Friday, October 7, 2011

Keselamatan: mengendalikan gas memasak di rumah

Last week, catz was invited to give a talk on safety and health di @stro.
so actually talk ni untuk kakitangan mereka.
It was a series of talk relate to health and safety with conjunction to SHE week.
habis talk aku, next speaker adalah dari shell.
macam menarik.
so instead of balik, aku stay tengok talk yang ni pula.
keselamatan mengendalikan gas memasak LPG, iaitu menyimpan dan mengendalikan.
diajar juga langkah-langkah keselamatan sekiranya berlaku kebocoran gas.


comel je orang dari shell ni...

dia bercerita base on true story. One of her family member died becoz of takde pengetahuan mengendalikan kebocoran gas. uncle dan auntie dia. balik rumah bau gas, terus ON suis lampu...berlaku letupan dan kebakaran. auntie dia survive tapi burnt teruk.
so thats why dia berazam educate orang tentang keselamatan pengendalian gas LPG nih.

siap bawak tong gas untuk demo


benda ni macam dah biasa, tapi bagus sekiranya kita mengambil berat dan saling ingat-mengingati kan.

ni dapur aku.

actually, tak bagus kita bubuh tabung gas ni dlm tempat sempit, tapi tah dah design dapur kita kat malaysia ni macam ni, lepas tu we are fighting for space, kekemasan , kita biasanya letak macam ni. tak nak le nampak ting gas tertoggok kat tengah dapur kan. so kita sorok gitu.
sebenarnya lebih baik tong gas di letak di dalam keadaan pengudaraan yang baik, bukan di tempat sempit.


lebih baik sebenarnya kalau berhampiran tingkap..



ni another isu, gas regulator. kita biasa beli guna hok murah tu kan. gas regulator + salur gas kat kedai hardware depan rumah aku RM18.00.
actually kita kena tengok juga samada ia berkualiti.
gas regulator kena ganti setiap 5tahun tak salah aku, dan salur gas tu kalau boleh jgn beli yang plastik clear tu. If boleh beli hok getah hitam yang diluluskan penggunaannya.
ada standard yang derang kena patuhi tak silap aku. dan salur gas kena ganti at least setiap 2 tahun. bukan guna seumur hidup.

antara tips keselamatan:

1. if nak cek kebocoran gas, guna buih sabun.

2. sekiranya kita mengesyaki berlaku kebocoran gas di rumah, let say kau baru balik tengok konsert, lepastuh lepak kedai mamak pulak smapai 2 pagi. Balik rumah , bukak pintu je bau gas yang kuat.
PLEASE! JANGAN buka ATAU tutup /sentuh any suis.
Bila kita tekan suis tak kira ON/OFF akan berlaku percikan sebenarnya yg kita tak perasan which akan menyebabkan bertindakbalas dengan gas dalam udara dan kebabommmmmmm!!!
dan JANGAN menggunakan telefon bimbit di situ sekiranya tak nak diri kita meletop dan terbakar di situ.

langkah yang patut dilakukan ialah:

buka semua pintu, tingkap, bagi udara keluar masuk.
IF possible alihkan tong gas ke tempat lapang, jadi kepekatan gas di ruang rumah akan berkurangan.
dont worry, as long takde percikan api etc, takkan nya tong gas tu meletop. (hahaha..ini yg aku terpikir, apa pulak nak heret/angkat tong gas tu kan..sure aku lariii terus..ekekekke. sebab takut meletop.).
actually tak akan meletop pun, kecuali ko saja-saja carik nahas nyalakan api atau suis.

kemudian maklumkan kepada pembekal gas.

yang penting jangan panik.

hehehhe..entah-entah aku yang panik lebih.

actally ada alat pengesan kebocoran gas dalam pasaran.
harga around RM200-250.
kita boleh install kat dapur.
If berlaku kebocoran, pada certain kepekatan akan ada bunyiuk beeeepppp!

gas regulator

masa talk tu derang ada jual ni. buatan german ke mana tah, lupa. aku beli sebab dia ada ciri-ciri keselamatan penting. harga dekat rm80.00, tapi aku dapat diskaun rm65.00 .

inilah gadget terbaru aku. hehhehe...

masak-masak jugok kiah,keselamatan harus diutamakan!

Thursday, October 6, 2011

kisah kicap itu....

kegemaran sepanjang zaman..!

kicap !

benda yang paling simple dan sedap.

ok..resepi 1:

pegi dapur...amik telur.
panaskan kuali, buh minyak sikit (versi yang guna kuali tak lekat tu tak berapa best u ols).
tuk-tuk-tuk...ketukkan telur..terjunkan telur...ok ...kerrecekkeeeeeeee......lariiiiiii!!!!!! waaa,takutnya..
meletop-letop kau. sapa suruh kau baling telur tu kan..memang lah melompat ngek.
amik sudip, pegang hujung-hujung je batang sudip,wakakaka, macam ala2 main lawan pedang...terbalikan telur, biar tepi dia macam garing kecoklatan sikit..

ok..amik sepinggan nasi suam/sejuk.

angkat telur tadi buh atas nasik.

amik kicap...crot..crottt....walaaaa....

peringatan : guna kicap lemak manis kicap udang sahaja. kicap lain tak jadik.

kih-kih.

2 pinggan u ols.



Resepi no 2:

cili api- hiris
bawang besar merah - hiris
kicap
limau kasturi - 3 biji


satuka cili api, bawang,kicap. belah dua limau kasturi, separuh perah, separuh biar je duk dlm campuran.
makan dengan nasi panas.

peringatan: kicap-----> kipas udang.


resepi no 3 dan seterusnya bersambung nanti ke siri seterusnya.



kicap ni selalu menyelamatkan aku.
banyak masakan aku yang actually, aku buh kicap.
contoh buat sambal, buat kuah kacang , and pernah aku zaman jahil-jahil masak asam pedas pun bubuh kicap kipas udang. ahahhaha..anak sapa lah punya resepi kan.
eh..bukan aku salah resepi tauuuuu...entah kenapa aku ni macam suka nak buh kicap sikit, sebabbb..aku rasa macam keji sngt rasa asam pedas aku.
so nak bagi rasa makanan, aku jalan pi peti ais, amik kicap..crot crettt 2-3 semburan kicap..
then rasa-rasa sikit...ehh....jadik ok pulak rasa.
kihhhhhh..


aku rasa, nak bagi balance rasa sambal (aku tak suka ajinomoto) , normally aku akan bubuh kicap sikit.
Masak mee goreng? bawang putih + cili kisar+ sos tiram+ KICAP KIPAS UDANG ---> sedap gila mee goreng kau nanti. Tak payah belajar masak. kompem sedap!

Begitu penting kan peranan kicap kipas udang ni kan.

sejak aku mengenalinya lama dulu, aku ak tukar brand lain dah.
if abah aku beli kicap brand lain, aku sanggup pegi kedai semula beli kipas udang nih tau!
wah..setia membuta tuli kan aku ni. macamlah dapat diskaun. memang tak le kan.
mentel sangat!


Biasa tak dengar ni:


"kesian dia tu..miskin..makan nasik dengan kicap je.."

"lauk telur dengan kicap JEEEE..."


aku pernah tgk dalam rancangan bersam@mu kat tibi3 pun dia antara skripnya,

" bla..bla... makan dengan hanya berlaukkan kicap dan telur".


wah, gitukan.

kicap ni macam makanan orang susah...


TAPIII.....
kan..
aku baru je bertukar paradigma..wah kauuuu...ayat...kehkeh...
rupanya kann..

MAHALLLLLL kicap ni.

percaya tak..selama ni, aku tak pernah tukar brand kicap sejak aku rasa dah lebih 15 tahun,
habis ke kicap mesti akan beli, dan baruuuuuu beberapa hari ini, baru lah aku perasan bahawasanya.....Kicap yang aku makan ni mahal u ols.
aku baru tau harga kicap ni..
all this while, aku duk fikir kicap ni harganya adalah RM2.40.
serious aku tak tipu.
aku style beli benda2 dalam botol aku memang akan pilih benda yang aku suka dan kalau boleh hok paling murah.
contoh, sos cili, aku guna kimball, yg botol besar pun tak sampai rm3.00 kan?
thats y aku fikir kicap ni harga bawah RM3.00.

dah suka lah katakan. main amik je...

rupa-rupanyaaa....



ni harga kat hypermarket gergasi...

botol kecil




botol besar

harga tertera di botol

kan....aku baruuuuuu tau inilah harga kicap ni. sejak bila dia mahal macam ni ek? ek?
aku perasan sebab, supermarket ni buat promo..5.79 tapi dia buh kertas, 5.69. murah seposen. terus aku macam kak senah berselendang nak tengok..ehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh????? ni kicap aku niii...apa ke mahalllllllllll??? bukan harga nya rm2.40 ke????

terus aku rasa nak boikot tak nak beli.

eh, tapi beli jugak.
ha-ha.

terus aku rasa, eh...selama ni aku takdelah susah mana, sebab makan kicap mahal.


alasan, kata KOG..sebab kicap ni sedap.sebab tu mahal.
iskkk....
ai tak boleh terima ok alasan tu..
dah lah tekak aku ni tak nak pulak bertoleransi.

bukti sokongan tidak berbelah bahagi


aku rasa, ia patut dijadikan barang kawalan. harga siling RM3.00 je.

setuju tak? esok pembentangan bajet kan? harus dibahaskan ni.

entry seterusnya, harga-h
arga kicap di pasaran.

Wednesday, October 5, 2011

Life's like that : versi kena mandrem

sambal goreng jawa -masak beberapa hari yang lalu. stok seminggu.

#7

sejak habis raya dan berkahirnya segala makan free, jemputan jamuan raya baik oleh rakan , pejabat sendiri dan kompeni orang, jamuan raya ahli politik berbagai parti, maka kedengarannya lah.." ok now dah boleh start diet".

wah.

bunyik macam senangkan.

sedangkan msa puasa pun tak turun berat apatah kurus, niiiiiii baruuuuu habis bulan Syawal yang jamuan makan sana sini tak habis-habis kan.

kawan aku tanya,

jeniffer lepat: " catz kau kan..antara nak pegi exercise dengan kawal nafsu makan, mana yang kau lebih susah nak buat??".

aku: mestilah kontrol makan..tuuuu susahhhhhh!

jeniffer lepat: eh...bagi aku kan....exercise lagiii susahhhh....kontrol makan senang je. jangan makan. dah.

aku: ehhh...tak...aku kalau ko ajak bersenam ke..aku ok je (ecehhhhhhh), aku sukaaaaa masak. janji dapat masak gembira. camna tu?? aku bukan jenis yang kalau nak makan takde makanan boleh pejam mata, tidur atau membiarkan diri mati kelaparan. tidakkk!

jeniffer lepat: ye lah kiah. kau memang dah bertambah gemuk.

aku: er..btw, time bila nya aku kurus? setau aku..last aku kurus..masa aku tingkatan 4.


ye u ols.
aku dah start exercise, now pi jog walauuuuuuuu pun takdelah nak jog sangat. tapi sesambil dengar lagu korea, hello-hello yang Hong Ki nyanyi tu...sekurang-kurangnya aku jalan laju-laju.
dan untuk nak meningkatkan semangat waja sekarang ni, aku siap beli kasut sukan adidas baru.
kih.
konon lah kan.

aku dah start perlahan-lahan makan secara sihat.

tapi tu lah.

aku rasa dah kena mandrem lah dengan satu kedai tomyam tu.

bila aku lalu je jalan depan kedai tu, otomatik aku singgah beli nasi goreng dia yang sedap tu.
padahallll nasi goreng je pun.
tu lah..aku rasa memang dia dah mandrem aku.
pagi-makan cereal.
lunch- light meal/low kalori meal.
malam- nasik goreng satu polisterin.
penat aku joging 5 round kat sports complex tu..balik sekali makan nasik satu polisterin.

nak kena jumpa ustaz mana-mana ni, nak counter back mandrem tu.
tapi yang pasti bukan Ustaz shauki. ekekekkekeke.takut mak u ols.


hahhaa.



tak yah kena mandrem pun memang kau dah kuat makan kiah.

alasan.

pfttttsss..

Life's like that : Life is unfair.

Lunch , yesterday

i copied this from here.

# 6.

Life
is unfair. You put someone first who puts you second. You give 110% to someone in a relationship when they only give 40%. You're there for your best friend at 3 a.m. when they need it the most & the next day they don't pick up their phone. You give something your all & sometimes get little to nothing back. You care so much about someone who doesn't care enough about you to say hi once in a while. You give someone your time & they give you "sorry, I'm busy". It seems like you're giving everyone everything & they're just walking away with it.

But that's just the rule of living. Life is simple.
When
you choosing something, never look back :)



my friend said,

Don't upset for nothing, don't cry for nothing.
if we do something for someone, please do not expect any return.
Allah knows best.

btw, siapa kata hidup ni adil?

Tuesday, October 4, 2011

resepi campak-campak

cekodok bawang style campak-campak dengan sambal kicap.

Bahan-bahan:

tepung
bawang
cili


eh tak payahlah kiah. macam poyo sgt cekodok pun nak letak resepi. macam laaaaa cekodok kau luar biasa dan orang nak try.

sambal kicap tu mesti orang johor macam KOG tuh master dah.

kih.