Monday, September 13, 2010

Random : Raya 2010

1.Persiapan raya adalah sangat sederhana.
2. Sempat juga bersesak bagai di shopping complex.

3. Nampak baju raya yang cantik-cantik.
aneka warna
oh..mimpi je lah nak pakai kebaya, tunggu 2015 kot. Mungkin masa tuh dah turun 2 saiz. hik.

4. Beli barang-barang kering seperti ketumbar, jintan dan bahan-bahan sayur lodeh, bawang , ketupat plastik, seminggu awal. seronok beli jintan, ketumbar , serai, halia sebab tak payah pikir saiz 4 ke..saiz 5 ke..lepas tuh takde saiz.
5. Aktiviti malam last ramadhan, adalah mengupas bawang, kentang, halia, rebus cili kering dan blend, goreng kacag tanah dan blend, goreng kelapa/sangan utk masak rendang esoknya.
Nasib le jugak raya Jumaat kan? ada yg ckp khamis. Kalau khamis raya, alamatnya makan rendang bawang je la sebab time ni aku belum beli ayam/daging.
esok pagi baru nak ke pasar lepas sahur.
eh..adegan kupas bawang bukan di dapur, tapi depan TV dalam bilik.hihihi.sambil tengok CSI ke apa tah.


6. Ke pasar pada pukul 6.00 pagi. aku ingat pasar lengang..rupanyaaaaaa.......

Pasar adalah sangat ramai manusia yang beli barang masak/daging/ayam. oh segala mak nenek kelonsong ketupat pun ada.
errr...kot ada yg wonder, ni pasar mana..ini adalah pasar di sebuah daerah dalam negeri selangor yang now ni jadik amat famous amos dan menjadi bualan tatkala sedang makan ketupat / kuih semperit masa beraya. sadis gitu.
harga ayam adalah 7.20 sekilo. Gila beza rege dari raya tahun lepas. Beli dua ekor dan suh potong terus. Dan beli daging 2 kilo untuk rendang.
peristiwa beli daging.

ai: pakcik daging berapa RM sekilo
pakcik: ha..RM20.00
ai: pakcik, bagi yg tu..(aku tunjuk daging batang pinang)
pakcik: haaa..mintak maaf la ya..itu harga lain. ni harga lebih dari yang tadi tu.
ni harga lain.
ai: berapa pakcik.
pakcik: haaa...harga lain..mintak maappp laaaaa. harga lain.yg tu harga lain.
ai: pakcik berapa harga????
pakcik: haa ni..pakcik terus terang. yg ni harga lainn..harga lain.
ai: pakcik!!! harga berapa??? berapa sekilo??
pakcik: ha yg ni harga lain. haa..yg ni harga lainnn...
ai: grrrrrrrrrrrrrrrrr..... pakcik..bagi 2 kilo! (apa ke motip ni ha? org tanya harga tak nak jwb).
pakcik:( terus amik daging..timbang-timbang, unjuk plastik)..haaa...ni RM56.00ai: errrr... (eh..reti plak ckp harga..????? tadi mcm rahsia sgt..or maybe dia mcm tgk muka ai xde pitih kah??malas nak argue coz pakcik adalah pegang parang tajam ye.)


oh ni beratur bukan nak beli tiket bas ekspress tambahan ya. Ni beratur nak beli santan. gigih oke. semua nak santan fresh baru perah. so gigih beratur lah kan. nak mkn sedap kena gigih.
Pukul 6.15 pagi beratur beli santan.

suasana meriahhhh...budak2 pun ikut mak abah ke pasar.

7. Projek memasak juadah raya pada hari khamis itu. Balik dari market, kemas rumah,kemas dapur, mop segala. Start masak dari pagi lah. memasak seorang diri. Aku rebus nasik impit. 6 ketul dalam periuk besar. so sambil tu kemas rumah , dapur. Hiris-hiris bahan. blend bahan. hiris daging, basuh ayam etc. pukul 12 aku start masak rendang. oh azab oke..! daging kene potong sendirik, sebab pakcik daging tanak potongkan daging aku. huh. teringat last year, beli dgn org lain, dia siap potongkan daging utk masak rendang. so gigih lah aku masak
rendang, from scratch gitu.
rendang in progress...penat oke masak rendang ni.
karang if rajin, aku buh dalam blog : rendang for beginner.hik.


so petang around 5, dah siap masak. nasik impit, rendang daging, ayam kurma, kuah kacang dan lodeh. hooo..masak sorang-sorang. sebab tu kena prepare bahan dari awal supaya proses masak lancar.

8. petang-petang around 6, saja pi gerai kerepek kuih yang pemes di pekan ini.
oh apakah????????????? tak berapa ada kerepek/kuih. cam pelik je.
end up beli cup cake kat kedai kek 2 kotak dan kuih apa tah.
berkemas, buh makanan dalam mangkuk tingkat, simpan mknan lebih, kemas dapur licin. sebab nak bersiap balik kampung lepas isyak. kemas baju sikit2.

destinasi

last-last bertolak lewat malam. menjelang pagi. jalan agak lengang dah. dan dapat diskaun tol.
errr..10 persen je.
agak meriah di Muar tahun ni. SUltan Johor raya di Muar, di istana Tanjung,.
eh..macam lah aku pegi kan??? aku tidur.makan. tidur.makan.

Dan ke batu pahat ....singgah umah nenek aku. tolong nenek aku basuh cawan etc.layan tamu. pakcik makcik aku semua dah kuar beraya.

umah mak ai yang meriah

Macam biasa..teruja nak makan lodeh mak aku.lodeh kuah putih.

oh ni rendang daging yang aku angkut dari rumah aku.

MUNJUNG kata orang jawa. Haaa..aku bukan munjung jiran sebelah rumah. Munjung aku melepasi / merentas negeri merentas garisan katulistiwa gitu. Food lain yg turut sama merentas negeri adalah lodeh, kuah kacang, ayam kurma, nasi impit. malas nak amik gambo.


ketupat mak aku. best! mak jugak buat lepat pulut. best mkn dgn rendang.

mak aku buat rendang gak. tapi versi lain.

bergambo. oh..azab ek tengok muka budak kecik dua orang tu. lagi-lagi yang baju hijau. tah kena berapa take lah kan sebab muka dia adalah cam nak belasah orang, or maybe dia nak cakar adik dia, tapi abah dia pegang tangan dia. so dia bengang kot. muka cam nak tumbuk orang.errr...

see? betul tak aku cakap..budak kecik baju hijau memang nak cakar adik dia.errr..aku cakar-cakar pipi ko nak tak???? dah adik dia melalak je koje nya.

upacara bunga api lepas maghrib

berdentum-dentum bising! lawan dengan jiran depan umah kah?? Tapi tetap menang la kan. errr..duit buat beli bunga api meriah ni boleh beli peti sejuk 2 pintu.


Lepas tu adalah sesi mengangkut kuih raya mak. haaaaheeeeeehiiii.
plastik, tupperware dan sbg nya. hik. amik segala versi kerepek, baulu, rempeyek, dodol dll.
eh..mak yang suruh amik. hiks.
lepas tu sesi bagi-bagi duit raya. errrr...

Tengah malam..bertolak balik. singgah carik mee bandung.
Dapatlah makan mee rebus versi mee bandung yang sedap. dekat R&R Melaka. sedap je!
esok tu sambung makan ketupat, nasi impit, rendang segala. siap-siap kemas. ke KLIA and balik ke Bangi. err..singgah Giant Nilai.

Teringin nak makan sambal goreng jawa. so masak sorang-sorang dan makanlah sorang-sorang.

pandangan dari belakang setelah makan-makan raya. sungguh lebar ya. anda bagaimana? hik.

tengok tibi sorang-sorang. errr.kenapa kah raya tahun ini, banyak cerita hantu/seram kat TV??
Momok la..jgn tegur la..gong la...etc. saya seram oke. motip lah kan? raya-raya pakat tayang cerita seram semua. huh. dan rasa bosan. so tgk je lah rancangan masak-masak cenel 703.

dah.


selamat hari raya, maaf zahir dan batin. oh ya...menerima banyak sms/ucapan raya. thanks.
errrrrrrrrrrrr. tahun ni perkataan / huruf yg popular cam ni ha..

trittt!
tgk enpon.

"SHR, MZB".


errr..makin moden makin pendek ucapan.

14 comments:

Lady Mira said...

nk resepi rendang.... tak pernah try wat rendang lagi ni...

lia said...

salam Catz..Salam kenal.. tak beraya sangat ker? Brp lama balik kampung? Lia pun duk raya kat Bangi ni jugak..kalau tau catz masak sedap, leh terjah...
selamat hari Raya

Ain said...

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Saya peminat blog awak. Suker tgk tempat2 makan sedap.

Mama The Explorer said...

tot only me yang beraya sendiri kat KL,
dah la banyak keje tu.. ofis tak bagi cuti, tak sempat masak, Raya pertama makan megi je.. siyan kan..

tau cam tu saya pergi rumah Catz..

Selamat Hari Raya Catz...

Lily Jaafar said...

salam Catz...
Selamat Hari raye...Meriah n jeles siot tengok ko beraye. Catz...share skit resepi sambal goreng JAWA eh. Sukeeeeee tgk gambo ko tuh. Slurpss

NenetPenne (NP) said...

ooh gemuk betul beruang koala tu...

Hajah Zainab bt Abdullah said...

selamat hari raya catz....

nanti nak tengok sesi raya kat umah catz pulak...cam thn lepas :)

Uncle said...

SHR MZB

Chik Att said...

SHRAF , MZB ...

Boh resepi rendeng ...... kita nak try rayeee haji nanti .... hahahaaa.....
kegigihan kan kan kan ...

Romie Pujaan said...

catz bile nk buat open house?? nak dtg. abg aku bace blorg kau gak ahahaha

Tijah said...

SHRMZB nok...

NLRKPMTN?
(cube teka...)

CAHAYA said...

SHR, MZB

Hehe. Sedapnya lauk pauk rumah ko. Isk isk. Buat open haus panggil aku catz.

Hana' Yusuff said...

Salam,
Selamat Hari Raya ye:)
bila nak ajak makan rendang ni? hehe.. dari bangi ke banting gi pasar?

HaniFadil said...

hiks, SHRA Catz.