Saturday, June 12, 2010

1.45 a.m

eat lagi lorrr


nachos with mango-salsa-hentam-je.

pot-pet-pot-pet


net-net : ko rasa kita terbangun tak esok?
nee-da : kan? panjat bukit dalam mimpi je la...
catz-miow : kalau tak terbangun..aku masak cekodok je lah.
sarapan cekodok cicah sambal kicap.

hikhikhik.


oiiii.....tidoooooo!

Friday, June 11, 2010

Entry yang berbau kenegerian (lagi).

Ya. Satu lagi entry berbau kenegerian di pagi Jumaat yang mulia ini.
Dan entry ini juga berbau sambal kicap.
ha-ha.


Betul lah. bak kata seorang reader itu. Kawan reader tu kata, Orang Johor ni semua benda dia nak cicah.
Contoh..makan cekodok nak cicah sambal kicap.
Makan pisang goreng? wooooohhh..lagi lah cicah sambal kicap.
Kalau tak? macam ala-ala macam make nasik dengan ulam tanpa budu. guano mu?

Ok.
pasal sambal kicap dan cicah-cicah ni, aku rasa orang johor tak kenal lah cicah jenis yang lain.
Yang dia kenal, samada sambal kicap, sambal belacan atau sambal tumis ikan bilis. Opsss.. orang Johor tu aku ya. Aku tak merujuk orang lain. AKu merujuk family aku je.
Oh..japs.


So kalau makan lempeng ke gitu, cicah sambal tumis.
pisang goreng-----> sambal kicap.


Aku rasa, resepi sambal kicap wajar dipatenkan dan dijadikan satu makanan warisan negeri Johor. Ala..macam budu tuh kan..tu mknn trademak oghe kelate. Ni hok versi selatan lah pulak.

pisang goreng

lately aku ni duk kemaruk makan pisang goreng. Tapi pisang 'kepok'. Pisang lain tak nak. Dah lah gitu. Mengidam yang digoreng sendiri. oh kejinya, mengidam benda yang kena masak sendiri. Tapi ok lah kan. Aku kemaruk makan benda yang murah. Last week balik kg, mak aku bekalkan setengah tandan pisang kepok yg dipetik di kebun belakang rumah dan 90% dah masuk dalam perut aku dah. Dan semestinya mkn dengan sambal kicap.

Pisang goreng tanpa sambal kicap adalah mengerikan.


Sampai kering dah sambal kicap tu. Menandakan aku dah habis mentekedarah sepinggan pisang goreng. Oh..tiada hari tanpa sambal kicap.


Nak sediakan pun bukan susah. Tak payah bak tumis bagai.
Tumbuk cili, buh bawang putih, buh kicap dan gula sikit. dah siap. senang kan?
sebab tu aku rasa nak piat telinga kawan aku yang berasal dari Parit Sulong , Batu pahat yang berkata, "aku tak reti buat sambal kicap, selalu mak aku yang buat. Ni aku beli pisang goreng, ko boleh tak buatkan aku stock sambal kicap barang 2 botol."
mengada kan? ko tak reti ke malas??? kalau ko bukan org pt sulong mak maafkan. Tapi tiada maaf bagi mu lah jenab sebab ko org batu pahat yang ckp tak reti buat sambal kicap.
Terus aku rasa nak hulur kat dia lesung dengan cili api 5 kilo, kicap 5 botol, bawang putih 2 kilo dan paksa dia tumbuk cili tu depan aku sampai pandai. Tadi ko cakap tak reti kan? Ha..now aku ajar. catit dgn teliti ye segala step-step menumbuk cili tu.


tempe dan sambal kicap.

Oh..betul lah. tempe mmg boleh menegangkan kulit mcm botox. Satu kajian dah dijalankan dan sekarang tempe menjadi salah satu bahan dalam pembuatan kosmetik. Aku ada tertengok kat TV last month kot.Ni aku bukan reka-reka tau.

Bila aku keluar dari daerah Batu Pahat, baru aku kenal tempoyak, budu, cencalok dan sos keropok lekor.

Tapi, walau di mana aku berada, oh sambal kicap...i lap u..pun very strong!

Thursday, June 10, 2010

Wahai orang Johor...

kenal tak dengan makanan ini?? tak kenal?
aku rasa makanan ini sangat dikenali di Batu Pahat.
Daerah lain tak pasti.
Masa duduk asrama, sampai le masuk U, ini lah bekalan tetap. dah siap goreng, bubuh dalam bekas kedap udara/plastik. sira dengan sambal.
uhhh.....
masa tu takde lah mak aku nak bekalkan dengan rendang ke..serunding ke. daging mahal lepas tuh susah nak masak. bukan macam sekarang.Pak Berahim dah sediakan. bawak duit je pi supermaket.
mee siput murah. sekilo..dulu la..around tak sampai 2 ringgit.



Mee gelung

Kitarang panggil mee gelung. Mungkin struktur dan binaannya yang bergelung maka ianya di katakan sebagai mee gelung. Ada juga yang panggil mee siput. Errr..seram oke, bila tengah makan kang siput muncul.

Sangat sedap di makan dengan sambal tumis ikan bilis. Ni sambal aku buat hari tu..again, TERpedas horror. Tapi tetap juga makan. Tah kenapa, gabungan dua benda tuh akan menyebabkan ko macam terpaksa makan tak berenti.

atau,

boleh juga di gabungkan dengan sambal kicap.

saja tumbuk kasar-kasar je. Sebab malas. Ye, aku memang pemalas, tangkai cili tuh pun masuk sekali. Eleh, orang masak kangkung tu lagi la, batang kangkung besar jari pun masuk sekali kan?. so tumbuk ala kadar je.karang tumbuk beriya, tangan aku besar sebelah tumbuh muscle.

Lepas tuh sambil makan, tergigit lada..puhhh..syorgaaaaaa.

Kan aku dah cakap tadi, walau pedas, ia mengundang rasa nak makan tak berenti selagi tak habis. Duduk depan tibi tau-tau habis dua besen. (eh,kuatnya melantak??).
Dah lah jarang dapat makan now ni. Eh, cik Kiah oi! berlambak je jual kat Johor , eh batu pahat. Macam lah now ko ni duk bermastautin kat Alaska.

Teringat nostalgia masa kecik-kecik. Benda ni dijual di kantin sekolah. satu seposen. (sepuluh sen). Aku pelanggan tetap. Padahal boleh goreng sendiri kat rumah sebab makcik Senah kantin tu beli stock benda ni pun kat kedai runcit depan kg tu pun. Tapi sambal makcik senah sangat sedap u ols. Duk teringat-ingat pulak. Tak berapa pedas dan manis-manis sikit.

Makcik senahhhhhhhhhhhhh!! where are you? makcik ada akaun facebook tak?? Jom kita ber-FB.nak mintak resepi.

Makcik, I lap u very strongggg! entah-entah makcik senah tgh busy bercucuk tanam di FB sambil jaga cucu.Rasanya anak makcik senah yang dulu comel baya aku tu mestilah dah produce cucu utk makcik senah.

update:

oh ramai rupanya warga Johor yang berpengalaman naik basikal pegi sekolah sambil makan mee siput yang di hancurkan, curah sambal letak dalam plestik masa budak-budak dulu.Cuba bayangkan ye. kayuh basikal sambil makan.Mana nak kayuh, nak pegang plestik, nak makan, lepas tu mulut huha-huha menahan kepedasan. betul-betul multitasking kan??
Err.. aku pun nak mengaku. AKu pun pernah buat jugakkk.Lepas tu nyaris terbabas masuk parit.
(sebenarnya tadi malu nak mengaku.ha-ha).Tapi mak tulis jugak lah.
ada sapa lagi nak buat pengakuan? sila..sila.

dah.

Wednesday, June 9, 2010

Austin Steak House

Review tempat makan lagi..
Nama kedai macam makan kat negara orang puteh pulak.hik.

Lokasi : Taman Kajang Impian, Bandar Baru Bangi. (Lokasi adalah satu jalan dengan jalan ke Red W0k. Deretan rumah kedai yang bertentangan dengan Red W0k).
Dekat dengan seksyen 7.



Kedai ni konsepnya makanan barat. Sesuailah dengan rupa kedai ni kan.


Hiasan dalam yang cantik, sesuai dengan tema

Makanan yang dihidangkan adalah makanan barat, ada jugak italian like spegeti etc, ada jugak hot plate /sizzling.

Kalau tengok harganya..berbaloi dengan rasa dan portionnya. Reasonable kan.

Minuman di sini macam-macam ada. Yang menarik saiz gelas adalah besarrr, air sedap dan harga berpatutan. RM2.50 untuk gelas yang besarrr. Again, harga adalah reasonable.



Beef steak - sos sedap, kentang rebus lembut dan sedap, cuma daging agak garing sikit so jadi keras sikit, tapi still ok.j
Coleslow juga sangat sedap.

Lamb Chop - lamb yang sgt lembut dan sedap!!!

Sedap , harga berpatutan, service pun ok.

review aku sedap je. tekak aku ni apa yang tak sedap tah.semua sedap.

Boleh la datang lagi.

Tuesday, June 8, 2010

Catz's Day Off




Sapa pernah tengok rancangan ni kat AFC? Best gila tengok dia masak..kan?

ok,
yang ni versi Malaysia.
feeling-feeling ala chuck's day off jugak tu.
Tapi yang ni tajuknya.. Senah's Day Off.
So haruslah mencuci kain baju, memvakum sawang-sawang, mengemop, mengelap dan memasak, pegi supermarket, pegi kedai bunga pakcik Maniam. (agaknya la.tak pernah tanya nama dia , beli bunga 4 batang, hulur duit terus masuk kete).

Balik, bukak peti ais, bubuh barang dan membuang barang.
Ya ampunnnnnn.
Aku rasa barang yg aku buang lagi banyak dari barang yang masuk.
Cili yang tah expired dah pun, tomato penyek, kentang yang tumbuh tanduk-tanduk, pokok bawang, halia yang berakar umbi, buah mangga yang bertukar menjadi objek hitam, dll. Membazir betul.

So sambil-sambil, jerang (eh...kelasnya perkataan) er..masak nasik. Satu tin kecik beras masuk dlm periuk (tipu: yang sebenarnya aku sauk pakai tangan je, takde sukat-sukat), basuh beras, bubuh air banyak-banyak tak tau berapa mangkuk. Yang penting, beras aku bertukar menjadi bubur nasi.

Tumis masak kangkung belacan, rebus tulang ayam, goreng ikan bilis, goreng kacang, rebus telur masin (2 bijik ya..). Guna bahan-bahan dalam peti ais je lah. Tapi kalau dalam peti ais ko cuma ada belacan yang dah expired dengan asam keping, baiklah kita pegi ke kedai depan itu, bawak duit dan makan kedai je lah. Eh, maksud aku, makan di kedai, bukan memakan kedai.


ok..dah siap hidangan tengahari yang serba tak ringkas (yg ringkas, masak nasik, goreng telur dan buh kicap manis kicap udang).

kangkung belacan yang pedas nak mamps. Aku heran kenapa kalau aku beli cili di supermarket dekat rumah aku tu, masakan aku akan bertukar menjadi horror kerana kepedasan yang melampau-lampau.

ikan bilis, kacang tanah, telur masin

letak semua bahan, curah sup dan bawang goreng..ohhh



lepas tu..petang,
MODE keinsafan pula.
Dari mode bermalas-malas di atas sofa empuks tgk TV-rancangan masak-masak- makan-makan-tak-sudah-sudah, aku memaksa diri memakai kasut sukan pergi ke sebuah tasik dan berlari serta berjalan laju-laju.


Ada orang pandang-pandang dgn muka pelik sebab mak gigih amik gambo kaki.
Mungkin dia ingat aku tak berapa siuman.ha-ha.


Sebenarnya nak test, aku ni pengsan tak kalau jalan/lari tanpa henti selama sejam. Ini kerana kawan saya telah mengajak saya join dia hiking. Aku dah berbulan-bulan tak exercise. Rasa teruk gila cepat mengah. Kalau Aku boleh lari/jalan laju-laju tanpa henti dan tak pitam serta tak terduduk terkangkang kepenatan, maka saya akan join. it turned out, aku jalan je laju-laju. Lari adalah beberapa minit. AKu jalan,panjat bukit sikit tepi-tepi tuh supaya ada feeling-feeling pendakian di situ.
eh. oke je? Aku teruskan jalan laju-laju sambil mata aku melilau di sebabkan, di sebelah tasik adalah Mc Donald. BAHAYA tuh. Kang sia-sia mak burnt kalori tauuu. Nasib le duit takde. kalau tak...harus lah Mc Flurry oreoooo saaatuuuu...eh..dah..dah senah oi. jalannnnnnnnnnnnnn!!!!!


minum sebotol air

senja

Eh..ok je kan. Tak pengsan pun. Kalau pengsan pun takde lah orang nak angkat pun. So baik jangan pengsan oke. sedo diri eh, ko tuh berat.

And ..ok je tak pitam siap boleh drive singgah Papparich Bangi makan. Ha-ha-ha-ha. konon sangat lah berexercise kan.


otak-otak steam ke apa tah. masam sket.

Dan ABC papa (ha-ha). Apa ke motif menunya ada perkataan papa di belakangnya.Siapakah paparich ituuu.
Tapi saiznya giant sungguh.saiz ABC itu la.
sedap gila.

So..kesimpulan: sia-sia jugaklah exercise aku di petang yang syahdu itu.Sudahle ko Senah.



sekian.