Tuesday, September 27, 2011

pukul 2.00 pagi

i'll have big presentation at client's office tomorrow morning . wish me luck.
'
isk..the problemo is muka aku gatal-gatal ni kenapa ni?
penangan kuew teow kerang gerai dekat rumah tadi ke apa ni..
dah le slides tak siap-siap, buat keje sesambil muka rasa gatal-gatal.
help..



gatal di pukul 2 pagi.
azab u ols.
takut tetiba jadik rupa monster..

Monday, September 26, 2011

My weekend..and korean music wave 2011





sabtu:

9.00 pagi -12.00 tengahri : kelas memasak (wah ayunya..pi kelas masak..kih)
2.30 -4.30 : jemputan majlis hari raya oleh SM F@isal, (N@z@) . KL Convention Centre
3.00 -5.00 : frens datang beraya.
7.00 - 10.30 mlm : K-wave konsert, stadium Negara



cik kiah gembira balik membawa hasil dari kelas masakan.



ahad:

7.30 pagi-11.30 pagi : menguruskan hal domestik.
-Bangun pagi kemas rumah, kemas fridge.aku buang semua benda yang tah apa2,dah benyek,expired dlm fridge.
-Pegi market -beli bahan rendang ayam.
-balik pasar sarapan.
-masak rendang- ada kawan tempah for makan-makan raya.

rendang seperiuk

sarapan pagi ahad , laksa Johor semalam

kuah laksa yang dah tidur semalam dlm fridge, panaskan..walaaaa..maveless!

membela dan menyiram pokok. banyak pulak lalang, rumput yang tah datang dari mana...and can u see that burungs atas batu tu? that is from k aida masa datang beraya rumah dia tu..cantik..i like! thanks k aida!


1.00- 4.00 ptg : ke cheras, visit my fren's daughter , SK di asrama. i bought some books, pizza and bring some rendang , nasi impit for her. hope she do the best for her SPM soon. chit chat, eat and internet surfing.

Balik dari cheras, i do some shopping at alamanda. and malam had dinner dominos alone depan TV. then lepas maghrib aku tertidur kroh..krohhhh....terbangun pukul 10 malam, mandi, solat, tengok drama.
ala..drama yang anak dia jadik artis lepas tu lupa kat abah dia...hik. astro aku kena potong sebab tak bayar bil.


ok.,sedikit review on concert Korean music wave sabtu, 24 sept tuh...


peminat FT Island katanya...kawan aku ni la, saira.

i love coway..pftttttssss

1st performance...FT Island...


Happening gila..the whole stadium histeria. aku tak la..buruk je aku dah tua-tua ni nak histeria sekali cam teenagers tu semua. ye u ols...derang ni histeria dan memekik-mekik...sait tinge mak nihhhh.

artis yang datang: FT island, Teen Top, 4 minutes, UKiss, GD&Top , park Jun Min, Seungri


teen top..biasa je..

4 minutes..best!!


UKiss..bestttt gila!

my fav; Seungri

overall happening...semua histeria, cuma tak golek-golekkan badan atas tanah je.esok paginya tekak aku macam sakit.padahal mak tak jerit-jerit pun. nyanyi pun tak reti u ols. taulah satu dua lagu..yang lain haremssss aku tak reti. aku sangat kagum dengan audience yang boleh sing along lagu-lagu korea tu semua.

wahh..agaknya sebelum pi konsert masuk kelas bahasa korea ke apa?
siap tau the dance step bagai..perghhh....

partner in crime aku ada rakam 1st performance FT Island ni...so u ols buleh lah if nak nyanyi sekali...jangan jerit-jerit dalam pejabat ye...nak menari kunci pintu dulu.

ok..we ols duk jauh sebab beli tix walau pun mahals adalah yang termurmurs u ols. tapi ok gak duk sini, sebab yang duk depan sket dari kami, tix almost RM300.00 nak amik gambar pun kenot. the abang RELA sangat strict..janganlah harap nak kuar kamera. kami duk belakang ni boleh gak nak kuar-kuar kamera yg diseludup masuk plus ada yg bawak video cam siap kena panahan mata dan disergah dengan abang RELA yang garang itewww,hohooh..tak agak-agak kan. amik gambo sket-sket sudah le..nih siap rakam dengan kualiti HD kau...saboooo je...



hello-hello!!!! good bye-good bye!!!

ni yg saira rakam guna kamera dia....ok..nyanyi le...


Anyeongirang mal Hello Hello ijen Goodbye Goodbye

Mariya saranghandan mariya mot ineundan mariya
Dashi doraoran mariya
Aniya ije waso igon aniya nowa na jongmal saranghaetjana

Nobody Nobody Nobody No one no bakken opso
Shimnyoni jimnado gangsani byonhaedo no bakken opso
Baboya nal boran mariya onuldo norul hyanghae sorichyo

Anyeongirang mal Hello Hello ijen Goodbye Goodbye
Ijuryogo jakku aerul ssodo guge andwae
Nan hello hello oh non goodbye goodbye
Ajik kkaji norul saranghandan mariya

Mariya bodo shiptan mariya mot bonaendan mariya
Jebal gaji mallan mariya
Aniya ibyoriran marun aniya nowa na ajik saranghajana
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/f/ft_island/hello_hello.html ]
Annyongira maramyo dagawatta
Sarangiran mallo nal baboro mandurotta
Hamkkehan shiganun nol mot itgen mandurootta gurigo ttonagatta
Nobakke omnun naege non tto darun annyongul malhanda

Gojitmal nal bogo marhaebwa jongmal nal ttonal goran marini

Anyeongirang mal Hello Hello ijen Goodbye Goodbye
Ijuryogo jakku aerul ssodo guge andwae
Nan hello hello oh non goodbye goodbye
Ajik kkaji norul saranghandan mariya

Everybody say La La La
Everybody say Ha Ha Ha
Everybody say Ta Ta Ta
Everybody say Hello Hello Hello
Naega nol burul ttaen Hello niga nal burul ttaen Goodbye
Uri soro darun sulpun insamal

Saranganikka Hello Hello andwae Goodbye Goodbye
Jaburyogo hamyon morojinun naye sarang
Nan Hello Hello oh non Goodbye Goodbye
Onuldo wechinun nol burunun insamal

Hello Hello ijen Goodbye Goodbye
Ijuryogo jakku aerul ssodo guge andwae
Nan Hello Hello oh non Goodbye Goodbye
Ajik kkaji norul saranghandan mariya

enjoy!!!

Kelas masakan : Laksa Johor

Kita belajar masak pula....!!
Ok, jom kiah, jom kak jah kita pergi kelas masakan.

Laksa Johor

it was on saturday.
I'm johorian but never in my life have idea how to cook laksa johor.
emak aku mmg tak pernah buat any kind of laksa.
aku pun sama.tak reti ke malas entahlah.and actually aku mengenali laksa (any kind of laksa)during my universiti time. sebelum tu yang aku tau adalah mee bandung dan mee sup saja.
or actually, i'm wonder the right ingredients, the right ikan and other things that must have to prepare a perfect laksa johor.
and..actually kannnn...
am wonder who invent this laksa johor.
err..oramputeh ke? sebab pakai spegeti.
ada darah keturunan itali ke??
or actually derang nak buat spegeti bolognese ke, or any kind of pasta sauce, tetiba jadik kuah laksa ?thats why laksa johor serve with pasta? and that experiment has been done in Johor..so they called it laksa johor???? or maybe dia kawin dgn italian, so try nak improvise and saja nak serve dgn pasta supaya nampak itali gitu sebab lakinya itu dah seminggu mogok tak nak makan selain dari pasta?

oh merepeknya aku kan.

ok..lets go to our main business here, to prepare laksa johor.

Bahan-bahan:

Untuk kuah laksa:

Ikan parang
Ikan kembung
ikan kurau masin (dibakar, dan dikikis isinya)- optional. tak letak pun ok je.
santan
serbuk kari
cili kering (kisar) -7 sudu besar
kerisik
serbuk lada hitam
daun kesum
bunga kantan
asam keping -letak 2-3 keping sudeh.
minyak
garam
gula sket


Pagi-pagi dah sampai rumah cikgu u ols.kata nak belajar kan.
Cikgu yang baik hati telah ke pasar membeliu semua bahans.


ok jom masak.

aku sampai je ikan dah direbus dalam periuk ni ha...


ikan kembung dan ikan parang. Ikan lain tak jadik laksa johor u ols. nanti jadik laksa wilayah persekutuan pulak kang.

Dah rebus, angkat..air rebusan jangan buang cik jah. itu akan diguna masa nak blend ikan ni nanti.


amboi..merelip gelang emas cikgu i kan. Proses mengasingkan isi ikan dan tulang. i suka u ols. sesambil tu i makan sikit-sikit masuk dalam mulut..sedapnyaaaa ikan fresh. nasib tak kena cepuk dengan cikgu kan.hahaha. cikgu kata..ha..makan le telur ikan tu. ye ikan parang ni gemuk, so telur besar-besar.

isi ikan parang dan kembung

langkah seterusnya adalah blend isi ikan, campur dengan air rebusan. kemudian masuk dalam bekas, asingkan tepi sat. lepas tu blend tulang ikan pulak dan TAPIS. campurkan dengan campuran isi ikan tadi oke.


gambar proses menapis tulang ikan yang telah di blender tadi.

ha..dah siap bahan utama untuk kuah iaitu isi ikan. got it kiah?

langkah seterusnya adalah membuat kuah. sebelum tuh, amik le dalam 7 sudu besar cili kisar, buh setengah peket serbuk kari. kari jgn banyak, kang rasa kari sgt, jadik mee kari pulak. gaul hingga mesra alam dan semesra teman tapi mesra.


kemudian, panaskan minyak dalam kuali, tumis cili berkari tadi. hingga agak garing , jangan lama sangat.
ada orang buat laksa ni dia tak tumis, tapi kelebihan bila bahan ditumis adalah kuah lebih tahan lama..dan lebih sedap.


oh masa tumisan dah ok, masukkan sedikit serbuk lada hitam.

selepas itu, masukkan santan. bagi merenih sebatian tersebut, masukkan seikat daun kesum. ini untuk aroma yang harummmm...oh masukkan juga bunga kantan yang dibelah dua.

ok...masukkan kerisik pula ya...

masukan garam, gula, secukup rasa. dan jangan lupa..asam keping. renung-renungkan. ok, masak kuah laksa johor ni merenihnya agak lama. haa..u ols kacau-kacau, renih sat...kacau..sesambil tuh boleh le bawak samsung galaxi tab ke..ipad ke, main angry bird kat tepi periuk tu cik jah.


NEXT!

menyediakan aksesori laksa johor.

aksesori laksa johor adalah ulam-ulaman dan smabal belacan. bahan-bahan adalah tauge, bunga kantan, timun, kacang panjang, daun kesum, limau kasturi. untuk sambal belacan, kita guna cili api, cili merah besar.

bahan untuk sambal belacan adaah cili api, cili besar, belacan, garam, gula dan peraha air limau kasturi. ok..buk!buk! buk! nak guna blender boleh, lagi senang. ni saja aku nak tunjuk aku rajin kat cikgu. so..menumbuk lah kita...

ok...proses membuat sambal belacan laksa johor

ha..nak hiris timun ada cara u ols. cikgu tanya " tau tak camana nak hiris timun untuk laksa johor?"
i jawab: err.....hiris halus-halus kot???
salah u ols.
caranya adalah dengan mengupas kulit timun.
kemudian hiris nipis mengelilingi timun (eh ..paham takk...i bukan suruh mengelilingi dapur oke). jangan amik empulurnya, sebab tak nak berair timun tu. kemudian gulung dan hiris bulat cam kat atas tu.
kacang panjang hiris nipis-nipis.
hiris halus bunga kantan, daun kesum, cili.
tauge tuh buang ekor, cuci dan toskan.

siap aksesori.


sesambil tuh boleh rebus spegeti pulak. err..aku rasa the reason why cikgu rebus dalam kuali ialah untuk menerapkan unsur-unsur kemelayuan. selalu kan oramputeh rebus dalam periuk kan.hehe...ok..aku merepek je.

masa rebus tu buh minyak dan garam sket. rebus lama sket, dah lembut angkat dan tos.

ok..tu diaaaa laksa johor yang dah siap dihidang..

oh sedap hingga menjilat pinggan mangkuk

hihihih..cikgu suruh bawak balik sikit untuk makan kat rumah. thank you teacher...

ok..gembira. aku dah boleh start masak laksa johor untuk cafe esok.

Jamuan raya...terima kasih

Syawal dah nak nak sampai penghujung...
Alhamdulilah, tak putus undangan rumah terbuka atau undangan berhari raya..


Terima kasih atas undangan berhari raya dari K Aida di Gombak..
and thank you Mr GPS .. jumpa juga rumah K Aida ni. selalu jumpa di TLG je.

err...zamana dulu-dulu takde GPS macamana eh kita nak pi rumah orang yang kita tak pernah sampai....?


rendang pujaan hati

Rendang kak iada ni buat catz termimpi-mimpi pulak..sedap gila..sampai now duk teringat-ingat lagi..bertambah-tambah aku makan..dua round oke..kekekke.



catz with K aida...kuih raya rumah k Aida pun sedap-sedapp!

Kak Aida tapaukan rendang untuk saya bawa pulang. thanks a lot!!!
hihihi..segan nya saya (cakap segan konon..makan bertambah-tambah..hik)
and she gave me something for my garden..thank youuuuuu!!!

undangan berhari raya dari Leez

lots of food...! sedappppp! thanks leez!


Undangan jamuan hari raya dari Utus@n M@laysia, Hotel R0yal Chul@n, KL.

with leez, thanks dear!

Jamuan raya di Utusan Karya...amboihh...gelemer nya kak ros cun kita niiii.thanks u ols for inviting me..

Majlis mesra aidil fitri di XXXX Cyberjaya.Jemputan dari client penting.


jamuan raya yang paling best catz attend tahun ni. food sedap! layanan tuan rumah sangatlahh mesra..
catz and saira

lemang, rendang, nasi impit dan kuah kacang . the kambing golek is marveles! Laksa johor buat saya termimpi-mimpi. sedap gila!

catz dan tuan rumah. thanks for inviting me.


Menghadiri beberapa rumah terbuka kadang terfikir,mewahnya kita dengan makanan.
Hingga kadang kita tak sedar begitu banyak pembaziran makanan berlaku.
Tengok orang makan pun kadang naik seram.
ambil makanan banyak-banyak tapi makan sikit, tinggal, amik food lain.

Ya amppunnnn....
sayangnya makanan berlongg0k atas meja yang ditinggalkan sebagai sisa, padahal ramai tamu lain yang belum sampai.makanan yang hanya diusik sedikit, bersepah-sepah atas meja.
pelik bukan? tak faham aku. kalau rasa nak makan banyak pun, tak usahlah amik makanan sampai menggunung pinggan sebab banyak lagi makanan lain yang mungkin kita nak makan.
makan sikit, tinggal, dengan food dan sisa yang bersepah atas meja..kadang tu pinggan kertas bersepah-sepah.pelik je. kadang tgk pinggan cawan bersepah-sepah atas meja, bawah meja,macam ada beruk yang join makan-makan sekali kan...iskkk..keji je aku rasa. Walaupun tuan rumah dah menggaji caterer nak uruskan semua benda, janganlah kita sewenangnya sbg tetamu makan dan sepah-sepahkan pinggan. isk..isk..isk.memang lah makan free dan boleh le nak makan banyak mana pun kan. tapi biarlah berpada-pada.
orang kat somalia tu kebuluran dan berperang nak dapat makanan, tapi kita kat sini, makanan kita buang-buang macam tu je.


another jemputan majlis hari raya at XXXX ,Mines , Seri Kembangan.


catz dan tuan rumah, Datuk Sri XYZ dan Datin Sri Saira..kekekkee. sedondon.
thanks!

Makanan depan Datuk Sri XYZ tu bukanlah food yang kami ambil. itu makanan yang ditinggalkan oleh tetamu lain sebelum kami duduk. berlonggok sate atas meja kan..aiskrim etc. terbuang macam tu je.

Banyak juga undangan rumah terbuka yang tak dapat nak hadiri, tapi terima kasih atas undangan.
Aku pegi yang wajib coz relate dengan kerja.

syukur dengan rezeki Allah. dan moga silaturahim tetap berpanjangan.