Monday, September 26, 2011

Kelas masakan : Laksa Johor

Kita belajar masak pula....!!
Ok, jom kiah, jom kak jah kita pergi kelas masakan.

Laksa Johor

it was on saturday.
I'm johorian but never in my life have idea how to cook laksa johor.
emak aku mmg tak pernah buat any kind of laksa.
aku pun sama.tak reti ke malas entahlah.and actually aku mengenali laksa (any kind of laksa)during my universiti time. sebelum tu yang aku tau adalah mee bandung dan mee sup saja.
or actually, i'm wonder the right ingredients, the right ikan and other things that must have to prepare a perfect laksa johor.
and..actually kannnn...
am wonder who invent this laksa johor.
err..oramputeh ke? sebab pakai spegeti.
ada darah keturunan itali ke??
or actually derang nak buat spegeti bolognese ke, or any kind of pasta sauce, tetiba jadik kuah laksa ?thats why laksa johor serve with pasta? and that experiment has been done in Johor..so they called it laksa johor???? or maybe dia kawin dgn italian, so try nak improvise and saja nak serve dgn pasta supaya nampak itali gitu sebab lakinya itu dah seminggu mogok tak nak makan selain dari pasta?

oh merepeknya aku kan.

ok..lets go to our main business here, to prepare laksa johor.

Bahan-bahan:

Untuk kuah laksa:

Ikan parang
Ikan kembung
ikan kurau masin (dibakar, dan dikikis isinya)- optional. tak letak pun ok je.
santan
serbuk kari
cili kering (kisar) -7 sudu besar
kerisik
serbuk lada hitam
daun kesum
bunga kantan
asam keping -letak 2-3 keping sudeh.
minyak
garam
gula sket


Pagi-pagi dah sampai rumah cikgu u ols.kata nak belajar kan.
Cikgu yang baik hati telah ke pasar membeliu semua bahans.


ok jom masak.

aku sampai je ikan dah direbus dalam periuk ni ha...


ikan kembung dan ikan parang. Ikan lain tak jadik laksa johor u ols. nanti jadik laksa wilayah persekutuan pulak kang.

Dah rebus, angkat..air rebusan jangan buang cik jah. itu akan diguna masa nak blend ikan ni nanti.


amboi..merelip gelang emas cikgu i kan. Proses mengasingkan isi ikan dan tulang. i suka u ols. sesambil tu i makan sikit-sikit masuk dalam mulut..sedapnyaaaa ikan fresh. nasib tak kena cepuk dengan cikgu kan.hahaha. cikgu kata..ha..makan le telur ikan tu. ye ikan parang ni gemuk, so telur besar-besar.

isi ikan parang dan kembung

langkah seterusnya adalah blend isi ikan, campur dengan air rebusan. kemudian masuk dalam bekas, asingkan tepi sat. lepas tu blend tulang ikan pulak dan TAPIS. campurkan dengan campuran isi ikan tadi oke.


gambar proses menapis tulang ikan yang telah di blender tadi.

ha..dah siap bahan utama untuk kuah iaitu isi ikan. got it kiah?

langkah seterusnya adalah membuat kuah. sebelum tuh, amik le dalam 7 sudu besar cili kisar, buh setengah peket serbuk kari. kari jgn banyak, kang rasa kari sgt, jadik mee kari pulak. gaul hingga mesra alam dan semesra teman tapi mesra.


kemudian, panaskan minyak dalam kuali, tumis cili berkari tadi. hingga agak garing , jangan lama sangat.
ada orang buat laksa ni dia tak tumis, tapi kelebihan bila bahan ditumis adalah kuah lebih tahan lama..dan lebih sedap.


oh masa tumisan dah ok, masukkan sedikit serbuk lada hitam.

selepas itu, masukkan santan. bagi merenih sebatian tersebut, masukkan seikat daun kesum. ini untuk aroma yang harummmm...oh masukkan juga bunga kantan yang dibelah dua.

ok...masukkan kerisik pula ya...

masukan garam, gula, secukup rasa. dan jangan lupa..asam keping. renung-renungkan. ok, masak kuah laksa johor ni merenihnya agak lama. haa..u ols kacau-kacau, renih sat...kacau..sesambil tuh boleh le bawak samsung galaxi tab ke..ipad ke, main angry bird kat tepi periuk tu cik jah.


NEXT!

menyediakan aksesori laksa johor.

aksesori laksa johor adalah ulam-ulaman dan smabal belacan. bahan-bahan adalah tauge, bunga kantan, timun, kacang panjang, daun kesum, limau kasturi. untuk sambal belacan, kita guna cili api, cili merah besar.

bahan untuk sambal belacan adaah cili api, cili besar, belacan, garam, gula dan peraha air limau kasturi. ok..buk!buk! buk! nak guna blender boleh, lagi senang. ni saja aku nak tunjuk aku rajin kat cikgu. so..menumbuk lah kita...

ok...proses membuat sambal belacan laksa johor

ha..nak hiris timun ada cara u ols. cikgu tanya " tau tak camana nak hiris timun untuk laksa johor?"
i jawab: err.....hiris halus-halus kot???
salah u ols.
caranya adalah dengan mengupas kulit timun.
kemudian hiris nipis mengelilingi timun (eh ..paham takk...i bukan suruh mengelilingi dapur oke). jangan amik empulurnya, sebab tak nak berair timun tu. kemudian gulung dan hiris bulat cam kat atas tu.
kacang panjang hiris nipis-nipis.
hiris halus bunga kantan, daun kesum, cili.
tauge tuh buang ekor, cuci dan toskan.

siap aksesori.


sesambil tuh boleh rebus spegeti pulak. err..aku rasa the reason why cikgu rebus dalam kuali ialah untuk menerapkan unsur-unsur kemelayuan. selalu kan oramputeh rebus dalam periuk kan.hehe...ok..aku merepek je.

masa rebus tu buh minyak dan garam sket. rebus lama sket, dah lembut angkat dan tos.

ok..tu diaaaa laksa johor yang dah siap dihidang..

oh sedap hingga menjilat pinggan mangkuk

hihihih..cikgu suruh bawak balik sikit untuk makan kat rumah. thank you teacher...

ok..gembira. aku dah boleh start masak laksa johor untuk cafe esok.

5 comments:

CT said...

sedapnya :)

geraugebang said...

amboiiii...nak tunjuk mangkuk tingkat ke nak tunjuk gelang hijau glamor tu...sajerrr jer tau...Kelasss

AyunasiA said...

menurut pengetahuan sy pula, laksa dolu2 tak pakai spageti ala2 itali sumer tu. maybe sbb dolu2 mana nak dpt mende tu kan? so, derang guna mi lidi (malaysia punya produk). dan sy dah terbiasa dgn laksa versi mi lidi ni. bila org skrg pki spageti ala2 itali tu, rasa pelik la sikit. kesimpulannya, samada resepi asal adalah spageti, tp org dolu2 susah nak dpt, atau mmg resepinya guna mi lidi, tp org skrg improvise sbb kat bando2 susah nak jmpa mi lidi tu. sekian. sori terpnjg hehe. eh p/s kalo msk lain kali, jemput lah kiter eh. i like laksa johor.

Lily Jaafar said...

Ayu ayu...wah! belajar sejarah terus hakak di sini...Cam ne ek rupe Mi Lidi? Share share rupe dia...hakak sekolah jek kat Johor..mi lidi pon x kenal.Johorean Sadisss :)

Addin Liyana said...

saya tak pandai masak tapi baru nak belajar masak.

jadi,laksa johor ni tiba2 terasa nak buat.

harap2..tatacara di atas dapat membantu..hoho

doakan ye..hehehe