Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

Saturday, October 9, 2010

Jalan-jalan cari makan : My 1st SATAR

Aku mmg hantu satar.

SO..masa ke Kuantan baru-baru ni.. aku ke mari lagi.. kedai satar kegemaran.




satar tersedap terletak berhampiran MONICA BAY, atau Pantai Teluk Mak Nik, Kuala Kemaman,



oh...sedap...!

Aku datang dengan SAIRA sempena percutian pertamanya selepas balik dari US.
hiks..dia tak pernah makan satar.

so dia agak pelik tengok satar nih. Tapi aku paksa dia makan.hehheheh

Ha...buka...bukan daun tuh...

looks sooo yummy...

MY 1st SATAR: ehmm..."sedap laaa..setapppp!"


nyum-nyummm..

peminat tegar satar.. jemput makan!


Thursday, March 25, 2010

Biasa-biasa saja

Awana Kijal, 24.03.2010




Merujuk kepada komen seorang nenek@nenet dlm entry 'cinta 3 segi' -ihiks, she said that.
"catz, i think u ni simple orangnya..rasa nak makan-makan, rasa nak jalan-jalan, tak pikir benda lain. But of course u ada problem yg u tak share di sini."
ohhh..
nenet, separuh ayat mu itu betul, dan separuh tidak.
kita bagi nenet 6 markah (LULUS!).hiks.
i am just a normal human being.
ada kerja yang harus dilakukan, ada komitmen, ada pelbagai perkara untuk difikirkan.
otak sentiasa berfikir pelbagai perkara. ada masalah, ada banyakkkkkk benda dlm benak ni.
and now work has been crazzyyyyy! i got piles of work that never ending..
pi site, pi umah client, pi outstation, report etc (oh..this is a reminder)!
and my blogging mood dah swing-swing.oleh kerana blog ini adalah merupakan , travel,foodie, cooking jurnal...jalan-jalan cari makan,
jadi yang dipaparkan di sini itu sajalah. not more than that.
Hidup saya biasa-biasa saja.
oh i still didnt blog bout my few travel destination recently.
1. trip ke Filipina
2.Makassar (sulawesi selatan) - oh..they got TRANS STUDIO!
3.Trip Kedah-Perlis4.Terengganu trip
and few more coming.

mood agak merudum (that explains why lagu jiwanggggg je).

me with SATAR , senja di Awana, Kijal


Currently di Terengganu.
Bye.
Mak nak pi noreh sat.

Wednesday, November 11, 2009

Terengganu : food (again!)......... and shopping

Kalau ke Terengganu, catz rasa seronok.
sebab ada makanan popular yang sedap.
cthnya:

keropok lekor
ikan celup tepung
sotong celup tepung
nasi dagang



Berkesempatan makan seafood goreng celup tepung di deretan gerai di depan pantai Batu Buruk. Terdapat banyak pilihan gerai yang hidangannya rata-rata adalah sama. keropok lekor, seafood spt udang, sotong,ikan goreng dicelup tepung. Memang famous kan di ganu ni..oh masa
duk makan ni, dah nak masuk waktu maghrib. Berjalan kaki dari hotel, menyusur pantai ke gerai ini.
Yang kagumnyaa...wowww....begitu banyak mat rempit?? yg bermotor secara beramai-ramai dengan bising dan buat aksi rempit, angkat-angkat tayar depan, berdiri2 atas motor dan jerit-jerit...ohhh..
aku ingat aksi mcm tu ada di Kl saja.Dan selalu tgk aksi angkat2 tayar, aksi tonggeng2 naik motor ni aku tgk kat TV, ni tgk live u ols, sambil mak menyumbat keropok lekor ke molots.
Dasat juga remaja-remaja di sini ye...

seafood goreng celup tepung

ikan celup tepung..

deretan gerai

keropok lekor

sotong gulai...rasanya aku jumpa sotong besar yang dimasak seekor mcm ni kat pantai timur je. Jarang kot jumpa kat area kat lembah Klang ni kot..sedap sgt..makan ni kat restoran dekat-dekat dgn Pasar Payang.

Ok..dah kenyang, mari kita ke Pasar Besar Kedai Payang

Tak sahlah kalau ke Kuala Terengganu tak ke Pasar Payang..kan...kan??
Tempat shopping paling popular bagi pelancong dan rakyat tempatan.
Kain sutera?
cenderahati?
keropok?
makanan Pantai Timur?
kuih tempatan?
semua ada!
dan banyaknya deretan kedai emas di sini...

Masuk je, sure lah kan..buntang mata tgk kain-kain sutera terengganu..selain tu macam-macam kain lagi yg ada..kain batik, songket dll. Banyak sgt pilihan...pokoknya, bawak duhet banyak-banyak la...sebab mmg akan terliur tgk kain-kain baru dll. Corak baru yang cantik-cantik..


susunan kain-kain dalam pelbagai corak dan range harga..cantik banget kannn! akak/adik penjual kata, ada range kain yg sama je..tapi harga lain-lain sebab corak/design. Yang latest design adalah paling mahal.

antara corak baru..

pandai adik ni berkempen..rajin layan aku, lilit-lilit tunjuk sample....dekat 10 kain dia duk bukak, lilit-lilit..tunjuk lawa ke tak..ko mmg tau dikkkk....pandai ko menjual..hehhehe.
Pasal warna gak, dia tunjuk yg unik-unik..dia ckp warna yg unik mak-mak datin suka...eheks...
pandai ko meng-influence akak niiiiiiii....

adik manis yg oso pandai menjual...tak kisah bukak kain banyak-banyak...tapi mmg le kan..tu je cara paling berkesan nak tarik pelanggan. Ada kedai yg aku masuk ala2 tak berapa layan.. yelah...maybe kain dia mahal-mahal...mana seswai dgn mak yg sempoi nihhh..

manis adik ni kannnn...? kalau dah dia bukak dlm 10 kain, lilit-lilit, tayang-tayang camtu..surelah aku terpengaruh.....weh, kesian oke kalau tak beli.penat dia buat demo...

selain kain sutera aku beli gak kain batik...cantik-cantik..

lawa ek..now ni yg tgh 'in' adalah crip digital ke apa tah namanya..hiks...

ni pun lawa..

aku suka kalernya..


dah abih beli sutera bagai..meh beli keropok pulak..

ok..penat sudah....


overall, not bad lah trip ni...
jom ke ganu!

Tuesday, November 10, 2009

Terengganu part 2 : Jalan-jalan

Pantai Batu Buruk


Kalau ke Terengganu, catz mmg teringin nak ke Masjid kristal dan Taman tamadun Islam.
benda-benda lain dah tgk sebab sebelum n banyak kali juga ke KT ni..samada kerja, jalan-jalan.
Oh...kalau dulu saya teringin ke Masjid terapung di Kuala Ibai..dan dah berkesempatan 2 kali pergi dan solat kat situ..
kali ini nak ke tarikan baru bdr KT pula yang terletak di Pulau Wan Man.
aku heran gak..kata pulau..mcm jauh je..
rupanya tak jauh dri town, cuma public transport susah le kan.. so aku hire je teksi ni utk ke sini. So teksi ni kena bawak ronda-ronda.
derebar teksi kata, mmg lah pulau, tapi dah ditambak..so dah tak berapa nampak cam pulau.
Dia kata kalau dtg malam lagiii cantik masjis kristal tu..and dia suggest utk guna khidmat dia..
aku memalam malas le nak berjalan..jarang lah aku kalau travel ke mana-mana nak kuar malam..kuar dekat2 pi makan ke boleh la...
ok....

teksi/kereta sewa di Kuala Terengganu

Pintu masuk ke Taman Monumen

Masa beli tiket masuk, tunjuk IC..tiket utk local tourist adalah RM10.00. Nanti kita akan dpt satu buku kecil mcm passport. cop dan simpan utk next visit percuma tak silap aku..


nak jalan-jalan dlm ni....boleh sewa basikal, naik tram or buggy..tak ingat berapa harganya..
aku pilih utk jalan kaki je..
ahhhhaa..cuaca panas..sakan aku basah mandi peluh (tapi tak turun 2 kilo punggg).
ops..maybe adalah reduce 200 gram kat kaki...hiks.Ada mcm2 dlm ni..monumen2 masjid yang famous, makam, tasik etc..

kawasan yg agak besar..cantik

sambil jalan, aku amik photo. aku letak sket2 je lah ek..ni tahun melawat terengganu kan this year?? ha..pi terengganu sana...mcm2 ada.
:)


masjid di Brunei



nanti aku edit buh caption..ngantuk le.

ha...ni yg paling aku nak pi..masjid krisal..solat zohor di sini..orang sgt ramai masa ni...aku sampai waktu zohor baru je masuk. Rombongan budak sekolah pun ramai..

cantik..

kubah

sampai gak aku kemari..


next..
err..yg ni bukan monumen..
tapi stadium yg runtuh tu..
masih lagi mcm ni..
saja nak tgk dan amik gambar..


to be continued..