Thursday, September 2, 2010

Siput yang berjalan-jalan bersama keladi

siput sedut masak lemak cili api dgn batang keladi


slurppp...terpanggil untuk memasak siput setelah dua kali beli siput lemak cili api di bazar Ramadhan.

sikitnya -err...

aku: kak? kira camna?akak bazar: satu senduk RM2.00
aku: bagi 3 senduk.


sekali tengok senduk nya kan... mak aihhhhhhhh. Ni senduk ke sudu ni???? kecik nya!
satu senduk siputnya tak sampai 10 ekor! siput bersalut emas ke apa ha?
and she charge me RM2 per senduk.. argh.
so pasrah je lah bayar RM6.00 untuk siput secoet je. dan bila makan..rasa pelik??
apakah? masak lemak cili api siput yang mengalami krisis identiti ke apa????
so abah suggest.." jom masak siput buh keladi".ok.. ASALKAN ADA ORANG YANG NAK MEMBELAI DAN MENYIANG SIPUT TU AKU OKE JE.

yang aku tau, tinggai campak siput tu dalam periuk.
so dapat sebungkus siput.
Abah yang siang.

Mak pulak amik sayur keladi kat tepi dapur. senangnya kan. nak masak, sayur labu depan tingkap dapur. keladi 5 langkah dari pintu.cili api..errr..boleh kait pakai hanger baju dari tingkap.kih.
kelapa/santan? keliling rumah pokok kelapa. sabit dan mesin sendiri.

serai? 9 langkah dari pintu dapur. Cara nak amik serai?? senang je.
jerit " syukri azam!!!...amik kan serai 2 batang!!!!". haaa..5 minit serai muncul depan pintu.hik.

siput je yang mak aku tak boleh ternak.

Bawang beli la.macam melampau pulak kalau sampai bawang pun nak tanam.
kesian orang berniaga bawang.

from kebun to the kitchen..kihkih

oi..ngeri tengok derang ni jalan-jalan. Dah siap siang dan basuh bersih. Oleh sebab ramai yang jalan-jalan, aku jadi ngeri nak pegang besen ni. so..emak aku yg tolong masuk dalam periuk.

dah siap!



eh..yang masak aku.

sayur keladi lemak putih.


sayur lemak keladi.

bahan-bahan:

pokok keladi
bawang merah
bawang putih
ikan bilis - 1/2 genggam
santan pekat
garam

cara-cara:

bersihkan batang keladi, buang kulit batang keladi tu, basuh, hiris.
rebus batang keladi hingga agak empuk.toskan.
tumbuk bawang-bawang dan ikan bilis.
masukkan santan dalam periuk, bahan tumbuk dan batang keladi.
masak hingga agak mendidih, masuk garam.
biar mendidih kejap..kena jaga jgn bagi santan pecah, kang tak sedap.
ok..angkat dan hidang.



oh..sedap!

8 comments:

serisinisana said...

bila catz citer pasal ni...teringat umah mak kat 28600...keliling rumah tu semua tumbuhan ada...nak masak senang je...main kait2 je...

kucingorengemok said...

aku tak reti makan siput sedut, ko caya tak? aku nak try kat nasi ulam hari tu, deris kata jangan nanti tersedak kuat, dia malu! hahaha!

Ismail Fitry said...

Terliur giler. One of my favourite dishes... Kalau emak masak memang number one. Best giler sedut siput tu. Batang keladi jugak best sangat.

Arrrgggghhhhh bila nak balik Malaysia ni!!!????

Yattisa Roslan said...

sihat2.. tapi bila tgok masak lemak siput ni tetiba terasa berasid pewot....

Anonymous said...

mana siputnya catz? ingatkan masak keladi bersama siput, pastu tengok gambar n resepi tinggal keladi je, siput sudah pergi shopping raya ke? kih3... nak tanya, mcm mana cara nak masak keladi yang betul, supaya x gatal?
- micchi -

Uncle said...

alamak, memang sedap siput tu tapi uncle dulu dah kena gout sekali...agak2 siput ni kalau dimakan, uncle kena tak?

Lady of Leisure said...

siput sedut ni masak sendiri baru puas makan kan..

marie said...

my favorite ni...