Monday, August 15, 2011

Ujian Allah itu pelbagai..

Meluangkan hari ahad sendirian.
mengemas rumah dan pokok bunga yang berselerak.
Entah dari mana datang rumput, lalang yang tumbuh subur menumpang di pasu yang sama.
Aku cabut dan cantas kerana kelihatan semakin semak, ku kutip daunan kering dan ku buang pokok mati yang barangkali kurang air lantaran aku kerap bekerja di luar daerah sejak lewat 1 Ramadhan.
Aku cuci balkoni untuk membuang debu dan butiran tanah yang tumpah dari pasu, mungkin ditiup angin kuat.
1 jam..ahh..sedap mata memandang semula.
Aku sambung mengemas pinggan mangkuk periuk dan dapur yang agak tidak teratur lantaran

semalam aku masak juadah berbuka dan sahur untuk teman-teman yang datang berbuka dan singgah bersahur.
Lewat petang aku masih mengemas lantai, bilik air. wah macam seronok main air di bulan puasa.hikss.
jam menunjukkan pukul 6 petang.

masih berbaki sejam lebih untuk menyiapkan juadah berbuka.
Tak tau nak sediakan juadah apa.
aku mandi dan baring tgk TV.
Teringat tengahri tadi menonton junior masterchef australia. dalam kelas masaknya ada ditunjukan cara untuk buat chicken schnitzel dan vietnam pho.

aku cakap kat kawan aku...elehhhh senangggg je resepi dia ajar ni.

kawan aku kata: ko tgk la..ni masterchef budak-budak..mestilah resepi senang-senang. Takkan nak ajar masak rendang pulak...mau terkehel tangan budak-budak tu kacau rendang dalam kuali. ha-ha.

Fikir jugak..eh..buat pho pun ok...chicken schnitzel pun ok kan.

tapi bahan kena beli lah kiah.
aiyo dah 6.15 ptg baru nak pi supermarket?
baik lah beli je makanan bazar ramadhan kan kiah?
apa nak buka puasa vassss vasssss sgt ber schnitzel bagai kan?
nak menambat selera katanya?
baiklah aku menambat diri aku dekat sofa atau katil ni je..kruihh...kruoihhh...



ding dong ding dong...

6.45 ptg.

dang!


eh..ada buah cempedak lah kat dapur. bawa dari johor dua hari lepas. mak bagi.
boleh goreng kan.

haha.jauh gila kan lari kiah..dari chicken schnitzel ke cempedak goreng.
pukul 7 ptg aku bancuh tepung sambil panaskan minyak.
aku kupas cempedak, amik isi dan bubuh dalam mangkuk.
siap bancuh tepung...amik cempedak nak celup dalam tepung...

ehhhhhhhhhhhhhhh..
Ehhhhhhhhhhhhh...apesal ni?

Minyak aku tak panas, ala suam-suam je....and api dapur pun mati...

aku check...alaaaaaa...gas habisssssssss...gas habisssssssssssssssss...
jam dah 7.15 ptg..

nak call dominos, dah lewat dah pun. plus, macam mentekedarah je order piza, spend 30-40 ringgit makan sorang. membazir.Bulan puasa ni setan semua kena ikat. so takyah le kata setan hasut suh makan banyak-banyak ke..membazir ke.

make it short, Bila Azan berkumandang, buka puasa dengan air sejuk je. dengan dua ulas cempedak. rumah aku takde kurma. so nak buat statement " i buka puasa dengan air kosong dan buah kurma, ikut sunnah nabi" tak boleh pulak.

pukul 10 malam, aku ke kedai, cari gas.

kedai pertama : gas habis -->kedai runcit dekat-dekat rumah
kedai kedua : gas we dont have, empty ---> kedai arab bawah rumah
kedai ketiga : sudah tutup.

so pasrah je lah.

ujian Allah ini pelbagai kan.

Semalam saya berbuka puasa dengan memasak, makanan yang banyak, bersahur dengan teman-teman, bergelak ketawa mengadap rezeki yang melimpah ruah.
Hari ini, nak masak pun tak boleh.tinggal sendirian. minum air sejuk. rasa sayu hati pula.

eh, tak nangis pun.
mata masuk habuk je.

14 comments:

SUhaz said...

hi,,,,
sedih plak bc ur ntry ni,,,,,,
,,,,
betullah ujian allah tu pelbagai,,,,,

NenetPenne (NP) said...

beli satu induction cooker...
tak ada gas, electric kan ada...

LadyNur -<-<@ said...

cianyer ko catzz... abes ko makan aper?..

Anonymous said...

hI cAtZ,

jOm p UmRah nAk!


bAby

Anonymous said...

pernah mengalami ketiadaan gas pada waktu kecederaan cam tu....

Azueriena said...

alamakkk....sungguh sedih pilu ku membaca coretanmu itu catz....

kemang~ said...

kesian nye catz... sabo ye :)

catz said...

hi SUE,
selamat berpuasa..hows ur day?
ye..ini baru Allah bg ujian sikit..
:)

catz said...

nenekpenne,

haaa..mak dah jawab komen ko..
good..briliant..beli induction cooker kan....

catz said...

Lady Nur,

i makan hati..kih..

catz said...

hi Baby..
jom...bila?

catz said...

ajujua,
ye,,sgt sadis bila ia berlaku di waktu kecederaan.
:)

catz said...

Azueriena,
selamat berpuasa..

hi...sedih sikit-sikit kan..
:)

catz said...

kemang,

selamat berpuasa.

ye..bersabar le ni...hiks..sedikit ujian dari Allah kan..