Showing posts with label Brunei. Show all posts
Showing posts with label Brunei. Show all posts

Wednesday, December 9, 2009

Ambuyat




Salah satu makanan yang popular dan 'must try' adalah ambuyat.
Ia dibuat dari tepung sagu, di makan dengan pencicah (di sana orang cakap 'cacah') , samada cacahsambal belinjau atau sambal tempoyak. Disamping tu dimakan dengan lauk dan sayur.
So, kami ke Aminah Arif Restaurant untuk mencuba ambuyat.

Restoran Aminah Arif

dalam restoran

Buku menu

Terdapat pilihan set ambuyat untuk makan beberapa orang, ikut pilihan masing-masing.
Lauk , cacah, sayur boleh pilih

Ha..ni lah dia ambuyat. Dibuat dari tepung sagu, sedap makan panas-panas

Ni cicah sambal belinjau

sambal tempoyak

selain cacah, kami pilih lauk ni..

ikan masak apa. ek..lupa..ada istilahnya..ampap kot, ala..ikan masak sambal..

daging goreng

ni yang best..sayur pucuk paku

ok..cara makan, kena kait ambuyat ni dgn kayu tu...lupa istilahnya apa...kait, pusing, tarik, pusing...

haha..my 1st ambuyat

hihihihi..

cicah dengan sambal cacah tadi..and ngappp..
rasanya? errr..tepung celup ke tempoyak..haaa..camtulah rasanya..masam, pedas, manis-manis.
Cara makan, ambuyat tuh kena cicah dgn sambal dulu, masuk mulut, then baru boleh amik lauk pauk makan gitu je. Aku yang jakun ni, ala-ala,,ehh..pelik lah mkn tepung ni dgn sambal tempoyak, so kait ambuyat dan nak amik sayur, tapiiiiiiiiiiiiii...org brunei yg bawak kami makan ni cakap.."ehhhh, bukan begitu...mkn dgn cacah dulu..celup dlm cacah dulu...masuk mulut, then baru amik lauk..".aaaaaaa...hihihihi...ohhh...


Rasa pelik gak lah kan...selalu tempoyak makan dgn nasi.

uuuu...actually aku tak berapa nak laju lah makan. Hahhaha...duk terbayang kan, nasi, telur dadar, tempoyak dan sayur pucuk paku...hahaha..

jom makannnn...

see...? habisss..

last-last aku order nasik makan dgn lauk-pauk tu dan telur dadar..kehkehkeh

Masakan di Brunei lebih kurang sama je dengan kita, begitu juga kuih muihnya..
Macam dekat hotel, mereka serve benda yang lebih kurang sama mcm tempat kita, ada nasi lemak, mee dan sebagainya, cuma istilahnya je kadang lain sedikit.
Tapi ada beberapa jenis masakan yang kita harus cuba, cthnya ambuyat tadi.
Jom makan!

Jalan-jalan di Brunei

Ramai yang kata, kalau nak berjalan di Brunei, sewa kereta. Hem..kat sini teksi tak banyak. Dan naik teksi mahal. Yelah..kita belanja dlm Dollar Brunei di sini which is sama nilai dgn Singapore dollar. Banyak syarikat sewa kereta seperti AVIS, Hertz dll.
Kalau tak pun boleh naik bas, ada 6 routes , tambang bermula dgn $1.00. Kekerapan adalah 15-20 minit.


Ni teksi yang bawa kami jalan-jalan. Malas lah nak sewa kete, sebab nak jalan2 sikit-sikit je. Lagipun pakcik teksi ni bagi harga yg reasonable dna bleh bawak makan, jalan2 sekali. so senang.
kira driver cum tour guide lah.

bas

On teh way ke ton, melepasi bangunan ini. Pakcik teksi kata, ramai pelancong mat saleh duk sini, kat pusat belia. Ada youth Hostel yang harganya satu malam $10.00.


Pusat Belia

Nak stay sini, boleh book tru internet kata pakcik tu

Antara tempat yang bisanya pelancong pergi ialah Royal Regalia.


Di sini dipamerkan alat-alat kebesaran DiRaja, dan segala yang bersangkut paut dengan kerajaan dan Raja Brunei. Cthnya, ialah hadiah dari ketua negara/ Raja dari negara lain yang melawat Brunei pun dipamerkan di sini. Kita akan dpt tgk, alat kebesaran yang diguna masa istiadat DiRaja dll. Tak boleh bawa kamera dalam ni.

Bangunan Royal Regalia

catz in Royal Regalia

Destinasi wajib ialah masjid ini, Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
Banyak gak aku amik gambar kat sini.



Kemudian ke Muzium Brunei

Bangunan muzium


Jom tgk town

Maybank


Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei


Ni macam dataran merdeka, kalau ada event besar, derang buat kat sini


Ha..ni kalau tak pegi sini, mcm tak dtg Brunei lah..
Kampung Air.

Kalau nak naik boat kat sini, ronda-ronda banyak pengusaha boat yang beroperasi di sini. Mereka duk approach, cakap.." nak naik bot? 20 ringgit je" tapi actually 20 dollar lah. tak taua kenapa, rata2 yg aku jumpa, termasuk pakcik teksi kalau ckp pasal duit akan ckp dlm ringgit. Tapi maksud sebenar ialah dollar. AKu malas nak naik bot. Tgh panas tengahari , panas terik. Dan aku tgk derang bawak bot sgt lajuuuu..aww..terlambung-lambung gitu..
hiks.



so aku zoom-zoom je..aahhahaha..aci tak?



another masjid, karang aku buh caption.

Panggung wayang

Brunei Hotel

Sheraton Utama

area waterfront

Tamu Kianggeh
Lalu je, tak singgah sebab dah tengahari..if dtg pagi baru lah best

sekitar bangunan dan shopping kompleks depan area waterfront

shopping???
Menurut kawan catz yg selalu ke Brunei, yg best nak beli ialah kain.
cantik dan murah katanya.
so catz sempat beli kain di dlm mall kat hotel, tak sempat nak pi tempat lain. rasa ralat gak.
Tapi mmg cantik2 dan jauhhhh lebih murah dr tempat kita.

Aku jalan-jalan dlm shopping mall ni, masuk kedai jual vcd..wah..banyaknya cd penyanyi Malaysia di sini, i mean Cd-CD lama, artis tahun 70-an, 80-an,awal 90-an ..ada yang dah suam2 kuku dan dah tak nyanyi dah pun tapi CD mereka ada dijual di sini..