Showing posts with label main masak-masak. Show all posts
Showing posts with label main masak-masak. Show all posts

Thursday, October 20, 2011

makan seekor lembu

Rajinnya aku hari ni. sebab updet 2 kali.kih.

Nak keluar lunch tapi malas.
this morning i had 2 guests , Komander?or leftenan komander is it? from mind3f to be specific from tLdM. meeting on radar and communication system for newly built kapal n@VY.
one of them, masa baru dtg pagi tadi..tanya.." kat sini ada surau?"
aku cakap " ada."
aku macam pikir, nak pegi surau buat apa time2 gini? nak semayang dhuha kah??
tepat.
dia nak semayang dhuha.
wah...anak sapalah tu kan. sesuai dibuat suami. hahhaa.
ok dah. merepek.

kering tekak aku bercakap, and habis meeting they invite me for lunch, nak belanja katanya, tapi mak malu u ols.
wah sejak bila aku jadik pemalu pasal makan ni entah.
malas la sebenarnya.
Lagi best makan biskut dalam bilik.
malas.

ni sambil gigit biskut lah ni. jacob. low fat. low salt. high fiber. baik untuk kesihatan.
dengan 2 gelas air masak.

u ols lunch apa hari ni?

ewah, macam lah korang nak jawab.


Jumaat , 14th October 2011, 8.30 mlm.

aku balik malam. dah le opis mak bukan kat tengah bandar u ols. dalam hutan.
aku ketakutan masa nak balik, sebab parking tepi hutan. gelap gila. lariiiiiiiiiiiiiiiii..masuk dlm kereta. masuk je dalam kereta ...
aku pandang cermin pandang belakang.
makkkkkkkkkk. tiba-tiba ada orang bermuka buruks dan hodoh duduk kat seat belakang dan pandang aku..baju putih koyak-koyak, rambut sebijik macam hantu mak limah.
terusss..aku toleh belakang.. " er...makcik nak tumpang balik manaaa??'.
makcik tu jawab" nak balik Pengkalan kubur nak. cepat antar makcik, kalau tak..."
aku terus jawab .." kalau tak apa makcik?"
makcik tu jawab.." kalau tak, makcik cekik ko".

ek eleh...dah le nak tumpang, lepas tuh nak cekik aku pulak.

ewah-ewahhhh..

ok.


cerita dongeng semata-mata.


kalau beul mungkin tah-tah aku dah pitam kat situ. or maybe pecut 500km /jam.

haahhaa.



balik masak asam pedas. ye. asam pedas megi. mee segera . brand adabi. dekat gambar luar bungkusan, ada tertera megi yg dah masak, siap ada ikan tenggiri seketul. Tapi puassssss le aku tonggeng tonggengkan plastik megi tu.tak de pun ikannya???
menipu je kan.
so i opted for sayur mayur. buh tahu dan kacang panjang dalam megi aku.


slurpppp. depan TV. sedap. then sambung with slides presentation preparation.

saturday.
15/10/2011.

Gigih bangun pagi, check balik slides etc, coz i have to work. Talk dekat cheras.
nasib lah ada GPS.
kalau tak entah-entah aku sampai amsterdam.
pukul 1.30 tghari habis kerja, zooommmmm to the curve.

Lunch alone at pho hoa. restoran vietnam.


pho


beef soup, toge, daun pudina, sambal, cili api.

beef tu boleh pilih, ada macam-macam jenis. aku pilih steak pho.

toge, limau nipis, daun pudina, sambal



j
tak habis pun. mee dia aku tak berapa makan coz daging dia pun dah banyak gila...bloated gila.
daging tu dihiris nipis-nipis dan sgt banyakkk!


then aku jalan-jalan sikit, beli barang sikit. dan pegi ikea. pusing-pusing. beli benda merepek-repek.
anddd....
hehehhee..
makan swedish meetball.

tamak? yes! 20 bijik! logik aku makan sorang 20 bijik?

ok, tipu. aku mkn 5 bijik je. yang atas tu gambar lain masa kuar dgn anak kawan aku last month.
kenyang gila.

aku rasa kan..
daging yg aku makan dekat restoran vietnam tadi dgn meet ball ni kalau di sambung-sambung mungkin akan menjadi seeekor lembu.
very meaty....
so..terus berazam.
next i minggu tanpa daging. kononnnnnnnnnnn.

dan... for dinner yang bertukar menjadi late supper...adalah di TLG!
That Little gerai which is now not so little anymore. i take my fren's daughter here to sample their fabulous food.
and they like it! siap nak datang lagi katanya u ols.
ok..peristiwa nak ke TLG adalah sadis.
we went to Low yat and berjaya Times Square for shopping spree.
wah borong sakan.
and boleh tak dari times square ke TLG took almost 1.5 hours.
pening terpusing sana sini. sampai nak give up oke.
tapi usaha tangga kejayaan.
i called chef aidy and k aida.
ahahaha.azab kau.
and we were the last customer..
nasib dapat makan.
thanks to Ray yg prepare aglio olio with extra prawns.
hikhikhik.
and we sample their creme brulee...oh sedap lah gila.
and thanks k aida for spesel massage for spesel mentel customer ni.
aku pening gila , and k aida sangatttt baik hati..
kak aida and chef aidy entertained us..
we ate and laughhhhhh.
hahahhaa.
ketawa.
ok.
kenyang.

on the way balik da pukul 1.30 pagi.

polis dan abg rela tahan kat tengah hiway.

abang rela? or pakcik i think suruh berenti.

aku turunkan cermin tingkap.

pakcik rela muka garang .." nak ke mana ni?"

aku: " ke masjid pakcik. nak attend qiamul lail program.".

terus dia suruh jalan.

aku dalam kereta 3 orang ketawa sampai bergegar kereta aku. hantar both of them to Mont Kiara, and aku ke bangi.

dah.

apa aku cerita merepek-repek ni ek?

lately aku merapu je kan.

tak reti nak tulis apa.

harus tak aku tutup je blog merepek-repek ni???

harus??


Monday, September 26, 2011

Kelas masakan : Laksa Johor

Kita belajar masak pula....!!
Ok, jom kiah, jom kak jah kita pergi kelas masakan.

Laksa Johor

it was on saturday.
I'm johorian but never in my life have idea how to cook laksa johor.
emak aku mmg tak pernah buat any kind of laksa.
aku pun sama.tak reti ke malas entahlah.and actually aku mengenali laksa (any kind of laksa)during my universiti time. sebelum tu yang aku tau adalah mee bandung dan mee sup saja.
or actually, i'm wonder the right ingredients, the right ikan and other things that must have to prepare a perfect laksa johor.
and..actually kannnn...
am wonder who invent this laksa johor.
err..oramputeh ke? sebab pakai spegeti.
ada darah keturunan itali ke??
or actually derang nak buat spegeti bolognese ke, or any kind of pasta sauce, tetiba jadik kuah laksa ?thats why laksa johor serve with pasta? and that experiment has been done in Johor..so they called it laksa johor???? or maybe dia kawin dgn italian, so try nak improvise and saja nak serve dgn pasta supaya nampak itali gitu sebab lakinya itu dah seminggu mogok tak nak makan selain dari pasta?

oh merepeknya aku kan.

ok..lets go to our main business here, to prepare laksa johor.

Bahan-bahan:

Untuk kuah laksa:

Ikan parang
Ikan kembung
ikan kurau masin (dibakar, dan dikikis isinya)- optional. tak letak pun ok je.
santan
serbuk kari
cili kering (kisar) -7 sudu besar
kerisik
serbuk lada hitam
daun kesum
bunga kantan
asam keping -letak 2-3 keping sudeh.
minyak
garam
gula sket


Pagi-pagi dah sampai rumah cikgu u ols.kata nak belajar kan.
Cikgu yang baik hati telah ke pasar membeliu semua bahans.


ok jom masak.

aku sampai je ikan dah direbus dalam periuk ni ha...


ikan kembung dan ikan parang. Ikan lain tak jadik laksa johor u ols. nanti jadik laksa wilayah persekutuan pulak kang.

Dah rebus, angkat..air rebusan jangan buang cik jah. itu akan diguna masa nak blend ikan ni nanti.


amboi..merelip gelang emas cikgu i kan. Proses mengasingkan isi ikan dan tulang. i suka u ols. sesambil tu i makan sikit-sikit masuk dalam mulut..sedapnyaaaa ikan fresh. nasib tak kena cepuk dengan cikgu kan.hahaha. cikgu kata..ha..makan le telur ikan tu. ye ikan parang ni gemuk, so telur besar-besar.

isi ikan parang dan kembung

langkah seterusnya adalah blend isi ikan, campur dengan air rebusan. kemudian masuk dalam bekas, asingkan tepi sat. lepas tu blend tulang ikan pulak dan TAPIS. campurkan dengan campuran isi ikan tadi oke.


gambar proses menapis tulang ikan yang telah di blender tadi.

ha..dah siap bahan utama untuk kuah iaitu isi ikan. got it kiah?

langkah seterusnya adalah membuat kuah. sebelum tuh, amik le dalam 7 sudu besar cili kisar, buh setengah peket serbuk kari. kari jgn banyak, kang rasa kari sgt, jadik mee kari pulak. gaul hingga mesra alam dan semesra teman tapi mesra.


kemudian, panaskan minyak dalam kuali, tumis cili berkari tadi. hingga agak garing , jangan lama sangat.
ada orang buat laksa ni dia tak tumis, tapi kelebihan bila bahan ditumis adalah kuah lebih tahan lama..dan lebih sedap.


oh masa tumisan dah ok, masukkan sedikit serbuk lada hitam.

selepas itu, masukkan santan. bagi merenih sebatian tersebut, masukkan seikat daun kesum. ini untuk aroma yang harummmm...oh masukkan juga bunga kantan yang dibelah dua.

ok...masukkan kerisik pula ya...

masukan garam, gula, secukup rasa. dan jangan lupa..asam keping. renung-renungkan. ok, masak kuah laksa johor ni merenihnya agak lama. haa..u ols kacau-kacau, renih sat...kacau..sesambil tuh boleh le bawak samsung galaxi tab ke..ipad ke, main angry bird kat tepi periuk tu cik jah.


NEXT!

menyediakan aksesori laksa johor.

aksesori laksa johor adalah ulam-ulaman dan smabal belacan. bahan-bahan adalah tauge, bunga kantan, timun, kacang panjang, daun kesum, limau kasturi. untuk sambal belacan, kita guna cili api, cili merah besar.

bahan untuk sambal belacan adaah cili api, cili besar, belacan, garam, gula dan peraha air limau kasturi. ok..buk!buk! buk! nak guna blender boleh, lagi senang. ni saja aku nak tunjuk aku rajin kat cikgu. so..menumbuk lah kita...

ok...proses membuat sambal belacan laksa johor

ha..nak hiris timun ada cara u ols. cikgu tanya " tau tak camana nak hiris timun untuk laksa johor?"
i jawab: err.....hiris halus-halus kot???
salah u ols.
caranya adalah dengan mengupas kulit timun.
kemudian hiris nipis mengelilingi timun (eh ..paham takk...i bukan suruh mengelilingi dapur oke). jangan amik empulurnya, sebab tak nak berair timun tu. kemudian gulung dan hiris bulat cam kat atas tu.
kacang panjang hiris nipis-nipis.
hiris halus bunga kantan, daun kesum, cili.
tauge tuh buang ekor, cuci dan toskan.

siap aksesori.


sesambil tuh boleh rebus spegeti pulak. err..aku rasa the reason why cikgu rebus dalam kuali ialah untuk menerapkan unsur-unsur kemelayuan. selalu kan oramputeh rebus dalam periuk kan.hehe...ok..aku merepek je.

masa rebus tu buh minyak dan garam sket. rebus lama sket, dah lembut angkat dan tos.

ok..tu diaaaa laksa johor yang dah siap dihidang..

oh sedap hingga menjilat pinggan mangkuk

hihihih..cikgu suruh bawak balik sikit untuk makan kat rumah. thank you teacher...

ok..gembira. aku dah boleh start masak laksa johor untuk cafe esok.

Wednesday, September 14, 2011

chicken Thai green curry

Dari korea kita ke Malaysia makan nasi lemak lepas tu ke Thailand pulak eh.
Makan green curry. Mari kita ke Bangkok for authentic green curry. jooommm.

green curry


yeszaaaaaa...thai green curry paste, direct from Bangkok. as usual, at my fav shop dekat Suvarnabumi airport. Blue elephant curry paste.
Thanks for this soviner. ha...senang dan murahkan soviner mak. Tak perlu susah-susah belikan thai silk ke, perfume ke apa..beli paste kari pun dah gembira melompat-lompat. boleh lah kita masak dan makan untuk hilangkan stress.


kerja memasak lebih mudah.

ini ekoran aku melepak makan dekat Grand Canyon ...eh..Black Canyon. Makan green curry and tomyam. Biasalah, tekak aku kan kadang-kadang keji. dah makan kat restaurant lepas tuh boleh pulak mengidam masak benda tu pulak. miang sangat.mengidam masak oke. bukan mengidam makan. tapi dah masak, of course la lepas tu makan pulak kan...oh..lame excuses kan. memang tak akan selim melim sampai 2013. takpe. Kita harus berpegang kepada moto cik kiah iaitu "GEMUK BOLEH KURUS". Samada kita join The biggest looser asia atau kita usaha sendiri bila terasa nak kurus dan tiba masanya (BILA tuuuuu kiah???). tang tu jawab senirik lah.

no worries.

ok..jom masak. hik-hik-hik.
oh macam nak kena lempang kan?

Bahan-bahans:


daun limau purut, bawang putih, bawang merah, halia, tomato

ayam - hiris lah kecil-kecil. jangan buh seketul macam ni. nanti tak macam thai green curry pulak.

terung kampung. entah, aku tengok kat plastik tulis macam tu. dekat label kat pasaraya tulis terung cameron. maybe terung kampung cameron.

kak seri siantan. eh, santan.

green curry paste


cara memasak:

1. Tumbuk bawang merah, halia dan bawang putih.
2. Tumis bahan tumbuk, masukkan paste kari hijau.

Tumis hingga naik bau masukkan ayam. gaul sebati.

masukkan santan. if terlalu pekat, tambah air.

Bila dah mendidih, masukkan terung yang telah dihiris

kacau rata

Bila ayam dan terung dah masak, masukkan tomato dan daun limau

Masak lagi , 5 minit ke..kacau..mendidih, rasakan garam nya. dah ok...sedap ikut lidah masing-masing...haa..angkat. oh ya..if suka pedas, masukkan cili api ketuk beberapa biji.

ok..siap...jom masak dan makan.

Monday, September 12, 2011

Jom masak: Asam pedas ikan merah

Asam pedas ikan merah


Bulan syawal ni kenyang makan lemang, ketupat, rendang lah kan.
i've few more open house to attend. Alhamdulilah, rezeki.
so impian " err...kang hari isnin ni aku start diet...or start my healthy menu ..." belum terlaksana.
dengan jemputan rumah terbuka yang banyak..lepas tu company jamuan raya...err..next..next..next monday lah kiah kita makan sihat-sihat.
penat semalam catz sediakan ais krim untuk jamuan raya company ofis hari ni..

hiks....
Stock makanan basah masih lagi banyak dalam fridge.
kena masak untuk habiskan stock dan kosongkan peti sejuk sebab i'll be away soon.
back to routine, kerja. out station.
so pokok-pokok bunga ai, sila prektis puasa. :)

oleh kerana banyak undangan makan jamuan raya, kalau tak kemana-mana i prefer to cook.
lfew days before aku masak asam pedas.
lama gila tak masak asam pedas, and it turned out to be good.yeyhhhhhh.

ok..bahan-bahan:

ikan merah - sepotong (if makan ramai masak le sekor)
daun kesum
cili giling
bawang merah- 5 ulas
bawang putih - 3 ulas
halia
serai- 1 batang
asam jawa, untuk menyenangkan hidup gunalah paste adaaaabiiiii.
air
tomato
minyak,
garam gula secukup rasa.

cara masak:

tumbuk bawang merah, halia dan bawnag putih.
Tumis bahan tumbuk dan serai hingga naik bau.masukkan cili giling dan tumis dengan api perlahan. kacau-kacau...hingga garing.
Masukkan asam jawa yang dibancuh dengan air. kuantiti agak-agak le kan.
tambah setenga mangkuk air jika masih terlalu pekat.
masukan daun kesum.
then masukkan ikan bila kuah dah mendidih.
sesambil tuh rasakan le..balance ke tak garam, gula sket.
masuk tomato...
dah sebati, ikan dah masak...test2 rasa sket agak2 sedap di lidah ...
angkat. hidang...


Wednesday, September 7, 2011

Roti jala



roti jala yang agak keji rupa parasnya bersama sup tulang hidangan berbuka puasa.


Teringat aku peristiwa bulan puasa. Dah lama tak makan roti jala, so catz pun gigih le bancuh tepung untuk buat roti jala.

Tiba-tibaaaaaaaaaa....

ai tak jumpa peralatan menjala mak u ols.

oh gabra tak kan nak buang je bancuhan tepung tu? nak buat lempeng? aa..tak best...

so kita improvise, guna botol sos untuk melakukan menjala. pernah dah buat dulu. Tapi this time sebab nak cepat, rupa paras roti jala aku adalah sgt keji.

Takpelah kan. dah masuk mulut, rasa sama je (ayat penyedap hati).

tataw le apa tamu i kata dalam hati. hik.



ni pula roti jala sempena tamu datang berhari raya.
masak simple je. roti jala dengan caramel puding.

ha..tang ni aku guna peralatan menjala yang betul.

ok..cop...cop. sat , nak tulis resepi:

bahan-bahan roti jala:

2 cawan tepung
2.5 cawan air
telur-1 biji
pewarna kuning/serbuk kunyit
secubit garam

cara-cara:

ayak tepung bersama pewarna/serbuk kunyit
masukkan air, telur dan garam.
kacau sebati hingga adunan sebati
amik acuan roti jala dan mula lah menjala ....
takde rupa jala kan?????

roti jala yang ehemm...dicicah bersama kari ayam.

kuih muih raya..errr...of courseee lah beli plus hasil tuaian dari rumah mak ai


tamu .hi auntie...hiks..glemer auntie.terima kasih datang bersama rombongan auntie.

oh , rasanya tak buat rumah terbuka. rumah sentiasa menerima kunjungan. nak datang beritahu. nanti i masaklah apa-apa yang ada.

selamat hari raya.