Friday, July 20, 2012

Oh My ENglishhhh!!


suatu hari...masa training..Banyak sesi ice breaking coz the participants are from different company..
so suka je instructor buat aktiviti..



Instructor said :  Now..is our next ice breaking session. Get partner from other table.
exchange information. Tell something that signifies you. tak kisah apa-apa, as long it signifies u. Your partner has to write down, and you will tell anything like your style, your character etc.
ok..now!

so we ols pun bertempiaran carik partner, as aku malas, aku redha je lah sapa nak jadik partner aku.
there is a guy approach me..ok..kita partner.
Ok...tulis.
so i write somwthing about him, and i he jot down what signifies me. ayo..mak xde idea u ols. hentam ajalah.. aku dgr ada yg signify cara berpakaian, ada yg describe character etc..

so...aku ckp je lah apa yg aku rasa relate dan org notice pasal aku kan.


OK...5 minutes!!!!!! cukuppp!!    instructor jerit! 

And kebetulan , instructor  tunjuk partner aku.

Ok.." who is your partner?? "  he said, "catz miow miow"

ok..tell yourclass, what signifies catz miow miow...

" something that signifies catz is, she always carry a big and heavyyyy hand bag. she would love to have everything inside her bag..such us notebook, 2 mobile phone, lipstick, mineral water, hardisk, magazine and snake!""


the whole class was ... "snake??????"

 dan semua pandang arah aku...ketawa..


gila kiah ko bawak ular dlm beg?


"haaaaaaaaaaaaaaa????? u carry snake in your bag??!!!!!   "  and semorang ketawa sampai nak terbalik meja ok!

i was giggled and macam nak nyorok bawah meja ok...!!

and someone asked.." do you open her bag??!!" 

and they laughhhhhhh !!


and partner aku cakap...."eh....not snake, but snack!

satu kelas jerit :

"" OHhhhhhh Myyy  Englishhhhhhhhhhhhhhhhh!""
(ok..sila bayangkan ye..semua dah tua bangka, buat suara comel ala kanak-kanak riang sebut "ohh..my englisssssshhhhhh..gedik ok!)
dan ketawaaaaaaaaa cam nak rak ok...!

aku tak sure dia ni saja buat lawak or actually dia memang salah sebut...cehhh..
dia mmg semulajadi kelakar ke apa tah, coz even muka dia serious, bila dia berckp mesti org ketawa. styld dia mmg gitu kot.

cool kau..pi jalan-jalan bubuh ular dalam hand bag. hahha..ko ada??

Aku kalau teringat peristiwa nih , memang tersengih sorang..kadang tgh drive aku ketawa sorang..ceh..gila.

eh..good idea kan?  pi mana-mana bawak ular dalam beg.
kang if jumpa peragut yg nak ragut bag ko,..libas je dengan ular tuh.

kih.


my new friend..sweet and kuat bebel...kihkih..

Thursday, July 19, 2012

From Kota Singa with love



Thanks to you know who you are....
stok setahun..
my fav colour....nice.
Thanks alot..!

Wednesday, July 18, 2012

chaos

quick breakfast


I had meeting with client yesterday at one of the Church in PJ. The client, telco company representatives asked me to join him breakfast before the meeting, but mak malas. Singgah McD Sg Besi and had big breakfast alone. yummm...
Sampai church pukul 10.50 (meeting at 11.00). Dr VJ smiled at me and take us to dewan.
Luckly i managed to get my slides presentation done (wahh..mak bangun pukul 4 pagi buat nok...).
I met few other people, paderi ke apa nama jawatan. Derang wakil dari church lain and gathered to resolve their problems relate to telecommunication structure etc.
And malang lah pulak. The 'iman besar' was electrical engineer, jaga communication system di salah sebuat broadcasting kompeni. terpaksa lah aku mendengar ceramah dia pulak, instead of mak yg menceramah dia. aishhhh. To be polite aku bagi le kata-kata pujian pelesu like ' Mr Margus, thanks for sharing you thought  and info..very informative bla..bla..bla...' bagi dia kembang-kembang idong kejap before i put my point of view. Ni lah orang jaman ni..info senang sgt dapat and yg salah pun orang kata betul. Ikut hati nak aja aku bertekak-tekak dengan dia tapi apa ke jadah le aku nak bertikam lidah dengan dia kan. silap-silap client yg menghire mak ni tikam mak kat situ jugak. org suruh solve problem ko carik gaduh pulak. ha...
But other than that, they are very nice people. and oleh kerana mak ni the only lady and the one yg have say di situk, mereka amatlah friendly dengan mak and ask wether i can convince telco kompeni itew untuk memacakkan antenna di atas rumah dia. kihhhhhhhhhhhhh.  sapa tak nak duit free kan. Tapi sebelum tu sila lah kau bertekak dengan local authority ye. Tak pernah dibuat org bubuh stesen pemancar telekomunikasi atas rumah. But overall meeting was ok lah..till the 'imam besar' bisik kat Dr  VJ and said kalau boleh he dont want to see the structure in their compound. Hem..lantok le situ. And idok le Dr VJ and paderi yang lain itu berpuas hati..bengang..tapi sapalah kau nak lawan 'Imam besar' itu..gituh kekdahnyaaa. Client aku muka kelat and asked me to do something about it. Tah le nok. Buntu laa. Dr VJ suggest something to challange the keputusan Imam besar mereka itew..
ehhhhhhhhhh.....later lah ek. penat otak mak ni.
Mak ni dah chaos dah lately. Kena pulak aku memikirkan masalah orang lain. Sukatik korang la..nak dismantle ke..nak cabut ke...nak pasang ke, nak rebus ke  benda alah tu. sukatik le. tak nak duhets sudeh.


aku now dah macam hidup dalam timbunan report. We have 'big issue' recently which secara tak lagsung aku pun terlibat. and the director visit my lab before lunch tadi , caring lah gitu kekdahnya.
sure dia nak pitam tengok aku kerja..dah macam reban ayam pun iye jugok..kih.
usahkan kata 5S nok.. 2S pun mak tak sempat   (tapi sempat tulis blog? boleh??).
He stay around 1 hour ngadap muka mak nak bergosipan. I wish he could help me, tapi jadik pom pom boy pun boleh lah kan...

aku now tidor pun ngigau....RF.....frequency.......report....periuk....senduk...crude oil..... probe..
basikal...

Balik pun bawak segala kerja sambung..aku tidur 3 jam je mlm tadi.

letih.


bersungguh-sungguh kann...

Monday, July 16, 2012

Bayu, pantai dan kesedihanku

sotong goreng tepung, Pantai Kemasik, Kijal


Pulang dari loji, aku singgah di Pantai Kemasik.
Ais batu campur dan sotong goreng tepung cukup buat aku kenyang hingga lewat malam barangkali.
Dari jauh, ku lihat Bayu. Mengangkat tangan dan melambai.
aku balas dengan mengangkat tangan kembali.

Bayu : baru pulang?
Aku: hem.
Bayu: kau dingin, cold person.
Aku: kau rasa begitu?
Bayu: Iya. Kau tak jemput aku duduk.
Aku: duduk lah. sila. enggak apa-apa. Nak makan-makan le.
Bayu: bisa ku cobak?
Aku: Bisa. Tapi jangan kau habiskan.
Bayu: Kau tak lapar. Aku bisa menelah karaktor mu.
Aku: Aku juga bisa berkata begitu. Kau nak makan free?
Bayu: Hahahahahahaaa.. (Ketawa macam pontianak). Clever.
Aku: (angkat pinggan sotong jauh dari Bayu). Nak makan pi order.
Bayu: Kau habiskan sepiring? u put unnesessary cholesterol into your body.
Aku: who cares???????????????
Bayu: Aku peduli. Nanti kau bisa jatuh sakit.
Aku: Ada mak kesahhhh????
Bayu: Memang mak kau tak kisah. but i kisah.
Aku: Kau penyibuk.
Bayu: Aku tau kau tak lapar. Kau cuma rasa nak makan.
Aku: mana kau tau?
Bayu: kan aku bilang..aku boleh baca apa dalam mindamu.
Aku: (puiiii....) <----- dalam hati.  Errr...ok..apa yang kau boleh baca?
Bayu: Kau sedang bersedih. Kau makan untuk hilangkan kesedihan. Kau dah makan heavy lunch tadi. Aku lihat kau di Rumah Makan Sabar Menunggu di Paka lunch tadi.
Aku: Stalker!!!!!!
Bayu: Hey....sapa yang stalk kamu??? aku dan teman-teman duduk di meja belakang kamu. Kan kubilang kau cold person. Kau jalan tegak, enggak menoleh. order sup, nasi, sambal dan dua gelas besar sirap.
Aku: eiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...sukahatiiiiiiii mak laaaaaaaaaaaaaaaa..................kalau aku gemuk tak ada kena mengena dengan kau ok!! Aku pun memang tak pernah kurus macam Nasha Aziz ponnnnn...!!!
Bayu:  (ketawa..ketawa...).. hei...kok marah?   (sambil tu tangan dia capai seketul lagi sotong..kuang hajo kannnn).

Aku makan buat bodoh. siap order segelas lagi kopi o ais. Terkulat-kulat Bayu tengok.
Eh..apa tengok-tengok? 
Bayu menghabiskan air dan memanggil pelayan, seorang remaja kurus bertudung merah jambu.
Bayu: bill nya!

Pelayan berlalu dan mengambil kalkulator.

Pelayan:   RM19.00.

Bayu menghulur dua keping note merah RM10.00.

Bayu: simpan bakinya.

Remaja kurus mengucapkan terima kasih dan berlalu sambil tersenyum.


Aku berjalan ke Pantai...mengambil gambar laut waktu senja..
Bunyi deburan ombak, angin kuat yang bertiup. mengasyikkan...

"Heyyy!!!  kalau kau patah hati, kau jangan terjun laut!"

Bayu menjerit dari jauh.

herghhhh....

Aku duduk atas pasir. kuis-kuis kaki seluar yang kotor dengan pasir.

Bayu:  Cantik bukan?

Aku:  Yea. Cantik. Aku suka.

Bayu: Laut dah sebati dengan jiwa aku. (erhghhh..tak ke macam skrip drama Rasyid Sibir tu Mak  
           Jemah??)

Aku:  Berapa lama kau di sini?

Bayu: Lama. Aku sudah 7 bulan di sini. ON OFF. Kadang aku ke offshore platform. Laut dah sebati dengan aku. AKu sudah berada dalam industri ni lebih 12 tahun. Merata negara aku pergi.

Aku: Orang tua mu ada perusahaan di Jakarta. Kenapa susah-susah bekerja macam ini. Katanya, orang di Indonesia, kalau kaya,,,mereka kaya bangett. Aku sering ke sana, jadi aku pernah lihat kehidupan di sana.

Bayu: (senyum).  Aku patah hati. Aku pergi jauh untuk  lupakan kesedihan.

Aku: Kau sedih? tak kelihatan seperti orang sedih.

Bayu:  (senyum dan menarik nafas panjang).  Kalau kita ini berduka, perlukah kita meratap saban hari? Aku teruskan hidup kerna aku tahu aku masih ada harapan. Aku hidup dengan harapan. Walau aku tahu, harapan itu adakalanya palsu. Aku kena teruskan hidup aku. Aku timba pengalaman. Tabahnya hati aku kerna aku selalu fikir, hidup ini enggak lama.

Aku: Kau kecewa?

Bayu: Very much. 

Aku: Kau lari dari kehidupan lampau kau?

Bayu: Iye..lebih kurangnya begitu. Dan aku yakin kau pun dalam proses itu. Benar?

Aku: (angkat bahu dan bangun...)


Senja indah..dan bayu laut.....

Bayu: hey...kau dengar lagu ini...

Aku: lagu apa?

Bayu: lagu kegemaran aku.

Bayu menekan punat di ponsel nya ....

Bayu dan pantai,  Kemasik (Julai 2012)




Kesedihanku - Sammy Simorangkir


sepinya hari yang ku lewati
tanpa ada dirimu menemani
sunyi ku rasa dalam hidupku
tak mampu ku tuk melangkah
masih ku ingat indah senyummu
yang selalu membuatku mengenangmu
terbawa aku dalam sedihku
tak sadar kini kau tak di sini
engkau masih yang terindah
indah di dalam hatiku
mengapa kisah kita berakhir
yang seperti ini
masih ku ingat indah senyummu
yang selalu membuatku mengenangmu
terbawa aku dalam sedihku
tak sadar kini kau tak di sini
engkau masih yang terindah
indah di dalam hatiku
mengapa kisah kita berakhir
yang seperti ini

yang seperti ini

engkau masih yang terindah
indah di dalam hatiku
mengapa kisah kita berakhir
yang seperti ini

hampa kini yang ku rasa
menangis pun ku tak mampu
hanya sisa kenangan terindah
dan kesedihanku





Aku yakin. Lagu ini menceritakan perasaanya. Sebab itu dia dia hidup dalam harapan.
 Tapi, 12 tahun...tempuh yang lama.
Tak semua perkara boleh berlalu dan berubah dengan masa.

Friday, July 6, 2012

lilit lilit...




dek kerana aku ada presentation yg penting lah kononnya, ia telah menyebabkan aku stress dua hari.
cam bongok je rasa.
dah lah nak ke sana kena keluar rumah pukul 6.15 pagi, kalau idok tak sampailah ke sana 8.30 pg.
Jalan ke sana itu katanya ibu pejabat segala jenis jammmm katanya.
so untuk elakkan amukan trap dlm jammmmm ituh...maka haruslah keluar awal pagi buta.
Kalah orang nak pegi noreh ok.

But it turned out very bad.
teruk gila aku rasa sebab tiba2 aku kena nervous breakdwon ke apa tah nama.
entah le..hapa ke vongok kan.
mungkin sebab tak fokus dan penat, so aku tiba-tiba tgk muka org jadi nervous..
padahallllll.........aku tak pernah pun nervous cenggituh.
grrrrrrrr....

ok.aku rasa antara puncanya..
sebab hari ni aku pakai shawl yg aku tak biasa pakai.
pakai inner yg melekap kat dahi.
which aku x pernah pakai macam tu..selalu pakai inner yg ada awning (eh..macam cerita pasal bumbung rumah ke apa ni??).
and tudung tu baru..and tiba2 aku rasa gatai nak pakai.

sampai sana ada yang tegur..
"eh catz, u nampak lain hari ni? cantik..laa.."
i was like....really??? aku anggap ia ayat berbasa basi sebab takde modal nak ckp apa gamaknya.
padahal aku rasa horror gila...
kononn kan nak berpesen lain..sekaliiii....
gagap masa present.
bongok.
tak fokus dan prepare, kita salah kan tudung.
kih.

so oleh kerana ke stressan itu terbawak-bawak ke petang,
aku pi le de tour ke PJ balik ptg tuh.
bukan selalu pi KL kan....
pi lepak makan rojak dekat syed bistro PJ . Jumpa cik Salmi kita di siteww.

Lepas tu terfikir nak carik shawl di amcorp mall. situ banyak jual shawl.
Tah..aku beli dua helai, sebelum sampai kat gerai shawl depan subway.

booth shawl ni choice tak banyak, tapi trendy gituh pesennya.
aku belek2 dan adik ni ramah layan aku sampai mendemo.
hoodie shawl ke menda tah..mak oi..
dik..tak sesuai dengan mak yg dah kertu nih ok.

kemudian aku nampak shawl yg ada renda2..patch2 gitu..cantum2 kain few colors, then dibubuh renda cam kain net ke menda tah.
dia demo...
" kakkkk...yaang ni akak pakai macam ni....ha..gini..gituuu..gini..gitu...."



 adik ni gigih mendemo ..aku belum pun tentu nak beli, but she has good PR lah..mak pun terkesima melihat dia melilit, menyelit, menggaya..etc

ha..cantik kannn....? kata dik iteww..

" dik..u memang dah cantik dik..pakai apa pun..lilit sana sini...memang lawaaaa je dik..ko pakai apa pun lawa ok. akak nih..muka besar dulang ok...kalau akak pakai gaya gini...dah macam pokok kelapa kena panah petir berjalan gayanya dikkk..horrorrrrr"

adik tu ketawa..

eh..akak cantikkkk apa...

dah le dik...ko tak yaah puji akak..
akak beli shawl yg biasa ni udah.
kang terasa macam fashion victim pulak akak nantik.
horror ok.
bukan takat org yg tgk aku horror.
aku pun tak sanggup nak tengok muka dalam cermin nantik.
ngeri.