Thursday, February 25, 2010

a momento..


Memandu seorang diri ke Daerah Segamat.
Melintas kawasan Tangkak.
oh...
bau durian.
durian di kiri dan kanan jalan.
nak beli? nak berenti makan durian tepi jalan? Malas.
Melintasi pekan Tangkak.
Pekan yang dulunya terkenal dengan kedai - kedai kain.
Nak berenti? pun malas.
Melintasi kawasan kelapa sawit di kiri dan kanan jalan.
Melintasi jalan masuk ke Gunung Ledang.
Nostalgia camping kat Gunung Ledang, tidur atas air hujan akibat tidur mati dlm khemah ketika hujan lebat melanda pukul 3.00 pagi.
Nostalgia BBQ nite di Gunung Ledang.

Terus memandu.
Melintasi kampung - kampung sebelum menghampiri daerah segamat.
Pokok kelapa sawit di ladang IOI dan Genting yg merimbun.
Cantik, hijauuuu, sejuk mata memandang.
Harap perjalanan lancar.
tepon aku dah ring-ring je (sebab aku asyik ckp otw je kannnnn..padahal tengah terbaring kat depan tibi kat rumah mak aku).
xxx: " catz, kami baru balik dari site, dah sampai mana?"
catz: on the way.
(mesti derang ingat aku naik sampan kan? asyik otw je..padahal derang dari KL-segamat 2 jam setengah je). Derang tataw yang aku banyak pit stop. Pitstop makan mee bandung di Muar. pitstop tengok anak kucing.



berhenti di bahu jalan.
a momento.
old, but still fresh in mind.


Wednesday, February 24, 2010

awww...panas

err..
errr..
terasa seperti diriku akan menjadi telur separuh masak.
out-station, at small town.
stay at hotel (booked by client).
old hotel (hotel yg ter-best di bdr ini katanya, ke ke ke)
paip air bilik aku something wrong la. dua2 kuar air panas.
tak mendidih lah..tapi suhu ala-ala dah 45 darjah celcius kot.
tapi basuh kaki pun aku rasa nak jerit oke.
basuh muka??
aaaa..takut...kena sejukkan air dulu.
malas nak pindah bilik.
Barang akku dah berterabur serata alam- now preparing slide and i got meeting in 1 hour time (9.00pm tonite)
awww...
look like aku kena bubuh minyak wangi seluruh badan la. takut client mak fengsan.
nak mandi malas.
takut termasak pulak anggota badan aku.
apalah aku merepeks ni..

Tuesday, February 23, 2010

Ikan bakar sg Chua


Dah lama tak makan sini la.Derita merindu (eh..tiru ayat sapa ni??)

Ikan bakar Sg Chua. (aku yang pandai-pandai bagi nama)



aku duk teringat ikan bakar ni. tu pasal tetiba aku rajin nak update blog hari ni.
eh..sedapnya...
lokasi?
Di jalan Sg Chua. Kalau dari Bandar baru bangi, pi seksyen 7, pastu menghala ke jln sg chua. (belah kiri if menghala kajang), depan taman sepakat Indah 2 (kat main road).
(sebelum simpang ke Bintang supermarket).
If dari putrajaya, korang ikut SILK, menghala kajang, ke tol SG RAMAL. lepas bayar tol singgit, korang terus himpit kiri, stret jumpa traffic light, belok kanan, 3 kali tekan minyak, ko nampak deretan kedai ni belah kanan.
Ada deretan kedai jual makanan, nasi campur, laksa etc.
Tengahari ada jual nasik campur yg sedap, lauk pelbagai.
Ada ikan bakar (bukan ikan terbakar ye). Jenis ikan bergantung la..kdg ada pari, terubuk, keli,kembung,cencaru dll.
Harga?
reasonable lah kot.
Kedai ni gerai tepi jalan, so kalau ko jenis yang suka makan tempat sejuk, bawak la kipas siap-siap. Agak panas le. Tapi makan punya pasal, i redha.


kedai ni jual nasik campur. Lauk dan sayur adalah sangat banyak. ada ulam, sambal belacan dll. rasa masakan adalah sedap. aku suka pajeri nenas dia. Siput sedot oso ada.

Kedai ni tepi jalan, so aircond adalah free. nak sejuk, bawak kipas sendiri.
Tengahari orang ramai, so baik korang dtg cepat. ikan bakar adalah dibakar secara live ye.
ha-ha. so sesambil pakcik itu bakar, ko bleh cop nak yang mana dan kalau rajin ko berdiri la melihat peristiwa pembakaran tu.
nescaya pakcik tu suh ko duduk.

harap-harap makcik dan pakcik kedai baca blog aku dan bagi la diskaun ye bebila kita dtg.
harharhar.

oh..katanya, kalau diet, makan pakai pinggan warna biru, supaya selera kita tak tinggi, makan sikit dah kenyang dan makan sikit tak tambah lagi. Tapi ianya tidak berkesan utk kita la. Bukan je pinggan yang biru, alas meja pun biru, kita tetapp makan berselera dan rasa sedap je?
ehmm....maybe kena makan dlm tempurung kot aku ni.

s.e.n.y.u.m sendiri.

tetiba je.


Birthday treat to myself. sendiri makan, sendiri bayar,sendiri kenyang.

yummy blueberry cheese cake.

saya senyum-senyum.sebab kenyang. senyum sendiri. geli hati.

ha-ha.ha-ha. sioww.

Kuala Langat-Bangi-Kajang-Muar-BP- Muar-Tangkak-Segamat-Muar-BP-Bangi-kuala Langat- Indonesia.

oh..i wish i got 8 tangan dan 8 kaki.

Sunday, February 21, 2010

Ma-lay-sia, Kuala Lompor??

Fancy..mcm kenderaan dlm cerita kartun kan?

Racinggg! jeepney ni racing dgn jeepney yang aku naik. ok...here we go, to MAIN GATE.
It was FUN...experienced something new, travel like local people.
excited!

..................................



"Hamdulilahh...!"

(oh...adakah ianya sebenarnya berbunyik Alhamdulilahhh...ke radar aku yang rosak..or he purposely pronounce it as Hamdulilahh??? )..


Baru nak ngaaaa--pppppp kentang goreng di piza hut.
"Hi...."
oh..sepasang orang (eh..??) , seorang lelaki dan wanita duduk sebelah meja.
Lelaki kulit hitam (american kot?) dan seorang wanita, pinoy.

"Hamdulilahh..How are youu???" - tgk kat aku. (eh..cakap dengan aku ke?)

aku: oh i'm fine, TQ. Are u muslim?
he: yesss..i'm muslim.
aku: where are you from?
he: from Arkansas...US
aku: ohh???
he: i retired here..in philippines.
owhhhh?....orang amerika yang retired and duduk Filipina..???

Dia dan wanita pinoy itu tgh diskas nak order.
lelaki : No POrk!..No pork.... bila pompuan tu duk pilih nak makan apa..
wanita: pot..pet prongg..prengg (in tagalog kot?)
lelaki: No pork! no pork..just this..beef..chicken.
wanita: *&&&..pot..bjhuhug..pet...klang..klong..
lelaki: no pork...! i said no pork! try this...that.

hhahahhaa...nak tergelak aku tgk gelagat derang. kih-kih-kih.


sambil order, sempat jugak dia menginterview waitress cun itu. aha! serampang dua mata di situ kelihatannya.

DAN,
aiskrim aku sampai (er..mud pie eskrem ke benda tah aku order tadi)..
and aku angkat kamera aku...klik!.klik! klik!

he :
are you a profesional photographer?????
aku: haaa? YES...err...NO.... just hobby.. (ah? nampak pro ke?)
he: what camera u use?? NIKON?? (terus aku rasa nak sorok kamera bawah meja oke)
aku: errrrrr.....errr...olympus.
he: oh..ok.....nice shot huh? where u from?
aku: malaysia. i'm malaysian
he: Wut???? Mellll...?
me: Me-le-sia , Ma-lai-sia
he: uh???
me: Kuala Lumpur..(Kuala-Lom-por)
he: aaaa?
me: Singapore..next to singapore...
he: Ohhhhh..singapore..yea..i know singapore..i've been there
me: i'm not from singapore...Malaysia.
he: yesss... i know..Malaysia.Nice country..i went to kuala lompor, Indonesia...long time ago.
me: hiks.
he: and now..hows malaysia doing? the economy? good?
me: yea..doing good...bla..pot...pet..(eh..cerita ekonomi..aaaa)
he: Malaysia has A LOT OF MONEY HUH...LOTS OF MONEY yea?
aku: erk.. (Ye..memang banyak duit, tapi bukan duit aku la.eh..banyak ek duhet?)


(he-he..sebut s'pore terus ko tak ilang ingatan pulak.)

and this american begitu ramahhhh sampai aku nak ngappppp food aku pun susah.
and minah pinoy tu pandang aku sambil cakap-cakap..pot..pet..pot..prongg..pranggg.
haaa?
dia cakap apa hahhh?

he: "she from malaysia..kenot speak tagalog. English speaking."

minah tu sengih-sengih.Aku rasa pinoy ni girlfren dia la.

Makanan derang sampaiii..mak oiiii..sedapnyaaaaa aku tengok.
terliur aku tengok. beef pizza yang ditaburi nenas, bawang, cheese.., spagethy apa tah....uiiiii..meliurkan oke.
hahaha. bingai me.
And this mamat siap suap-suap minah pinoy tu..awww..lomentik.
terkulat-kulat aku makan garlic bread dan kentang goreng.
(serious, mata aku asyik jeling mengendap food orang sebelah.agak keji.)

But, this tropica frizz really make me happy!


and sesambil tuh borak-borak jugak.
dia ckp dia beli rumah kat clark city ni. gated community, luxury area ke apa tah.
ramah gila oke..
oh..retired lepas tuh pindah negara orang. and out of many places, dia pilih filipina. (owh, walaupun filipina dekat, aku belum pernah terpikir nak ke sini ye sebelum ni). Dia ckp kos hidup kat sini murah.
Lepas tuh dia tanya, hows malaysia punya cost of living. napa? ko tetiba nak migrate ke malaysia pulak ke?
and dia tanya aku pendapat pasal negara filipina and pinoy..
hiks..

pot-pet-pot-pet.pot..pet..joyah...pet..pot!

aku cakap, aku suka dengar pinoy bercakap. bunyik bahasa derang unik dan sedap didengar. hahahhaa..feeling-feeling macam tgh tgk cerita DYESEBEL.
ha..sapa tengok citu tu? citer ikan duyung dari Filipina tu.
heroin dan hero-hero-hero nya looks tasty kan?? kan?? ke ke ke.
ha..betul lah tuh. tasty ko. kih-kih-kih.kih-kih-kih.kih-kih-kih.kih-kih-kih.
ada sesapa nak ajar aku tagalog tak. ihiksss.

ok. nak balik.


Tengah berangan, karang bersara nak bela kambing.

live from Clark City.


MABUHAY!!