Showing posts with label vietnam. Show all posts
Showing posts with label vietnam. Show all posts

Thursday, February 18, 2010

Jalan-jalan di Saigon

Jalan-jalan yang bermaksud jalan kaki.
ke sekitar bandar Ho Chi Minh ni.
melihat-lihat, dan masuk museum.
(wah...bunyiknya sangat geography dan sejarah bukan???...).
Sebenarnya aku nak cerita pasal perang vietnam..tapi malas pulak nak menaip ni..
jadik aku bubuh je la gambar sekitar bandar.


sofitel Plaza Saigon

klik-klik

depan diamond plaza

kat area cathedral

pejabat pos..antara tempat yg jadi tourist attraction.

Bangunan dgn rekabentuk Colonial Peranchis ni merupakan salah satu land mark penting kat sini. seberang jln je dgn Notre Dame Cathederal tuh. Kat sini bleh le nak anto surat, bungkusan, beli setem dll. Dalam ni banyak kedai soviner dan jugak setem utk kenangan.



War Remnants Museum

kereta kebal, kenderaan tentera dll masa perang vietnam


terserempak org tgh buat wedding shoot..mak pun dgn tak malu tumpang semangkuk..


kan aku dah ckp..orang vietnam ni sgt mesra alam dan mesra kamera. pakcik ni duk kayuh beskal dia..aku hala kamera, terus dia turun kooo...lambai-lambai dan senyum ...maybe dia ingat aku nak beli ke buah-buahan dia tu..aiyo pakcik..i no moni..!

aku terserempak dgn sekumpulan org yg tgh belajar photography kot. korang tgk object yg nak di shoot tuh...menarik bukan?? pandaiiii cikgu dia sediakan object kan. aku ingatpompuan tuh sorang duk dlm public phone tu..rupanya berdua oke...wa-wa-wa-wa...seksa tau mata kita, tataw kot depa ni artis ke apa ke kan...hiks.

minum kopi (ada org cuma mampu telan air liur je lah kan..kesiannnnn mak ni...)




Reunification Palace




sapa tengok Amazing Race, ha..kat sini lah pit stop derang kat Ho Chi Minh City, Vietnam.
Siap ada sorang peserta tu terharu sebab sampai sini. dulu abah dia pilot tentera Amerika yg berperang kat sini. kena tembak jatuh pesawat dia , tapi abah dia selamat. Dan kat sini le peserta tuh kena eliminate sebab dia group yg last sampai.

kat dalam.

actually aku banyak amik gambar-gambar dlm ni..segala bilik etc..kang kalau aku rajin aku wat entrynya.


kat luar ada tinggalan kereta kebal dan jet yang diguna masa perang vietnam. Katanya, ini lah kereta kebal yg diguna utk rempuh pagar reunification palace ni dan menyebabkan perang vietnam tamat.

pilot jet tentera..haaa...

cat at park..melepak. Oleh kerana dah papa kedana, kita pegi tempat yg free dan mursmurs je.
hiks.

next entry..pasal perang..(owh...sejarah sungguh bunyiknya..). complicated.

Wednesday, February 10, 2010

Shopping di Saigon?

Pagi yang cerah.




Sarapan dan minum kopi vietnam yang sedap. Aku jarang minum kopi, tapi kat sini boleh suh tambah 3 bekas ni. Tamak. sebab sedap.kenapa nak minum sikit-sikit.rugi.


Aku kena letak gambar makanan, kalau tak aku macam rasa ni bukan blog aku (walau tajuknya adalah 'shopping'). Gambar telur pun jadiklah kan.

Aku tengok kan, sup, nasik goreng, ayam masak apa tah..sedappppnya.. benda yang tak boleh makan tu lah yang aku nampak sedap. Bingai.



Ceh tajuk..poyo nya ya ampun.
Sebelum pergi aku baca di forum-forum travel, tripadvisor, blog mengenai shopping di Vietnam.
Ada satu forum tuh sampai berpuluh pages citer pasal shopping di sana je, ala-ala shopping and travel guide la.
So mak pun gigih menelaah kononnya.
saja nak tengok apa yang speselnya di HCMC.
oh...dlm forum tuh derang mention kat mana nak shopping baju, hiasan rumah, cenderahati dan kain-kain segala.
Amboi..bestnya bunyiknya kan?. Pergi 3-4 hari untuk shopping je.
pergh. kagum aku sebab bila baca tu seolah-olah segala kedai mereka redah.
Dan betapalah mereka describe yang harga barang di sana adalah murah. dan murah. dan murah. dan murah. dan murah. dan murah. mak oi.Macam soping bawang je kan?


Aku suka lobi hotel ni. Dia bubuh fresh flowers dan orkid merata-rata. Bunga orkid putih tu lawa gila.

Lepas sarapan pagi, pi lepak lobi kerana ada shuttle bus free setiap setengah jam yg disediakan oleh hotel untuk ke pusat bandar dan ke Ben Tanh Market. Disebabkan takde plan, so saja nak jln kat town dan pi ke Ben Tanh Market dulu. Tunggu shuttle bus tak muncul, dan pihak hotel call teksi. Naik Mai Linh (teksi yang hijau putih) .Tambang hotel yang bayar. Aww..terharu mak.


Antara syarikat teksi yang reliable lah. Guna meter. Aku tgk ada yang pakai tali leher hijau, tapi ada jugak yang tak pakai.

Sekitar pukul 10.30 pagi.


On the way ke Ben Tanh Market , dapat menyaksikan kesibukan Kota Ho Chi Minh menjelang tengahari hujung minggu. Jalan agak sesak, mcm biasa motosikal menguasai jalan raya. Pastu kan, jalan sana kan terbalik dari tempat kita. tuh aku jakun sikit.
Oh..ada yang komen, pasal lintas jalan.

tips-tips kesihatan..eh..keselamatan


Ya..memang dinasihat jangan lari. hehhe..nak selamat, kalau ko nampak orang lintas, ko ikut je.
let say ko dgn kawan2 ko berempat. if kawan ko ajak lintas, kdg kan kita antara sure tak sure je kan. ko lintasssss je. Lintas ramai2 lagi best dan selamat sbb jalan ramai-ramai motosikal lebih hati2. If kawan-kawan ko dah lintas, dan ko terkontang kanting tertinggal kat seberang jalan feeling-feeling jalan lengang baru nak lintas..lagiiii ko takut nak lintas sorang kanggg. alamatnya sampai minggu depan pun ko tak lintas.Aku kan..mula2 memang pun, asyik nak terlari. Tapi bila lari, kita kosentret lari je..so baik jalan slow-slow dan tgk kiri kanan, hati-hati. hiks.
Ok..cab berenti depan Ben Tanh Market (sebut betul2...kanggg bentan kanggg) . Masuk je...wahhh....banyaknya kedai. Dari bahan basah, buah-buahan, cenderahati, barang hiasan rumah, kain-kain, beg, baju, jersi, lukisan, kopi yang pelbagai jenis dan lain-lain.


Gerai sayur-sayuran dan buah-buahan

aksesori wanita..rantai dan gelang

pelbagai jenis kopi

cantik-cantiknyaaa.

gambar yang ni aku pinjam dari blog orang rawa. mintak halal ye.
pelbagai hiasan rumah lacquerware -kempunannnn oke!
p/s: sapa nak pi sini, kirim buleh tak?
aku nak yang macam pinggan empat segi tu. Biasanya dia jual satu set 3 pelbagai saiz.dah aim dah nak beli yang mana, konon nak beli last. akhirnya kempunan. kesian mak ni.Now aku duk teringat-ingat.



perhiasan cantik-cantik yang aku kempunan nak beli

napa blur ah? ni kamera aku lah niiii tak pandai amik gambo
(tak reti amik gambar salahkan kamera)


baju, beg dll

kedai lukisan. Ni sempat beli sebelum papa kedana sebab kena copet.

penat tawar menawar.
Petuanya, beli kat sini kena tawar menawar lah, mintak kurang at least 50% kalau nak tawar tuh. ramai je yang bila tgk kita muka malaysia, derang akan ckp..Murah-murahhh!!
Some kedai ada yang boleh ckp Melayu. Ada satu kedai tu, femes kot dikalangan org Malaysia. Dia terima duit Ringgit Malaysia dan aku tgk ramainya makcik-makcik yang soping kedai dia.
Siap tempah baju kurung dll. sia ada katalog bagai tu.kedai tu jual kain, telekung dll.



ko nampak tak pompuan baju kuning yang ngadap sini tu? dia pujuk aku beli t-shirt kat kedai dia.
Aku bual-bual dengan dia. Aku cakap badan perempuan Vietnam cantik. Kurus, perut leper kan..tapi teksteks tak kecik. so lawa lah..bukan kurus sekeping or gemuk. Pastuh dia ckp..
"i no moni to eat. thats y selim melim, eh u ok la...many malaysian are just like you. Your body figure nice. i slim coz no moni to eat. Many malaysia are far bigger than you (tgn sambil buat isyarat gemuk). You ok. You big but not too big. Your body nice. (eh, sambil ckp aku gemuk, sambil tu bodek aku, serampang dua mata sangat kan..? kan?) ke ke ke...
Tapi aku mmg suka lah tgk body vietnamese ni (eh aku straight ye). Aku suka tgk figure derang.
Agaknya aku ni kalau nak kurus body cantik, kena berhijrah ke sana kot? Ada sesapa nak hire aku tak?

Selain cenderahati dan perhiasan rumah, kedai kain adalah sgt banyak di sini ye. dari cotton sampai lah kain2 silk, jeans dll. sutera vietnam pun cantik-cantik.


kedai adalah rapat-rapat dan sempit antara lorong kedai

memang rambang mata..so kak Temah, sila bawak duhet banyak-banyak ye.
masa ni 1 juta vietnam Dong = RM221.00 .
harga kain anggarannya..ehmmm...4 meter tuh around 6-12 USD or sepasang dlm 120,000 VD kot ek?? lupa. Tapi boleh lah dapat kdg 20 USD 3 pasang kot.
sambil beli tawar menawar, ko pikir tukar2, dlm USD or VD mana untung.
Ia bergantung kepada kuantiti dan skill penawaran. Lagi banyak kuantiti lagi murah lah.
100,000 VD lebih kurang = RM20.00

sempit lorong-lorong ni. Lepas tengok-tengok kain, aku jalan menghala ke tempat jual beg. Dan ketika itulah aku baru perasan zip beg aku terbukak!!!
dan duit aku satu envelope gone!
yang tinggai adalah USD 1.00 je, tuh pun belen aku beli apa tah.
siot tak?
so kempunan nak membeli oke. Konon nak bayar beg lah masa tu..so kempunan jugaklah tokey kedai tuh nak merasa duhets mak.
Dam mak pun rasa nak berguling-guling kat situ. keji oke!
padahal baru 3 minit lepas aku bayar something dan duit aku ada lagiii!
Kawan aku yang pernah pi kata, kalau kita ke situ, mmg biasanya ada orang follow perhati.
aku pun aware gak benda ni. tapi tah le kan. nak kena.
dan masa aku leka duk tawar-tawar beg tu lah kot..sebab mmg ada segerombolan pembeli/ pelancong jugak sdg tawar2. maybe pencopet menyamar kot. and for your info..pencopet kat sini bukan lelaki je ya! Pencopet perempuan pun ramai. so kena hati2 (eh nasihat orang pulak, senirik dah papa kedana kena copet).



so sebab dah takde mood nak jalan-jalan. Terus jalan kuar nak balik hotel.
Mujur beg duit, passpot aku letak asing-asing. so selamat di situ.

so tetiba cerita shopping THE END. marah ni.

ada juga perkhidmatan pedicure manicure dan urut kot kat sini
think! think!think!

aktiviti termenung di luar kedai sambil tgk patung kuda bertenggek tu, sebab pikir camana nak balik hotel. Bongok gila aku rasa time ni.Tunggu shuttle bus hotel lalu.

Bual dgn mat saleh yang duk menebeng kat luar tunggu bini dia habiskan duit kat dalam market.
Dia org Australia. dia ckp dia pernah jumap malaysian kat europe. Malaysian nice and warm, suka senyum. Pastu bual2 pasal vietnam. Pakcik ni dah travel round de globe la. Dia ckp vietnam ni funny. ye lah ko nak compare dgn europe, ozi bagai of coz jauh beza lah. aku ckp aku kena pick pocket. dia terus ckp.." my wife bring all my money inside the market" sambil gelak-gelak.
eleh..ingat aku nak mintak duit dia la tuuu...dan2 tuh ckp gitu.

Sesambil tu kan, adaaaa je peniaga yang berjualan secara bergerak di kaki lima duk offer-offer suh beli macam-macam. sat-sat dtg jual spek itam, sat jual patung kuda, sat jual toy..mcm-mcm le..aku hanginnnn je kan. derang ni tatau yg mak ni dah papa kedana dah.

sekitaran kawasan Ben tanh market. kat area ni banyak tempat soping. Orang malaysia suka duk sekitar sini sebab dekat dan bleh soping banyak tempat, jalan kaki. Malam banyak org berniaga, ada night market katanya.. oleh sebab aku duk jauh sket (taklah jauh sgt..if rajin bleh jalan, tapi aku kalau travel elak kuar memalam. tgk tempat lah), aku duk kat Le Duan, dekat area2 konsulat/embassy2 sana. jauh sket nak jalan ke sini. so takdelah aku capture suasana malam kat sini.

masak nasik



Balik aku hot je. lepas minum 3 tin coke kat lounge, aku masak nasik..sebab lapar dan tak puas hati.
nasib gak aku insist nak bawak travel cooker dan beras sket. dan paste sambal. so dpt le jamah nasik.mkn dgn paste sambal je dan jugak sambal kering (nak beli telur pun duit takde).
And yang bagusnya. kami duk kat club floor sofitel ni. so entitled utk makan minum kat club lounge sukatik sepanjang masa. so aku makan apa yang boleh makan. especially buah-buahan yang manisssss dan sedap!
so aku buat cam rumah senirik. bleh amik drinks dll, minum kopi dll.Banyak gak snack. ptg ada cocktail, so banyak gak food. pagi boleh sarapan sini or di restoren. so soal makan dah beres.


mak hot..mak geram!!!
sebelum/selepas jalan-jalan mmg lepak sini makan apa yang boleh.
(nampak tak bag aku tu? utk angkut food dan drinks masuk bilik..hihihi)


drinks

fruits..buah ciku dia besar-besar dan manisss! lemak.

segala kerepek

dinner makan buah dan snak jugak. (tapi tak kurus jugak ponnn)
abaikan botol2 tuh

snack bar. cocktail dari pukul 5-8 mlm.

oh ya..
aku juga telah menjadi pengumpul buah epal yang berjaya. kat hotel ni depan lift ada konsol table. letak satu satu bowl buah epal dan surat khabar kat every foor. so bila lalu kat lift mmg aku akan amik buah epal barang sebijik dua.hiks. kadang different floor, diffrent epal. ada epal merah, epal hijau. so berlonggok buah epal dlm bilik aku.hiks.

so..mmg tak merasa aku nak makan pho.
Gerammmm.
Jangan le ada sapa-sapa tanya makanan vietnam apa yang aku makan.
kang aku pangg.
rasa nak cekik orang dah aku ni.
eh..tak habis marah lagi.