Showing posts with label seafood. Show all posts
Showing posts with label seafood. Show all posts

Wednesday, January 1, 2014

ketam masak kari


 ketam kari

 Dah seminggu teringin makan ketam yang dimasak sendiri di rumah.
Pegi kedai cari ketam takde..pi giant pun dah takde...
semalam kebetulan pi Jaya Grocer dan nampak ketam yang gemukkk..
suruh orang yang jaga tuh hulur ketam sebab aku nak pegang and inspect dulu ketam tuh...cewaahhh..
3 kali aku tanya..ni ketam bila..fresh ke?? (sambil cek-cek ketam tuh)
being desprate dah tekak ni kan..i picked few ekor suruh timbang.
Dia tanya nak siang ke? aku cakap ehhh..tak payah.
Mahal jugak ketam nowadays, tapi rasanya berbaloi..sementelahan di masak sendiri (gila perasan konon masak sendiri lagi sedap ..kahkah).

Actually seumur hidup aku tak pernah pun masak ketam kari. Tapi bulan oktober ni aku makan seafood di Kuala Perlis, kawan aku order ketam kari..amboi sedappp nyaaaa.
so y not try masak ketam kari. tak susah kot lagipun nak hidang kat diri sendiri.
Aku guna bahan yang ada and some aku replace dgn bahan lain.Cthnya santan aku replace dgn yoghurt.

Ok..lets cooking ..

Bahan-bahan:

2 ekor ketam
serbuk kari ikan
bawang putih -2 ulas
bawang merah - 2 ulas
halia - 1 inci
serai -sebatang
daun kari
yogurt (natural)
minyak
kulit kayu manis -1 inci
bunga lawang - 1 butir
garam
air
 

ok....
Belah ketam , bersihkan dan basuh, toskan.
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.
Panaskan minyak, tumis dgn api kecil.
masukkan kayu manis dan bunga lawang
Masukkan serai.
Masukkan serbuk kari yang dibancuh dgn sedikit air.
tumis dgn api kecil hingga naik minyak dan masukkan daun kari.
Masukkan yogurt separuh dulu dan tambah air , kacau dan biar mendidih,.


, biar mendidih dan terbalik-balikkan.
Kari aku ni kuah tak banyak, so aku kena make sure ketam ni masak betul dan tenggelam dalam kuah sebati.
Masukkan garam.
Tambah yogurt dan gaul sebati.
kuah dah pekat , angkat ketam.

Hidang..

selamat memasak.

Monday, September 12, 2011

Seafood at Top Spot, Kuching

Antara yang mesti dicuba bila ke kuching adalah seafood Top Spot.
tempat ni dikenali juga sebagai Taman Kereta, terletak seberang jalan je dengan hotel Pullman kuching.

Ada banyak gerai seafood. makanan laut segar

ikan pelbagai jenis

udang, etc

udang biru


sayur mayur segar

yang paling istimewa..sayur pucuk midin. mesti cuba!


youuuuu


kami makan pucuk midin goreng belacan

butter prawn

kerapu 3 rasa

ada juga nasi goreng, sayur etc

ni palingggg ai suka...!

overall nice dinner, met new friends.. talked, laughed, gossiped..hoo..bising gila meja kitarang..thanks belanja.....



ok..antara restoran lain yang harus cuba... RJ ayam bakar.
aku sahur last day kat sini..


set ayam bakar..yummeh..

pisang keju..nice...manis...berlemak..boleh menyumbat jantung..hiks..


overall...nice food..nice friends....!

Wednesday, April 20, 2011

Main masak-masak : udang masak lemak belimbing buluh

udang masak lemak belimbing buluh


Masak malam tadi.

Bahan-bahan:

udang saiz besar -saiz double XL (???)
belimbing buluh
santan - sekotak
daun kunyit
bawang putih -2 ulas
bawang merah - 3 ulas
cili api - 5 biji
serai - sebatang
halia- 1 inci


Bersihkan udang
tumbuk bawang -bawang, cili api, halia. ketuk serai,
masukkan benda2 di atas ke dalam periuk.
masukkan santan, bila dah mendidih masukkan belimbing buluh dan daun kunyit (hiris)
Agak-agak belimbing dah layu sket, masukkan udang.
Biar mendidih sekejap, angkat!



sambal belacan


sayur pucuk paku.,
siap dengan batang-batang sekali masuk. sebab cikgu kata benda2 yg dekat batang , kulit (kulit buah-buahan) kat situ le khasiatnya. Jangan ko makan kulit durian dah.kang masuk sepital.



Monday, March 21, 2011

Lokan bakar

Semalam, singgah Muar. Di kiri kanan jalan ada jual kupang, lokan dan siput.
Catz beli kupang dan lokan.
Kupang tuh rebus je..buh halia, serai, hiris2 bawang cili..buh garam done.


ni le rupa lokan

isi dalam, aku stim kejap supaya senang nak bukak. Tak koser aku nak cungkil-cungkil , malas. Buh dalam steamer kejap je.

Aku buh atas tudung periuk.
Bahan-bahan yang aku letak ialah , halia, garlic, tumbuk lumat, buh sos cili thai sket, perah limau/lemon. done. buh atas lokan dan letak atas tudung periuk.

Terusssss mak aku istigfar nam blas kali tgk tudung periuk dia aku kerjakan. Bakar atas dapur gas je.

slurppp

Tuesday, December 1, 2009

Sambal udang petai wOng S0lo??

Tak habis dengan sambal terung kedai w0ng S0lo, aku teringin pulak sambal udang W0ng S0lo.
huh...mentel sgt lah tekak ni...

sambal udang petai

PETAI


Balik kerja aku carik udang dan petai kat ekonsev. Nasib baik ada.


so bahan-bahan:

udang
petai
cili kisar -4 sudu besar
belacan
bawnag merah +putih
jus asam jawa (satu sudu)
garam
gula



Tumbuk bawang putih dna merah, Tumis bawang, masukkan belacan dan cili kisar. Tumis garing.
Masukkan air dan jus asam jawa sket, aku suka sambal cair sket. buh garam dan gula secukup rasa.
Masukkan petai.kacau.
Masukkan udang.
Kacau kejap je, jgn lama, karang udang keras.
Agak-agak seminit dua, udang dah masak, hidang.

nyum...makan dgn nasik suam. Habis 3 pinggan.

err..now aku ngidam sambal sotong pete dia pulak. help!!!

kot lepas ni aku ngidam mkn ayam penyet kg daun ke..ess teller ke..abih la..mana nak carik bahan ni??

Monday, November 23, 2009

Sotong goreng tepung

Lately suka makan ni...
semalam buat ni utk minum ptg (heh...makan benda ni sambil tgk the biggest loser dan jamie masak)...

sotong goreng tepung


bahan-bahan:

sotong
tepung jagung
serbuk kari
garam
minyak
telur
tisu paper


Mudahnya nak sediakan.
Buang kulit sotong, bersihkan, hiris sotong (hiris bulat), cuci bersih dan toskan.
amik tisu paper/kitchen towel bungkus sotong supaya airnya kering serap di tisu (kalau tak mau meletop-meletop masa goreng, habis ko kena bersilat masa goreng).
Pecahkan telur, kacau
amik tepung jagung, buh rempah kari dan garam sedikit, gaul rata.


Panaskan minyak.
Amik sotong, celup dlm telur, golek-golekkan dalam campuran tepung tadi dan masukkan dlm kuali...cressss....cressssssssssss....!!! zassss...zresssss!
kejap je..tak sampai seminit dah masak dah..angkat. toskan atas kitchen towel.
Hidang...dgn sos cili .

nyum-nyummmmm...

eh, makan ni sambil tgk the biggest loser pun boleh habis sepinggan.
hiks.
tak sabar nak tgk 'The Biggest Loser Asia' start 24 November 2009.