Hujung minggu yang meriah..
pagi, mewww..lipas kudung kemas mengemas, memvakum...zrenggggggggggg..mop-mop-mop!!
kuar lunch di kedai mamak
dan membeli barangan dapur. dalam beg hijau adalah ikan, ayam,, sayur mayur, bawang, belacan, cili, beras, dan accessories masakan seperti serai, halia, bawang, asam jawa.
cik salmi : beli barang dapur kat mana?
aku: pasar
cik salmi: pasar mana?
aku: pasar raya
cik salmi: pffttssssss..cih...
dan masak ubur pulut hitam. menikmati bubur pulut hitam di petang hari, sambil berbual dengan pokok-pokok bunga yang berkembangan. Pulut hitam ni beli di Kota Bahru, Pasar Siti Khadijah. wahh..macamlah kat bangi takde jual kannnn..
i love yewww
pandangan yang sayup...
kemudian lepaks with friend at TLG..malam sabtu yang meriahhh! Dinner with friends..bliss!
Tamu dari jauh sampai dan lepak sekali, lalu kami berkonvoi kerana menginap di rumah ku..
sampai rumah around 12 malam.
ok..kata jarang jumpa, jadi agenda bergosipan..
pukul 1.30 pagi:
tetamu: nok, mak macam lapar
aku: aku pun , ok aku masak something mau?
tetamu: mauuuu...!
zrengssssssssss...kresssss...dung-dung-dung!
tetamu: nok....ko masak apaaaaaa? jangan la susah2..
aku: ala simple je lah..satsss..
tetamu: oiiiiii.....! ko tumbuk apa tuuuu?? ko masak apaaaa???????? kang jiran ko buat report polis, ala2 bergegar ko menumbuk pakai lesung...
aku: ada laaaaa....
masak soto pukul 1.30 pagi...dah membaham dua pinggan spegeti di TLG, balik boleh lapar lagi..hikss..
Tamu aku makan dua pinggan. siap dgn sambal kicap ko..ini adalah pukul 2.30 pg ya.
hahhaha..
dan ini adalah sarapan/brunch pada pukul 10 pagi.
menu:
nasi putih
ikan siakap namblas rasa
ikan talapia sambal hijau
sayur labu + kacang masak lemak
ikan masin goreng
sambal kicap
sambal belacan
ulam-ulaman.
minuman: teh o dan air oren.
pakej sarapan yang tidak terdapat di hotel mahupun daerah Pekan sana..heheheh
jemput makan semua
nyummm...seperiuk nasik licin ok..ada yang tambah 2 kali, ada yang 3 kali...
syukur dengan rezeki Allah.
Tak sia-sia mak bersilat dekat dapur sorang diri.
Tamu ai special, so dia nak ke dapur aku halau-halau..
ikan siakap namblas rasa. Tak jumpa ni kat restoran
ulam
ikan talapia sambal hijau
licin
then kami ke wedding ala bolywood di PICC, makan lagi...haaaaaaaaaaaaa..kan. then mendurian pulak.
Malam-malam, alone. Tamu dah balik petang tadi. memperabih sayur labu, sambal kicap, goreng telur, mkn dgn ulam dan nasi suam.
sunyi pulak.so makan banyak-banyak. haaa.
then agenda mengemas dapur..berkilatttt.