Showing posts with label gadjet. Show all posts
Showing posts with label gadjet. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

My new gadget : untuk perusahaan kerepek Arrow Head

wah, tahun baru beli gadjet baru lah ye tak?
apa? HTC ? samsung galaxy ? android???

takkkkk.

gadget utk dapur u ols.

sabtu lepas, aku pegi pasar pagi.
this is pasar pagi that we used to go on saturday. Dari kecik aku dah pegi pasar pagi ni.
Dah lama gila aku tak pegi , so sajalah teman mak & abah.
Jalan-jalan beli ikan, tempe, buah limau, bawang, bunga kantan, ikan bilis, ikan kembung, ikan mayong.
Actually, here u can get anything lah dari selipar jepun to toys, kuih muih, murtabak, periuk, etc.
ehhhh. Tudung syria oso ada lahh. RM10.00 selai. Nak beli kain pun ada.

Tiba-tiba...
ternampak orang mengerumun satu gerai,.
wah.aku pun nak joinla sebab yang mengerumun tuh makcik-makcik. Ala-ala kak Nam.
sure must be something interesting lah. Kalau pakcik-pakcik kerumun gerai jual ubat kuat tak koser den nak join.
And all the makciks melihat sesuatu dengan penuh khusyuk.

suara lelaki: Haaaaaaaa. ni...nak masak, tak payah tumbuk bawang,. Sini pakcik tunjuk. Haa..senang tak? Pukul 4 pagi nak siapkan bekal anak pegi sekolah, buat nasik goreng, tak payah guna lesung. karang jiran ko mengamuk dengar bunyi lesung. Atau makcik Senah yang jual kuih, nak potong kentang, tumbuk bawang..nahhhh. Ini alatnyaaa. senang!!

wah. alat apa tu pakcik?

Makcik 1: eh..senangnya.
Makcik 2: macamana nak dapat bentuk macam ni?

Pakcik: Haaaa. akakkkk kalau nak buat gubahan, pergi rewang kenduri kawin, bawak satu alat ni je. tak payah bawak pisau dah. (pakcik pun demo how ukir timun, potong karot bentuk KLCC, potong timun jadik mangkuk cantik, potong bawang jadik bunga).

wah. impressive u ols.

eh. korang dah pernah jumpa ke benda ni?

ke aku yang jakun sorang-sorang ni??????


Demo ala-ala smartshop punya show kat TV


So, aku pun sekali lah menyampuk-nyampuk suruh dia buat bentuk itu dan ini sebab aku dah plan nak beli. (
wah aku pulak yang lebih-lebih, kalah makcik-makcik tu semua). Kang balik tak reti guna, duduk dalam kotak je lah jawabnya. Dahla tak ada manual. so aku suruh dia demo macamana nak buat kentang yang lubang-lubang tu. then potong kentang yang bersegi2 macam kentang yang jual kat supermarket. Lepas tu aku suh dia tunjuk how kupas karot..wowww! tak sampai 30 saat je ok. dah togel karot kau.
And guess what? rupa bawang yang disagat (tak yah tumbuk) sama mcm kau blend oke! ala..lupa nak amik gambo.

wah jakun kan aku ni.

dari jauh mak dgn abah aku dah cekak pinggang sebab tunggu aku lama sangat.




so ini lah dia benda nya. tadaaaa. shredder ke apa nama tah. dengan 8 mata. boleh tukar-tukar mengikut kesesuaian tujuan.

So aku punya 1st tujuan : mengusahakan kerepek arrow head.

boleh la test gadget baru nih.


yeah. seasonal vege. Arrow head sudah datang kembali. so aku pun dengan tamak beli.

aku rasa dah dekat 3 minggu beli tapi masih lagi tiada penghasilan kerepek. sebabnya aku malasssssssss.
so, dengan beli gadget itu, aku sajalah test malam tadi.


Kupas le buah arrow head itu.


Dan aku sagat dengan mata parut kerepek menggunakan gadget baru itu. Bulat-bulat. Ada cara nak adjust kenipisan atau ketebalan kerepek. senang u ols. tak yah gigil-gigil hiris guna pisau.
Some people dia akan jemur dulu, bagi air kering etc.
Aku malas.
konsep aku dari dapur terus ke mulut. so tak sabar nak jemur atau keringkan guna hair dryer ke apa. aku panaskan minyak. buh garam sket dlm minyak.


Dan goreng! TAPI.

menggorang adalah memerlukan kesabaran yang jitu. sebab? Api kena kecik dan rajin terbalik-terbalikkan. jika tidak ia akan menjadi kerepek rentung ya adik-adik. Aku memang berdiri depan kuali. jaga api. kejap kecikkan, kejap besarkan sket. adjust2 supaya kerepek itu rangup dan tak rentung melampau.
Tapi second badge aku rentung. tau kenapa? aku goreng ikan kat kuali sebelah. lepas tuh cam siol je ikan tuh meletop-letop. Ni yang meletop siap bunyi kuat dan percikan melampau oke. (sapa suruh kau baling ikan dalam kuali ha kiah?? manalah ikan tu tak murka) . sendiri yang bongok lagi nak marah.
terpaksa aku melarikan diri kejap. aku datang balik, kerepek arrow head aku dan ala-ala kerepek afrika.(ada ke??)

so inilah hasilnya.

sedap gila! yang hampir hangus itu sangat extra kesedapan.

sila lah ke supermarket , beli arrow head 10 kilo sorang dan sama-sama kita mengusahakan kilang kerepek.

oit, twit.

aku dah chop nama kilang aku :

KIAH DE CARE- RAYPECTS (specialization : arrow head)
nama macam international gitew kan. maklumlah nak menembusi pasaran italy, peranchis, amerika latin.
tapi mcm bunyik nama racun serangga je kan.


nama melayu: Kilang kerepek Kiah Vouge

hik.

Thursday, November 11, 2010

Akibat menderhaka kepada gps.



ok...cerita ni entah kelakar ke tak kelakar entah le kan.
pasrah je lah kalau nak baca ya.


sejak ber-gps ni kan..aku rasa kadang gps ni banyak membantu lah.
Kadang aku rasa disaster jugak.
why?
ok..meh aku cerita.

aku ni kan rasa nak ketawa jugak kadang-kadang sebab aku mcm ada perasaan sangsi dgn gps sometimes tuh.
pelik oke.
bila gps suh terus..aku belok kanan sebab aku tak kompiden dgn arah yg dia cakap..hiks.
so bila dah berkali2 dia suh aku U-TURN bila aku belok kanan.. so aku u-turn lah ..and ikut ckp gps..eh betul lah.kehkehkeh. sampai ke destinasi. ni apa punya feeling tah kan. bongok.


Tapi kadang obvious gpas ni bukan le boleh harap 100% oke.

aku otw ke taiping, sampai hiway dekat dgn restoran jejantas tu kan...kan jln pecah dua..
satu ke ipoh, satu ke kuantan/KL.
ada ke gps mak suh mak ke kanan?
oi..dari aku nak ke Tasik taiping, kang sampai teluk cempedak karang kalau aku ikut gps niiiii.

oh.

kita kena tau map jugak dan tgk signbod.

ok.

otw balik dr ipoh, aku nak ke uitm s.alam.
tapi bukan yang s.alam oke..
kan ada uitm puncak alam dan puncak perdana kan.
haaa.
situ lah aku nak pegi.

aku dah set kat gps. aku dah ada full address..which is NAMA JALAN.
mmg betul lokasi tuh.

so bila aku masuk guthrie, aku tanya lah adik ensem kat TOL.

" dik, akak nak ke uitm puncak Alam, ikut mana lepas ni?"

adik tol: oh..lepas tol ni...akak tgk signbod..amik susur kiri, hala ke Kuala Selangor.

Masa tuh GPS aku tunjuk dalam 27km lagi oke ke uitm puncak alam tu.

so bila sampai susur kiri hala ke kole selangor, GPS aku cakap.."GO STRAIGHT"..meaning terus lah..jgn exit. maybe exit satu lagi yang paling dekat kan? bukit jelutong ke apa nama arahnya.

AKu degil oke. tak nak ikut cakap GPS.ikut cakap adik tol.
aku belok kiri...exit hiway, amik hala kuala selangor.

so..gps re-route lah kan.sebab aku dah tgak ikut cakap dia tadi.

sampai ke arah puncak saujana ke apa tah....

sampai satu simpang, ada gerai makan yg meriah. dia suh aku masuk kiri. aku masuk le.
Jalan kecik..makin kecik..makin kecik. sebab aku dah tataw nak ke mana..aku ikut je cakap gps.
di bawaknya aku aku ke jalan kecik yang berpusing dan hujung jalan tuh rupanya patah balik jalan besar yg tadi..dan SIAP NAK KUAR KE JALAN BESAR, JALAN TUH KECIK GILA, ADA LUBANG BESAR DAN MENDAKI OKE!!!!!!

aku rasa GPS ni saja nak kenakan aku sebab selalu degil tak nak ikut cakap dia. boleh?

berpeluh aku nak naik ke jln besar balik.
reverse/pusing mmg tak boleh, sebab sebelah tuh parit besar. boleh?

takut gila aku.lubang tuh besar dan dalam. aku tawakal je lah..tekan minyak, ALahmdulilah takde apa..pelik gak aku x rasa apa..sebab lubang tuh besar dan dalam. silap2 tayar boleh pecah.
Tapi syukur aku oke.dan keluar tuh adalah gerai makan yang meriah tadi. jalan tu pusing. hahahah.

so aku mmg rasa nak buang je gps aku ni.saja kenakan aku kan. i murka u.
aku berenti gerai tu..tanya arah..
wah..sorang cakap hala sana ..sorang lagi cakap hala sini yang senang. so aku amik yang tak byk simpang sgt menurut seorang pakcik yang tgh beli pisang goreng RM10.00 tuh.

so aku ikut lah kata2 pakcik dan jugak gps.hik.
time tuh tgk batu jalan..eh..lagi 27 km nak ke kuala selangor.
biar betul nih.
so aku pusing balik, tanya org tepi jalan.
dia cakap, betu lah hala aku tadi. so aku pusing balik.
hahahhaa..bongok tau.
aku ni susah nak caya ke apa tah

setelah melalui pelbagai jalan..
aku nampak signbod UITM PUNCAK ALAM.
hah. betul!

so aku ikut je..and..nak terus. TAPI KAN..
GPS kata..TURN LEFT..TURN LEFT.
aku turn left..eh drive jauhhhhhhhhhhhhh. takde apa pun? aku nampak bangunan UITM puncak alam tersergam belah kanan atas bukit!
oh..puncak le katakan.
apesal GPS suh aku pi arah lain ha????????????????
so aku geram, bila gps aku melalut2 suh masuk kiri lah..terus lah...aku pusing balik.
ikut signbod ke UITM PUNCAK ALAM.
senang je kan...lantoklah kau gps.maybe saja nak kenakan aku ke apa tah kan.
tiba2..eh ada MC D lah kat kwsn ni?
kwsn yg macam ala2 tempat jin bertendang nih ada McD drive tru oke.

aku siap singgah McD.
aku call adik aku.." aku dah dekat ni...ngko nak Mc D tak? nak tapau ke..nak makan sini..lepas amik brg if nak makan bleh gak"
adik aku jawab "dekat Mc D????" --------------> suara dia mcm pelik.
aku cakap.." ye la.aku kat McD, dekat dah ni.
adik aku ckp.." tapau lah..nak ayam goreng.."


so sebagai kakak mistali..eh mithali, aku beli bebrapa set utk kawan sehouse mate dia jugak.
(apesal ayam goreng mekdi rupanya pelik ah??).

then aku drive terus ke uitm.
tiba2 aku rasa pelik.

eh..dulu aku datang sini takde gate mcm ni pun? (aku pernah dtg 2 kali oke..hahahha).

Tiba2 kat gate..pak guard tahan.

Pak guard: nak kemana cik?
aku: errrrr...errrrrr..kolej kediaman...errr... (sesambil nak bukak sms yg dtgnya 2 hari lepas..dah gabrah smsm pun tak jumpa.)..
Pak Guard: nak kemana ni? u ke tepi, tanya org yg u nak jumpa.
Aku: oh (aku cek kat GPS nama jln yg aku key in)....something like jalan angsa-angsa...resak.
Pak Guard: oh yang tu bukan sini. Tu UITM PUNCAK PERDANA!
AKu: haaaaaaaaaaaa???
Pak Guard: pusing balik ..gtu bukan sini..jauh!

Aku drive ke tepi, tanya adik aku.

"oit..ko ni puncak alam ke puncak perdana?"

adik aku jawab : Puncak PERDANA laaaaaaaaaa!

baru aku perasan, alamat yg dia sms adalah nama jalan je. ngok! Nama jalan angsa-angsa tuh mmg uitm puncak perdana. Tapi samdol je adik aku ni kan, aku suh sms full address dia bagi alamat ..LOT 3, jalan angsa-angsa . tak tulis puncak kayangan ke ..puncak perdana ke..puncak alam ke..
otak aku pulak duk pikir puncak alam, so aku ikut je lah signbod tuh. ngek.

Ya ampunnnnnnnnnnnnnn. patut GPS suh aku pi tempat lain! dan patut suara adik aku pelik bila aku ckp aku dha kat Mc D dekat uitm.
cessssssssssss!

Aku pusing balik, dan tanya Abang guard yang hala gate keluar.

aku tanya.. encik camana nak ke puncak perdana tu???

Abg Guard : (spek stylo oke!) trafic light depan ni masuk kanan, smapai jumpa petronas..jumpa trafic light masuk kanannnnn..terus je..sampai sana. ALa tempat AlTanty@ kena BOM tuh!

oit. ko hengat mak tau ke kat mana pompuan tuh kena bom?????

dan tau tak apa jadik?

aku kan..still tak kompiden coz jalan adalah sunyi...macam lalu jalan pelik je! end up tak ikut GPS dan aku sesat lagi!!!!! pusing sana sini...sampai papa surf kan kat internet. dia cakap kena lalu kayangan heights lah. cahaya SPK lah.
wowwwwwwww
semua kayangan-kayangan. puncak-puncak. Rasa nak call dr muzapar nak pinjam SOYUZ pun ada gak aku rasa time tuh.

sampai dekat uitm puncak perdana pukul 8 malam!


Padahal, dari gerai meriah tuh..ke uitm puncak perdana adalah 18km sahaja! Time tuh pukul 5.50 ptg oke!!!! lalu jalan raya oke.
bukan jalan kaki dalam hutan.
agak msiteri jugak kan.

kesimpulan.

1. actually aku dah key in jalan yang betul. cuma aku tak ikut cakap GPS. derhaka. so aku sesat cam nak rak.

2. bongok nya aku rasa.

ha-ha.

dah. merepek je kan.


Thursday, December 3, 2009

i got my periuk..finally

woaahhh..
Finally, dpt periuk yang aku duk carik berbulan2 ni..
Travel cooker..jumpa di akihabara..

saiz? kecil..ringan.

packing siap berbungkus mcm ni..

dual voltage, boleh ubah2 ikut kesesuaian tmpt kita pegi..

pemegang boleh lipat

bahagian bawah

cara penyimpanan, sekali dgn mangkuk/ periuk..dapurnya buh dlm mangkuk..simple..senang nak bawa.ada periuk dan mangkuk..lengkap dgn penutup

bahagian atas keluarkan..tadaaaa..tungku/dapur..comel!

siap ada mangkuk dan periuk

ready to cook...

boleh masak nasi, rebus telur, buat gulai..

and International warranty!

akan mengikut saya mengembara...
feeling-feeling nak pi backpacking ke India..or spain...
sapa nak join??