Showing posts with label sup. Show all posts
Showing posts with label sup. Show all posts

Monday, March 8, 2010

Ahad yang permai...




wah tajuk...jiwang.

tekak teringinnnnnn nak makan soto yang mcm Batu Pahat punya. Yang ada kacang tanah goreng terapung-apung.
so berdasarkan maklumat ini,
saya ke old timer kopi, dekat seksyen 9 Bandar Baru Bangi.
inilah hasilnya.
Lunch. pukul 1.30 tgahri.

soto, sirap bandung selasih dan novel.
sambil makan, sambil baca novel yang tak habis2 tuh kan.

soto yang ada sambal kicap, ada bergedil dan kacang tanah..nyumm
total RM10.50 (soto 6.50), sirap bandung RM 4.00???? tapi sebab pekat dan sedap, aku ok le.
(kita makan sorang. kita heran kerana ada seorang staff kedai ni ngendap2 di sebalik pintu. maybe dia heran napa aku makan sambil amik gambo).


lepas tuh sambung jalan-jalan, ternampak gerai cendol. since aku sorang-sorang, so aku boring masa tunggu cendol, aku 'termakan' nasi lemak atas meja tuh pulak. makan separuh sebab sambal pedas (sebenarnya dah kenyang mkn soto- mulot mentel nak jugak makan tu).

nyummmm..sedap okies.. (gerai lori depan Seng Heng fasa 4 tambahan). Aku dah pesan penjual suh dia rebus lembut sket kacang merah tuh supaya lagi best. Tapi santan dia best.
Tapi akhirnya aku kena berkejar balik rumah sebab tiba-tiba sakit perut. so maybe sambal nasi lemak or sambal kicap kot....padan muka laaaa.

Balik rumah..Zzzzzzzzzzz...oh papa is away, so kita tgk tibi sama kambing kita dan tertidur setelah makan mangga 2 bijik. tu je kan. ok wutttt??

eh..tak la..ada lagi..mula2 dah bancuh megi errr..masak megi, pastuh goreng sosej, pastuh..pastuh..aaaa.. (semua adegan dilakukan sesambil tgk marathon The Biggest Loser Asia).
hahahha..tak insaf kan???

Thursday, January 21, 2010

Sup Labak (labu+lobak)

Hi ols...
eh lama ek aku tak buat entry main masak-masak.
Malam tadi masak sup labu sebab nak bawa bekal utk pergi kerja.
Kalau masak pagi alamatnya driver akan tinggal aku.
Dan memang betul pun...
bangun pukul 5...pastu konon-konon nak tidur sats 5 minit...
nikmatnyaaa menarik selimut....zzzzZZZZZzzzz...
tiba-tibaaaaaaaaaaaa....
dangggg!!
makkkkk!!!
tersedar lagi 5.55 pg.
wohhhhhhhhh...
terlompat aku terus. Kalau lompat kuat sket, sekali lompatan dari atas katil mmg terus berdebub kat bilik air .
Panaskan sup sambil mandi.
Mandi kartun.
then matikan api.
Dah siap nak pi keje, aku buh sup dlm tupperware. Sup ni utk lunch.
drebar mak sampai 6.20pg.


Inilah dia sup labak (labu+lobak).



Actually, lately i'm more into vegies.
avoid nasi kalau boleh, eat more sayur dan buah.
Bagi aku, diet bukan tak payah makan. Tu bukan diet, tu nak bunuh diri.
Persoalannya adalah kena jaga apa yg kita makan, kuantiti dan juga waktu makan.
Oh, aku bukan nak kurus keding ye.
Just want to change into healthier life style.
Nak pikir apa yang nak dimakan itu pun susah.
Maklumlah, dah biasa dgn nasi goreng etc di waktu pagi.
Dah biasa dengan nasi dan lauk sedap time lunch.
Dah biasa makan nasi di waktu malam.

nak ubah tabiat mmg susah..

aku teringat dalam satu drama kat TV. Seorang ibu berangan menjadi orang kaya.
Kelakar.
So..instead of nasi goreng/ malay sarapan, dia serves roti kpd anak2 dan suaminya.
Laki dia tanya :"kenapa asyik roti, jem macam ni? Hari2 pulak tu.dah tak lalu."
dia jawab : " Abanggg..kita kan tinggal dikejiranan orang-orang kaya. Jadi kita kena lah berlagak cara hidup dan mkn macam orang kaya. Orang kaya, pagi-pagi mereka makan roti.."
errr....gitu ke?????
Pastu, kalau hidang cekodok minum petang, dia letak 3 bijik je atas pinggan semua orang. siap pisau dgn garfu. Dia ckp, ni cara hidang food mcm kat hotel. Ni gaya orang-orang kaya makan.
Bukan letak selambak pat ploh bijik atas pinggan mkn ramai-ramai. err..gitu ke?
hahhaha..azabsss.

eh, apa aku merapik ni??
ok berbalik pada kes labu aku.
aku cari alternatif untuk makan benda yg lain dari nasik dan sedap.
hemm..so now hari-hari aku buat sup sayur.
Dah dekat 2 minggu bwk bekal mcm ni.
Isnin : kobis + cendawan
selasa: lobak+ tahu
rabu: sawi+fishball
khamis:....
jumaat:....

dah abih segala sayur dah. aku pun dah rasa macam arnab sket. kalau mcm ni berterusan, aku rasa lagi 2 minggu, kompem tumbuh 2 gigi depan. Memang betul-betul rupa arnab dah.
so aku nak masak sayur lain. lets try labu.
Oh sedap rupanya.
Nak dramatik lagi aku bubuh lobak merah. (eh...tetappp berunsurkan rabit)..



Ok...lets cook!

Bahan-bahan:

Labu
lobak merah
bawang besar (kuning)
bawang putih 3 ulas
ikan bilis
(lada hitam)- jika suka
garam
air
setitik minyak utk menumis


kupas labu..sambil tgk CSI . susah oke kupas labu ni. memerlukan kekuatan tangan.Kalau mata dukkk tgk CSI, alamatnya ada yg terkupas jari karang.
Then, hiris lobak, kupas bawang, dan tumbuk bawang putih dan ikan bilis.


Cara masak:

1. tumis bawang putih dan ikan bilis dlm sedikitttttt je minyak hingga naik bau.
2.Masukkan bawang besar, tumis hingga layu.
3.Masukkan lobak merah, gaul-gaul. Masukkan air dan biar mendidih.
4.Masukkan labu, kacau. Biar mendidih hingga karot dan labu agak empuk.
5.Bubuh garam dan lada hitam sket (jika suka). Biar merenih.
Angkat dan hidang.

Dah siap..

Sup ni sangat lemak, sedap, bekhasiat dan mengenyangkan. Makan dgn roti pun boleh.Mudah nak masak.
err..kalau oramputih buat sup labu derang akan blend, dan bubuh krim sumer kan? yang ni tak payah..ko blend pakai gigi sendiri time makan. .tak yah susah2 nak guna food processor/blender. takyah buang masa basuh blender bagai.
Masuk perut hancur gak
hiks.


nak share info sikit dari sini:

http://info-kesihatan-anda.blogspot.com/2009/03/labu-kaya-khasiat.html


Pelbagai Khasiat Labu

Selain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin dan serat. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan.


Dalam buku 'Vegetables : For Health and Healing' nukilan Ong Hean Chooi, isi
labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes manakala labu yang dikukur halus boleh merawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau.

Jangan makan banyak sgt dan hari-hari. dikuatiri badan bertukar jadik kaler oren. seram.