Thursday, December 3, 2009

i got my periuk..finally

woaahhh..
Finally, dpt periuk yang aku duk carik berbulan2 ni..
Travel cooker..jumpa di akihabara..

saiz? kecil..ringan.

packing siap berbungkus mcm ni..

dual voltage, boleh ubah2 ikut kesesuaian tmpt kita pegi..

pemegang boleh lipat

bahagian bawah

cara penyimpanan, sekali dgn mangkuk/ periuk..dapurnya buh dlm mangkuk..simple..senang nak bawa.ada periuk dan mangkuk..lengkap dgn penutup

bahagian atas keluarkan..tadaaaa..tungku/dapur..comel!

siap ada mangkuk dan periuk

ready to cook...

boleh masak nasi, rebus telur, buat gulai..

and International warranty!

akan mengikut saya mengembara...
feeling-feeling nak pi backpacking ke India..or spain...
sapa nak join??

Wednesday, December 2, 2009

Sushi di Kota Metropolitan Tokyo.

sekadar sedikit catatan,

penerbangan dengan pesawat MAS, hampir 7 jam , KUL-NRT.
Flight delay sebab menunggu 37 penumpang dari Pulau Pinang (flight dr penang pun delay jugak gamaknya). Kebanyakkannya Japanese yg bercuti di Pulau Pinang katanya.
Tiba di Narita airport lebih kurang jam 7 pagi.
Melepasi imegresen dan kastam dgn mudah.
Kat sini derang takdelah check sgt..cuma pesan kawan aku yg biasa ke sini, jgn bawa benda yg berbau atau buah-buahan.Rasanay mana-mana pun lebih kurang sama kot. Cuma kat sini dia tanya bawak apa? ckp je dried food..dia tak bukak beg kot. or maybe derang check random je.
Just bawa makanan kering, megi dan rendang + kari Brahim.


welcome to Japan

Airport Limousine counter

Dari Narita, nak bergerak ke mana-mana banyak option. Takdelah senang sgt dan takdelah susah sgt. maksud aku, kat sini sistemnya pengangkutannya bagus, menyenangkan kita cuma yg agak susah nak faham jaringan pengangkutannya. Banyak sgt. So sebelum pegi study sket2, so takdelah asing sgt bila sampai sini.


Negara maju ini punya pengangkutan awam yang sgt efisyen. Boleh naik Aiport limo bus, train: kensei , JR line etc.
Naik cab? pun boleh cuma sangat mahal lah. Bukan naik bus dan train tak mahal..di sini serba serbinya mahal bagi aku. So kena belajar jaringan pengangkutan awam mereka walau agak pening lalat.
So beli tiket, naik Airport Limosin (bas) ke Shinjuku yang mengambil masa sejam setengah tak silap aku. Jem lah nak masuk town..azabs. Macam Kl gak la..bayar tol pastu sangkut dlm jem..hiks.


Di sini , apa-apa pun sgt bersistem dan menepati masa. Cuma masalah bahasa lah...tapi takdelah sampai tak boleh berckp langsung. Di airpot ramai je boleh ckp oramputeh. Banyak kaunter info dan tourist information. Kutiplah segala peta dan tanya dengan org kat kaunter kalau tak tau. Derang sgt helpful dan bersedia dgn segala macam info. Cth, aku nak ke narita city, derang siap bulat2kan info train, ajar nak naik line mana, bagi city map, bagi jadual train, highlight tempat2 menarik dll.
Dan lebih mudah kalau kita tau ckp jepun sikit2..ala..aku print kamus kat internet..print benda2 penting je lah..cth: camana nak ckp benda basic..konichiwa, etc...so takdelah terpinga2 sgt nanti.
aku siap tulis yg penting2 dlm beg duit.
kat sini, kadang org boleh ckp omputeh, tapi bila kita ckp, derang tak reti nak respons semula pula dlm english, pastu beriya-iya ckp jepun.so anggguk-anguk je lah plus aku ckp le word jepun sket2 yg agak2 dia paham apa yg kita maksudkan. Tapi kalau tegur org yg muda2.biasanya derang tau english sket2 lah..

Sampai shinjuku, turun dari bus, duk terpinga2 nak tuju hotel.yelah semau bangunan tinggi2 dan rapat2...kompius...tapi yg bagusnya banyak map area walau nak carik satu lokasi mau kena tenung peta tuh dekat 15 minit.
shinjuku merupakan bandar utama di tokyo, merupakan pusat komersial dan pentadbiran dan punya train station yang tersibuk di dunia (shinjuku Station). Shinjuku adalah bandar sibuk yang dipenuhi dgn department store, kedai elektronic, bars, restoran, hotel-hotel international. Di sini juga terletaknya Tpkyo Metropolitan Government Building.


Tetiba..
seorang pakcik jepun tegur.." may i help u??"
ehhhh..bagus kan....
aku ckp nak pi hotel, tunjuk alamat hotel...
dia tunjuk kat map dan tunjuk2 arah....
walau tak sure sgt tapi membantu gak lah..akhirnya sampai hotel.

Hotel century Southern Tower

bahang krismas sudah terasa, kat mana2 dah ada pokok krismas

Hotel terletak di depan Takashimaya,Time Square. Dekat dgn shinjuku Station. tah le..aku kompius kat sini sebab train station bersepah sana sini sampai keliru nak naik yang mana. he-he. Sebab banyak sgt train line..so pening.

Lokasi strategik


ok..now nak belajar naik train...yg penting ada map, tau nak pi mana..beli 2 days pass open ticket kat Narita..so naik le metro tokyo sampai lebam ke Ginza, akihabara, shibuya, ueno, asakusa, roppongi, harajuku, dll.

dalam train


Ok..ni klik-klik kat shinjuku area..










Now tengah autum...takdelah sejuk sgt (mungkin lemak aku adalah absorber yg bagus).. siang pun agak pendek. Pukul 4 lebih dah nak gelap. Pukul 5 ptg dah macam pukul 9 malam.


view malam dr bilik hotel, tingkat 36.

sajalah aku letak gambar makanan..
kat sini derang kan display food kat luar kedai, aku suka amik gambar food. Tapi makan?
oh,.tekak jawa aku tak lalu nak makan sushi...

Tempura anyone?

bersambung..

Tuesday, December 1, 2009

Sambal udang petai wOng S0lo??

Tak habis dengan sambal terung kedai w0ng S0lo, aku teringin pulak sambal udang W0ng S0lo.
huh...mentel sgt lah tekak ni...

sambal udang petai

PETAI


Balik kerja aku carik udang dan petai kat ekonsev. Nasib baik ada.


so bahan-bahan:

udang
petai
cili kisar -4 sudu besar
belacan
bawnag merah +putih
jus asam jawa (satu sudu)
garam
gula



Tumbuk bawang putih dna merah, Tumis bawang, masukkan belacan dan cili kisar. Tumis garing.
Masukkan air dan jus asam jawa sket, aku suka sambal cair sket. buh garam dan gula secukup rasa.
Masukkan petai.kacau.
Masukkan udang.
Kacau kejap je, jgn lama, karang udang keras.
Agak-agak seminit dua, udang dah masak, hidang.

nyum...makan dgn nasik suam. Habis 3 pinggan.

err..now aku ngidam sambal sotong pete dia pulak. help!!!

kot lepas ni aku ngidam mkn ayam penyet kg daun ke..ess teller ke..abih la..mana nak carik bahan ni??

Sambal terung w0nG S0L0?

cerita masakan minggu lepas.

Entah kenapa kah tekak aku gatai dan mentel nak makan benda-benda yang diproduce di w0ng S0lo? azab tak..pukul 8.30 mlm baru sampai rumah. Duk fikir nak makan mi megi cepat di masak tak berapa sedap di makan..tapi tekak ni meronta-ronta.." nak makan sambal terung yg mcm kat w0ng sol0." huh?
tak agak-agak lah kan?
dah lah hujan agak lebat...nak ke sana tu karang, amik masa. Lepas tuh aku kalau sekali makan sure lah habis at least RM30.00 kot. Air je dah dekat RM7.00, nasik, lauk, sambal,sayur? dah berapa kan??? Untuk badan yang letih, nak makan gah-gah memalam buta, RM30.00 adalah tidak ekonomi kerana akan makan seorang diri.Korang ada ke penyakit macam aku? yang tekak nak makan something pastu tak boleh tunggu sampai esok? Nak sekarang jugak.huh.



so aku sms jiran aku, kat mana ada jual terung? dia ckp kedai runcit deretan depan apartment.
AKu pun cuci beras, dan sarung tudung turun JALAN KAKI dalam hujan renyai ke kedai beli dua biji terung serta cili api.Dan konsepnya w0ng S0lo, so kena pedas meletop.



Bahan-bahan yang aku guna:


terung
bawang merah
bawang putih
cili giling - 3 sudu
cili hijau - 2 batang (tumbuk kasar)
cili api- tumbuk halus (kalau nak berapi letak 2 kilo)..aku buh 5 bijik je.
belacan
garam
minyak
daun limau (sehelai hiris halus) - SEHELAI saja.

Hiris terung.
Tumbuk bawang+cili api dan tumis bahan tersebut,
Masukkan cili giling dan belacan, tumis garing.
Masukkan cili hijau.
Masukkan air secawan, mendidih masukkan terung.
Kacau-kacau, bagi terung empuk. Bubuh garam, gula sket.
Masukkan sehelai daun limau tu (aku pun tak tau kenapa tangan aku gatal nak bubuh daun tu..tapi mcm sedap gaklah..tapi jgn over bubuh banyak,kang jadik tomyam pulak).

hidang..eh makan sorang, kalau nak angkat sekali dgn kuali bawak pi depan tibi pun tak pe.Tapi alas dgn surat khabar.

makan depan TV, duduk mkn kat coffee table tu kan..duk atas lantai, feeling-feeling makan di W0ng S0lo. tapi lagi best sebab boleh ubah-ubah channel Tv ikut sukatik.