreng kat salam tu so tempting) , tapi dia cuma makan capati sajok. terencat aku nak senduk lauk. so lama-lama aku pun terikut-ikut. makan capati. sedap jugak rupanya. low calori. satu capati kalori adalah 170 sahaja. dan mengenyangkan. :)

UBAH GAYA HIDUP

This is the key of success if we plan to lose weight.

1. makan kena ikut cara di atas dan kira kalori in and out. maklumat semua di hujung jari

2.exercise. if we have time for facebooking or put hours for internet surfing sure we could find at least 30-40 minutes to do some exercise. (wahh...ko senam ke catzzz?? wakakkaka)

kawan catz tu memang put effort (DISIPLIN!!!!) untuk lari atleast 3-4km setiap hari. and rutin bulanan dia, ialah lari 30 km atas threadmill.

wah..kita kan..beli threadmill buat sangkut towel dengan kain dlm bilik. kih.

SOALAN LAZIM

Ok..we ols discussed gak on FAQ regarding to food intake.

one of them is " errr...i memang tak makan nasik lah malam. i makan mee goreng.ok ke"

answer: mee goreng tu lagiiii tinggi kalori berbanding dengan secawan nasi dimkn bersama sayur dan lauk yg sihat. so makan mee goreng tak membantu pun sebab ia lagiii berminyak.

err...kalau makan kuey teow goreng pasar malam tu?

kawan aku: ko nak kena lempang ke??

hahahhaa...kekekkekee.




Monday, February 13, 2012

Random

1. Saya berharap 3 suara akan menang juara lagu coz i really love lagu beribu sesalan. but not bad when hafiz Awan nano menang. eh dia nyanyi pakai simple je pakai t-shirt dengan seluar senam (err..we ols memang panggil seluar track tu seluar senam..kih). masa dia lari naik pentas tu macam budak darjah 6 amik hadiah sempena menang lumba lari sukan sekolah. Jimatt kan! orang lain spend thousands for designer dress bagai..dia pakai t shirt dgn suar senam je...kihhh.


2. i wonder what program realiti big brother indonesia is all about. Kat Malaysia takde ke? macam best. aku nak join le..aktivitnya macam makan tidur, kemas rumah and samada boleh tahan atau tak dgn strangers yg sama-sama duduk serumah. Mungkin kalau ianya diadakan di Malaysia, pendekatannya pasti berbeza kot, untuk menjaga tatasusila dan sensitiviti agama.


3.junior masterchef Australia still jadi fevret mak. err..aku duk wonder, time bila ek kanak-kanak itu start belaja masak. bukan takat goreng ayam, goreng telur, but to prepare high end dish with stunning garnish. gamaknyaaaaaa...time bilaaaa??? adakah emak mereka atau nenek mereka telah melatih mereka masak sejak mereka pandai berjalan ke dapur. dari duk ngacau-ngacau, meh mak ko ajar masak betul-betul ok. so mereka jadiknya terbiasa melihat emak mereka membuat "grilled lamb with mashed sweet potato and hot pumkin sause and black pepper'...atau menyaksikan pie tersedap dalam dunia yang diilhamkan oleh nenek-nenek mereka??? kemudian mereka mula memasak sendiri start umur 4 tahun kot??? kalau kita main masak-masak pakai periuk tin sardin masak daun-daun tepi semak (aku la tuu) tapi mereka masak betul-betul kat dapur budak kecik (ehh..ada ok..jual kat ikea...tapi yg ni dapur mainan).hebatnyaaaa kaaaan.....agaknya kalau aku bertanding dgn derang, dah tentu lah aku ketinggalan  45 tiang di belakang. and how lah derang sangat kreatif invent recipe guna bahan yg disediakan without nangis tersedu-sedu kat bawah dapur. ada satu episod yang derang panggil nenek-nenek derang dtg tengok derang masak...temanya masak pie  resepi nenek ke..resepi keluarga lah kot.
if aku lah masuk, tanya nenek aku."nekkkk..kita nak kena masak pie ni...nenekkk..kita tak pernah masak pie.."..sure nenek aku jawab.."err..carta pie nenek tau la..ko masak je lah kerabu pucuk ubi..kalau itu pun tak reti meh nenek ketuk ko dgn senduk ni"..
kehkeh.



4. berkisar rancangan realiti lagi. apa tuh?? on air...kat astero. aku rasa this program sgt bagus untuk mencungkil bakat dalam bidang pengacaraan.Tapi tertengok satu episod auditionnya. eei..sungguh lah keceluparan molots dang suriah itu... boleh pulak dia sound direct " awak tak hensem" kat sorang peserta lelaki. tapi aku rasa muka budak lelaki tu ok je..maksud aku adalah sedap jugak mata memandang, kira tak malu lah kalau berjalan dgn dia pi KLCC (bak kata kawan aku). tapi apa kehal dang suriah tuh ckp.." dah dia memang tak hensem, saya takut kalau amik dia, dia akan jadi pengacara yang tidak disukai, orang akan tukar channel".

and satu lagi dia ckp kat sorang budak perempuan, " u balik..kuruskan badan..pinggang dah macam kerengga, ha..baru dtg audition".

err.. heloow cik kakkk.....!!  ni zaman apa ni? zaman milenium u knowww! orang tak pandang rupa je. ok, rupa mungkin salah satu elemen penting jugak, tapi personaliti, bakat , kebijaksanaan itu lagi penting.. dlm iklan promo tuh ko jugek yang ckp kan??? so how lah ko boleh insult fizikal orang dengan sangat lancang sekali. maybe u could ask them to try, if takde personaliti or any requirements yg kau nak sebagai pengacara, ckp je lah..:

" maaf dik...dalam bidang pengacaraan, personaliti , rupa dan bakat sama penting. adik tak ada elemen tersebut'.

or any nice word..so takdelah perkataan yang keluar tu seperti menghina peserta yang datang dari jauh, mahu mencuba nasib. Ok..aku salute ok dgn mereka yang berani tampil dtg audition, bukan semua orang berani ok. so be nice oke...

and one more thing..ko tengok pengacara lain yang berjaya dan dikenali..ada kurus macam kerengga ke??? orprah tu?? aku tak terfikir pun nak tukar channel bila tgk talk show dia. billionaire lagi... see?? sapa lagi..sila google..ok..tak payah pi jauh..tuh..mahathir lokman, suhaimi yg duk sebelah aznil tu...kurus and hensem bak model kahhh????? gorjes macam anuar zain ke, macam hans isac ke??? (err.aku tak minat anuar zeng)  tidak! but they have personaliti menarik. tak semestinya nak kena kurus macam kerengga baru boleh keluar TV. oh..shallow sungguh pemikiranmu kak!!

if aku jadik budak perempuan tu,,i would say.."  "I've never wanted to look like models on the covers of magazines. I represent the majority of women and I'm very proud of that."  ---> errr..feeling-feeling Adele bila Karl Lagerfeld  kritik bentuk badan dia, ckp dia gemuk.
err....6 pencalonan dalam grammy award walaupun pinggang tak macam kerengga kebuluran.


ok dah..