Sunday, May 23, 2010

Journey to Siem Reap : Angkor Wat

Salam.
Lately aku rasa kena balik ke pangkal jalan.
Banyak merepek tah apa-apa kat blog ni.
Dah lari jauh ke benua lain aku rasa.Dah lari tajuk.
Ada yang tanya, kenapa aku dah takde buat entry travel lately.
Tah le. macam dah hilang momentum or m.a.l.a.s.Nak cerita benda merepek tak payah letak gambar. Tapi nak cerita hal travel kena ada gambar.ada banyak benda nak cerita, tapi aku punya skill menulis ni memang dah tumpul.So kalau takde gambar aku tak reti nak tulis.
Make it short, aku malas nak edit gambar. Takdelah edit apa, nak re-size etc lah.
So sebelum lari jauh ke laut, aku paksa jari aku bukak folder gambar.
err..aku dah balas komen entry sebelum ni.
Ok.
Ni sedikit catatan perjalan ke Siem Reap , Cambodia untuk melihat Angkor Wat.

Untuk ke Siem Reap, penerbangan mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Boleh naik Air Asia atau Malaysia Airlines. Air Asia terbang sekali sehari ke Siem Reap. Malaysia Airlines pulak tak silap catz now ni seminggu 3 kali kot, selang sehari.
MH -Malaysian Hospitality

Lunch asam pedas

Selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap.

Riel Cambodia

Di Cambodia, matawang utama yang digunakan ialah US Dollar dan Riel. Nak senang, bawa USD, kalau nak tukar ke Riel, boleh tukar di airport atau mana-mana money changer.

Sampai di luar pintu ketibaan, orang dari hotel dah tunggu untuk jemput ke hotel yang letaknya lebih kurang 10 minit dari airport. Kalau naik cab around 5 dollar gitu kot sebab area hotel-hotel tuh takde lah jauh sgt pun. Dalam kereta, bual-bual dengan driver tu dan dia tanya if nak jalan-jalan ke mana-mana. Oleh sebab takde plan, dia offer untuk jadik driver dengan bayaran 30 USD. Tawar-tawar, dapat lah USD 25.00. Oklah kan. Sebab nak ke Angkor Watt pun agak jauh. Cuaca adalah sangat panas.
Aku dah check harga kat dalam internet, tgk dlm forum, harga memang around tu lah kalau nak hire driver dgn kereta sekali untuk jalan-jalan.

Samapi di hotel, Phanna janji nak amik pukul 2 ptg. So sempatlah aku makan KFC yg aku tapau dari KLIA.hiks. Rendam megi, buat air, solat dan bersiap untuk keluar semula.
Phanna offer untuk bawak round town. Oh panas . nak kejar masa, so terus saja ke Angkor Wat.
Pemandangan kiri kanan adalah keringggg je. Takdelah banyak sgt kenderaan.
Dalam 25-30 minit, sampai kat area Angkor Wat. kena beli tiket dahulu. Harga tiket untuk PASS SEHARI adalah USD20. Ada juga pass untuk 2 hari dan seminggu tak silap.

Lepas bayar tiket, kita kena berdiri menghadap kamera yang terletak kat tepi tu. Mereka amik gambar kita saiz passpot dan gambar muka akan dicetak atas tiket.

ONE DAY PASS with my photo on it.

Naik kereta semula ke area nak masuk ke kawasan temple.Phanna turunkan dekat dengan jalan masuk dan dia tunggu dekat luar je. So janji around 2-3 jam gitu.
Tunjuk tiket dan terus jalan masuk kawasan temple.

Kawasan Angkor Wat adalah sangat luas. Lebih kurang 400km persegi luas kawasannya.

Dari jauh dah nampak Angkor Wat atau Angkor Vat. Ia merupakan salah satu dari keajaiban dunia. Dibina oleh Raja Suryavarman II pada pertengahan Abad Ke -12. Pembinaannya mengambil masa lebih kurang 30 tahun. Angkor Wat terletak di dataran Angkor bersama banyak lagi kuil lain, tapi yang paling terkenal adalah ANGKOR WAT. Raja Suryavarman II embina Angkor Wat menurut kepercayaan Hindu yang meletakkan Gunung Meru sebagai pusat dunia dan merupakan tempat tinggal dewa-dewi Hindu. Menara bahagian tengah Angkor Wat adalah menara tertinggi yang merupakan binaan utama dalam struktur Angkor Wat.

Mengadaptasi dongeng Guung Merru, kawasan kuil Angkor Wat dikelilingi oleh dinding dan terusan yang mewakili lautan dan gunung yang mengelilingi dunia. Memang sangat luas kawasan dataran Angkor ni, Jalan masuk sepanjang setengah kilometer dihiasi susur pemegang tangan
dan di apit oleh laut buatan Manusia yang dikenali sebagai Barays. Jalan masuk ke kuil Angkor ini adalah melalui pintu gerbang yang mewakili jambatan pelangi yang menyambungkan antara alam dunia dan alam dewa dewi.
Daripada banyak kuil yang terdapat di dataran ANgkor, Angkor Wat masih lagui dalam keadaan baik disebabkan ANgkor Wat telah ditukar menjadi kuil Budha dan diguna secara berterusan apabila kepercayaan Budha mengambil alih kepercayaan Hindu di Angkor pada abad ke 13.
Namun begitu, pada tahun 1431, kuil ini pernah di tawan oleh Siam.
Sebagai tapak sejarah warisan dunia, ia telah mengalami proses restorasi dan menelan belanja yang agak besar.
Jika anda ke mari, nak jalanjalan sendiri boleh. Nak amik khidmat tour guide pun boleh. Ramai yang menawarlan khidmat photography dan tour guide. Aku jalan sendiri je.
Oleh kerana kita melawat ke tempat bersejarah, lebih baik sebelum pergi study lah sikit-sikit mengenai tempat ni. Kalau betul-betul mendalami sejarahnya, better amik tour guide dan amik pass lebih dari satu hari , so boleh melawat dan mengambil gambar secara detail. Cuaca panas, so aku tak larat oke nak pi belek satu persatu.


Masa catz datang ramai sangat pelancong. Ada yang datang sendiri dalam kumpulan kecil, ada pelancong barat, jepun,korea yang datang dalam kumpulan besar. Masing-masing menunjukkan minat yang mendalam dan mahu melawat hingga ke atas. kena panjat tangga you!

Sekumpulan pelancong yang feeling-feeling buat fashion photo shoot. Lepas tuh gelak-gelak ramai-ramai.

Ramai je yang verangan ala-ala model you. Ha.ha. termasuklah mak ni. eheks.


Ambil gambar dari pelbagai sudut untuk diabadikan sebagai kenangan

Kalau melawat ke sini, kita boleh saksikan ukiran di dinding yang ada pelbagai nama dan maksud tersendiri.

seni ukir yang halus

Corak ukiran pada batu - berseni, detail,halus

Kat belakang catz tu para pelancong tengah tunggu turn masing-masing nak naik ke atas menara temple ni.

Yang beratur adalah sangat ramai, dan jumlah yang boleh naik, turun pada satu masa adalah terhad. So gigih lah tunggu turn kalau nak naik. tangga tu curam dan tidaklah semudah kita naik tangga biasa.

Catz at Angkor Wat


Terserempak sekumpulan boy monk yang mungkin mahu mengadakan upacara agama.



Banyak sangat kalau nak describe. Malah catz beli buku mengenai sejarah Angkor Wat daripada penjual cenderamata.


old and ancient

Old and ancient, still standing tall and proud.

Meninggalkan kawasan Angkor Wat, kita akan berjumpa dengan ramai penjual cenderamata yang merayu kita untuk membeli. Ramai antaranya adalah budak-budak yang berniaga di luar waktu sekolah untuk mencari sesuap rezeki. Sempat berbual dengan mereka setelah membeli sebab tak tahan kena asak oke. Tapi tu lah kan, ko dah beli dgn sorang, yang lain pun merayu jugak. Adoi, kalau layan sumer, takut mak tinggai spender je karang. Aku beli buku, 10 dillar utk dua buku, dan sekumpulan budak kecil mengasak aku suruh beli gelang pula. Dah le si Phanna (drebar mak) tah kat mana menyorok lepak kat mana. So budak-budak kecik tu follow tak sudah sambil merayu dengan ayat-ayat sadis. "U buy from big boy, we are small girls, u should help us. Please. 10 dollar. please.."
Aku tanya, derang tak sekolah ke? derang cakap derang baru balik sekolah. Bila aku hulur duit je, tak nak amik barang. derang tak nak dan cakap, "too litle, wut can u expect to buy with this" bila aku hulur 2 ribu riel. hem...
Yelah, agak mahal jugaklah sebenarnya barang-barang di cambodia. 1 tin coke lebih kurang 1 dolllar = 4 ribu riel. Dan derang memang tak nak ambik duit tu!
Agak tersentuh hati juga kerana terpaksa menolak rayuan mereka untuk beli gelang-gelang tu. Tapi memang kena keraskan hati.

Dari jauh aku nampak Phanna. Terus aku lari masuk kereta (oh, budak -budak kecik tu masih juga mengasak aku masa nak tutup pintu kereta.).
Mereka bukan minta sedekah. tapi berniaga demi sesuap nasi dan belanja sekolah.

masih tergiang rayuan - rayuan mereka.
Dan pemandangan ketika balik adalah galeri lukisan yang mempamerkan dan menjual lukisan.
Kebanyakkan nya berkisar paparan Angkor Wat.
Aku tak berenti pun. sekadar menjamu mata. Ada anak kecil berusaha keras untuk mencari 1 dollar untuk menyara hidup, lantas wajarkah aku spend 50-200 dollar untuk sebuah lukisan.
MODE keinsafan tiba-tiba menjelma.

bersambung.


Friday, May 21, 2010

Hari Raya dah tiba?

Ok.
Dah penat buat karangan darjah 5 ungu.
jom makan.

Di suatu hari,
Tengah panaskan kuali.
Tiba-tiba..
tritttt!!

Raptai raya oleh seorang jiran.



Kuah kacang, serunding, ayam kari, lodeh dan nasi impit

kelasss jiran aku ni. complete. Sedap pulak tu. Nak lagi.




so,kira kansel aja lah masak.

sampai hari ini, mereka masih lagi belum masuk kuali. Tidur.

Thursday, May 20, 2010

cubaan (part 2) : misteri.

ok..
aku dah kenyang makan nasik.
Tijah, melampau la kenyangnya makan asam pedas tetel old timer. Aku tapau bawak balik, lepas tuh siap goreng telur dadar dua bijik.
Eh.melalut.

sesambil tgk berita ni bolehlah aku sambung karangan darjah 5 ungu siang tadi.
ok..
EXECUTIVE customer serbis tu dah re-set mak punya particular card hutang mak.
Tapi KIKI kena do sumthing utk aku tukar password etc, then baru boleh guna.
so dia ajak aku pi kat komputer depan tuh.

(aku ni dah malu sebenarnya, aku ni duk lah kulu kilir, sebab aku di pass ke meja X, ke meja Y, then pi komputer, then patah balik ke meja ..then ke komputer balik. Macam le besar sgt masalah aku ni kan? eh, u ols paham tak. org lain duk tunggu turn duduk elok je, yg aku kejap2 bangun kena panggillah , apa lah..).
ceh.

ok, sambung.

Sampi di komputer, ada seorang lelaki tua, dlm lingkungan umur 59 tahun kot. Aku agak je la. Tapi dlm lingkungan tu lah.
dia duduk kat komputer, mcm tgh buat sesuatu.

Kiki: Pakcikkkkkkkkkkkkk!!! tolong lah jgn buat apa-apa kat komputer ni.
data saya hilang tau tak? apa pakcik buat ni?
Pakcik: tak buat apa..tunggu turn, duduk-duduk sini.
Kiki: pakcik..pakcik tau tak, data-data saya dlm ni dah hilang ni..data-data resit pelanggan. Tolong la pakcik, jgn usik-usik.
Pakcik: Data apa tuh, kalau data hilang,kita boleh cari semula.
Kiki: takde dah pakcik. semalam saya dah carik. Ni kalau saya nak suruh org IT, kena bayar tau tak pakcik. Pakcik tolongggg lah jgn buat apa-apa.
Pakcik: Apa nama file yang hilang tu? Komputer ni kan sambung dengan sistem, mesti boleh carik kat mana-mana. Komputer ni kan sambung dgn sistem komputer lain.
Kiki: File XXX
Pakcik: ha.kejap saya carik kan.
Kiki: ha..pakcik carik.bla..bla..
Pakcik: bla..bla.. (sambil mencuba search file tapi sgn cara yg pelik). Aku dah kerut2 muka heran.

(aku ni blank sebenarnya..duk mcm tiang letrik di situ pulak. ).
Aku tanya Kiki.
Apesal ni?
Dia ckp, dia dah few times nampak pakcik ni suka duduk usik-usik komputer tuh. Ni bukan 1st time pakcik ni dtg dini. dia ckp pakcik ni yang sebabkan data dia hilang. So now konon-konon oleh krn pakcik ni yg usik-usik PC tu, maybe dia boleh trace balik.
Ya ampunnnnnnnnnnnn.
naif nya ko ni Kiki (kata aku dlm hati).
Data ko hilang ko search lah, try retrieve, ask sapa2 yg tau dm opis kau ni.
Napa nak suruh jugak pakcik ni buat? Ko kenal ke sapa pakcik ni? Ko tau ke pakcik ni sebenarnya buat apa?

Aku yg berdiri depan komputer tuh, memang aku nampak pakcik tu buat apa ok.
Cara dia konon-konon search itu adalah pelik when he obviously buat apa benda tah, which BUKAN tgh search file tu pon!!!!!! tah hapa-hapa dia taip. (mungkin kah pakcik itu nervous?).
And si Kiki duk tgk ye-ye O.
aku mcm nak ckp dgn Kiki, bak sini aku carik kan file ko.
And can u politely ask this pakcik bangun, so then i could proceed settle my card problem tu guna komputer tu kan????????
Tapi Kiki duk jugak layan pakcik ni, which aku dah geram.
Nampak yg Kiki ni tak berapa reti komputer sebab dia tgk pakcik tu buat apa tapi dia layan jugak dan caya yg pakcik ni tgh search file dia yg hilang tu.
Aku boleh nampak, yg pakcik ni bawak satu buku besar (dia letak atas meja), siap ada code-code sumthing. nama file or something la. PELIK!
And Kiki duk layan pakcik ni lagi, tah hapa tah.
AKu duk pandang Kiki, mcm nak suh je lah pakcik ni bangun, tapi Kiki duk lah membebel, "pakcik lain kali jgn usik, habis file hilang bla..bla..bla.."

Aku dah bengang dah.
So mak bersuara.

"pak cik, saya nak guna komputer ni."
pakcik tuh ckp.." oh ..ye ke..ok..kejap" dan kemas buku dia, nak bangun.

see?

kan senang.

Pakcik tu amik barang dia dan keluar dari bank.

So, aku pun bolehlah proceed urusan aku dgn di assist kiki sebab password dia je yg tau.

Then,
Kiki mintak tlg aku carikkan file dia yang hilang.
Tak pasal-pasal aku telah membuat khidmat masyarakat.
So mak godek-godek, dptlah few file. aku save dlm satu folder. Then she suruh jugak carikkkk lagik.ok..aku pun sambung le godek-godek.
Tah hapa-hapa file pelik oke dlm folder.
banyak ikon yg dah diubah nama. folder diubah nama tah hapa-hapa. Ni keje pakcik tadi tu la.
Tapi aku perasan, ada folder-folder dan code-code dlm folder adalah sama dengan yg aku nampak dlm buku pakcik tadi. Pelik tak????

For ur info, komputer ni takder microsoft word etc.
So apa2 file nak tgk pakai note pad.
Kalau org yg memang betul buta komputer, or gila ke, sure tak reti lah nak godek-godek, buat folder, ubah-ubah rename banyak folder, bubuh kod, and siap tukar nama partition oke!
(mula-mula aku fikir, pakcik tu gila, so dia main-main je kat situ).

Oleh kerana suara Kiki adalah 5000 desibel, so ia menarik perhatian pelanggan lain.
so menarik perhatian seorang mamat, aku namakan dia Encik Dol. masa duk kecoh-kecoh tadi mmg aku perasan Encik Dol ni dah duk pandang-pandang.

Encik Dol yg sudah selesai berurusan, tanya, nak tolong ke?

so kiki mintak dia tlg, so aku tgk je lah. Encik Dol ni memang orang IT. so dia tlg, tapi tak berjaya pun, sebab actually file tuh dah tak wujud. Tah apa pakcik tadi tu buat apa kan?
So godek-godek, dia ckp dia heran. As org IT, dia kata, dia rasa pakcik tadi tgh nak buat something. pakcik tu bukan orang biasa, sebab dia tau ubah-ubah folder, buat partition, dan bila bukak folder yg pakcik tu create, dlm tuh ada code-code. Sama dgn code dlm buku pakcik tadi!
Dan nama file yang di create adalah pelik-pelik! Dan sama dgn apa yg aku nampak dlm buku pakcik tu.
Dari cara dia ubah file, nampak dia bukan orang gila, atau org bodoh. Dia adalah sesuatu!!!
OMG!
Pattlah masa Kiki ckp file hilang, pakcik tuh siap boleh ckp yg komputer ni kan sambung dgn sistem komputer lain.
So get my point tak?
Kami saspek dia maybe nak hack system. ok. maybe mcm andaian terlampau. Tapi..possible kan?????

aku cakap kat Kiki, u should tell security people utk alert if pakcik ni dtg lagi.
Menurut Kiki, pakcik tuh selalu dtg bank, and duduk kat komputer tu, tahts y lah dia tau pakcik tuh yg sebabkan file dia hilang.
Kiki ckp, next time, dia akan mintak manager turun dan ckp dgn pakcik tu.
Dalam hati aku, apesal tak ckp je terus dgn security kan?? kata selalu je pakcik ni datang.
Takkan lah kalau nampak perompak bersenjata nak ambush bank amik duit baru security akan buat keje???
pelik je dgn Kiki ni.
hellowww nyahhh, zaman sekarang, orang nak rompak bank, tak payah bawak guni or bawak lori utk angkut duit juta-juta. Ada satu komputer, ko reti godek system, hack, boleh je rompak duhets. tapi akan lebih sadis lah kalau si hacker tuh hack sistem ko utk rompak duit pakai komputer dlm bank ko senirik kan? Kan sadis tuh.

lama gak lah kami duk situ. Menurut Encik Dol, memang pernah berlaku sebelum ni, bekas kakitangan sebuah bank, telah do something pada sistem bank tempat dia keje tuh utk divertkan 1 sen dari setiap transaski pelanggan ke dalam akaun dia. tapi akhirnya kantoi. tapi dah kaya lah. Waah, beriya Encik Dol bercerita.


Macam kelakar pulak.
Memang aku rasa pakcik tu something la.
Dia bukan org biasa sebenarnya.
Tah-tah depan aku dia saja buat-buat cam bodoh.
Padahalllllll ...korang sambung la senirik.

macam sapa tuh.. u ols tengok tak cerita IRON MAN 2? kan..muka penjahat yg cam pecah rumah tu @ p3rog0l bersiri,kita tgk memang takde lah kan rupa ahli fizik ke, pakar komputer ke apa kan..tapi bila dia di amik keje oleh gang Hammer tuh kan, nak hack system ke apa tak yah pun nak try2 password ke apa. within 20 saat dia terus je bleh masuk system dan create benda yg bukan2 which konon lagi cangih dr hok iron man punya tu kan.

hem. misteri.

err...so now agak menjawab jugaklah kan? nak carik file hilang pun suruh pelanggan, so mcm menjawablah persoalan knp customer servis yg mcm tak berapa wujud tu hampeh, sbb staff yg mmg wujud ni pun adalah agak hampeh.

ok.

kad aku dah oke.

mak oi. panjangnya karangan aku ni. Boleh masuk pertandingan karangan peringkat daerah.

Dah, nak sambung buat nota lecture.

Tapi mata aku dah kecik.

ke better tidur je?

eh..
sats.
cerita kat atas pasal pakcik tu andaian kitarang je lah yg dia mmg nak godek sistem etc. mcm typical sgt dan ordinary sgt andaian kitarang tu.
korang boleh jugak berimaginasi.
maybe u ols boleh fikir benda lain yang lebih kreatif dan extraordinary seperti:

1.maybe pakcik tu adalah one of big shot bank tuh, tah CEO ke apa, saja menyamar, pi branch bank nak tgk how org branch sini keje, kakitangan security bank tu keje ke tak ke..possible ye tak?

2.korang boleh juga imagine yang aku ni pun geng pakcik tu jugak.ke ke ke. ye lah kan..pakcik tu berlakon je, supaya Kiki suruh aku yg carikan file dia. aku ni pura2 je nak tolong Kiki, tapi sebenarnya aku yg betul2 nak godek sistem. ha-ha.
Eh..liar sangat oke imaginasi yg ni.

3.pakcik tu tengah buatkan assignment anak dia.

so, sila gunakan imaginasi liar anda.

selamat mencuba.

:)

Cubaan?

Aku malas sebenarnya.
Tapi di sebabkan Pakcik Tony sudah announce kan bahawa dia mahu memberi tiket rege 0, so gigih jugaklah mak menebeng di depan bank pada suatu pagi yang tak berapa nak pagi. Menebeng sebab apa u ols, bukan bank itu belum bukak, tapi dek terkesima why got so many security people berdiri di depan pintu dan some of them are holding senjata api (err..senapang kah?), mak pun ala takut-takut nak lintas depan mereka.
Sekali tgk ada van duit di depan bank. La..ni misi menambah duit ke dalam mesin ATM di bank la ni.


Ok..make it short,
aku dah masuk dalam bank lalu pergi ke kaunter amik nombor depan pintu.
di tanya apa tujuan. so aku ckp lah apa benda nya.
dia tanya: tak call customer service ke??

so, aku ckplah..dah cuba berpuluh kali.

So mak di suruh ke meja no X untuk berurusan dengan pegawai bank? atau kerani di situ yang sedang sgt busy meguruskan dokumen. So aku disuruh duduk sambil menunggu.
Lamanya...ala - ala pasu bunga mak di situ. Last-last bila dia layan aku, dia cakap..
" pegi isi borang". Tak ke dah bazir masa tu?
So lepas isi borang, aku kena tunggu lagi. Takde nombor ya. SO ko kena alertlah tah tang bila nak dipanggil tu.
Tiba-tiba,
aku telah dipanggil oleh seorang perempuan yang bertugas di kaunter pemberi nombor.
dia ckp.." cik...ke sini jap" dan mengusher aku ke komputer yang terletak berhampiran pintu. Tu komputer yang boleh diguna untuk pelanggan menyelesaikan urusan online dengan di assist oleh kakitangan bank kerana sistem online di situ adalah menggunakan password yang hanya kakitangan bak je tau.
Dia ckp." cik, saya rasa you boleh selesaikan masalah u online je ..so haa..sini..u nampak tak ni..."
sambil dia godek sana sini dan mcm tak jumpa apa benda yang di carinya.
Aku mcm dah bengang la. Aku dah lah ponteng noreh pagi ni gigih nak pi bank, ko suruh aku buat online pulak??? Dia yg keje sini pun terkial-kial dan tak jumpa pun benda yg dia carik tu.
Dah sah-sah masa aku buat transaction online dia suh call customer service yang tak pernah aku dpt cakap dengan manusia tu kan?

So instead of forever bergayut dgn telepon call customer service dia yg tah wujud tah tak tu, baik aku terjah terus ke bank untuk bercakap secara langsung dengan manusia kan?
Bil telephone aku korang nak bayar kan ke untuk bercakap dengan mesin customer serbis tu???

Lepas tu boleh ke dia tanya aku dah call customer service ke belum????
Nak suh aku meroyan kat situ ke untuk jawab soalan ni???????????????????????????????????
Err..nak jawab dengan pelempang ke atau nak aku jawab cam petir kat situ???

Eh..malas lah nak meroyan cam org gila kat situ.
So aku insist untuk selesaikan hal ni sekarang jugak. Aku ckp, saya nak jumpa org yang boleh selesaikan masalah aku. Kalau u suruh i balik, if tak settle jugak, saya kena jugak call balik CS yg tah wujud tah tak tu kan? Dan kena jugak dtg bank akhirnya? so get my point here? Orang takde masa nak pi bank hari-hari as if that duit aku ada patbelas juta dalam bank ni oke.

So dia terpaksa get someone utk layan aku.
So dia suh aku pi meja Y untuk proceed.
(Borangggg aku tadi kat mana? kat manaaa???) - borang tadi tah kat mana.

so aku duduk depan kerani bank di meja Y. aku bagi nama dia Kiki (pinjam nama teddy bear aku). eh, teddy bear pun ada nama? sila muntah.hik.
Dia tanya aku apa masalah aku.
aku ckp lah apa masalah aku , dan dia ckp." call lah customer service".. dgn muka kurang mesra sambil duk key in apa tah dalam komputer dia.
waa...my blood go upstairssssss u olssssssss.
So mak cuba tahan perasaan mak ni.
Aku: dah call berpuluh kali since last week, tak dapat berckp dgn CS pun, thats y i dtg bank".
Kiki: eh..semalam saya call oke je? Ha..pg tadi ada sekali saya call..dapat je?
Aku: ye ke? saya call berpuluh kali. asyik dikatakan 'Our EXECUTIVE are busy".
Kiki: u call pukul berapa? jgn le call time sibuk.
Aku:" pagi, petang, siang, malam, 12 tgh malam, 3 pagi.
Kiki: Ye la..nasib lah kan...ikut nasib. kalau nasib baik, dpt la, cubalah byk kali (wahhh statement!!!).


Aku heran la. Apa yang susah sgt nak layan sekarang jugak, duk nak push jugak ckp dgn CS or buat online? Hello. Ko ingat pelanggan ni kalau tak terdesak, rajin ke nak sesaja dtg bank while now ni sumer benda boleh buat online kat rumah/opis. Benda-benda tu semorang dah tau la.!!!!

Oi. ko ingat kami ni pelangan ni, takde keje lain ke? kami ni, ada keje nak buat, ada pokok getah yg nak ditoreh, kucing yg nak dibagi makan, pokok bunga yg nak disiram, nak tgk cerita nenek kebaya, nak layan program masak-masak, layan anak, layan laki, nak beribadat, nak bangun solat tahajud, nak ngaji subuh-subuh, nak tidur, nak gosok gigi, nak masak, nak joging, nak pi gym, nak lepak kedai mamak. Lagipun, bil tepon kami ni korang nak bayarkan ke??

aku: habis tu??? now camana ni?
Kiki: ok, saya call kan customer service sekarang. Saya bukan boleh buat apa pun, luar bidang kuasa saya. (Sambil mendail no CS) dannn..tu diaaaaaaaaaaaaaaa..
Dan...tidaklah tiba2 dia dpt ckp dgn CS tersebut.kan? Asyik mesin penjawab yg duk ckp suh tekan sana sini dan akhirnyaaa "OUR EXCUTIVE ARE BUSY, PLIS HOLD..BLA..BLA".
kan???? so..now eat your word ek!
terbukti kan????
so mak di depan itu seperti pasu bunga lagi sekali menunggu bila lah dia nak dpt ckp dengan manusia yg bernama executive customer serbis tu.
Laaaama oke!
so setelah mencuba berpuluh kali..dptlah ckp. ok..bla-bla..bla.
so..encik customer serbis dah re-set kan aku punya particular etc.
Then kena aktifkan dekat komputer kat depan tadi. so kiki ajak aku ke komputer tu.

TIBA-TIBA...

ada seorang lelaki...

eh..
karang aku sambung.

hint.

cubaan merompak bank.





Wednesday, May 19, 2010

Seperti yang kujangka

Pantai Bagan Lalang, Sepang (15 Mei 2010)


Lirik - Seperti yang Ku jangka (Indigo)

Sekali lagi ku lalui jalan sepi
Yang cukup diri ini kenali
Ku sangka dia yang ku cari
Telah ku jumpa
Namun dia yang menghancurkan jiwa

Cukuplah sudah hatiku dipanah duka
Cukuplah sudah segala sengsara
Dan aku tak mahu lagi dibelenggu rindu
Kerana ia akhirnya membunuhku

Seperti yang ku jangka terjadi
Tewas sekali lagi
Menambahkan luka ynag sudah ada
Seperti yang ku jangka terjadi
Cinta datang dan pergi
Mungkin takdir ku hidup menyendiri

Harapan terakhir ku rupanya sama saja
Dengan yang terdahulu darinya
Biarkan aku hidup tanpa belaian cinta
Biar semua tahu ku kecewa

Seperti yang ku jangka terjadi
Tewas sekali lagi
Menambahkan luka ynag sudah ada
Seperti yang ku jangka terjadi
Cinta datang dan pergi
Mungkin takdir ku hidup menyendiri

Mungkinkah takdir hidup ini menyendiri
Bertemankan sepi
Yang pasti setiap malam
Ku imbas kembali
Kenangan indah menyentuh hati
Yang pasti itulah saja mampu ku miliki
Mungkin sepanjang hayat ku bermimpi



Lately selalu dgr lagu ni kat radio.
wujud lagi ke group Indigo ni?